Thursday, June 30, 2016

RAHSIA KEINDAHAN DI BUMI TURKI

JATUH CINTA DGN TURKI....( part 1)

Turki adalah salah satu wishlist Mak Iti... mmg Mak Iti kepingin sangat mau ke sana. Tapi Dana masih belum cukup hehe...  plan Mak Iti dlm 2 tahun lagi baru nk p sana. Tetapi rupa2 Allah menjemput Mak Iti lebih awal utk melihat bumi Turki ni.. Syukur kehadrat Illahi. Kita hanya mampu merancang.. Allah adalah sebaik2 perancangnya. 

Kisah bermula bila sahabat Mak Iti , Ika bersuara hendak pergi kembara solo di bumi Turki.. Mak Iti sgt teruja waktu itu dgn keberanian dia.. Segalanya bermula di sini.. bila Ika memancing2 Mak Iti utk ikut dia travel ..Ngeh ngeh.. 
Mak Iti pun gatai tangan p check tiket direct kt website Qatar Airways.. masa tu return tiket dari Penang- Istanbul cuma RM2100. ( Wah murahnyaa... dlm hati dok kata2) Maka Mak Iti pun meminta keizinan dari Encik Suami utk pergi ke Turki.. dan mendapat Green Light. Apa lagi laju laaa Mak Iti beli tiket hahaha.. 
Lps tu kami mula menghasut Kak Ein utk kembara bersama kami.. So di sini la bermulanya kisah pengembaraan kami. 

28.April.2015

Tarikh yg di nanti2 kan tu telah tiba... setelah hampir 3 bulan study pasal Turki maka tibalah masa utk kami berangkat pergi. Mak Iti print siap2 apa yg telah Mak Iti listkan utk di bawak ke sana sbg rujukan. Flight dari Penang pagi ke KL dulu , then dr KL baru naik Qatar Airways dan transit di Doha sebelum mendarat di Istanbul Ataturk Airport.  ( Masa Mak Iti menulis entry ni.. Ataturk airport baru sahaja di BOM oleh entah manusia mana.. 28 terkorban dan byk yg tercedera... Alfatihah utk yg meninggal dunia ) Feeling sedih sbb dh 2 kali Mak Iti ke Turki ( termasuk latest trip Mak Iti baru2 ni huhuhu). 

OK refresh back my memory! Maklumlah entry di tulis lepas setahun lebih balik dari sana

Pagi tu Mak Iti di hantar oleh En Suami dan anak2.. selepas sarapan KFC bersama, depa pun balik ke rumah.. Ika dah sampai masa ni. Azwar pun join kami utk trip ni..so lega la sikit ada kumbang antara bunga2 ni nk p travel hehehe. Kami breakfast kt airport penang then terus ke boarding utk ke KL. 
Ni lah first time Mak Iti merasa naik kapal terbang MAS..erm selesa jugak.. maklumla sebelum2 ni trip Mak Iti hanya naik Air Asia jer.. 

Smpi KL kami terus ke transfer kaunter  utk dptkan boarding pass ke Istanbul. Settle  semua kami naik  train ke terminal menuggu Qatar Airways.. 


 Ready on board dah .. muka takut sebenarnya hehe

Masa ni ngong2 lagi dok takut p pilih menu siap2 ambik vegi..haiz.. rogi sbb tu next trip dh pandai x pilih siap2 pilih ja atas flight nanti.. Lagi pun semua penyediakan makanan di buat berasaskan syariat Islam oleh Qatar Airways.






OK Flight dari KL ke Qatar x penuh so masing2 mula ambik seat ikut keselesaan,  ada yg kona baring 3 seat dia sorang... Mak Iti maintain dok tepi tingkap tu jaa bukan boleh lena pun... meh layan gmbr org tu kona baring hahaha. Jenuh dia marah Mak Iti kalau dia tau Mak Iti boh gmbr ni kekekeke... 




Alhamdulillah lepas 6 jam lebih kami sampai di DOHA.. sempat jugak ronda2 airport Doha ni. Transit x lama.. so pusing2 ambik gmbr jer lah . 








