Wednesday, June 27, 2018


Salam Aidil Fitri

Rasanya masih belum terlewat untuk Mak Iti ucapakan selamat hari raya pada semua yg sudi membaca blog Mak Iti yg syok sendiri ni hehehe

Di kesempatan ini Mak Iti memohon ampun dan maaf andai ada penulisan Mak Iti yg menyakitkan hati para pembaca sekalian. Mak Iti menulis ala-ala diary untuk tatapan Mak Iti di kemudian hari .

Sempena Aidil Fitri yang dah berlalu lebih dari seminggu ni … Mak Iti nak share moment2 bahagia Mak Iti, En Suami dan anak2 berposing sakan di Cappadokia.

Kami gigih dok shotting Pre Hari Raya Photo.. Mula2 rasa nk gelak tapi bila dok tengok time raya ni rasa terharu pulak sebab nya.. bukan senang nak bergambar time salji pakai baju raya…

Bagi Mak Iti ni pengalaman paling berharga untuk Mak Iti dan keluarga kenangkan bila anak2 masing2 dah meningkat dewasa… tak mungkin kami dapat patah balik untuk dapatkan moment ni.. sob sob..

Dengan itu sila lah layan gambaq2 raya Mak Iti and Family di Cappadokia , Turkiye.

Tema : Hari Raya Aidilfitri
Lokasi : Kayatas Hotel , Cappadokia










 Tu semua di depan bilik hotel .. Di sebabkan haritu cuaca tak mengizinkan utk kami bergerak dgn kereta maka terjadilah photoshoot raya kami. 

Kat bawah ni pulak gambar2 sekitar perkarangan Hotel. 
























 Akhir kata terimalah video raya kami yg di rakam oleh rakan kami En Bidin iaitu suami kepada Cik Ein kita... Ewahh... rasa mcm ye ye dok obersee... Over je kamu Mak Iti hahahaha 



 Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. 

Sudi2 lah lagi menjengok ke blog Mak Iti ya...  

Salam Sayang, 
Mak Iti 


~Jakarta dan shopping berpisah tiada ~

13 April 2018 

Maka pagi ini bermulalah kisah shopping sampai lebam makcik2 peniaga online sekalian..


Pagi ni kami bangun awai2 breakfast di Hotel sebelum menggerakkan kaki melangkah ke Tanah Abang. Mak Iti actually tak la teruja mana pun … just follow the flow kan depa nak shopping kita ikut saja laaa… Makan dulu… sarapan nasi goreng dulu dgn just buah naga sedap jugak











Yeah ayuh mari kita ayunkan gerak langkah kaki…jarak dari Hotel ke Tanah Abang tak la jauh mana… so 10 minit dah sampai di situ .. 


Tempat pertama depa tuju ialah tempat kain lace. Tegar sungguh Mak Iti tengok depa berniaga… mmg sakan.


Tanah Abang ada beberapa block, dan bertingkat2 ( dah lupa berapa tingkat dia ada) hahaha Haih naik lenguh jugak kaki melangkah dan berpeluh jugak laaa
Hahaha ambik hang.. ni la 1st time Mak Iti ikut geng peniaga online shopping sakan.. tak terdaya Mak Iti nak ikut depa .. Mak Iti Cuma ronda2 mencari tas tangan untuk Mama Mak Iti, Kasut bola utk Awang kenit Mak Iti , Jubah utk anak dara dan Beg duit kulit utk En Suami di rumah. Done… Utk Mak Iti ada lah selai blouse, dan rohsia laaa mana leh habaq beli apa hahahahaha




Dah letih tak sangga.. kami naik ke foodcourt utk lunch .. dan ini jugak pertama kali Mak Iti makan Nasi Ayam Penyet… eh sedap pulak rasa dia hahahaha yg sebetulnya yg sedap itu sambal ijo nya… aym goreng itu sama saja rasanya.



