Wednesday, April 26, 2017

SWISS ALPS via BERNINA EXPRESS

SWISS ALPS DAY TRIP FROM MILAN

13 DEC 2016

Bangun awai harini dalam kedinginan pagi ..fuhhhhhhhh pukul 6am dah siap punya excited laa
Dalam 6.15am camtu kami turun p kt lobby hotel dan minta tlg org hotel arrange kan taxi utk kami..sbb rasanya kalau nk jalan mmg x dan laa mau pengsan kekekeke. 

Dalam pukul 6.30am taxi pun sampai dan kami di hantar ke ofis Zani Viaggi. Haha peserta terawal pasai x dak sapa lagi time tu, ofis pun tutup lagi. Meh tgk time tu gelap mcm na...



 Milano Visitor center
Nama jalan

Pastu Mak Iti ternampak satu family ni ingatkan Cina Mesia.. rupanya lepas berkenalan Jiran negara sebelah... Sawadeekap!! Adalah sembang sikit dgn depa.. katanya depa naik dari Rome ke Milan dan Mak Iti pulak bgtau yg kami akan menurun dari Milan sampai Rome.. dia dok cerita la Verona tu nice place.. Kagum Mak Iti dgn family tu sbb si ibu tu mcm kurang upaya sikit tapi anak2 dia (2 org lelaki) sentiasa pimpin tangan ibu dia utk berjalan.. you gained my respect boys! Harap2 anak2 Mak Iti pun boleh laa jaga Mak Iti dan En Suami bila kami dh tua nnt. 

Alright masa yg di nanti dh pun tiba.. Bas dh sampai yeay.. beratoq naik bas berkenalan pulak dgn sepasang suami isteri ni.. Mak Iti agak laa depa ni dari India atau Pakistan sekali dia kata "We are from LA" alamak hahaha hentam saja la labu... 

Kami di beri earphone dan radio utk mendengar apa yg di cakap kan oleh tour guide, maklumlah bas besaq kan..Perjalanan kami dari Milan ke Tirano dan kemudiannya akan menaiki Bernina Express menyusuri pergunungan Alps. Perjalanan dgn bas mengambil masa dalam sejam setengah utk kami sampai ke Tirano.   Kami akan berhenti di RnR depa untuk sarapan pagi. Sarapan pagi org Italy biasanya hanyala secawan cappuccino dan croissant. Kami sampai di RISTOP BAR dan turun utk menikmati secawan cappuccino. Di sini kami dikehendaki membayar dahulu sebelum mengambil makanan/minuman. Jom layan gambaq 








Dah lepas breakfast ala2 Italiano hahaha

Haa lupa nk cerita pasai tour ni... Mak Iti booking dari  Viator Travel (online jaaa) Boleh refer sini untuk lebih lanjut pasal tour ni Swiss-Alps-Bernina-Express-Rail-Tour-from-Milan
Services dari Zani Viaggi ni bagus, Viator ni ada byk link dgn agent seluruh dunia..so x kira la nak p mana pun boleh ja search kat sini ok :-) . Transaction dlm USD utk booking kt Viator ni. 

Ok meh sambung cerita pasal perjalanan kami...Sebelum sampai ke Tirano, kami melalui beberapa kawasan berbukit dan tasik besar yg terkenal di Italy iaitu Lake Como. Ada jugak tour untuk ke Lake Como.. tapi kali ni Mak Iti mengambil kesempatan utk ke Saint Moritz di Swiss (Lake Como tu next time in shaa Allah) Kami pun sampai di TIRANO salah satu daerah di Italy dimana dia bersempadan dengan Switzerland. Bas berenti sat kt satu kawasan ni (x igt nama apa) nak bg depa tengok gereja yg dibina ikut style Renaissance . Jom tengok sekitar kawasan ni (psst belom sampai pekan Tirano betoi2 lagi tau) 






Berenti di sini dalam 30 min mcm tu jaa.. then kami terus kan perjalanan ke pekan Tirano. Alhamdulillah dah sampai sini.. Bas berentikan kami di railway station dan kami mengikuti jalan bawah tanah untuk ke seberang station. Waktu tu jam baru pukul 11.30am dan train kami akan bergerak pukul 1pm nanti. 


Kami akan masuk ikut sini utk menaiki Bernina Express train

Sejuk baq hang

Jalan2 sekitar Tirano...



Train dah sedia menanti...berlepas pukul 1pm


Actually masa dlm bas tadi tour guide kami dh kutip order utk sapa2 yg nak makan lunch dgn depa.. tp Mak Iti dan En Suami tak join laa sbb depa akan p mkn benda yg kita x boleh mkn kan.. Tour guide pun ada bgtau yg kt situ ada byk jugak kedai..so kami boleh pilih jugak..  So Mak Iti dgn En Suami jalan2 sekitar pekan tu ... dan jumpa kedai runcit.. kami beli stok makanan lagi hahaha beli pisang, roti dan air. Kami decide nak try pizza kat satu kedai di sini. Hahaha meh nak cerita pasai pizza depa. Mak Iti dah sedia maklum yg pizza depa mmg bersaiz besaq so masa order tu Mak Iti habaq la kata nak 1 ja pizza sbb igt nk kongsi ja dgn En Suami. Pehtu waitress tu cadangkan "Why don't you take baby pizza? " haaaaaa dgr kata baby pizza kami ni dok bayang la pizza tu kecik ja kan kononnya saiz pizza yg small klu kt pizza hut ni .. hahaha sekali tu bila dia mai nalaaaaaaaaa baq hang ..aku tgk muka hg ..hg tgk muka aku ... hahahahaha Mak Iti terkejut tgk pizza besaq mcm tu size dh mcm large pizza di Mesia kekekeke... kami pun makan laa tp Mak Iti xboleh nak habiskan... terpaksa la pass kt En Suami utk habiskan ...tapi bukan nak kata laaa pizza dia sedapppppppppppp sangat tau! 
Bergambaq depan restaurant Sale & Pepe

