Sunday, June 26, 2016

KEMBALI KE ISTANBUL

ISTANBUL.. Finally we are back

7.May.2016

Alhamdulillah safely arrived Istanbul yg tercinta hehehehe... walaupun naik bas pukui 2 pagi tapi mata Mak Iti tetap tak boleh nak pejam...Bas yg kami naiki tu turunkan kami dekat2 dgn area Fatih jugak. 
Fuhhhh sejuk weh time ni mulut keluar asap hihihi

Kami pun mencari taxi utk ke apartment.. mmg tau pun x boleh check in lagi tp p cuba nasib saja.. Di Istanbul kali ni kami pilih area Fatih pulak..( dh sebelum2 ni dok di Sultanahmed).. Geng2 Mak Iti pilih Fatih sbb dekat sgt Grand Bazaar hahaha itulah tujuan utama depa 2 org ni ..haih . Alright taxi yg bawak kami td tu pun berenti betoi2 depan pintu apartment. Taraaaaaa
Tekan punya tekan loceng pintu tak terbuka lagi... erm..tiba2 pintu terbuka kami pun terus p serbu masuk dan seperti diduga mmg x boleh check in lagi pun tp dia bagi kami tinggai beg2 kami kt ofis dia.. so kami pun keluar mencari sarapan pagi... lapaq ooi dr Bulgaria makan maggie jaa tu pun pukui brp nunn
Mak Iti punya soup dgn roti.. Alhamdulillah kenyang soup dgn roti ni.. tp mahainya Ya Allah.. rasanya kena katok dh dgn kedai ni haizzz
Ni Pulak Turkish Coffee Mak Iti.. cita rasa masing2 la noo tapi Mak Iti x suka sgt kopi depa ni. Tapi terorder pulak hahaha gatai p order so kena la habiskan .. 
Memandangkan x boleh check in lagi makanya kami pun meneruskan ronda2 kami di Grand Bazaar ..hahaha masa ni mata dok aim dh nk beli apa kikiki.. tp Mak Iti x larat sgt dh dok tunggu nak mandi ja ni. Ni la gambar sekitar kawasan Fatih . 




Kami balik ke apartment, erm.. bilik Bos & Ika dah siap, bilik Mak Iti dgn Kak Ein ja x siap lagi.. kena tunggu lagi smpi kui 1 huhuhuu letih ooi. Sementara menunggu awek yg dok kemas bilik kami tu siap bancuh ayaq dulu utk kami.. masa ni Mak Iti pilih "Chai" laaa hahah x mau dah Kopi. Setelah berapa lama menunggu kami pun dibenarkan check in ...

Legaaaa as usual mandi2 rehat2 dan terrrrrrtidoq hahahaha sedaq2 dh ptg.. masa si kecik Khalid mai ketuk pintu bilik kami mintak maggi. Oklah kami pun mandi2 dan siap2 nk p tawaf second round Grand Bazaar. Let's go geng. 
 Sikit ja Mak Iti borong kali ni.. x mcm tahun lepas haha. Mak Iti beli pashmina 3 helai , jam tangan kt my mom, kasut utk anak2 Mak Iti, en husband biasalah t-shirt. X dak dah keychain2 semua.. hahaha 
 Anak teruna Mak Iti punya
 Anak dara Mak Iti punya
                                                     Jam ni my mom punya

OKlah setelah penat shopping, Bos & Ika nk p Taksim pulak nk p HRC, Mak Iti mmg x larat dh dan x dak apa pun nk beli kt situ. Makanya Mak Iti bgtau depa Mak Iti nk balik ja .. Kak Eiin pun sama kata x larat. So kami decide nk beli makan bungkus ja balik ke bilik. Mak Iti beli Balik Emek TR5 , Kak Ein beli set apa tak igt TR12. SO kami belasah roti ikan mlm tu haha kalau kat sini x dak maknanya Mak Iti nk mkn roti ikan mcm tu hahaha

So time to belayar ...ZZZzzzzZZz. 