Setelah selesai makan Mak Iti bersuara nak balik ke bilik utk mandi dan rehat sbb dah tak terdaya… dan Kak Ta pun cakap dia nak balik legaaaa… so lepas kami makan kami turun ke tingkat 2 ronda sat tengok blouse then kami balik ..hahaha balik pakai Map utk tunjuk jalan haha sbb Mak Iti dah pening tak tau jalan balik

Haaa..utk roaming Mak Iti ada beli DIGI 3 day internet RM25 tu.. jadilah utk Mak Iti gunakan internet waktu kecemasan dan utk wassap dgn kawan2 semua… depa hat lain beli simkad Indon.. tapi Mak Iti tak hehehe

Lega bila sampai blik… mandi dan lepak2 dalam bilik… depa nun balik petang dah hahaha malam pulak depa ajak kluaq lagi ronda2 ..hahaha Mak Iti tolak laaa tak mau p sbb rasa tak larat gila dgn esk pagi nak gerak balik dah.

Depa kluaq jugak… depa beli K.teow goreng utk Mak Iti punya la belambak satu bekas tu.. hahaha Dah makan … tidoqqqqqq


~Ayuh pulang ke sarang ~

14 April 2018 

Lega rasa bila pagi dok teringat nak balik.. Mak Iti tak berapa selesa di Jakarta… keadaannya sangat macet …fuh dari tingkap bilik dh boleh tengok dan dgr hon sana sini… Ok pagi ni bfast siap2 lps tu depa p jugak shopping lagi sekali… dan Mak Iti hanya balik ke bilik lepas bfast.











Kami check out dalam pkl 1, sebab depa balik pun dah 12.30…terlajak shopping la tu. Dan lagi berselfie sakan dekat lift hotel hahaha


Kami try guna Grab car… malangnya 3 kali kena reject alasanya… terlalu macet… keta tak boleh lalu jalan tu… kami panik dah … Fatihah yg booked grab awai dh dapat.. tp dia pun menunggu dekat sejam jugak baru keta sampai.
Last choice kami terpaksa minta khidmat hotel utk arrange airport transfer.




Muka masing2 yg gelisah menunggu transport datang huhuhuhu

Malangnya perkhidmatan hotel jugak tergendala kerana macet banget!!!! Arrrggg tension dah Mak Iti…huhuhu macamna nak smpi airport ni… flight pukul 6.
Kalau nak ikut tu jarak antara Hotel dan Airport tak la jauh mana tapi di sebabkan jem yg teramat teruk dalam  seumur hidup Mak Iti tengok membuatkan jalan sampai di tutup dan keta tak boleh lalu…huhuhu..
Kami di minta bersabar dan menunggu pak supir hotel datang.. katanya sejam … tapi dah lewat dari sejam ni tak sampai2 lagi huhuhu ..

Beli ayaq kotak bg hilang gelabah


Pak supir kata jarak dia dgn hotel dah dekat tapi sebab jem keta tak boleh gerak. Maka kami ambil keputusan utk berjalan p dekat dia… hahaha mujoq beg tak banyak hahaha
Dah selamat dok dlm keta..hahaha ingatkan boleh gerak rupanya x gerak jugak… sampai la pak supir tu buat german… dia naik atas divider nak p hala belah sana hahaha ngeri kot …


Di sini Mak Iti belajar sesuatu.. sbb penduduk nya yg miskin mereka sanggup melakukan apa saja pekerja utk mendapatkan duit. 3 kali kami di minta oleh pak supir duit utk di beri kepada penjaga haluan jalan raya… mereka bukan polis… tpi mereka ada rakyat tempatan yg sengaja menutup jalan.. dan hanya akan membuka jalan jika anda membayar mereka hahaha sempoi nooo …

Alhamdulillah setelah bermacam rintagan kami lalu akhirnya kami Berjaya meloloskan diri dari kesesakkan yg amat sangat… fuhhhhhhhh legaaaaaaa




Akhirnya kami sampai di Airport… check in dan makan dulu sebelum berangkat balik…












Begini lah kisahnya perjalanan Mak Iti di bumi Bandung dan Jakarta.

Flight kami sampai di Penang jam 11.30 malam.. Mak Iti lepas tapi rakan peniaga online Mak Iti kena tahan laaa sbb beg lebih muatan. So dia kena la bayar sejumlah wang untuk kastam clearance.

Sekian  lah kisah Mak Iti untuk trip ini…

Next trip Mak Iti lambat lagi January 2019 nun… tungguuuuuuuuuuuuuuuu