DUBROVNIK , CROATIA
2 May 2016
Akhirnya setelah hampir 4-5 jam perjalanan dari Mostar dan melalui 4 kawasan passport control kami akhirnya telah sampai ke negara Croatia. Kami hanya pilih untuk ke Dubrovnik sahaja. Panik jugak masa nk lalu utk passport control maklumlah kita kan buku merah..depa pulak sekutu2 yg berkenaan.. Walaubagaimanapun kami hanya perlu duduk dlm kereta x payah beratur utk stamp passport.VISA jugak tidak perlu utk kita pemegang passport Malaysia. Mujur la ada Arman.. rupanya bahasa depa sama so x dak masalah komunikasi di sini. Yg paling complicated keluar Mostar masuk Croatia, then keluar Croatia masuk Bosnia balik then keluar Bosnia baru lah betul2 masuk Croatia. Ini semua terjadi hasil peperangan dulu. Kebanyakkan kawasan asal Bosnia telah di ambil oleh pihak Serbia atau pun Croatia. Byk yg Arman kongsikan sepanjang perjalanan kami. Salah satunya Ayahnya adalah mangsa perang ( seorang Askar yg berjuang menentang peperangan di Mostar) . Mostar jugak terkesan teruk dari peperangan di sebabkan kedudukan nya betul2 di kelilingi oleh puak Croat & Serb. Sedih walaupun telah 20 tahun berlalu nampaknya mereka masih tidak melupakan parut luka yg masih berdarah. Perdana Menteri Turki kini adalah satu2nya yg berani bersuara memberi amaran supaya mereka tidak membuat kacau terhadap penduduk Bosnia. Mana saudara Islam yg lain ??? Entah laa
Croatia adalah sebuah negara persisiran lautan Adriatic. Di kategorikan sebagai Eastern European. Ibu negaranya ialah Zagreb. Matawang yg digunakan ialah Croatian Kuna. Lihatlah keadaan bentuk muka buminya.. bayangkan kalau dari Zagreb ke Dubrovnik menaikan bas mengambil masa selama 9-10 jam atau lebih Mak Iti x pasti ..berapa hari yg di perlukan kalau nak jelajah seluruh Croatia. Memandangkan kami turun dari Mostar so Dubrovnik adalah province yg paling dekat utk kami terokai.
Alhamdulillah owner sini jugak Muslim.. sepasang suami isteri tua.. kira pangkat tok & tokwan ... tp masih kuat utk berbusiness sbb tok tu yg buat cleaning setiap bilik.
Lega dh bila dh check.. boleh mandi makan semua... mlm tu kami masak utk dinner... beli stock dekat minimarket depan apartment. Convenience gila la kt sini. Mlm tu lps mkn kami keluar lagi mencari sourvenir yg di pesan adik aku.
2 May 2016
Akhirnya setelah hampir 4-5 jam perjalanan dari Mostar dan melalui 4 kawasan passport control kami akhirnya telah sampai ke negara Croatia. Kami hanya pilih untuk ke Dubrovnik sahaja. Panik jugak masa nk lalu utk passport control maklumlah kita kan buku merah..depa pulak sekutu2 yg berkenaan.. Walaubagaimanapun kami hanya perlu duduk dlm kereta x payah beratur utk stamp passport.VISA jugak tidak perlu utk kita pemegang passport Malaysia. Mujur la ada Arman.. rupanya bahasa depa sama so x dak masalah komunikasi di sini. Yg paling complicated keluar Mostar masuk Croatia, then keluar Croatia masuk Bosnia balik then keluar Bosnia baru lah betul2 masuk Croatia. Ini semua terjadi hasil peperangan dulu. Kebanyakkan kawasan asal Bosnia telah di ambil oleh pihak Serbia atau pun Croatia. Byk yg Arman kongsikan sepanjang perjalanan kami. Salah satunya Ayahnya adalah mangsa perang ( seorang Askar yg berjuang menentang peperangan di Mostar) . Mostar jugak terkesan teruk dari peperangan di sebabkan kedudukan nya betul2 di kelilingi oleh puak Croat & Serb. Sedih walaupun telah 20 tahun berlalu nampaknya mereka masih tidak melupakan parut luka yg masih berdarah. Perdana Menteri Turki kini adalah satu2nya yg berani bersuara memberi amaran supaya mereka tidak membuat kacau terhadap penduduk Bosnia. Mana saudara Islam yg lain ??? Entah laa
Croatia adalah sebuah negara persisiran lautan Adriatic. Di kategorikan sebagai Eastern European. Ibu negaranya ialah Zagreb. Matawang yg digunakan ialah Croatian Kuna. Lihatlah keadaan bentuk muka buminya.. bayangkan kalau dari Zagreb ke Dubrovnik menaikan bas mengambil masa selama 9-10 jam atau lebih Mak Iti x pasti ..berapa hari yg di perlukan kalau nak jelajah seluruh Croatia. Memandangkan kami turun dari Mostar so Dubrovnik adalah province yg paling dekat utk kami terokai.
