Monday, August 26, 2019

Austria dalam kenangan ~ Trip Overview


Austria dalam kenangan

Kesimpulan trip kali ini

Kesimpulannya Mak Iti nak nyatakan bahawa Islam itu ada di mana-mana, mengembara lah, anda akan ketemu dan ketahui rahsia Allah ini. Ya memang bahan rujukan untuk study tentang bumi Austria ini sangat limited (in term of Islamic point of view) kebanyakkannya lebih kepada travelers dari bangsa asing dan bukan penulisan dari umat Islam. Jadi sedikit sebanyak Mak Iti just follow the flow, yang pasti tak pernah Mak Iti lupa utk titipkan doa supaya Allah memudahkan perjalanan kami, temukan kami dengan orang2 yg baik sepanjang perjalanan pergi dan balik kami. Ya Alhamdulillah Yang Maha Agung telah memudahkan segala urusan kami di bumi asing ini.

Buat pengetahuan semua, Umat Islam ada di mana-mana, kembaralah keluarlah dari zon selesa, contohnya semasa kami di bumi Villach, tak sangka ramai jugak umat islam di sana.. pusing sini ada ja berhijab, pusing sana ada ja berhijab ..
Ya Allah yg maha Agung, sesungguhnya aku bersyukur atas nikmatmu ini,  di beri kesempatan kembara jelajah di bumi mu yg serba indah ini. Merasai nikmatmu adalah pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. Sesungguhnya penginapan kami di Villach adalah penginapan paling best sepanjang trip ini.
Semoga engkau memberi peluang lagi kepada hambamu ini untuk terus kembara di bumi mu ya Allah.

                        Terima kasih ahli Jemaah utk trip Redah Austria kali ini.

Bidin , Alec,  Khalil , CT dan Erin

Dalam kenangan Setiba nya di Bumi Turki ~Flight dari Vienna ke Istabul 27 Jan 2019 


Anda hebat, saudara yg hebat, susah senang trip ni akan kita kenang sampai akhir hayat kita. Kenangan berjalan kaki mencari Hotel di Innsbruck paling best (haha) walaupun ada yg dah tarik muka masam sebab kena jalan jauh dalam keadaan sejuk, lapar dan tercangak-cangak di tempat baru. Di tambah pula menanggung beg 11-12 kg di belakang badan kita hehe mencabar kan! Tapi apa2 pun itu la kenangan abadi kita utk di kenangi. Akan menjadi memori terindah dalam hidup kita.

Di Salzburg pulak kita sewa di rumah makcik Monica haha..igt kan rumah dia guys? Dan situ lah kita menyopping beras, telur, garam , Meggie , serbuk kari , serbuk sambai tomeh hahaha sapa kata susah mencari yg halal di bumi minority nya umat islam? Itu bukan alasan! Dan perlu di ingatkan tak semua bila travel ni indah dan happy saja, teringat Mak Iti waktu kami di Salzburg anak bujang Mak Iti demam, sampai berdarah hingus huhuhu..hati ibu mana tak bimbang anak yg di sayang jauh di mata hanya mampu mendoakan ketika itu. Nak posing pun x syok sbb hati dok teringat dekat anak

Di Graz juga terdapat byk rakyat Turki, Syria dan negara timur tengah yg lain membuka kedai makan , kedai runcit dan lain2, mudah bukan beli sahaja dari mereka, bantu ekonomi mereka yg bermusafir di bumi asing. Seronok Mak Iti tgk komuniti rakyat Turki di Graz, mereka menjaga satu sama lain. Ya Allah Ya Rahman sesungguhnya Rahmat itu cukup besar buat kami.