In the next flight to Istanbul.. pramugari sedang memberi wet towel utk refreshing. Perjalanan mengambil masa dlm 5 jam dari Doha ke Istanbul. 

Alhamdulillah... kami selamat mendarat di Istanbul..Wahhhhh ini baru betul2 Istanbul Aku Datang!!! Hehehe... waktu kami sampai ni dah mlm lebih kurang pkl 7 mlm Turki di mana jarak masa dgn waktu Malaysia sebanyak 5 jam.. jetleg

Muka sardin tetap ambik gambar jugak hehe.. memandang next flight kami ke Izmir pukul 12 tgh malam so kami terus ke tourist kaunter.. kot2 ada offer utk kami yg transit 5 jam ni. Kami memilih utk just City Tour..supaya nnt bila kami kembali ke Istanbul dh tau dah selok belok sini.
 ISTANBUL...KAMI DH SAMPAI 
 Kami ambik City Tour ja kt sini... luggage kami simpan di luggage store dekat airport ni jugak..well semua kena charge la kan.. 1 beg brp Euro ntah Mak Iti x igt laa dh setahun lebih kot p hehe ( psst masa tu x plan naa nk tulis blog) 



OK driver pun sampai.. dan kami pun di bawak pusing 2 sekitar Istanbul.. 
Tulip putih di tepi jalan.. musim tulip...wahhhh teruja sgt 1st time tgk tulip asli depan mata! 

Salah satu tempat femes di Istanbul..Tourist attraction la kt sini.. 

Kami di bawa ke Hippodrome Square di mana dia berhadapan dgn Masjid Biru. Sekitar itu jugak terdapat Topkapi Palace, Hagia Sofia, Basilica Stream dll. Semua nya hanyalah dgn walking distance. Kami meminta agar di bawak ke money changer utk tukaran matawang. Di airport tersangat la x logik tukaran dia. So kami berjalan sekitar situ dimana keadaan semakin berganjak gelap. 

 Hippodrome

 Masjid Biru atau Blue Mosque
 Senibina yg agong dan cantik

Bergambar kenangan di pintu luar Blue Mosque
Kat bawah ni semua gambar2 sekitar Blue Mosque..Layan night view area Sultanahmed






 Dalam masjid biru. Dekorasi setiap masjid di sini lebih kurang sama saja.
Muka mmg dh mcm sardin haha tp nak jugak ambik gmabr.. 

 Ni lah driver kami...kot belakang ja lah..dia x mau ambil gambar
 Sempat jugak rasa jagung rebus dia
baru habis tukaq duit Lira :-) 

 Tulip yg dh berkembang.
Ya Allah...cantiknya ada mcm2 warna... sejarah tulip asalnya dari negara Turki..ia telah di import ke Amsterdam dan di tanam secara meluas di sana sehinggakan masyarakat kini percaya bahawa Tulips berasal dari Amsterdam.
Tapi jangan kau coba2 nak memetik tulip ini... nanti kau akan di tangkap haha

So kami pun kembali ke airport utk penerbangan seterusnya ke Izmir. Haa masa ni ting tong teramat sangat sbb time dh lari gila2... turki time pukul 11 mlm.. malaysia dh kui brp pagi time ni hahaha.. dan lagi kami p isi perut di Burger King dekat Airport. Kami menggunakan Pegasus Airline ( low cost airline dari Turki) utk ke Izmir. Haiz... flight delay dari pukul 11.50 mlm dah kui 12 lebih x fly lagi.. mmg dh laloq semua org.. kiranya nak terpejam ja kt tempat menunggu ni .. hehehe 

Dah naik flight...apa lagi pejam laa... Gambaq ni keja si Azwar laa..haiz haha baguih punya dok lena x sedaq diri dah! 