Croatian Kuna
Gambar2 pemandangan sepanjang highway menuju ke Dubrovnik
Muka Mak Iti yg dh kepenatan...
Kami meminta bantuan dari Arman utk membawa kami meronda2 sekitar Dubrovnik. Dan sekaligus tlg kami cari apartment Kitty di sana ( book dari booking.com jugak)
Arman setuju dan kami pun happy ( byr la kat si Arman ni..kesian kot dia mai dari Mostar pastu nk kena bawak kami pusing2 pulak...pastu nk balik Mostar balik ... dah la esk pagi tu dia kata dia nk kena bawak guest dia p Kotor, Montenegro) Hehehe bila berjln jauh.. jgn la sesekali berkira ... kita x tahu apa yg akan kita hadap sbb kita org asing.
Ropa-ropanya.. nk p Old city tu punya la berkilo2 meter dan best part is mendaki dan menurun anak tangga ... Kami masing2 dh pandang satu sama lain dah... dok kata Piii dah kita dgn luggage bagai nk jln patah balik mcm mana ni oooiiiii....
Arman kata xpa nnt dia tlg angkat luggage kami since kereta mmg x boleh masuk kawasan Oldtown tu dan bayaran parking di situ ya ampun mahai gila wehhhhh.
Ni la dia gaya menurun...bayangkan klu dok gendong luggage.. x kira la begpack sekali pun penat weh... Mak Iti rasa berpinar2 hahahaha
Minah sorang ni penanda jalan.. setiap ceruk jln dia ambik gambar.. nanti Mak Iti nk suruh dia buat blog jugak ... hehe
Aceh2... gambar ni boleh la nk posing2 kan sbb x bawak beg... bayangkan lepas ronda2 ni nk kena naik balik tangga ni pastu turun balik dgn beg2 semua.. esknya nk check out naik pulak dgn beg2 .... Mimpi Ngeri ooooi huuhuhu
Akhirnya kami sampai jugak dekat Pile Gate - Entrace ke Stradun . Bacaan lanjut tentang Dubrovnik click sini .
Pile gate
Agak lewat masa kami sampai ni..tp ramainya manusia dan kami adalah alien utk kesekian kalinya hehehehe
Terdapat byk gereja di sini..
Yeah tempat ni dh sampai.. wpun Mak Iti x penah tgk gmbr ni tp at least Mak Iti tau jugak wujudnya cerita ni hehehe... Siap ada tour lagi utk GoT.
Lepas Mak Iti pos gmbr ni di FB masa sampai tu .. terus adik Mak Iti pesan nk souvenir dari sana hahaha.. tu la haritu hgpa x mau tanya aku nk p mana kan hehehe... xpalah Mak Iti beli jugak ... nama pun adik yg mintak kan :-p
Terlalu byk lorong2 di sini ..dan setiap lorong penuh dgn kedai2 mkn, sourvenir dll.
