Tuesday, June 28, 2016

MEMORY DI KOREA

Kusangkakan Salji rupanya Luruh hehe

24NOV - 28 NOV 2014

Telah lama Mak Iti memasang angan2 utk ke bumi Korea ini. Mak Iti bukan lah peminat K-Pop Hatta langsung x tau pun kumpulan2 yg anak2 muda dok tergila2 tu .. haha .. apa yg memanggil2 Mak Iti ke bumi Korea ini ialah pengaruh dari drama Winter Sonata. Ngeh ngeh... dulu2 masa zaman Mak Iti dok study UiTM nun thn 2002 drama ni meletop2, tiap2 hari pkl 7 akan berebut dgn housemate yg nk tgk drama cina kekeke... sorry selalunya Winter Sonata menang! 
Kami memilih cuti sekolah bulan 11, memandangkan Mak Iti akan terbang bersama suami dan anak2 Mak Iti.. trip kali ni Maksu Mak Iti ikut sekali.. dia mmg hantu Korea dari perlbagai sudut. 
Mak Iti pergi dgn Andalusia Tour sbb igt bawak anak2 kan.. so x berani redah sendiri ( masa ni Mak Iti x dak experience nk redah kasi pecah beb... ) Setakat Krabi, Phuket tu xpalah kami p redah kasi pecah sbb kami drive sendiri dari Penang. NI Korea kot.. dan nk jadikan cerita inilah kali pertama Mak Iti dan En Suami nk naik flight..(huhuhu dh tua2 baru berkesempatan naik flight weh) sbb tu kami pilih ikut tour . Well pengalaman yg akan mengajar kita kan.. so Alhamdulillah lani dh ada confident sikit nk p sendiri. 
Entry ni hanyalah TB Mak Iti ke Korea bersama keluarga.. supaya Mak Iti x lupa bila dh tua2 esok ni.. 

Dari Penang kami memilih utk drive ke N.9 umh sepupu en suami. Kebetulan suami si Pae ni keja di KLIA. Hari berangkat tu suami si Pae ni lah yg menghantar kami ke airport. Flight pkl 12 tgh mlm dr KLIA2 ke Incheon Airport. Kami menaiki pesawat Air Asia. 

Sampai di airport, Kak Asmah ( Tour Leader kami ) dah tunggu.. so itulah kali pertama Mak Iti berkenalan dgn dia.. baik Kak Asmah ni. so sementara tunggu flight boarding, kami singgah mkn dulu. En Suami as usual sakit kepala dh .. Mak Iti pun p la farmasi kt airport p cari ubat. Bg dia mkn siap2 . 
Makan dulu 

Boarding time... berdebar2 tunggu nak naik flight ngeh2 semua muka 1st time
Chewah... jakun la katakan baru nk merasa naik flight 
Yeah... dh lepas passport control semua.. muka mangkit tidoq masing2 hahaha
 Alhamdulillah selamat landing di Incheon pukul 7pagi. Ni dekat airport terminal nak naik train depa 
First time kami jalan jauh sama2 krik krik 

Setelah itu kami di sambut oleh Sofi Unie dan di bawak menaiki bas utk ke destinasi pertama kami.. lensa kamera en suami tak henti2 dok bekerja mengambil jln pemandangan sekeliling. Sejuk sgt wpun belum salji time tu . Keluar ja dari airport dh terasa kesejukkannya. 

Herm... kalau ikut ittn kami sepatutnya melawat Presidential Blue House, tp di sebabkan waktu itu ada sedikit tunjuk perasaan daripada kaum keluarga yg tidak berpuas hati di atas kes kapal membawa pelajar ke Jeju Island yg tenggelam tu. Makanya kami terpaksa batalkan ke situ. 

Kami meneruskan perjalanan ker Nami Island!!! Wah... Mak Iti teruja sgt2 waktu tu. Sebelum ke Nami kami di bawak utk mkn dahulu. 
 Nasi yg dicampur kurma cina
 Ni lah lauk pauk dia.. haha first time jugak Mak Iti dan family telan makanan Korea, Well not that bad.. boleh jer sebat sbb ada ikan bilis goreng dgn teloq dadar tu kekeke

Haaa nasi sorang satu mkn mcm tu ... sejuk2 bantai ja 

Anak2 Mak Iti sempat posing depan kedai makan ni!

