Sunday, June 12, 2016

KENANGAN MANIS DI BOSNIA HERZEGOVINA

Sarajevo->Travnik-> Jajce ->Konjic-> Mostar-> Blagaj -> Počitelj

Alhamdulillah dh selamat landing di Sarajevo pada 29 Apr 2016 . Timezone Bosnia lari sejam dari Istanbul get ready utk jetleg hahaha


Sedikit tentang Bosnia Herzegovina ( sumber dari Wikipedia) :

Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara di semenanjung Balkan di selatan Eropah dengan keluasan sebesar 51,129 km² (19,741 batu persegi) dengan jumlah sekitar empat juta penduduk. Negara Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina dalam huruf Latin dan Босна и Херцеговина dalam huruf Cyrillic; namun biasanya, ia dipendekkan kepada Bosnia, BiH atau БиХ .

Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama: kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagai Bosnians dalam bahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Pemerintahan negara ini dilakukan secara terpencar dan negara Bosnia sebenarnya terdiri daripada persekutuan dua buah wilayah yang utama, iaitu, Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republika Srpska.

Disempadani oleh Croatia di utara, barat dan selatan, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan, Bosnia dan Herzegovina adalah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali bagi sebuah persisiran pantai Laut Adriatic yang sepanjang 20 km yang berpusat di bandar Neum. Pendalaman negara ini penuh dengan gunung-ganang dan juga sungai yang kebanyakan tidak boleh ditempuhi. Ibu negara dan bandar terbesar ialah Sarajevo

Masa dlm penerbangan tadi Mak Iti rasa syahdu sangat... sbb x tercapai dek akal yg Mak Iti akan menjejakkan kaki ke bumi Bosnia.. salah satu wishlist Mak Iti .Syukur Ya Allah.
Sambil melihat kepulan2 awan biru hati ini rasa sayu sgt... terharu dgn kebesaran Allah ( mmg menitik ayaq mata dlm flight )

Ciptaan Allah tiada bandingan nya :-)

Sampai di sana lewat sejam dr jadual. Mak Iti dh sms si Neven ni ( owner Airbnb) tp x reply pulak... Adeh xpalah tawakal ja lah ( sbb dia dh janji nk pick up kami kt Airport nnt) . Mak Iti dok nmpk dh ada 1 mamat ni dok pusing p pusing mai.. Last dia mai approach kami " Which one Fazliana?" haaa dia dah ni la si Neven. dan seterusnya sessi pengenalan antara kami berempat dgn si tuan tanah. Dlm kereta byk yg kami sembang.. dr segi budaya, cara hidup, perang yg lepas . Tiba2 kereta kami di tahan oleh kereta polis... berderbar2 kami bila tgk si Neven ni x tentu hala..agak lama jugak dia di soal siasat. Lepas Neven masuk kereta ja dia bgtau yg tu Polis Serb!!! Haa kami ni heran la mai kot mana..rupa2nya depa pun ada polis Serb & polis Bosnia ( dh sudah) di pendekkan cerita polis Serb ni kira nk cari pasal ja lah ..dia mintak duit kopi sbb kebetulan si Neven ni pun terlupa bwk driving lesen dia . Dari raut wajah dia kami nmpk dia mmg stress dgn kes tadi. Walau pun perang dh berlalu 20 thn sudah tp parut luka tu masih kekal berdarah... dan kemarahan tu masih ada di dlm jiwa org Bosnia.

Ok lah mai kita layan gmbr rumah di Neven ni ( Apartment berkonsep Austrian Hungarian )

Ruang depan bilik utama ( attached sekali dgn bilik utama)


Ruang tamu Utama - Besar sgt.. klu nk tidoq sini pun boleh

Bilik tidoq Utama


Dapur tmpt aku memasak nasi goreng hehe
Ruang dapur


Bilik Aku & Kak Ein -sempoi kan hehe

Kami tidoq di sini selama 2 hari dgn kos RM506 ( 506/4 = sorang RM 126 ) kiranya klu 2 mlm jatuh dlm RM65 seorang sahaja hehe murahkan ? Booking dari Airbnb ni dia charged siap2 kat credit card kita.. so smpi sana x payah bayar apa dah.