Ini lah baby Pizza tu hahaha Tp sedapp roti dia rasa lain ...almaklum la country of origin depa pizza ni ..Pizza Tuna yg kami pesan panas2 fuhh sedappp

En Suami sedang menghabiskan pizza Mak Iti haha TQ!
Cer tengok pinggan dia besaq mana yg ini baby pizza..klu regular ka large ka pengsan mak!

Eceh2 muka sebelum dpt pizza hahaha

Sempadan antara Italy dan Switzerland hanya 10 minit. 

Dah selesai makan kami semua berkumpul depan train station dan menunggu time nak naik Bernina Express. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Bernina Express route dan segala macam input boleh refer sini (utk yg nak pegi sendiri laaa) Bernina Express Route .  Kami di maklumkan mungkin di sempadan nnt ada pegawai yg akan naik check passport, tp masa stop kt sempadan tu x dak pulak dia check passport kami... kesimpulannya x dak la stamp Swiss dlm buku merah Mak Iti... huhuhu ( dh la stamp Italy pun xdak dlm passport) .
View sepanjang dlm train ni  stunning gila tak boleh Mak Iti nak describe sbb nya masa dlm train tu tak tau nk ambik gambaq atau nk layan view... En Suami yg bersungguh2 snap all those pictures.. Mak Iti dok layan view dan ambik video jaa... SubhanaAllah indah sungguh ciptaan Allah ..di atas gunung boleh kita lihat tasik membeku... glacier, salji fuh... rasa mcm nk golek2 atas salji tu tapi apa kan daya boleh bergolek dlm mimpi ja lah hahahaa. Jangan risau anda di benarkan utk menurunkan cermin tingkap utk amik gambaq. Mari kita layan view sepanjang perjalanan mendaki pergunungan Alps. 

Info: Pergunungan Alps di kongsi oleh beberapa buah negara bukan Swiss sahaja tau! Ianya di kongsi bersama Italy, Slovenia, Austria, Germany, France. 
Seawal pendakian 

Masih lagi selusuri kawasan kampung di Tirano


Pendakian bermula



Hahah excited laa first time tgk salji kepok2 



Tudia ruang cermin..kalau rasa nak ambik gambaq boleh bwk turun cermin tu.. 
Apa laa Mak Iti buat tu?? hahaha dok ralit tgk pemandangan












Dah serupa market semua pakat mangkit jalan sana sini hahaha nk ambik gambaq punya pasai

Tgk tu En Suami dok ambik gmbr ada org dok shooting kt situ...
Akhirnya setelah 2 jam di dlm train menikmati panorama view di atas gunung... kami pun sampai laa di Saint Moritz. Sedia maklumkan Swiss adalah negara yg mahal belanjanya hahaha... Mak Iti just ronda2 ja kt situ .. buat peminat cokelat bolehla nk membeli di sini.. tp Mak Iti x beli apa pun.. ambik peluang utk ronda2 sekitar sini sbb kami di beri masa sendiri utk jln2 kt situ. Dari Saint Moritz kami akan turun gunung dgn bas yg mai tadi... Sejuk tok sah habaq laa wpun xdak salji tp tasik dah start membeku dan ada jugak org main ski atas salji tu... Bas kami akan bertolak jam 4.30ptg di mana keadaan dh nk bertukar menjadi gelap. Meh nk belanja gmbr di Saint Moritz. 



Sapa nak beli??? Chek mampu tgk jaa hahaha











Ada org tu gigih nk posing baju ride dia hahah sanggup letak tepi sat winter coat dia. 

SubhanaAllah view dia sgt cantik 

Air tasik yg membeku tu




On the way balik...matahari dah mula terbenam...
Waktu tu jam baru menganjak ke pukul 5 ptg



Tamatlah perjalanan kami ke Saint Moritz harini... masa bas menuruni gunung punya gerun beb... mau x gerun kona dia sharp pastu dh la bas tu panjang..lepas dia sorang ja.. x boleh selisih dgn kenderaan lain... seram mak! Apa2 pun Alhamdulillah selamat tiba di Milan jam 8 malam. Kami ada berenti minum sat kt satu RnR tp Mak Iti x mau dh sbb x larat dah...

Hahaha kenangan lps sampai Milan... Mak Iti dh x larat gila baq hang... kaki sakit tp En Suami ajak balik hotel jalan kaki ... hahaha mula la nk gaduh2 manja hahaha tp apa2 pun sampai jugak hotel walaupun dlm keadaan bebai hahahaha bebai kena jln blik hotel wpun dh penat kekeke.. apa2 pun itu kenangan yg x akan Mak Iti lupakan... Sampai di bilik ... mandi bersihkan diri... dan tidoq laaa pasai esk pagi nk check out dah nk p Verona pulak. Apa yg ada di Verona??? Mak Iti nk p rumah Romeo & Juliet laa apa lagi ..jom tidoq! 



Pada saat Mak Iti menulis ni...Mak Iti Rindu nk tgk lagi keindahan bumi ciptaan Allah... rindu pergunungan Alps!!! 
Next --> Verona I LOVE U