Sesungguhnya aku tidak pernah percaya akan dpt menjejakkan kaki ke sana.... Bermimpi lah ... In shaa Allah mcm yg pernah aku baca Bermimpi akan membuatkan kita berusaha utk mencapai nya... Alhamdulillah dgn izin Allah aku dan 3 sahabatku di beri kekuatan dan kemudahan utk menjejakkan kaki ke Bumi Balkan ini.
Tak ada perancangan tapi di sebabkan harga tiket waktu tu offer gila2.. Dari Penang ke Istanbul cuma $1300 menerusi Qatar Airways... apa lagi sahabatku Ika terus booking .. katanya nk ke Balkan .. Aku yg terkebil2 memikirkan $$$ hahaha... (mana nk carik ni). Sahabatku yg sorang lagi Kak Ein terus meracun aku "Jom la CT... jom laa " lalu terjadilah Booking tanpa terduga kikiki
Selama sebulan aku menambah ilmu bacaan dari blog ke blog . Study tempat2 yg menarik utk di ziarah. ( Aku actually dah ada Balkan X-file yg aku buat sebelum ni) So aku cuma tambah2 info utk trip kali ni. TQ kepada TMPL ( Travel More Pay Less) kerana menjadi sumber inspirasi ku.. gambaq2 depa yg awesome seperti menarik2 aku ke sana hahaha...
Mcm2 route di rancang oleh Ika .. Route A, B & C semua nk p terjah tp masa mencemburui kami ( Chewah.... padahal cuti ada lagi ka woi? Bos x marah ka cuti lama2 hahahah)
Perjalanan yg di rancang : Penang->KL -> Istanbul-> Bosnia Herzegovina ->Croatia -> Montenegro ->Albania-> Kosovo ->Macedonia ->Bulgaria->Istanbul->KL->Penang.
Menerusi Qatar Airways makanya kami akan transit di Doha.
Ini kali kedua kami menggunakan Qatar Airways dan transit di Doha.
Aku x beli apa2 yg baru.. aku hanya bawak apa yg ada memandangkan waktu kami nak p tu musim bunga.. herm.. berdasarkan pengalaman thn lepas ke Turki musim bunga dia masih between 12 - 18 Degree.. so dgn confidentnya hakak dok bayangkan oklah kan sejuk2 camtu... Tp Kak Ein kata better bawak long john sbb kot2 la tersejuk x susah dh nk cari.
Kami plan nk dok apartment supaya boleh masak kali ni. Mcm biasa Booking.com dan Agoda la jawabnya... tp utk di Sarajevo Mak Iti teringin nk cuba Airbnb memandangkan review pun cakap bagus book dari situ.
Mak Iti urus penginapan di Istanbul (masa pi) & Sarajevo, Kak Ein & Ika di Dubrovnik , Croatia & seterusnya.
Berdebar2 guna Airbnb maklumlah 1st time... next entry Mak Iti cerita pasal Apartment kami di Sarajevo... & Host yg super Awesome di Istanbul .
Masa yg ditunggu pun tiba... hari berlepas dr suami & anak2.. Anak Mak Iti yg kecik tu menangis laa nak ikut ..adeh la hati Mak Iti masa tu mcm nk terbelah sbb dok teringat kt dia. TQ to my Encik Husben yg bg keizinan utk Mak Iti bercuti seketika . TQ jugak sbb tlg jaga anak2 selama 2 minggu tu.
Mak Iti bawak 1 bagpack, 1 small luggage & 1 beg kecik habuan letak kamera En Husben yg Mak Iti pinjam :-)
Kui 6.30am camtu sampai la di Airport Penang . Selesai segala urusan check in kami p isi perut dulu. Alhamdulillah flight dari Penang to KL berjln lancar. Dari KL ada sedikit masalah yg buat flight delay hampir 2 jam ( Ada org sakit.. so mcm yg dok tgk dlm TV tu bila ada org sakit dlm pesawat, tunggu medic depa mai verify tu ni.. punggah luggage (Next entry Mak Iti story pasal luggage kami yg ada kaitan dgn punggah luggage ni :-( )
Gedubuk gedebaq.. dari pkl 9 terus jadi kui 11 am flight bertolak dr KL - Doha. Sampai Doha , Airport staff dh sedia tunggu utk bawak kami ke nxt terminal sbb flight delay... Alhamdulillah Flight dari Doha ke Istanbul Sabiha Gocken Airport selamat mendarat ptg tu waktu Turki.
