Friday, July 15, 2016

BACK TO ISTANBUL

PART 5 : TURKI SAMPAI KETEMU LAGI

1.5.15

Kami meneruskan road trip dari Ankara utk kembali ke Istanbul... bertukar2 driver diantara 3 sahabat2 Mak Iti... Last driver kami ialah Kak Ein.. cayalah Kak Ein drive dlm 400KM utk balik ke Istanbul. 

Kami melalui jalan berbukit, hujan, terowong... dan akhirnya melalui bahagian Asia Turki berdekatan dgn Sabiha Airport. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Istanbul semula dan check in di Ercan Inn... Herm.... memandangkan ni 1st time kami jejak Istanbul makanya kami tak tahu sgt selok belok di sini. Ya Ampun susah nya nk cari Ercan Inn ni.. x nmpk signboard... rupa2nya style depa punya apartment/hotel rapat2 antara satu sama lain dan lorong2 sempit yg muat utk 1 kereta (Area Sultanahmed) . Lepas call owner dia bwk kami utk ke bilik. Ingatkan kami boleh check in di sini... rupa2nya dia suruh kami ikut dia p block lain yg ntah di mana2 katanya senang utk kami 1 family stay. Dia bawak kami ke satu rumah kedai.. di mana kami di tempatkan di atas deretan kedai runcit dan restaurant. Huh! Kami pun dh kepenatan dia hentam saja lah... ada 2 bilik di situ so kami ambil la sorang satu. Rasa x syok gila time tu.. tapi xpa kami redha ja... Check in dan tidoq. Yg pastinya cuaca sgt la sejuk pada waktu malam. 
 Ataih night shop ni laaa kami duduk utk 2 mlm haih hahaha
Ni pulak depan kedai tmpt kami duduk mlm tu.. x tau bangunan apa sbb x penah nmpk ia terbuka.

2.5.15

Selamat pagi Istanbul!!! Alright misi pagi ini kami nak explore Topkapi Palace dan Grand Bazaar hahaha. Yeah ayuh kita marathon pagi ini.. Kami pun p ambil kereta dan drive smpi ke Blue Mosque ( Masa ni kami x tau selok belok jln kt sini... rupanya kt sini pusing2 kt situ jugak.. ) . Di dalam Topkapi Palace ni tersimpannya kunci2 Kaabah dari zaman Abbasiah dulu. Baju cucu Rasullullah & barang2 berharga Nabi junjungan kita. Tapi kita tidak di benarkan mengambil gambar semasa di dlm Istana ini. So kalau nk tgk terbang la ke Turki dan rasai sendiri rasa kagum terhadap tinggalan2 Nabi junjungan kita dan sahabat2 nya.
 Park Kereta kt sini.. berlatarbelakangkan masjid biru
Blue Mosque @ Masjid Biru

Cuaca masa ni 12 degree..walaupun matahari terik.


 Di Pintu masuk Topkapi Palace..


Sekali tudia punya ramai laaa kena beratoq nak beli tiket masuk 

 Sementara menunggu depa beratoq dan la nk selfie sat
 Tu baru betoi entrance dia yg depa akan check tiket satgi... satgi tu panjang berjela laaa nk masuk dlm 




















Warna warni tulips di sini... geram Mak Iti tgk... besaq2 pulak tu.

Ok selesai pusingan kami yg agak lama di dlm Topkapi ni kami berniat nak ke Hagia Sofia.. tp panjangnya beratur nk beli tiket x masuk dek akal... rasa2 Mak Iti lebih dari 1KM manusia2 beratoq nk beli tiket.. so kami pun batalkan niat kami .. dan terus mencari makan.. Kami ternampak 1 gerai ni juai Kumpir... ermm apa tu Kumpir?? Ubi yg di lenyek dan dicampur sayur2, dressing source dan cheese. Sedapppppppp
Yg ni Mak Iti share dgn Kak Ein...mmg sedap lah!