OK jom ke Nami Island ...yahooooooooo ( psst walau pun org lain dh p dulu dari Mak Iti... tp itu org.. teringat kata2 sahabat Mak Iti... Destination tu tak penting, yg penting is the Journey to that Destination wahhhhhh boleh gitu ?? )

Here we are in Nami Island!

Menuju ke Ferry
 Nak panggil ferry ker ni? Ntah la apa2 jalah hahaha jom naik nk menyeberang ke pulau Nami. Sebenarnya ada 2 cara utk ke nami, satu menaiki ferry ni satu lagi cable car.. haha up to you guys nak pilih cara mcm na..Tgk si baju kuning tu dh kedepan dia ...x sabaq2 

 Sesekali berposing dgn anak2 
 Ambik peluang nk feeling2 ala2 Winter Sonata yg x dah Winter ni hihihi.. tp di pulau ni kalau mai musim bunga pun cantik.. masa kami sampai ni kira penghujung autum dah.. byk daun2 yg gugur dah.. ye lah nama pun musim luruh kan hahaha
 Family Foto time !

Nampak tak pokok2 dah botak? hehe
 Budak ni dh start bosan haha
 Well.. Mak Iti cakap kt en suami nak jugak ambil gmbr kt situ lantak la org ramai ka tak .. bukan nk p selalu kan jauh kot mai dari Penang.. x kira lagi berapa lama Mak Iti menabung utk merialisasikan impian Mak Iti ni hehehe
Picture captured by my little boy. Okla tu dik Kamsa Hamida hehe
Ada di sediakan ruang solat utk muslim di pulau nami ini. Pendek kata depa mmg alert tentang lambakkan pelancong Muslim di Korea. Sempat jugak kami lepak beli kopi dekat gerai2 di situ. Jalan2 sekitar pulau nami ni..mmg best relax ja rasa.. ada monumen pelakon winter sonata kt sini, ada jugak di sediakan basikal sewa, juga ada resort utk siapa yg nk menginap di sini. 

Lama jugak kami di Nami Island ni, so sekarang tibalah masanya utk kami ke next destination. 

SKI HILL RESORT

Bas membawa kami mendaki di kawasan pergunungan... masa ni dh nak dekat petang, di sepanjang jln mendaki terdapat kedai2 menjual dan menyewa alatan ski. Sofi ada bgtau kot2 ada yg berminat nk sewa bgtau kt dia nnt dia bwk. Hihi Anak2 Mak Iti mintak jugak nak buat tp Mak Iti x confident lagi nk bagi sbb si kecik tu agak susah di kawal haha tunggu besar sikit lagi . 

Alhamdulillah kami pun check in di Vivaldi Apartment. Bilik besar.. dua bilik tp sempoi sbb dalam bilik tu x ada katil.. betoi2 traditional!!! Dlm almari dia ada toto utk lapik, bantal kayu dan selimut. Lantai dia dh ada heater siap2 senang x sejuk gedik sgt. 

Masa utk makan mlm pulak.. kami di minta berkumpul dan di bawak utk ke sebuah restaurant di kawasan sini jugak. 

 Ikan bilis jugak menjadi pojaan hati kami.. sedap sungguh!
Anggap lah tomyam ka asam pedaih ka.. tp semua kimci sayoq dlm ni.. tp sedap bak hang hahahaha

Selesai mkn malam ..aktiviti bebas.. tp sbb dh letih kan maklum lah turun2 flight ja terus p jalan2 hehe kami semua balik ke bilik saja. Kami di beri bekal siap2 utk breakfast esk pagi, susu pisang, roti dan telur rebus :-) 
Sedapnya susu pisang ni ;-) 
Paling best tuala dia kecik saja ..mcm tuala muka hahaha..Sofi dh pesan kat kami semua.. org korea x pakai towel besaq2 mcm org malaysia hahaha jenuh la kami semua bersiap dlm bilik mandi siap2 hahaha. 

