Thursday, June 23, 2016

MACEDONIA ~ BUMI ALEXANDER THE GREAT

SKOPJE, MACEDONIA

4.MAY.2016

Selesai mkn mlm di Kosovo, kami mencari jalan keluar ke Skopje. Hahaha lawak ja ikut Offline map yg bawak kami pusing kt tempat yg sama sampai 3 kali hahaha. Sampai kali ke 4 baru nampak jalan keluar

Ahhhh.. tak sudah mcm ni .. kami pun stop kt stesen minyak tanya kt org kedai tu. Walaupun cakap mcm ayam dgn itik.. tp mereka sgt membantu. Tiba2 datang 1 van ni , org kedai minyak tu bgtau dia kata kami nk p Skopje.. terus dia kata dia akan tunjuk jalan. Alhamdulillah.. kami pun mengekori van tersebut smpi kat satu simpang tu kami ikut kiri dia ikut kanan. Tiba2 mungkin dia kesian kot kt kami.. dia patah balik .. suruh kami ikut dia ..Rupa2nya dia bwk kami smpi masuk highway... Ya Allah terima kasih byk2 kerana menghantar org utk membantu kami. 

Di permulaan highway. Bos kami dh mula goyang.. dia mintak Kak Ein sambung drive sbb dia dh pening. Kereta pun stop tepi jln.. lalu terjadilah kisah muntah2 di tepi jalan ( hehe ..sorry geng.. aku kena tulis jugak utk kenang kenangan kikiki ) Maka bermula lah episode di mana Kak Ein is appointed as a  driver manakala Mak Iti pulak as co-drivernya ( punggah Mak Iti mana reti baca map) 

Chewah di awal perjalanan semua berjalan lancar..sambil2 Mak Iti on lagu kt HP kami dua pun dok nyanyi2 kecil maklumlah dh gelap nk bg hilang rasa stress dan takut kami.. Bos kami berdua di belakang tu lena di buai mimpi lepas mkn ubat. Tup2 smpi satu simpang tu Mak Iti dgn Kak Ein teragak2 nk p yg mana... Kami ambik simpang kanan yg membawa kami ke jln sunyi dan gelap huhuhuhu ( sepatutnya ambil kiri tadi) tak apa lah kami tawakal ja , mohon moga Allah permudahkan perjalanan kami. Jauh kami berjalan mencari signboard "Skopje" Alhamdulillah jumpa jugak... dan akhirnya kami dh nk smpi ker Border Kosovo/Macedonia. Masa ni stop keta tepi jln nk tukar driver balik.. maklumlah hanya bos Azwar yg berdaftar sbg driver ( ya ampun.. ni kes emergency ja tau... di larang meniru aksi ini) Selepas selesai crossing border, driver bertukar semula.. Hahah.. kami meneruskan misi mencari apartment kami di Skopje pulak..dh mlm oooiiii !!!! 

Ika pun dok sms kt owner tu, lps tu dpt call dari dia ...dia suruh kami tunggu kt situ dan mai ambik kami. Alhamdulillah check in la sudah kami ke apartment. 
Wahhhhhhh besarnya apartment dia lega dh boleh mandi , bersihkan diri semua.  Mak Iti x tunggu lama sbb Mak Iti dah sakit kepala... lps selesai bersihkan diri Mak Iti terus tidoq x sedaq habaq. 

5.May.2016 

Alhamdulillah syukur bangun pagi ni tgk Ika dok masak2.. Masak nasi dgn sardine sedap weh......pastu buat bekal sikit utk perjalanan satgi( teloq rebus, nasi putih) . Harini nk kena check out dh.. smlm Christian ( Owner apartment)  tu cakap dia boleh arrange mini van dari Skopje ke Sofia. Mak Iti yg mintak Ika tlg cakap dekat Christian kot2 dia boleh arrange kereta utk kami ke Sofia. 

Tudia breakfast kami pagi tu... 

Jom ronda2 Skopje dulu sebelum check out. 


Yg ni view dari tingkap apartment.


 Wuhooo igt kt London jer ada mcm ni...Kat Macedonia pun ada la weh hahahah


Alright yg ni pulak gambar masa kereta sedang bergerak sempat la Mak Iti snap 1 ,2. 

 Ambik hg semua tulisan dia... ada pun kecik ja di bawah tu habaq jln nk p Macedonia Square..klu dgn kereta sekali lalu x nmpk dik ooooii. 



Macedonia gate. 
Tapi sayang tgk tu dh di conteng2nya dgn cat ntah apa2. Kalau rajin google akan jumpa gambar waktu gate ni putih bersih, harap nnt pihak yg berkenaan akan baik pulih. Masa Mak Iti p.. ini la yg gmbr nya. 

OKlah sedikit info tentang Skopje. 