8.May.2016

Alhamdulillah, pagi ni bangun kami bersiap2..bos tanya nk ikut tak p Masjid Eyup Al Ansari ? Eh mesti la mau sbb situ kami x penah p lagi.. so kami pun naik la taxi p.. tudia dia pekena kami TR60.. mujuq ada Bos.. dia berkeras x mau bayar TR60 katanya mahal sangat.. last dia bg driver tu TR20 ja. Haa tu la moral of the story..kalau nak naik taxi sila cari yg bermeter kalau tak depa main katok jaa nak nak pulak org luaq mcm kita.  Nah Mak Iti belanja gmbr di sekitar Masjid Eyup ni. 







Free ja masuk sini x kena bayaran.. so jom kita masuk ke dlm. Sekitar situ terdapat makam2 besar ( makam lama) Al-fatihah untuk yg telah dahulu pergi sebelum kita... 

 Sayangnya tiada translation dlm bahasa lain... Mak Iti pun x tau tu makam siapa.


Dah masuk dlm.. mcm biasa masjid2 di Turki di sediakan plastik bag utk letak kasut kita, so kita boleh la jln masuk ke dlm masjid tanpa bimbang kasut kita hilang. 
 Beberapa pengunjung yg melakukan solat sunat. Mak Iti off day so sedikit terkilan...
 Apakah rahsia yg tersembunyi di balik pokok besar ini? 
 Ini lah makamnya... Siapakah dia Eyup Al Ansari. Eyup adalah sahabat Rasullullah yg di beri keberkataan umur yg panjang. Di mana dia telah sampai ke Constantinople utk meneruskan perjuangan dlm peperangan menentang kaum Kristian. Dan beliau berwasiat utk di kebumikan di tepi tembok itu kerana teringat akan kata2 Rasulullah yg mana suatu hari nanti akan ada seorang lelaki soleh yg akan di kuburkan di bawah tembok itu dan jugak   supaya beliau dpt mendengar derapan bunyi  tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.  Sila baca dari link saudara kita ini --> Abu Eyup Al Ansari





 Ramai yg meminum air dari pili ini. 

Alhamdulillah selesai melawat masjid ini, kami pun berjalan2 sekitar kawasan luar situ. Tak ramai pelancong di area sini. Mungkin kebanyakkan tour hanya tumpukan kawasan tertentu tp tidak disini. Jadi jika ada sesiapa yg berpeluang ke bumi Turki ini jemput2 la ke sini ya. 

 Sedap fresh juice kt sini.



 Oleh kerana sini bukan tumpuan pelancong makanya di sini harga lebih murah berbanding grand bazaar. Pashmina, tudung 4 segi, cenderahati mmg murah di sini. Berbaloi2 tapi di sebabkan duit Mak Iti dh kering.. so Mak Iti cuma beli hiasan rumah utk My Mom & Mother in Law saja . 


 Bersama student Turki yg nak bergambar dgn kami.. 
Map ... 
Sekian rondaan kami kali ni, kami pun ambik taxi utk  balik ker apartment, sempat lagi singgah makan dulu sebelum balik bilik.  Dah x larat nk pusing2 ni. 
Tp sempat jugak Mak Iti beli trench coat hahaha ... ha baru ada size Mak Iti kat sini ... Syok habaq hg kikiki.. dah dah lapaq dh ni... jom makan dulu. 
 Nindia geng makan... 
 Nasi dgn lauk kambing Mak Iti... sedap wehhhhhh dok terasa smpi ke harini
Nasi Kak Ein, Ayam dgn lada benggala ( sedap jugak lada benggala tu sbb dlm tu dia boh inti).

Sempat lagi kami singgah lalu di Turkish Bath hahaha.. nk masuk x dan dh.. masuk ni dh 2 x kami x berkesempatan buat Turkish Bath. 



Hahaha... next time In shaa Allah.

Jom balik bilik kemas2 sikit, sedia utk check out, mini van akan mai jemput kami pukul 2 pm, flight kami mlm pkl 7.30pm tp di sebabkan jem hari Ahad makanya di nasihatkan kami p airport awai. 

Dah smpi airport, kami pun lepak2 kedai aiskrim yg ada wifi hahaha... lps tu tunggu nak boarding dan seterusnya berlepas ke Doha... Bye Bye Istanbul.. Till we me again. 


Qatar Airways... Syukur nak balik dah.

SEKIAN KISAH KAMI DI ISTANBUL... WE LOVE U ISTANBUL, TURKI

No comments:

Post a Comment