Alhamdullillah ... x sangka ada Islamic Center di sini.. psstt nnt Mak Iti cerita pasal bilangan penduduk Muslim di Dubrovnik .
Haaaaaaaa ni geng sudah marah cari Apartment Kitty x jumpa.. naik turun tangga dh penat wei... Akhirnya kami jumpa jugak Apartment Kitty tu tapi ketuk punya ketuk x dak org mai sambut... kami pun buat decision nk tukar tempat memandang sgt x sesuai kami nk stay dlm tu. Kami pun mintak tlg Arman carikan yg lain utk kami.. Alhamdulillah Arman jumpa sorang lelaki ni dan bertanya ( Hanya mereka kenal yg mana Muslim yg mana bukan) Nak jadi cerita Arman kata ada 1 apartment ni kt luar tp harga dia mahal.. $100 Euro satu mlm.. xpalah kami setuju jaa jika nk banding dgn kepenatan yg bakal kami harungi.
Sedia utk marathon malam pulak
Hujan pun hujan laa.. nk posing gak td siang org ramai sgt.
Haaa habaq hg..dok smpi gelap kot
Dpt la hat ni jaa..memandangkan Mak Iti x tukaq duit byk..so beli yg ini ja laa.
Ini pun 100.00 Kuna weh.
Mlm kedai2 kt situ byk tutup awai.. ada 1 kedai kami p nk masuk..wah di marahnya kami kata dh tutup ..klu dh tutup lock la pintu mana la kami nk tau... mujur la kedai yg kami beli benda alah ni x tutup lagi ... Oklah jom balik bilik tidoq... esk nk check out dh nak p Kotor , Montenegro pulak.
3 May 2016
Alhamdulillah masih lagi bernafas utk meneruskan pengembaraan kami. Kami bersarapan siap2 kemas2 beg, dn p meronda lagi sekali di situ sbb smlm x dan. Nah... tudia rupa2nya nak naik tgk view tu kena bayaq habaq hg... xpalah Mak Iti nk jln2 ja sampai hujung. Rupa2nya ada port kt belakang tu ... cantik view dia.. ada tour jugak utk naik boat situ. Kalau sapa2 nk p nnt Mak Iti cadangkan bwk la duit spare lebih2 naaa hehehehe.. Mak Iti jln utk melihat bumi Allah..
Haa... pagi ni jom marathon...
View dr luar
Ambik kot sini pulak..nampak x tahun brp tulis situ 1905-1926 sapalah agaknya kan
Hehe Ni la kasut yg kami beli dari Mostar tu...
Masing2 nk berstick..Mak Iti tumpang ja la ye...
Penampakkan pelancong dari Malaysia di situ
Lagi bentuk2 gereja di sini
Sebenarnya ada cable car kalau nak naik ke puncak dan tgk keseluruhan bandar ni.. tapi cukuplah Mak Iti rasa puas jugak berjalan di bawah sini.
As usual Bos Azwar ajak minum coffee dulu... hehe Mak Iti pekena Latte pulak kali ni..
Terima kasih sahabat2 ku kerana masih bersama sehingga ke harini
Ada tour naik Kapal Karaka ..tp xyah naik kapal pun boleh ambik gmbr dgn dia ni hehe
Group Foto
Acara membeli T-shirt
Comeikan... Mak Iti beli utk Mak Iti anak beranak sorang selai T-Shirt ni.. satu 60 Kuna.
Pemilik kedai....sgt lembut dlm pertuturan, seorang pharmacist. Umur dia 53 thn tp masih cantik. Masih terbau2 haruman rose yg dia buat. Katanya berkenan dgn tudung Mak Iti pakai.. Alahai.. Mak Iti x bawak spare tudung klu dak boleh bagi 1 kat dia ..
Ni la kedai depa.. sapa2 mai nnt boleh ke sini.. sbb tempat lain tshirt semua 100 Kuna ke atas.