Skopje adalah ibu kota kepada Republik of Macedonia, dan terletak di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Pada zaman dahulu ia telah mengalami pemerintahan Rom , Byzantine dan Uthmaniyyah. Abad ke-15 The Stone Bridge menghubungkan Old Bazaar Uthmaniyyah ( Čaršija ) di tebing utara Sungai Vardar dengan Dataran Macedonia kontemporari di selatan. The Fortress Skopje ( Kale ) menghadap ke sungai telah mempertahankan bandar untuk beberapa abad ( sumber wiki Mak Iti translate ja) 

Nak tahu lebih lanjut tentang Macedonia.. click sini  

Siapakah Alexander the Great yg dok sebut2 tu ? Haaa... dia ialah Alexander III dari Macedon ( 20/21 Julai 356 SM - 10/11 Jun 323 SM ) , yang dikenali sebagai Alexander the Great  , adalah seorang Raja ( Basileus ) kerajaan Greek Purba Macedon  dan ahli dinasti Argead itu. Dilahirkan di Pella di 356 SM, Alexander menggantikan bapanya , Philip II, takhta pada usia dua puluh. Beliau menghabiskan sebahagian masanya pada kempen ketenteraan  yang pernah berlaku sebelum ini melalui Asia dan timur laut Afrika, dan pada usia tiga puluh beliau telah mencipta satu empayar terbesar di dunia purba , yang bermula dari Greece ke barat laut India.  Akhirnya Beliau tewas dalam pertempuran dan secara meluas dianggap sebagai salah satu komander tentera sejarah yang paling berjaya. 

Wah penat dh baca sejarah..lani jom kita tgk gmbar2 sekitar 
1. Macedonia Square  
2. Stone Bridge
3. Old Bazaar Uthmaniyyah ( Čaršija ). 








 Lagi kesan2 kerosakkan di lakukan...sayangnya.. 

Yg kat atas tu semua gmbr di Macedonia Square. Kemudian kami berjalan lagi dan di sapa oleh seorang anak muda apabila nmpk kami sedang bertanya tentang Old Bazaar. Lalu dia pun menunjukkan jalan kepada kami. Katanya dia jugak suka mengembara, tp tak pernah dgr pun Malaysia itu di mana ( malu aih) hahaha.. xpalah dik sekarang dh tau kan nnt google la ye. Adik tu seorang pelajar Universiti dekat area situ jugak so satu hala [ dan telah menjadi rakan FB bos kami Azwar :-) ]

Khalid dan peminatnya di Macedonia 

Erm..kami sebenarnya sempat jugak posing2 lps brother ni bgtau jln nk p Old bazaar tu.. Apa lagi Mak Iti and the geng tak melepaskan peluang utk bergambar di sini. 













Alright dh puas tangkap gmbr kt sini... kami pun menapak naik jambatan tu nk ke seberang sana... Disini ramai Mak Iti tgk anak2 muda yg berhijab.. Alhamdulillah.. Islam di mana2... Bumi Allah ini luas... berjalan lah , lihatlah kebesaran Allah. 



 Pelancong2 ntah dari mana... bersama tour guide depa.
 Dari sisi putih... yg ni kecik sikit dari tadi
 Alahai x berkibar pulak... jadi la mcm ni pun





 Kelihatan fortress di situ... 

 Ada tourist map

 Rutin harian depa... 
Universiti depa tgh2 bazaar.. Mak Iti rasa kalau kt tempat kita mau hilang dh student p meniaga hehehe

Sampai dah bazaar... sunyi lagi time ni..maklumlah keja kami keluaq awai2 pagi time kedai2 baru nk bukak hehehe



 Buat peminat kain lace... mau juling bijik mata...Mak Iti tgk jerrrrr
 Sapa nk order baju perang ...meh sini hehehe

Kedai2 pun x bukak lagi tu ..hehehe

 Cer teka apa kah ini??? Surat saman hehehe...keta park siap kena clamp lagi huhuhuhu..melayang berapa Euro Mak Iti tak igt..Well... still kenangan x thrill kalau x dak problem kan hehehe... 
Setelah settle bab bayar saman ni... kami pun balik p kat apartment and get ready nk check out.  Beg2 kami semua simpan dekat lobby di bawah.. sementara tunggu pukul 1 ..kami pun p la ronda2 sekitar kawasan situ.. ada mall pulak apa lagi member Mak Iti yg berdua tu p tangkap Jacket kulit lagi hehehe... again saiz Mak Iti x dak kat sini ye anak2 hahahaha... sila balik ke Turki Mak Iti. 

OKlah masa yg di tunggu dah tiba... Mini Van dia pun dah sampai...terkezut kami tgk2 mini van dia.. gmbq mini van Mak Iti boh dlm next entry ya... 

Selamat Tinggal Macedonia.. terima kasih kerana meninggalkan kenangan manis buat diri Mak Iti dan kawan2.. In shaa Allah kalau di beri peluang Mak Iti nak repeat mai Macedonia lagi... x puas jln lagi .. nk p Lake Ohrid pulak.. 

Till we meet again.... 


THE END ...NEXT --> SOFIA BULGARIA the most challenging country for me and my friends.

2 comments:

  1. tq sis... seronok baca blog ni. baru nak studi pasal balkan ni. tertengok gambar macedonia gate tu. tu bkn conteng2 sis. sis beruntung dpt tgk peninggalam protest kat macedonia gate tu. tahun yg sama time sis pegi tu. protest pasai apa tu, xkaji lebih dlm plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye ker..tq for the correction... masa tu mmg susah nk cari info tentang balkan dalam bahasa melayu.

      Delete