Feldkirch, walau pun sekadar gerbang transit sebelum kami ke Innsbruck, dapat jugak Mak Iti rasakan aura2 umat islam di situ , tak banyak tapi tetap ada . Sama juga seperti Vienna, siapa sangka driver taxi kami Muslim dan betapa gembiranya beliau apabila en Boss Mak Iti beri ucapan salam kepada beliau sebelum turun dari taxi. Ya walau kita dari bangsa yg berlainan tetapi kita tetap umat Nabi Muhammad yg bernaung di bawah satu agama besar dunia iaitu Islam.
Sekian sudah penulisan Mak Iti utk bumi Austria ini, next Entry akan Mak Iti ceritakan kembara kami di bumi Konya di mana Mak Iti bertemu janji dengan adik angkat berbangsa Turki yg di kenali dari laman Instagram 2 tahun yg lalu.
Selamat Tinggal Austria, di izinkan Allah akan ku kembali melewati bumi mu yg cukup indah. In shaa Allah .

Wassalam

Psssssssssstt…. Catatan ini di coret pada tanggal 26th Aug 2019 bersamaan dengan 8 bulan setelah tamatnya Trip Redah Austria ini.. sebab tu kesimpulan dia feeling lain macam sikit hehehe.

***Kena segera habiskan cerita Redah Austria ni sebab “Al Fadang Fasirun”🐫🐪 menanti hamba tiba pulak … Doa-doakan next trip Mak Iti berjalan lancar ya 

Aaammiiiiiiinnn ..

Salam Sayang,

Mak Iti bukan Mok Cun   💁💁💁


Vienna , Austria Last Part di Austria


PART 9: TEAM TERJAH AUSTRIA ~ VIENNA ~

26 January 2019 – Vienna si ibu kota yg tak sempat di terokai

Pagi chuolls, pagi ni sarapan di Mariahilf Hotel dulu sebab kami ambik bus pukul 11 macam tu, so sempat la kami bersarapan dulu. Macam biasa roti dan jem la jadi sasaran plus kat sini ada teloq rebuih yeayyyyyy hahaha (teloq rebuih tu hgpa set time sendiri laaa nk rendam dia berapa lama dlm ayaq panas)
Posing sat lepas makan ni…





Di sebalik tabir sesuatu gambar hahaha

Dan la kami naik bilik dulu lps makan semua, p toilet serba semua paham2 la kan lepas makan hahaha





Ok ikut direction yg reception bagi dekat kami, katanya ada FREE tram yg boleh kami naik utk ke Kawasan flixbus tu. So kami ni 50:50 ja nk naik tram free tu maklum la satgi kena tanya mana tiket mau kena denda dah sebab naik tanpa tiket.
Jeng2 muka2 cuak tunggu tram hehe



Cik Bidin tu acah tu hahaha paham ka tu ? hehehe

Sampai dah tram kami pun naik dgn beg besaq semua ... dah sampai ke situ sepasai pulak nak cari tang mana bas ni duduk pulak... ikut la google map p cari nama jalan. Allah time ni pun ada dh macam2 gaya nak bebai nak apa2 la semua time ni … Warna Warni travel mcm ni la
Alhamdulillah jumpa jugak nama jalan tu setelah Mak Iti Nampak Flixbus tu.. p tanya kt driver tu dia kata kena tunggu time yg kami booking sbb bas dia nk jalan dh .. Ok apa lagi sejuk gedi wei p cari kopi la buat pemanas badan.






Habis minum Mak Iti dgn Pak Khalil keluar dulu p lepak dekat bus stop depa lagi 3 dok dlm tu lagi.




 Time kami untuk meninggalkan daerah Graz dah sampai.. kami beratur sambil menunjukkan QRR Code utk discan oleh driver bas ni.. luggage ka beg ka boleh di simpan di bawah perut bas.. bas kami 2 tingkat ,kami dpt seat di atas ( seat kami booking siap2 masa beli tiket tapi boleh ja nk open tiket pun) Bas pun bergerak la… ok bye2 Graz.



Perjalanan tanpa henti ini mengambil masa selama 2 jam 25 minit dari Graz (Girardigasse) ke Vienna Felberstrasse. Bas gerak pukul 11 pagi dan di jangka sampai pada 1.25 petang.