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Izmir pukul 2 pagi.. terus ambik teksi ker Hotel Baylan. Sampai hotel terus mandi2 n ZZZzzzzzzZZZZZ
Oklah tidoq dulu sambung next Entry utk cerita dari Izmir dan destinasi2 seterusnya ... Zassssssss

Tuesday, June 28, 2016

MEMORY DI KOREA

Kusangkakan Salji rupanya Luruh hehe

24NOV - 28 NOV 2014

Telah lama Mak Iti memasang angan2 utk ke bumi Korea ini. Mak Iti bukan lah peminat K-Pop Hatta langsung x tau pun kumpulan2 yg anak2 muda dok tergila2 tu .. haha .. apa yg memanggil2 Mak Iti ke bumi Korea ini ialah pengaruh dari drama Winter Sonata. Ngeh ngeh... dulu2 masa zaman Mak Iti dok study UiTM nun thn 2002 drama ni meletop2, tiap2 hari pkl 7 akan berebut dgn housemate yg nk tgk drama cina kekeke... sorry selalunya Winter Sonata menang! 
Kami memilih cuti sekolah bulan 11, memandangkan Mak Iti akan terbang bersama suami dan anak2 Mak Iti.. trip kali ni Maksu Mak Iti ikut sekali.. dia mmg hantu Korea dari perlbagai sudut. 
Mak Iti pergi dgn Andalusia Tour sbb igt bawak anak2 kan.. so x berani redah sendiri ( masa ni Mak Iti x dak experience nk redah kasi pecah beb... ) Setakat Krabi, Phuket tu xpalah kami p redah kasi pecah sbb kami drive sendiri dari Penang. NI Korea kot.. dan nk jadikan cerita inilah kali pertama Mak Iti dan En Suami nk naik flight..(huhuhu dh tua2 baru berkesempatan naik flight weh) sbb tu kami pilih ikut tour . Well pengalaman yg akan mengajar kita kan.. so Alhamdulillah lani dh ada confident sikit nk p sendiri. 
Entry ni hanyalah TB Mak Iti ke Korea bersama keluarga.. supaya Mak Iti x lupa bila dh tua2 esok ni.. 

Dari Penang kami memilih utk drive ke N.9 umh sepupu en suami. Kebetulan suami si Pae ni keja di KLIA. Hari berangkat tu suami si Pae ni lah yg menghantar kami ke airport. Flight pkl 12 tgh mlm dr KLIA2 ke Incheon Airport. Kami menaiki pesawat Air Asia. 

Sampai di airport, Kak Asmah ( Tour Leader kami ) dah tunggu.. so itulah kali pertama Mak Iti berkenalan dgn dia.. baik Kak Asmah ni. so sementara tunggu flight boarding, kami singgah mkn dulu. En Suami as usual sakit kepala dh .. Mak Iti pun p la farmasi kt airport p cari ubat. Bg dia mkn siap2 . 
Makan dulu 

Boarding time... berdebar2 tunggu nak naik flight ngeh2 semua muka 1st time
Chewah... jakun la katakan baru nk merasa naik flight 
Yeah... dh lepas passport control semua.. muka mangkit tidoq masing2 hahaha
 Alhamdulillah selamat landing di Incheon pukul 7pagi. Ni dekat airport terminal nak naik train depa 
First time kami jalan jauh sama2 krik krik 

Setelah itu kami di sambut oleh Sofi Unie dan di bawak menaiki bas utk ke destinasi pertama kami.. lensa kamera en suami tak henti2 dok bekerja mengambil jln pemandangan sekeliling. Sejuk sgt wpun belum salji time tu . Keluar ja dari airport dh terasa kesejukkannya. 

Herm... kalau ikut ittn kami sepatutnya melawat Presidential Blue House, tp di sebabkan waktu itu ada sedikit tunjuk perasaan daripada kaum keluarga yg tidak berpuas hati di atas kes kapal membawa pelajar ke Jeju Island yg tenggelam tu. Makanya kami terpaksa batalkan ke situ. 

Kami meneruskan perjalanan ker Nami Island!!! Wah... Mak Iti teruja sgt2 waktu tu. Sebelum ke Nami kami di bawak utk mkn dahulu. 
 Nasi yg dicampur kurma cina
 Ni lah lauk pauk dia.. haha first time jugak Mak Iti dan family telan makanan Korea, Well not that bad.. boleh jer sebat sbb ada ikan bilis goreng dgn teloq dadar tu kekeke

Haaa nasi sorang satu mkn mcm tu ... sejuk2 bantai ja 

Anak2 Mak Iti sempat posing depan kedai makan ni!

