Thursday, March 1, 2018

PART 2 : TURKI TRIP WITH FAMILIA



~RONDA-RONDA KOTA ISTANBUL ~
21 JANUARY 2018

     Alhamdulillah setelah selamat mendarat perkara pertama kami semua buat bila sampai ialahhhhhhhhhhhhh… mencari tandas di dalam airport hahaha.. Setelah selesai semua hajat.. basuh muka lebih kurang, tepek bedak secalit YES we are ready to Jelajah Kota Istanbul.
     Jom kita p kaunter nk stamp passport.. kali ni Pak Khalil punya passport lepas pulak tak dak masalah Alhamdulillah …tpi Adik Mat punya passport pulak… tak boleh baca pulak dah cip tu haiz… tpi takpa sat saja semua berjalan lancar… settle jom kita p ambik luggage pulak… lagi sekali Alhamdulillah bila beg semua sampai dgn selamatnya… Legaaaaaaaa
     Ok now jom cari nama Mak Iti di luar sbb Mak Iti arrange airport transfer memandang bwk anak2 kan.. so depa pun mesti penat dgn long journey depa tu ..kita kasi depa relax and enjoy dulu..

Sementara menunggu kereta sewa..selfie sat di IST Airport

          Nama dh jumpa.. kita tunggu sat utk kereta lagi satu.. ( Kali ni Kak Ein ikut jugak dgn family dia tpi dia hanya Bersama kami smpi Cappadokia nnt ja.. lps tu depa sekeluarga p Amsterdam pulak) Airport transfer dalam 40 minit perjalanan dan kami selamat sampai di Hotel faveret Mak Iti iaitu Beyazit Hans Suites . Thank you Azamat sebab arrange airport transfer dan memudahkan perjalanan kami.
Tu.. yg dekat keta putih tu Azamat laaa dia dok sambut kami sampai 
       Haaa nah tengok video Mak Iti termengah2 kerabat jalan batu2 depa haha lama tak mai tudia..dengan beg galas besaq naik bukit fuhhhhh memang mabeles laa

Macam biasa kami tak boleh check in lagi..so kena tunggu laa.. Azamat kata lagi sejam atau dua jam mcm tu baru bilik ready… maklum la kami sampai waktu pagi kali ni ..so bilik depa baru nak kemas laaa tak apa jom kita ronda2 area sini dulu.
       Masa ni Adik Mat dah start buat perangai dia ..letih gamak kot..last2 Pak Khalil jalan dulu dgn Kakak.. dan Mak Iti terkedek2 dok tunggu Adik Mat ni haih.. mujoq lepas beberapa taktik pujukan dia dh cool … kami berjalan dari Beyazit ke Sultanahmet. Jumpa la Pak Khalil dan Kakak di sini…bila semua dah hokey maka selpiaq dan video session bermula laaaaa




Dikmat yg tlg ambikkan gmbr ni...haa kat sini jugak la jumpa Pak Khalil dan Kak Qis.






Untuk hari ini kami ronda2 saja bg anak2 warm up dulu… tiba2 Adik Mat kata nak hot chocholate pulak sbb tak tahan sejuk..jom la kita singgah minum dulu. Memang sejuk sungguh pun walaupun x dak salji.



Habis minum kopi kita selfie lagi…hahaha jangan muntah tengok gambaq2 Mak Iti sekeluarga naaa… kat sini Mak Iti anggap sebagai diari utk diri Mak Iti…esk2 tua2 nyanyok dh hilang ingatan… at least boleh jugak baca cerita di blog ( tu pun kalau wujud lagi hahaha)











Kami pusing-pusing sampai depan Topkapi Palace ,lepas tu kami jalan lagi sampai ke Gulhane Park. Sebelum sampai Gulhane Park tu sempat lagi anak2 Mak Iti beli aiskrim yg acilok at at tu hahaha ..layan ja laaa bagi depa happy dan rasa aiskrim depa macam mana. Mari teruskan perjalanan sampai ke tempat tujuan.