30 Apr 2016 ( Masa utk explore Bosnia)

Kami breakfast nasi goreng kampung dulu. Sejuk2 ni mkn apa pun sedap kan tambah2 dpt nasi pulak hehehe layannnn


                                          Tudia stock yg dr luggage tertinggai tu hehehe


                                                    Nasi goreng kampung di Sarajevo

Boh pulak serunding daging + secawan Vico fuh mmg tidoq lena hahaha

 Kami menggunakan khidmat Offline Map ya kwn2.. sila download siap2 ..di nasihat supaya kita x tergagau bila x dak internet .. Wifi free hanya ada di restaurant atau kedai kopi.. so dh masuk ceruk hutan ceruk highway mana nak ada dah..
Sessi mendownload apa yg patut..study route sebelum kita keluar jalan2 ye kwn2

OK jom gerak ke lokasi pertama. Kami plan nak p Jajce nk tgk rumah yg mcm kincir air tu.. pastu Mak Iti pulak bgtau nk p Plava Voda yg Remy Ishak berlakon dgn Sara Ali tuuu..Drama bertajuk "Satu Hari" so memandangkan semua 1 jln proceed ja.

Kami singgah p cari tempat nk tukaq duit dulu... org kedai minyak kata p kt Penny Supermarket.. tp mcm pelik tmpt ni..tanya budak dlm supermarket tu dia kata kt luar tu boleh tukaq duit... x jumpa jugak..last2 kami pun p tekan duit kt ATM mesin dia ja lah.. So klau rasa x mau bwk cash byk2 boleh la activate kan kad ATM kita di Mesia siap2 naaa.. tp charge dia mau tau  laa hehe x kisah la janji convenience

Dah tekan duit n beli bekalan makan dekat supermarket ni kami pun gerak ke lokasi pertama iaitu Travnik. Gambar2 sepanjang perjalanan... di snap sewaktu kereta bergerak laju :-)


 Sekitar Sarajevo 







TRAVNIK

Travnik yg dulunya kawasan tragis masa zaman peperangan..Masih terasa kesan nya sehingga sekarang bila kita berjln menyusuri Plava Voda atau Blue Water di sana. Travnik terletak 90km dr West Sarajevo. Semasa kami sampai Elci Ibrahim  Pasina Medresa tutup lagi so kami pun terus berjalan ker Plava Voda. Kami kat sana dlm sejam ja sebelum meneruskan perjalanan ke Jajce.
Eh... Remy Ishak hehe aku ke sini sbb tgk dlm drama yg Remy berlakon laaa masa depa berlakon tu musim sejuk.. masa kami p musim bunga pun masih terasa kesejukkan nya.
Di Jambatan yg sama dgn Remy Ishak :-p
Cantikkan view dari sini...
Kawasan perkuburan Muslim Bosniak
Air sungai yg sejuk..jernih menawan hati


Masing2 dgn selfie stick aku tumpang dok tgh2 hehe


Travnik Castle.. x sempat naik tinggi sgt

 Nenek tua yg memerlukan ehsan .. mmg byk kat sana

Anak ini jugak akan mengikuti anda sampai anda sedekahkan wang kepada mereka.. kesian sedih tgk

JAJCE

Kami meneruskan perjalanan ker Pliva Lake..sepanjang perjalanan berbukit ke sana menyusuri anak2 sungai dan kawasan perumahan di atas bukit sangat mendamaikan .


Kereta sewa kami masa kt Bosnia
Highway On the way from Travnik to Jajce
Air dari Pliva Lake
Kesan peluru masih bersisa di situ .. di biarkan sebagai iktibar di masa hadapan.