Cuba lihat anak2 tangga tu hehe.. sila la daki kalau nak ye.
Kat area depan tu byk org memakai costume mcm2.. klu kita nk bergambar atau tgk show depa..sila2 boh duit dlm tabung yg depa dh sediakan tu yaa..... depa cari makan :-)
Herm... igt kisah berakhir disini saja???? Oh tidak kerana kami nk kena p urus kereta sewa pulak utk meneruskan perjalanan kami. Disini segalanya bermula. Owner tu willing nak hantar kami ke tmpt kereta sewa tu sbbnya pihak kereta sewa x mau mai hantar kereta.. ada ka depa suruh kami naik bas p sana ??? gerrrrrrrrrr xpalah kami pun terima kasih byk la kt Pakcik Owner ni. Dlm kereta dia ada gak sembang dgn kami.. Dia bgtau dia Muslim, keluarga dia asal dari Bosnia.. dah lebih 30 thn dia menetap di Croatia. Isteri dia jugak Muslim Bosnia katanya. Dia jugak bgtau di Dubrovnik hanya ada 700 orang Muslim . Hanya mereka yg kenal sesama Muslim. Pakcik ni juga ada luahkan rasa kekecewaannya sbb anak lelaki beliau memilih utk menjadi bangsa Croatia.. x mau ikut menjadi Islam.. semoga Allah kembalikan dia ke jln yg benar. OK lah pakcik tu pun drop kami kt rental car dan balik ... Syukran Pakcik semoga Allah murahkan business pakcik di kawasan yang amat2 minority penduduk Islam.
Kisah kereta sewa... huh byk songeh rupanya..mungkin depa tgk kami berhijab, kami muslim maka layanan yg di terima amat menyakitkan hati. Depa mintak wang pendahuluan.. dlm Kuna..padahal dlm tu tulis depa terima duit Euro... mana kami nk p cari duit kuna.. semua dh habis pakai yg ada hanya duit Euro. Langsung tidak membantu atau bagi apa2 cadangan pada kami. Pastu nk charged Kad Credit klu x dak .. dah sudah.. Kad kami sekoq2 out.. dgn Ika terlupa bawak Kad dia, Kad Mak Iti & Azwar dh x leh pakai... Mujur la ada tauke kita Kak Ein.. dia la penyelamat... Alhamdulillah dia masih ada 1 kad yg belum di activate kan. Kak Ein pun call la bank di Malaysia utk urusan pengaktifan. Lama gak kami tersadai kt kedai tu.. mujur ada Wifi sempat jugak la Mak Iti bervideo call dgn anak2 Mak Iti via WeChat application. Lps habis semua urusan, Bos Azwar p check kereta kot2 ada kemek kat mana2 ka.. sbb yg kt Sarajevo rental car depa claim ada kemek. Ntah laaa.
Beg kami semua...
Alhamdulillah urusan kereta pun selesai jom kita ke destinasi seterusnya Kotor, Montenegro.
Sepanjang perjalanan kami di hidangkan dgn view lautan adriatic ... Ciptaan yg Maha Esa. Ada jugak kami stop2 utk mengambil gambar. Layannnnnn
Ni la kereta sewa kami.. tgk tu si kecik Khalid dok renyeh apa laaa... Khalid anak kepada Ika & Azwar. Baguih betoi.. x susah travel dgn dia steady ja dia . Oklah bye2 Dubrovnik.. on the way kami tu ternampak 1 signboard mcm kincir air.. apa lagi roadtrip kan ... terjah ja laah
Ohh National Restaurant rupanya hehehe... xpalah kita tangkap gambar ja lah ye .
OK perjalanan di terus kan lagi ... menuju ke Kotor... di sempadan negara Croatia & Montenegro Alhamdulillah tiada masalah..
Setakat ini sahaja entry Dubrovnik Mak Iti... Next entry kita ke Kotor ya :-) -->>MONTENEGRO
No comments:
Post a Comment