Alhamdulillah next morning tu kami bangun siap2, breakfast and turun ronda2 sekitar kawasan Ski Resort tu. Herm... kenangan yg x dpt Mak Iti lupakan... en suami nk cuci telinga dgn cutton bud tu tiba2 kapas tu lepas dok dalam adoi laaa panik seketika.. kelam kabut kami di buatnya. Mak Iti la jadi doktor dan nurse usaha keluarkan kapas tu dr dlm telinga en suami. Huhuhu lama jugak proses x keluar2 jugak.. dh mula putus asa tp cuba lagi.. habis potong mood bercuti semua. Terus rasa x best! Last2 En Suami kata xpa lah nnt dia buat ..so Mak Iti pun bawak la anak2 turun x mau kacau en suami. 
 Kami dok di bangunan Vivaldi ni lah
 Dgn jerami ..posing la adik oooi 

 Sini la tempat org main Ski.. tp belum betul2 musim lagi .. kami tgk dr luar ja pagi ni.. sbb org nk main Ski dh pegi awai2 lagi. 
Ni la Kak Asmah, tour leader kami ..dia buat freelance utk tour... bestnya jadi Kak Asmah ni kan :-) 
Balkoni apartment

Alhamdulillah, akhirnya cutton bud degil tu terkeluaq juga.. legaaa satu masalah. So kami pun siap2 nk check out utk ke Everland Themepark. 

Everland Theme park
Adalah taman tema terbesar di South Korea ini. Fuhhhhh semboi bak hang besaq tempat dia ..kiranya seharian kami di sini laa dr cerah smpi gelap. 
Juga di sediakan resort disini.. ala2 Disneyland . Sepenuhnya milik Samsung. 
Click sini utk lebih tahu lanjut tentang  Everland . 

Kat sini la kegembiraan anak2 terserlah bila mana depa rambang mata tgk ride, animal zoo, roller coaster mcm2 lah dlm ni. Kami sempat jugak merasa naik lebih dari 5 ride kt sini. Best naik bas yg tiba2 bertukar menjadi boat bila dlm air, tiba2 zirafah jengoi kepala dlm bas minta makanan, tgk beruang besar dok berdiri tepi bas ..haha best sgt!  Gambar byk dlm external HD, so Mak Iti share apa yg ada dlm fb ja lah.. x byk pun jadi lah utk kenangan. 
 Ehem2.. en suami happy nampak dgn gadis penjaga entrance ni hehe

 Masa ni si kecik dh x mau bergambar dh... kira nk lari sana sini ja
Taman ni dalam pembikinan utk menyambut Winter
 Haa ambik hang nak naik sangat... basah sikit2 jaa hehe
 Cable car.. ngeh2
sila beratoq naa adik2


 Dua beradik ni sejuk pun cari aiskrim.. but comel2 aiskrim dia bulat2 kecik jer.
Comei tak aiskrim ni? Sedap jugak Mak Iti rasa. 


 Kalau tempat mcm ni smpi malam pun xpa kan adik??? renyeh saja
 Ambik hang sampai malam kami dok sini hahaha 

Kami yg dh kepenatan di bawak utk mkn mlm di sebuah restaurant hehe..happy la ada teh tarik semua pakat pulun teh tarik ..Oh Malaysian hehe
Dapat nasi briyani kira sedap x kira la kan... Alhamdulillah pandai cari dpt la kita makanan halal :-)  Setelah selesai makan kami di bawak utk check in ke MATE HOTEL. Katanya Aaron Aziz besa dok sini erm... betoi ka? 
Adik yg dh lena.. abah la kena dukung sepanjang jln.. sempat jugak abah posing tgh jalan yer hehe. 

OK Mak Iti dpt 2 bilik (708 & 709) Mak Iti,En Suami & Si Kecik 1 bilik, Maksu & Kakak 1 bilik. Setiap bilik konsep x sama.. ada bilik yg didalamnya ada jacuzzi wahhhh... bilik Mak Iti pulak ada Sauna ..bilik org lain x tau la pulak ya. 

Day 3 

Harini ini kami di bawak pulak ke Gyungbok Palace, National Ginseng Center, Myeong Dong , Cosmetic Center, Namsan Tower dan byk tempat lagi.






Pak sibuk tu merajuk sebenarnya hahahaha

Dah sampai Namsan Tower @ Seoul Tower... Free ja masuk sekitar sini kecuali kalau nak naik menara dia kena la bayarkan.. Jauh menapak nak naik sini huuhu tercungap2 la jugak... apa2 pun view sini cantik sgt. 