Gulahane Park
Gulhane Park ni terletak di daerah Eminonu, Istanbul. ( Bunyi macam jauh Eminonu tu.. tp kalau jalan kaki pusing p pusing mai tengok2 dah sampai hah.. so kalau rasa penat boleh la naik tram depa x dan seminit dah sampai stesen berikutnya Kikiki ) Kalau datang Istanbul pada bulan Apr ~ May sila lah ke sini… Syurga Tulip sangat. Sebab kat sini depa buat taman bunga dgn air pancuran memang cantic sangat la.. tambah lagi waktu musing bunga..haih.. so Mak Iti just jalan2 laa kt area sini harini ..dok habaq la kt anak2 kalau mai sini musim bunga memang cantik sangat. Ni gambar dari sumber pakcik google boleh la banding dengan gambar Mak Iti tangkap pada musim winter ni.. Layan gambaq jommmmmmm
Sumber dari google, cantikkan kalau musim bunga.... 














      Sebab cuaca sejuk sangat.. anak2 request balik hotel.. hehe baru hgpa tau naaa sejuk winter macam na.. ni belom salji selju lagi . On the way nak balik ke hotel tu sambil jalan kaki ..anak2 dok cuci mata tengok kedai2 juai lokum, souvenier dan macam2 lagi lah.. meh tengok video jalan kaki dari Gulhane Park ni naaa…
***nnt Mak Iti upload sbb ada masalah teknikal x boleh upload lani


    Boleh tahan jugak sebenarnya nak jalan kaki dari situ nak balik p Beyazit.. hehe tambah pulak musim sejuk dan jalan yang mendaki..sangat2 menguji ketahanan fizikal..oleh itu pilih la kasut dan baju yg sesuai.. lain lah kalau ikut tour kan.. nak bergaya ala2 Che Ta tu tak dak hal punya haha.. Alright.. Adik Mat nak jus delima pulak dah singgah la beli pulak.. Adik Mat ni dia sejenis yg suka teramat dengan buah-buahan ni.. so apa lagi Nampak buah delima ..dia mau sangat laaa.. secawan kena TL15 weh.. kena katok ka apa?

       Hahaha tapi apa nak kata mmg fresh pun x masuk gula langsung.. pastu bukan sebijik naaa dia perah smpi penuh cawan ..ada kot dlm 3-4 bijik. Dan kebetulan dalam kedai tu ada juai Kumpir pulakkkkkkkkk ( Bukan Mak Lampir naaa ) Oh my favourite food , apa lagi Mak Iti ajak la si Kakak pulak jom kita p beli utk makan lunch satgi.. kami pun bungkus la satu utk makan satgi… Mai nak lanjer video Kumpir ni… psssst makan hangat2 sedap baq ang!


        Done beli bekai semua kami pun jalan balik ke hotel… alaaaaa x leh check in lagi ..duduk p la sat.. buat payment utk airport transfer , payment bilik.. tup2 Azamat bgtau bilik dah nak ready… dia kata kami boleh p simpan beg dalam bilik tapi bagi depa masa lagi dlm 30 minit utk cuci apa yg patut… fuhhh legaaa jom p letak barang sat dlm bilik .Nah ni lah bilik kami sekeluarga utk 2 malam di Istanbul. Sampai bilik letak barang semua lps tu kami decide nak p makan nasi sementara tunggu bilik siap.

Kami singgah makan nasi dekat dgn hotel saja..tak larat nak p jauh2 dah..
Order nasi dgn lauk, depa mai hidang… fuh semua makan dgn berseleranyaaa hahaha legaaaaaaaa



Selesai makan kami pun balik ke hotel dan dpt la masuk ke bilik utk mandi rehat semua… mana nak p tau anak2 Mak Iti tidoq terus ( depa tidoq ikut time Malaysia daaaaaaaa) hahaha masa tu baru 3 petang waktu Istanbul dan Malaysia time tu dh 9 malam hehe patut la depa ni tidoq dah kekeke

