Tuesday, February 26, 2019

Salzburg ~ Jelajah Kota Mozart


PART 5: TEAM TERJAH AUSTRIA

~ Ronda-ronda SALZBURG~

22 January 2019 – Jelajah Kota Mozart

"Guten Morgen"

       Alhamdulillah pagi ni kami bersiap2 untuk ronda di sekitar bandar Mozart. Siapakah Mozart? Pada peminat muzik semestinya tahu siapakan Mozart. Mozart adalah di antara penggubah Eropah yang amat terkenal dan banyak daripada hasil karya beliau telah menjadi sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni orkestra. (Sumber Wiki) Beliau di lahirkan di Salzburg, sebab itulah di bandar ini terdapat rumah kelahiran dan rumah dimana Mozart di besarkan.
En Mozart hehehe

Sebenarnya Mak Iti nak tengok tempat Sound of Music tu tapi apa kan daya pada musim Winter segala-galanya putih makanya tak la Nampak sangat warna warni di Mirabell Palace ni. Mirabell Palace ini atau dalam Bahasa German Schloss Mirabell adalah sebuah bangunan bersejarah di bandar Salzburg, Austria. Istana dengan tamannya adalah monumen warisan budaya yang tersenarai dan sebahagian daripada Pusat Bersejarah Bandar Salzburg Tapak Warisan Dunia UNESCO. Laman ini telah di jadikan lokasi dalam pengambaran filem Sound of Music. Istana ini dibina kira-kira pada tahun1606. (Selebihnya hampa baca sendiri kat Wiki na 😊)

OKlah satgi Mak Iti share gambaq2 macam biasa, tapi mai kita settle dulu bab utama, ingat dak Mak Iti habaq pasai duit note Euro 500 yg depa tak mau terima tu. Hah dah jom kita p cari bank dulu untuk tukaq duit kecik. Mai kita photoshoot dulu depan rumah Monica ni… psssst semalam masa kami sampai tak dak salji lagi tau Kawasan rumah kami… pagi ni nah hai banyak la jugak







Jom kita berjalan kaki dari rumah Monica p Oldtown Salzburg. Jarak jalan kaki dalam 4.2km p saja tau ..so p balik dengan singgah p tang lain lagi mau jugak la 10 km hehe…

                              Ni video di awal perjalanan..semangat lagi time ni






Misi mencari bank untuk tukaran duit kecil.

Kami ke satu bank ni pada mulanya tapi di sini bukan utk tukar duit , tapi bagus pegawai tu explain kata bukan dah tak boleh pakai sebenarnya , cumanya depa akan mansuhkan hujung tahun ni (2020) kerana terlalu banyak duit palsu note 500 ni… ( dalam hati patut la murah masa Mak Iti nak tukar duit ni dekat Money changer di Penang..rupanya Mak Iti kena trick dekat situ, dan patut lah kalau kita terima note besar dari money changer rate dia murah dari kita terima note kecil2 ni..huh baru ku tahu rupanya begitu) Well tak sesat tak ada lah kita timba pengalaman kan? Same goes to Mak Iti.. kalau tak terima note 500 tu dan bawa ke Eropah barangkali Mak Iti jugak tak tahu bahawa begini proses penerimaan warga Eropah pada note besar. 500 Euro tu wei cer kalau hangpa conver duit kita… mau tak nangis Mak Iti kalau depa x mau terima … Lesson learn here 😊

    Note 500 Euro

                                                                Bank




                                                  Jalan2 sekitar bank














Well dah happy bila dh dpt tukaq duit kecik...semua urusan ni Mak Iti serah pada adik Mak Iti hahaha tq Alec.
 
Sian smpi terkeluaq tali kasut 




OK lapaq la sudah jom kita breakfast..masuk kedai roti Mozart .. standard la makan crossaint dan cappuccino dua org punya bil dalam 10-12 Euro ( haha x ingat exact bill sebenarnya)








OK di sebabkan café ni dekat dengan Mirabell Palace so kita masuk sini dulu. Hermm… actually Kawasan ni sangat cantik pada musim bunga dan panas, pada musim winter anda hanya akan dpt melihat satu Kawasan putih nan lapang bak hamparan salji di depan mata chewah hahaha.. OK dh jom tgk Klik2 dan video kami

























Seterusnya kami berjalan ke Mozart Wohnhaus atau Mozart Resident. 