Lepas makan kami decide nak ke Grand Bazaar.. Ya di sini lah bermulanya Marathon kami yg sebenarnya hahahaha... Grand Bazaar adalah bazar terbesar yg memuat kan ntah berapa ribu kedai di dlm nya. Pusing sampai lembik naaaa. Mak Iti and the gang masuk gate 1..keluar ntah gate berapa... x jumpa dh gate asal tadi hahaha. 
 Dalam perjalanan mencari Grand Bazaar
 Ini Hagia Sofia...  ( Alhamdulillah trip seterusnya (Apr2016) Mak Iti sempat jugak masuk melawat Hagia Sofia ni) 

 Di Pintu masuk Grand Bazaar! Masa ni tangan kosong hehehe

Punya ramai manusia dlm ni... 
 Sudah start membeli nampak ??? Hehe

 Acara menyuap teh turki kekeke
 Di luar pun ramai manusia!
 Ika borong kain pasang 


Kak Ein nk rasa kebab depa
 Try jubah depa... angkut kami sorang satu..design yg sama.. hehe

 Muka masing2 dah senget hahaha pasai borong terlalu byk barang.. Mak Iti sampai kena beli beg asing habuan boh barang shopping tak ka gila namanya tu hahaha
 Menunggu taxi utk hantar kami balik... dah tak terdaya nk shopping wei... Kami jumpa Spice Bazaar masa OTW keluar dari Grand Bazaar. Beli sedikit LOKUM ( manisan Turki) hahaha dlm x larat still beli jugak. Bersesak bertolak nak jln dari satu2 tempat ... tp itulah pengalaman... seronok bg Mak Iti.. 
 Kami sebenarnya mencari parking kereta kami .. hahaha dh smpi x igt jln..tiba2 terjumpa rumah unik2 ni.. posing ja lah wpun masing2 dh senget tak hingat hahaha
Jom balik bilik ... mandi .. lepas tu Bos Azwar ajak keluaq lagi p Taksim pulak hahah depa nk p cari HRC nk beli Tshirt. Jom jugak ...takkan nk dok bilik sorang2... hehehe. Kami naik taxi utk ke Taksim malam tu! Astagfirullah takutnya Mak Iti tgk kawasan Taksim ni! Penuh dgn club2 malam , bar dan Mak Iti tgk serupa bukit bintang dah.. dan kami bertiga seumpama alien di situ kerana hanya kami bertiga yg berhijab! Takpa lah tujuan kami ke sana cuma nak beli tshirt HardRock! Taksim adalah tumpuan pelancong barat/eropah yg lain sbb itu di situ terdapat byk pusat hiburan. Kita sebagai org Islam kalau nk kena sana nk tgk keadaan pergi lah waktu siang.. tp mmg tak sesuai la bagi Mak Iti!. Semasa kami sedang jln2 di Taksim kami di tegur oleh seorang lelaki melayu pesannya hati2 di sini kerana byk penyeluk saku... Alamak Mak Iti mmg ngeri gaban gila masa ni! Kami pun terus ke HRC utk beli tshirt. 








Key-chain utk adik2 Mak Iti di Penang

Tudiaa hasil borongan Mak Iti

Kisah lepas kami ke di HRC, kami pun lapaq... dan berenti makan di Burger King.. nk jadi cerita Mak Iti dh x larat nk perabih fries dia..rasa letih gila.Kami pun bungkuih la fries tu ...Kak Ein kata kita bg kt budak2 Syiria yg dok ada nnt.. Smpi kat satu tempat tu kami ternampak 1 budak lelaki sedang mengorek tong sampah mencari makan :-( 
Lalu Bos Azwar pun panggil budak tu dan bg fries tu kat dia. Sedih tgk keadaan budak tu. Selesai semua kami pun naik taxi semula utk ke bilik. Smpi bilik apa lagi kemas2 beg sbb esk nk nk check out n fly balik Penang. 