 Cantik Kobis purple dgn putih depa buat bentuk Love mcm ni 
Alahai budak ni mmg la suka tarik perhatian org... lps tu malu bila awek2 korea dok tanya dia hahahaha...actually dia nak demam dh time ni. 

Tu haaa... org p shopping kt situ kami dok laaaa kt bus stop menungu adik yg tadi dh muntah dlm bas. Demam dia dari atas Namsan tour lagi dia dh mula rasa nk demam. Xpalah dugaaan.... Selepas habis depa shopping kami pun bergerak ker sebuah restaurant masakan dari Morroco. Wow...sedap la apa lagi.... perut org Penang pulak mmg ngam laa... tp nk mkn lebih pun x syok sgt... adik muntah lagi kt dlm restaurant ni. Well pengajaran utk dia sbb dia x mau tutup kepala masa kt sini... dia pulak jenis x tahan sejuk tp nk tunjuk hero..erm bertabah la abah dan ibu adik.... 
NI pulak gmbr dia tido kt kerusi restaurant tu selepas muntah :-( 
OKlah lepas mkn kami pun siap2 balik ke hotel semula.

Day 4

Utk hari ke empat kami di bawak ke kilang Amethyst, Kim Chi School, Traditional Hanbook. Mak Iti ada jugak terbeli cincin kt kilang Amethyst, dgn rantai utk si Kakak... tp sayangnya rantai si kakak tu dah rosak thn lepas..x dak rezeki nk tahan lama.  Di Kim Chi School pulak kami di ajar cara2 nk buat Kim Chi hehe... mcm senang tp klu suruh buat lagi sori laaa x igt dah hahahaha... Kami juga di bawak utk mencuba pakaian Hanbook (x payah bayar apa masa nk try sbb semuanya telah di kira dlm pakej) No hidden cost... best Andalusia ni ! OKlah jom layan gambar jer lah nk tulis tu ada yg Mak Iti x igt dh..maklumlah trip 2014 hehehe






Tudia kami sekeluarga dok try baju org Korea... nasib baik ada saiz Mak Iti :-)




Jom bungkuih Kim Chi hahahaha

Ni On da way nak p Art Museum depa.. mcm2 ada dlm ni... 


Eh ada hotel Anne of Green Gables...sapa tgk citer kartun ni??

Lepas tu kami bergerak ke Stadium yg pernah digunakan semasa World Cup.


Sekitar jln2 di sini... 
Mlm pulak bas berenti di Chunggye Stream. Mak Iti x turun bas sbb si adik dh lena dlm bas...begini la bila berjalan bawak si kecik kan ... redha jaa la next time ada rezeki p lagi. 


NI depa turun p shopping lagi ...

Haaaaa kat sini depa boleh cakap melayu wei.... lps tu Mak Iti tgk dia layan warga Filipina dia speaking bahasa depa tu pulak...fuyooo respect la depa ni multi language sungguh! Kat sini Mak Iti angkut souvenir utk 1 kampung haha.
Till then jom balik tidoq... esk nk balik dah  

Adik dan kawan baru masa org dok p shopping2

Day 5 - Check out day & Fly day

Kami pun get ready nk check out dh pagi tu...bwk turun semua beg2 tunggu kt lobby smpi bas mai ambik kami.. sebelum ke airport, kami di bawa ke Lotte Duty Free.. haa sapa nak angkut lagi angkut laa segala biskut ,coklat dan mcm2 lagi.... tp Mak Iti ronda2 ja.. hehe

Di Lobby hotel pagi tu.. DK dok get ready dh nak angkat beg2 kami semua .. Oppa yg tinggi lampai tuuuuu...
Kakak dgn Sofi Unie... bye2... TQ Sofi Unie ni loqlaq cakap ikut suka dia jaa

Kakak jugak dpt kakak baru dari N9. 

Kenangan di depan masjid besar di Itaewon.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di KLIA dan pulan ke Penang dgn selamat... Miss Korea In Shaa Allah nak p lagi ... sbb Busan & Jeju Island Mak Iti tak jejak lagi . Next trip In shaa Allah. 



No comments:

Post a Comment