OK jom ke Nami Island ...yahooooooooo ( psst walau pun org lain dh p dulu dari Mak Iti... tp itu org.. teringat kata2 sahabat Mak Iti... Destination tu tak penting, yg penting is the Journey to that Destination wahhhhhh boleh gitu ?? )

Here we are in Nami Island!

Menuju ke Ferry
 Nak panggil ferry ker ni? Ntah la apa2 jalah hahaha jom naik nk menyeberang ke pulau Nami. Sebenarnya ada 2 cara utk ke nami, satu menaiki ferry ni satu lagi cable car.. haha up to you guys nak pilih cara mcm na..Tgk si baju kuning tu dh kedepan dia ...x sabaq2 

 Sesekali berposing dgn anak2 
 Ambik peluang nk feeling2 ala2 Winter Sonata yg x dah Winter ni hihihi.. tp di pulau ni kalau mai musim bunga pun cantik.. masa kami sampai ni kira penghujung autum dah.. byk daun2 yg gugur dah.. ye lah nama pun musim luruh kan hahaha
 Family Foto time !

Nampak tak pokok2 dah botak? hehe
 Budak ni dh start bosan haha
 Well.. Mak Iti cakap kt en suami nak jugak ambil gmbr kt situ lantak la org ramai ka tak .. bukan nk p selalu kan jauh kot mai dari Penang.. x kira lagi berapa lama Mak Iti menabung utk merialisasikan impian Mak Iti ni hehehe
Picture captured by my little boy. Okla tu dik Kamsa Hamida hehe
Ada di sediakan ruang solat utk muslim di pulau nami ini. Pendek kata depa mmg alert tentang lambakkan pelancong Muslim di Korea. Sempat jugak kami lepak beli kopi dekat gerai2 di situ. Jalan2 sekitar pulau nami ni..mmg best relax ja rasa.. ada monumen pelakon winter sonata kt sini, ada jugak di sediakan basikal sewa, juga ada resort utk siapa yg nk menginap di sini. 

Lama jugak kami di Nami Island ni, so sekarang tibalah masanya utk kami ke next destination. 

SKI HILL RESORT

Bas membawa kami mendaki di kawasan pergunungan... masa ni dh nak dekat petang, di sepanjang jln mendaki terdapat kedai2 menjual dan menyewa alatan ski. Sofi ada bgtau kot2 ada yg berminat nk sewa bgtau kt dia nnt dia bwk. Hihi Anak2 Mak Iti mintak jugak nak buat tp Mak Iti x confident lagi nk bagi sbb si kecik tu agak susah di kawal haha tunggu besar sikit lagi . 

Alhamdulillah kami pun check in di Vivaldi Apartment. Bilik besar.. dua bilik tp sempoi sbb dalam bilik tu x ada katil.. betoi2 traditional!!! Dlm almari dia ada toto utk lapik, bantal kayu dan selimut. Lantai dia dh ada heater siap2 senang x sejuk gedik sgt. 

Masa utk makan mlm pulak.. kami di minta berkumpul dan di bawak utk ke sebuah restaurant di kawasan sini jugak. 

 Ikan bilis jugak menjadi pojaan hati kami.. sedap sungguh!
Anggap lah tomyam ka asam pedaih ka.. tp semua kimci sayoq dlm ni.. tp sedap bak hang hahahaha

Selesai mkn malam ..aktiviti bebas.. tp sbb dh letih kan maklum lah turun2 flight ja terus p jalan2 hehe kami semua balik ke bilik saja. Kami di beri bekal siap2 utk breakfast esk pagi, susu pisang, roti dan telur rebus :-) 
Sedapnya susu pisang ni ;-) 
Paling best tuala dia kecik saja ..mcm tuala muka hahaha..Sofi dh pesan kat kami semua.. org korea x pakai towel besaq2 mcm org malaysia hahaha jenuh la kami semua bersiap dlm bilik mandi siap2 hahaha. 