3.5.15

Pagi ni kami p melawat ke Masjid Sultan Al Fateh ( penakluk Constantinople) Rupa2nya driver taxi pun x tau kt mana..adoi laaa jenuh dia dok tanya kt driver2 taxi lain masa on da way tu... last2 kami di bawak ke Masjid Sultan Süleymaniye. So lepas melawat makam2 di masjid tersebut.. Kami berjalan kaki bertanya org2 tempatan jln nk ke Masjid Sultan Al Fateh! Alhamdulillah kami akhirnya jumpa jugak masjid dan makam beliau. Maha suci Allah makam beliau panjang.. menunjukkan betapa tingginya manusia2 di zaman dulu... maaf gambar tiada kerana pintu makam nya terkunci dan cermin kaca menghalang Mak Iti utk menangkap gambar di situ. Mak Iti jugak berkesempatan melawat makam Isteri & anak2 beliau... Ya Allah semasa masuk di situ Mak Iti terbau haruman rose yg sgt wangi... Mak Iti berdoa di dlm hati benda yg baik.. mmg syahdu terasa. Betapa untungnya manusia yg dijanjikan syurga oleh Allah. Kuburnya wangi... amalannya entah mcm mana jika nak di bandingkan dgn kita :-( . Jom tgk gmbr2 kami di Masjid Süleymaniye & Makam Al Fateh. 












Setelah itu kami berjalan utk mencari tram balik ke Sultanahmed. 
 Posing depan tram dulu sebelum naik!
 Sampai Sultanahmed dh.. posing dgn tulip putih pulak




 Yeah kami berjaya smpi Sultanahmed hehehe
 Lepak sat mkn aiskrim.. hahaha spontan gmbr ni comel

Masa utk meninggalkan turki pun sampai... kami balik ke bilik dan mencari taxi utk kami ke airport... tp malangnya di sebabkan ada lumba basikal maka seluruh kawasan Sultanahmed ditutup kepada kenderaan..Haaaa... terpinga2 bila dpt tau taxi x boleh masuk ke sini... terpaksalah kami mengheret beg yg mcm nk pecah tu ntah brp KM naik bukit turun bukit.. mengejar flight huhuhu... Flight kami pukul 1.30tgh hari.. masa tu dh pkl 11 pagi . Ya Allah sempat ka? 
Dlm keadaan kusut kami menarik beg ke sini sana datang satu hamba Allah menolong kami. Seorang makcik tua yg terbongkok2 menghulur bantuan. Dia bantu Mak Iti bawak beg Mak Iti yg berat tu huhuhu Mak Iti sendiri dh x mampu nak bawak beg tu.. Alhamdulillah dia yg bawak kami smpi berjumpa dgn taxi. Mak Iti peluk makcik tu sebagai tanda terima kasih... Mak Iti jugak hulurkan wang saguhati kepada beliau.. 
Dlm taxi kami beritahu kami sedang mengejar flight. Ya Allah jalan  pulak jem huhuhu dugaan sungguh laaa... tp Alhamdulillah kami sempat jugak smpi airport dan check in beg kami semua. Kami di beritahu jika lewat dlm 10 minit lagi mmg kami x boleh check in dah... Syukur Alhamdulillah... Sempat jugakkami... ha tgk tu beg mcm2 dok tarik turun naik bukit dgn jalan berbatu di sana tadi hahaha

 Dalam flight dah.....boleh sunyum daaaa
 Transit nk ke airport Doha

Alhamdulillah kami selamat mendarat di KLIA pada jam 7 pagi... perkara pertama yg Mak Iti bgtau sahabat2 Mak Iti... nak nasi lemak hahahaha.. kami pun p la kt Marry Brown dan balun nasi lemak di situ...senyap semua dpt mkn nasi hahaha.. 
Next flight kami ke Penang dan selamat sampai Penang tgh hari tu Alhamdulillah 

Tamat sudah kisah travel Mak Iti dan Kawan2 ke Bumi Turki... 
Sesungguhnya bumi Turki sangat cantik dan tersimpan pelbagai rahsia utk kita selami dan ambik ikhtibar... 

Yang baik dari Maha Suci Allah... yg buruk dari diri kita sendiri. 


Jumpa lagi di lain entry!