    Tup tup dpt whatsapp dari Cik Ein ajak keluar mlm hahaha ( pkl 6 petang time tu tapiiiiiiii dah gelap laaaa ) So Mak Iti decide nak p jugak laa , Mak Iti gerak si Kakak ajak ikut Mak Iti.. Pak Khalil pun sama time tu ZZzzzzZZZ so Mak Iti just bagitau dia  laa nak keluar dgn Cik Ein dan Teha. Kami pun siap dan jumpa di lobby… Depa nk p LC WAIKIKI habaq hang … hahaha apa lagi si Kakak ni dh jadi rambang mata dia dok nampak kasut sempoi punya dia dok pening pilih warna… hahaha dia beli jugak kasut tu ringan dan sangat selesa. Kakak Qis jugak belikan Mak Iti sehelai blouse winter labuh paras lutut tu…TQ Kakak… 

       Lepas habis ronda LC Waikiki, depa p masuk beberapa deretan kedai dekat situ pulak… ni la bila keluaq dengan Cik Ein hahaha… Mak Iti dh tak larat tu bayangkan la time tu Malaysia dh pkl 1-2 pagi kami dok masuk keluar kedai lagi hahaha. Sementara menunggu Cik Ein dan Cik Teha bershopping sakan Mak Iti dan Kak Qis pun berselfie la lagi… hahaha habis depa ronda2 kami pun gerak balik ke bilik..

Cik Ein dan Mak Iti






Teringat akan esoknya kami nak ronda Istanbul lagi… so Mak Iti bgtau Cik Ein nak beli “ISTANBULKART”.

Apa itu istanbulkart & kegunaannya


Multi Fungsi  ~ Boleh digunakan di semua pengangkutan awam seperti bus, metro, feri dan tram, termasuk tram antik yang beroperasi di daerah Istiklal Caddesi. Lebih praktik daripada membeli token atau tiket setiap kali mahu naik pengangkutan awam
Prabayar dan boleh topup ~ Harga Kad sahaja TL 7 , dan boleh topup di minimart atau mana2 kedai yg bertulis “Akbil Dolum Noktasi” atau lebih senang topup sahaja di mesin2 yg ada di setiap tram station. Untuk sekali naik metro/ferry/bus adalah 2.30 TL seorang.
Satu Kad Boleh Digunakan utk Beberapa Orang ~ Minumum utk menggunakan kad ini ialah 5 orang. Jadi tak perlu lah kita nak beli kad tu sampai 5. Macam Family Mak Iti 4 org so kalau sehala TL2.30x4. So pandai2 la nak topup siap2 berapa dalam tu sbb kami 4 org kan .. so kalau dah naik ferry ulang alik, bus dua hala , tram dua hala ..makanya at least topup laaa TL50 dalam tu kan …. Tak payah pening2 dah .
Mudah Digunakan & ada Diskaun ~ Kita boleh check baki dekat mesin kad reader tu.. so kalau dah agak2 baki berkurangan pergi la topup cepat2.
Kalau kita bayar cash atau beli tiket masa nk naik kenderaan awam depa .. harga tiket tu berbeza naaa tak sama dgn tiap kali anda touch Istanbulkart ni. So kalau nak jimat dan anda stay kat Istanbul dalam masa 3-4 hari elok lah beli Istanbulkart ni.

     Ok meh sambung balik cerita lepas beli Istanbulkart tadi… hehe Mak Iti beli 1 kad dan topup TL20 ( haha ngok tak tau lagi yg TL20 tu tak cukup hahaha) Beli sekali dgn air mineral dekat took tepi jalan tu . Kami bersurai di situ sbb Cik Ein nak p beli makan malam.. Mak Iti pulak nak balik tidoq dah pasai esok pagi kami ada aktiviti redah Istanbul dgn Istanbulkart ni.
Hehe.. sampai bilik… sucikan diri dan ZzzZZzzz…
      Psstt.. kumpir yg beli siang tadi tu Kak Qis makan sikit ja masa awai2 tu… selebihnya tak makan pun cheh… alamatnya Mak Iti buat tu breakfast utk esk pagi je laaa….

Dah la jom tidoq.. sambung esok pagi naaaaa, nak bangun awai… kui 7 nak keluaq jalan dah .

Next Entry... 
               Kenangan manis naik Istanbul public transport hihi

No comments:

Post a Comment