Alhamdulillah next morning tu kami bangun siap2, breakfast and turun ronda2 sekitar kawasan Ski Resort tu. Herm... kenangan yg x dpt Mak Iti lupakan... en suami nk cuci telinga dgn cutton bud tu tiba2 kapas tu lepas dok dalam adoi laaa panik seketika.. kelam kabut kami di buatnya. Mak Iti la jadi doktor dan nurse usaha keluarkan kapas tu dr dlm telinga en suami. Huhuhu lama jugak proses x keluar2 jugak.. dh mula putus asa tp cuba lagi.. habis potong mood bercuti semua. Terus rasa x best! Last2 En Suami kata xpa lah nnt dia buat ..so Mak Iti pun bawak la anak2 turun x mau kacau en suami. 
 Kami dok di bangunan Vivaldi ni lah
 Dgn jerami ..posing la adik oooi 

 Sini la tempat org main Ski.. tp belum betul2 musim lagi .. kami tgk dr luar ja pagi ni.. sbb org nk main Ski dh pegi awai2 lagi. 
Ni la Kak Asmah, tour leader kami ..dia buat freelance utk tour... bestnya jadi Kak Asmah ni kan :-) 
Balkoni apartment

Alhamdulillah, akhirnya cutton bud degil tu terkeluaq juga.. legaaa satu masalah. So kami pun siap2 nk check out utk ke Everland Themepark. 

Everland Theme park
Adalah taman tema terbesar di South Korea ini. Fuhhhhh semboi bak hang besaq tempat dia ..kiranya seharian kami di sini laa dr cerah smpi gelap. 
Juga di sediakan resort disini.. ala2 Disneyland . Sepenuhnya milik Samsung. 
Click sini utk lebih tahu lanjut tentang  Everland . 

Kat sini la kegembiraan anak2 terserlah bila mana depa rambang mata tgk ride, animal zoo, roller coaster mcm2 lah dlm ni. Kami sempat jugak merasa naik lebih dari 5 ride kt sini. Best naik bas yg tiba2 bertukar menjadi boat bila dlm air, tiba2 zirafah jengoi kepala dlm bas minta makanan, tgk beruang besar dok berdiri tepi bas ..haha best sgt!  Gambar byk dlm external HD, so Mak Iti share apa yg ada dlm fb ja lah.. x byk pun jadi lah utk kenangan. 
 Ehem2.. en suami happy nampak dgn gadis penjaga entrance ni hehe

 Masa ni si kecik dh x mau bergambar dh... kira nk lari sana sini ja
Taman ni dalam pembikinan utk menyambut Winter
 Haa ambik hang nak naik sangat... basah sikit2 jaa hehe
 Cable car.. ngeh2
sila beratoq naa adik2


 Dua beradik ni sejuk pun cari aiskrim.. but comel2 aiskrim dia bulat2 kecik jer.
Comei tak aiskrim ni? Sedap jugak Mak Iti rasa. 


 Kalau tempat mcm ni smpi malam pun xpa kan adik??? renyeh saja
 Ambik hang sampai malam kami dok sini hahaha 

Kami yg dh kepenatan di bawak utk mkn mlm di sebuah restaurant hehe..happy la ada teh tarik semua pakat pulun teh tarik ..Oh Malaysian hehe
Dapat nasi briyani kira sedap x kira la kan... Alhamdulillah pandai cari dpt la kita makanan halal :-)  Setelah selesai makan kami di bawak utk check in ke MATE HOTEL. Katanya Aaron Aziz besa dok sini erm... betoi ka? 
Adik yg dh lena.. abah la kena dukung sepanjang jln.. sempat jugak abah posing tgh jalan yer hehe. 

OK Mak Iti dpt 2 bilik (708 & 709) Mak Iti,En Suami & Si Kecik 1 bilik, Maksu & Kakak 1 bilik. Setiap bilik konsep x sama.. ada bilik yg didalamnya ada jacuzzi wahhhh... bilik Mak Iti pulak ada Sauna ..bilik org lain x tau la pulak ya. 

Day 3 

Harini ini kami di bawak pulak ke Gyungbok Palace, National Ginseng Center, Myeong Dong , Cosmetic Center, Namsan Tower dan byk tempat lagi.






Pak sibuk tu merajuk sebenarnya hahahaha

Dah sampai Namsan Tower @ Seoul Tower... Free ja masuk sekitar sini kecuali kalau nak naik menara dia kena la bayarkan.. Jauh menapak nak naik sini huuhu tercungap2 la jugak... apa2 pun view sini cantik sgt. 