Tips:  Kalau anda nak beli apa2 tiket pun la sekalipun sila check dulu na jarak lokasi station tu dengan hotel anda menginap… sebab mcm kami ni kena menapak kan so sila survey dulu. Kami pilih Girardigasse sbb yg ini paling terdekat dgn hotel dalam erti kata still kena naik tram dan menapak utk sampai ke situ.

Kami pilih station yg dekat Jalan Girardigasse
Mujoq x pilih dekat Murpark ni dah naik bas dlm 15min baru lalu dekat sini hahaha jenuh


OK sampai dah kami di ibu kota Austria iaitu Vienna. Sedikit terkilan sebab kami tak punya banyak masa di sini..kerana sampai dah agak lewat ( ya walaupun jam baru 1.25ptg tapi pukul 3-4 dah gelap la kan musim winter ni.

Kedatangan kami di sambut dengan hujan yang mencurah2 makanya bertambah2 la sejuk ni ya Allah. Kami mengambil taxi dari HBF station. Terpaksa buat 2 teksi sbb 5 org kan. Rupanya driver taxi kami seorang MUSLIM … Mak Iti tersangat la happy (tak tau nk habaq perasaan bila jumpa sesama Muslim di luar negara tambah2 bukan negara Islam) Selesai memberi salam kami pun beredar untuk check in.
Di sini kami mengambil 2 bilik asing (Erin & Bidin manakal Mak Iti, En Boss dan Alec satu bilik)


Katil utk org dah yg kawin la kan 


Ni tempat Alec yg bujang yo lo tu hehehe


Usai check in kami pun rehat sat, makan Maggie apa yg patut haha, then kami decide nk cari jugak souviner sbb kalau nk jalan2 mmg x sempat dah cuaca tak mengizinkan (hujan kan time tu)
Kami decide nk keluar petang sikit (tapi dah gelap la time tu).

Misi mencari Hard Rock Vienna
Mai ikut map ni tgk jarak tulis mmg la 27 min tapi hgpa imagine kami jalan dlm hujan (semua buat hero x pakai paying) haha lepas tu harap ikut google map saja hehe so 27min tu boleh jadi 40min ooo hahaha

                                                  Map camni haaaaa


Ok misi di teruskan mencari HRC Vienna & Starbuck Vienna dan Alhamdulillah kedua2 kedai ni berada di jalan yg sama Cuma berbeda bangunan (alah bertentangan ja pun haha) 
                                                     See map below 😊


Kami masuk ke situ apa lagi En Boss yg lebih2 menyopingnya…haiz Mak Iti sempat paw FM jer pun dari En Boss hahaha jadi lah.

Masuk Starbuck pulak nk cari tumbler utk adik angkat Mak Iti ( dh org pesan kan, kita p cari ja lah)

Alec pulak dok pilih souviner dekat kedai sebelah2 tu saja... puas dh kami menyoping kami pun balik ke sarang.

Tak larat dah nk menapak baq ang… kami pun naik taxi ja lah hehe. Tapi Taxi pun HRC hokey kena lah Euro 6 utk satu trip.
Sekian jom balik bilik kemas beg , esk pagi kui 5 pagi nk kena check out dah p balik kampung halaman Mak Iti di Istanbul laaa mana lagi hehehe Adios !



Tq samurai wifi berjasa utk kami di austria




27 January 2019 – Bye Vienna, Bye Austria

Seawal 5 Pagi kami dah berada di Airport, kami minta reception hotel utk booking taxi. Terima kasih membantu kami yg bermusafir di bumi Austria.

Kami terus ke wrapping beg department utk balutkan beg kami. Flight kami ke Istanbul via Turkish Airlines dijangka berlepas jam 7.20am.






Setakat ini sahaja jodoh kami Bersama Bumi Austria. Moga ketemu kembali di musim yg lain.

Bye Vienna  , Bye Austria 😘😘😘