Di sini terdapat dokument2 peninggalan beliau, fortepiano Mozart, potret asal dan banyak lagi. Bayaran untuk masuk ke sini ialah 11 Euro. As usual memang kami x masuk pun… yg geng terjah ni masuk ialah kedai souviner. Actually, masa ni Mak Iti tak berapa nk seronok sebab anak Mak Iti demam. (Demam rindu tu awang tu) tak berapa nak enjoy sebab kena tazkirah dgn my mom hahaha sebab tinggai awang kenik tu .. haih la awang kenik dah 12 tahun kot dan bukan 1st time kena tinggai… tu la Mak Iti gtau Opah dia demam anak Mak Iti tu biasanya 2-3 hari ja lepas seminggu Mak Iti travel dia inshaa Allah akan ok...tara dia nak besa Mak Iti tak dak dengan dia ja hahaha


Next kami melintasi jambatan dan sungai Salzach untuk ke rumah kelahiranMozart. 






Jarak dari Wohnhaus ke Geburtshaus ialah 450meter berjalan kaki. Sementara nak sampai tu dan la kami singgah kedai souviner ni, owner dia org Hong Kong sbb Mak Iti dgr dia cakap Kantonis, so tanya la depa orang mana.  OK jugak la harga kedai ni brg2 dia… sbb Alec dah p survey kedai sebelah2 mahai hahaha. Kat sini beli FM dan cokelat Salzburg utk anak Mak Iti tu. Time nak keluar sempat lagi Cik Ein kata nk beli poskad pos balik Malaysia. Mak Iti pun tengok macam best jugak ( actually time tu hati dok teringat kat anak2 di Malaya, so aku pun terjebak la sekali beli poskad dan pos ke Malaya)

                             Dua poskad utk dua anakanda yg berada di Malaya.



Alec dah cabut p Starbuck hahaha, kami pun dah jumpa rumah Kelahiran Mozart, bukan nk buat apa pun nak tangkap gambaq ja pun.. lagi pun hari dah petang dah nak gelap walaupun baru pukui 3 petang. 









Kami terlajak masuk H&M pulak sebelah rumah si Mozart ni, Cik Ein pulak p belek kasut dgn pak Bidin.
Dan jugak Mak Iti sambaq 1 sweater utk si kecik tu ( kan dah kata harini jiwa Mak Iti tak stabil sbb dok teringat kat anak2..makanya harini Mak Iti beli apa pun teringat kat depa ja lah)



Done semua kami beransur balik ke rumah Monica semula. Perjalanan mengambil masa dalam 4.1km. Jalan la kami dalam kesejukkan cuaca.










Kami singgah bentar di supermarket utk beli barang nak masak. Kami beli beras, teloq, garam, Maggie dan beberapa perencah. Mak Iti tengok pisang mesti la nak beli sebab waktu lapaq di sini pisang adalah makanan paling sedap di dunia hahahaha.
Gambar beli belah.






Sampai rumah dah… jom masak nasi satgi nk buat nasi goreng ja. Cong Ceng Cong Ceng done memasak nasi goreng.


Masa nak menghidang makanan ni Monica pun mai la menuntut bayaran rumah dia. Settle bayaran kami pun habaq la esk kami nak Villach. Dia dok buat heran nak p Villach pasaipa , bukan menarik pun di sana ( kata si monica) kami dah mula goyah alamak… betoi ka x best. Pastu kami kata dr Villach kami akan ke Graz… dan Monica pulak kata Graz lagi berbaloi … aduhhhhhh

Kami dh mula berkira2 nak cancel Villach dan tambah malam di Graz. Tapi di sebab kan malas nk berenyah dgn system booking semua kami stick to the plan saja. Lagi pun on the way ke Villach tu kami akan singgah di Hallstatt.

Arrg… hentam saja lah geng kita stick to the plan ja lah.

OK selesai makan , Mak Iti pun basuh baju sikit ( ada mesin kan rumah Monica ni hehehe) And sediakan sedikit brg siap2 utk buat nasi lemak esk.
Malam ni kami hanya lepak2 dekat rumah , transfer gambaq semua hahaha ( tu yg utama) dan ZzzZZzzz

Walau dalam ketakutan nak guna bilik mandi di rumah ni… tetap jugak Mak Iti mandi ( hishhh mana boleh tak mandi … ) hahaha
Mak Iti pun beransur utk kemas2 beg siap2 supaya esk pagi tak kelam kabut. Dan adiosssss selamat malam