Pliva Waterfall @ Voda Pod yg bermaksud air terjun .. cantik sgt

Terpukau dgn kecantikkan Pliva Waterfall tapi misi mencari rumah kincir air tu masih x kesampaian.. Jenuh bertanya sana sini.. masalah bahasa masalah wifi hehe tp itu semua pengalaman.. Seronok bila terkenang. Akhirnya kami guna gambar la sebagai rujukan.. Kami tunjuk gambar tempat yg kami nk p tu baru la dpt direction yg betoi .. hahaha so smpi la kami ke Rumah Kincir Air tu .. Jeng3x
Ni la rumah kincir air yg kami gedik2 nk p tu
Apalagi posing laaa

Dah lapaq laa seharian berlajan.. ptg dh pun perut pun mintak di isi.. makanya kami teruskan ke depan sikit dan terjumpa Pliva Lake ..SubhanaAllah tenang amat damai dan sejuk dia Ya Allah sampai ke tulang ooiii.. sejuk
 Ni la Pliva lake tu ... tenang aman damai
Ada pelancong Arab kt situ.
 Posing dulu buat kenang kenangan

Lunch+Dinner kami di restaurant ni milik Hotel kt situ.
Sbb lapaq nasi kan...Risoto pun risoto laa hahaha

Roti kat sana mcm free jaa.. depa akan letak sementara menunggu menu kita sampai
Muka mak-mak yg kelaparan

Selesai mkn kami pun siap2 nk gerak balik ke Sarajevo.. hari semakin gelap ni moh le kita pulang sbb esk pagi2 nk check out dh nk p Mostar pulak .




Next entry plak la ye kita sambung Konjic-> Mostar-> Blagaj ->Počitelj , panjang dh rasanya entry ni.  Part 2

13 comments:

  1. salam nk tanya kereta tu sewa drive sdri ke?perlu lesen mmndu antrabngsa tak?tq

    ReplyDelete
  2. Wslm....ye keta sewa tu drive sendiri..
    Saya advice biar la ada international driving license utk prevent dr apa2 yg x di ingini... Wpun masa kami p tu dorang guna driving license Malaysia ja.. Anyway Selamat Mengembara ya. 😉

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan, maaf saya tertarik dengan post puan tentg bosnia ni. kalau tempt penginapan puan tu boleh sewa sebulan tak? atau hanya sewa untuk masa yang pendek sahaja?

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Ainul.Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yg biasa2 saja.
    Utk sewaan sebulan saya x pasti la cuba Ainul email owner directly tanya pasal ni.
    Utk di Sarajevo saya booked melalui Airbnb dan Elite Guess House Mostar dari Booking.com

    ReplyDelete
  5. saya mohon cadangan .. kalau nak pusing bonsnia mana lebih baik sewa kereta atau guna pengangkutan awam.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syura.. pada saya lebih kepada sewa kereta sewa sendiri atau hire private driver sbb nya kita boleh berenti mana2 spot yg kita rasa nak berenti. Kalau guna pengangkutan awam mungkin kita tak akan dpt singgah ke tempat2 yg terceruk atau hanya boleh menikmati keindahan bumi bosnia dari jarak jauh sahaja.
      Tapi apa2 pun terpulang pada keselesaan masing2 :-)

      Delete
    2. Salam, nak tanya berapa kos sewa kereta? And pemanduan die sama mcm malaysia ke ?

      Delete
    3. Wslm Alif, sewa kereta bergantung kepada berapa hari awak nak sewa kereta tu.. average maybe dlm $500++ -> $1000 tengok pada destinasi dan berapa lama awak kt sana. Pemanduan belah kiri tak sama macam Malaysia... cumanya jalan raya /highway kt sana lebih kurang mcm kita di Malaysia.. klu masuk area Balkan kebanyakkan jalan berbukit dan ada jugak yg berbatu2.. kena hati2.

      Delete
  6. assalamualaikum sis ,saya nak tanya awak pickup kereta kt mana and pulang kat mana? lg 1 ? sana left drive ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dik... keta sewa pick di Sarajevo drop di Mostar. Then bila masuk Croatia pick up di Dubrovnik dan drop di Skopje, Macedonia

      Delete
  7. salam, blh share itinerary? tq. mostar ke dubrovnik naik bas ke. brp cost sewa kereta both destination?

    ReplyDelete