Bersambung sini : Istanbul
Mak Iti belanja gambaq dr KL-Doha-Istanbul SAW.
Sedapnya Cheese yg mebeles
Langit Biru dari kaca Qatar Airways... Waktu ni hati Mak Iti dok terkenang2 kan anak2 & en husben di Penang huhuhuhu
Mak Iti & Kak Ein
MAS dari Penang ke KL
Lunch Mak Iti dlm Flight Qatar... Nasi & Lamb sedap kot
bestnyee pegi balkan. baca pengalaman2 org g balkan siyes rse nk pegi jugak. ni amik pakej ke plan sendiri?
ReplyDeleteHai Wishlist Balkan... kami pergi sendiri ja... study sorang sikit area mana nk terjah..tp kebanyakkannya main redah jaa hehe..Saya doakan awak dpt pergi ke Balkan satu hari nanti :-)
ReplyDeleteSalam. oct 2017 yg lps trip kami berenam bermula dari Kl ke Amman, Jordan. Dari Amman naik flight pegasus ke Istanbul.
ReplyDeleteDari Iatanbul kami ke Madrid dan mula menyewa mpv di Madrid merentasi Andalucia spt Granada, Cordoba, Seville. Dari Seville masuk ke Portugal spt Faro dan Lisbon, seterusnya hntar balik mpv di airport Madrid utk menaiki flight ke Munich.
Dari airport munich kami sewa mpv lg merentasi Zurich, Interlaken, leistantein, innsbruck, salzburg, bratislava, Vienna, Prague dan pulangkan semula mpv di Munich utk naik flight easyjet ke London.
Kami tak sempat singgah di Budapest kerana kekangan waktu walau pun trip kami selama 20 hari. Kos keseluruhan 7500rm.
Oct ini in sha Allah kami akan backpacking ke europe lg termasuk Bosnia selama 13 hari.
Saya dan 6 lg rakan pernah ke Bosnia pd Mei 2016. Bermula dari kl ke London, naik bas ke Amsterdam , brussel dan Paris. Dari Paris naik kerwtapi laju ke Geneva. Dari Geneva naik flight ke Dubrovnik. Di aini kami mula menyewa mpv ke Mostar, Sarajevo, Nemila, Sarajevo, Kotor, Podgorica, Budva (Montenegro), Skhoder ( Albania), Prizren, Pristina (kosovo). Pulangkan mpv di airpprt Pristina utk naik flight ke Istanbul.
Oct 2016 kami sekali lg jelajah eropah dan scandinavia selama 16 hari. Bermula dari London ke Sofia (bulgaria) dgn flight wizz air, seva van ke Skopje, Ohrid (macedonia).
Dari Skopje ke Paris. Then ke brussel dn amsterdam dgn bas. Dari amsterdam naik flight ke Stockholm. Dari Stockholm ke Kuruna dgn flight.
Then, naik scandinavia train ke Abisko dan Narvik (Norway). Dari Norvay sewa 2 buah kereta ke arctic circle. Balik semula ke Kiruna utk naik fligjt ke Stockholm.
Dari stockholm naik kapal viking line ke Helsinki dgn hrg hnya rm50 return. Dari helsinki kami naik flight ke copenhagen. Dari copwnhagen balik kl
Wslm... wow bestnya teringin nak ke Scandinavia pulak...jenuh menabung ni hehe seronok baca pengalaman awak !
DeleteSorry baru nampak komen ni ..saya dah lama x buka blog
Wahh bestnyaa. Nak tanya, cuaca dekat Balkan sama ke semua negara?
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTerima kasih Sejahtera Homestay Sungai Petani
Delete