 Cantik Kobis purple dgn putih depa buat bentuk Love mcm ni 
Alahai budak ni mmg la suka tarik perhatian org... lps tu malu bila awek2 korea dok tanya dia hahahaha...actually dia nak demam dh time ni. 

Tu haaa... org p shopping kt situ kami dok laaaa kt bus stop menungu adik yg tadi dh muntah dlm bas. Demam dia dari atas Namsan tour lagi dia dh mula rasa nk demam. Xpalah dugaaan.... Selepas habis depa shopping kami pun bergerak ker sebuah restaurant masakan dari Morroco. Wow...sedap la apa lagi.... perut org Penang pulak mmg ngam laa... tp nk mkn lebih pun x syok sgt... adik muntah lagi kt dlm restaurant ni. Well pengajaran utk dia sbb dia x mau tutup kepala masa kt sini... dia pulak jenis x tahan sejuk tp nk tunjuk hero..erm bertabah la abah dan ibu adik.... 
NI pulak gmbr dia tido kt kerusi restaurant tu selepas muntah :-( 
OKlah lepas mkn kami pun siap2 balik ke hotel semula.

Day 4

Utk hari ke empat kami di bawak ke kilang Amethyst, Kim Chi School, Traditional Hanbook. Mak Iti ada jugak terbeli cincin kt kilang Amethyst, dgn rantai utk si Kakak... tp sayangnya rantai si kakak tu dah rosak thn lepas..x dak rezeki nk tahan lama.  Di Kim Chi School pulak kami di ajar cara2 nk buat Kim Chi hehe... mcm senang tp klu suruh buat lagi sori laaa x igt dah hahahaha... Kami juga di bawak utk mencuba pakaian Hanbook (x payah bayar apa masa nk try sbb semuanya telah di kira dlm pakej) No hidden cost... best Andalusia ni ! OKlah jom layan gambar jer lah nk tulis tu ada yg Mak Iti x igt dh..maklumlah trip 2014 hehehe






Tudia kami sekeluarga dok try baju org Korea... nasib baik ada saiz Mak Iti :-)




Jom bungkuih Kim Chi hahahaha

Ni On da way nak p Art Museum depa.. mcm2 ada dlm ni... 


Eh ada hotel Anne of Green Gables...sapa tgk citer kartun ni??

Lepas tu kami bergerak ke Stadium yg pernah digunakan semasa World Cup.


Sekitar jln2 di sini... 
Mlm pulak bas berenti di Chunggye Stream. Mak Iti x turun bas sbb si adik dh lena dlm bas...begini la bila berjalan bawak si kecik kan ... redha jaa la next time ada rezeki p lagi. 


NI depa turun p shopping lagi ...

Haaaaa kat sini depa boleh cakap melayu wei.... lps tu Mak Iti tgk dia layan warga Filipina dia speaking bahasa depa tu pulak...fuyooo respect la depa ni multi language sungguh! Kat sini Mak Iti angkut souvenir utk 1 kampung haha.
Till then jom balik tidoq... esk nk balik dah  

Adik dan kawan baru masa org dok p shopping2

Day 5 - Check out day & Fly day

Kami pun get ready nk check out dh pagi tu...bwk turun semua beg2 tunggu kt lobby smpi bas mai ambik kami.. sebelum ke airport, kami di bawa ke Lotte Duty Free.. haa sapa nak angkut lagi angkut laa segala biskut ,coklat dan mcm2 lagi.... tp Mak Iti ronda2 ja.. hehe

Di Lobby hotel pagi tu.. DK dok get ready dh nak angkat beg2 kami semua .. Oppa yg tinggi lampai tuuuuu...
Kakak dgn Sofi Unie... bye2... TQ Sofi Unie ni loqlaq cakap ikut suka dia jaa

Kakak jugak dpt kakak baru dari N9. 

Kenangan di depan masjid besar di Itaewon.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di KLIA dan pulan ke Penang dgn selamat... Miss Korea In Shaa Allah nak p lagi ... sbb Busan & Jeju Island Mak Iti tak jejak lagi . Next trip In shaa Allah.