IHLARA VALLEY
24 JANUARY 2018 ( Cappadokia Part 2)
Gambar Lembah
IHLARA
Lembah Ihlara (sering salah di eja
:--> Lembah Ilhara), berhampiran Gunung Hasan dan Gunung Melendiz (dua
daripada tiga gunung berapi Cappadocia) adalah lembah dengan kedalaman
kira-kira 100m dan dibentuk oleh Sungai Melendiz beribu tahun yang lalu. Ia
bermula di kampung Ihlara dan berakhir dengan Biara Selime di kampung Selime
setelah menempuh 26 selekoh sepanjang 14 kilometer. Adalah
dipercayai bahawa lembah ini menempatkan lebih dari empat ribu tempat tinggal
dan gereja seratus gua yang dihiasi dengan lukisan dinding. Sekitar lapan ribu
orang pernah tinggal di Lembah Ihlara.
Terdapat 4 pintu masuk ke lembah
Ihlara. Yang pertama adalah pada permulaan lembah di Kampung Ihlara. Yang kedua
membuka ke kilometer 4 lembah dan ia adalah pintu masuk yang paling popular,
dan mempunyai lebih daripada 300 langkah ke lembah. Pintu ketiga adalah kampung
Belisirma yang membolehkan anda memasuki lembah dengan memandu. Ia terletak di
tengah (7 km) lembah. Jika anda akan melawat lembah dengan kereta anda, ini
adalah tempat terbaik untuk meletak kereta anda. Belisirma juga mempunyai
beberapa restoran oleh Melendiz River untuk makan siang. Kebanyakan lawatan
berpandu berakhir mereka berjalan di sini selepas makan tengahari. Pintu
terakhir adalah akhir lembah di Biara Selime. Beberapa lawatan trekking yang
berjalan di seluruh lembah bermula dari hujung ini. Bahagian terbaik lembah
adalah bahagian 7km pertama dari Kampung Ihlara hingga Kampung Belisirma di
mana anda dapat melihat kebanyakan gereja dan keindahan alam – Sumber Wiki
Okay harini Mak Iti akan ceritakan pengalaman
kami utk menjejaki IHLARA VALLEY ni. Dan perkara paling mencabar ialah kami nak
drive sendiri ke sana. Kalau anda mengingkuti Green tour harga seorang lebih
kurang Euro 40 atau lebih.. (harga boleh berubah ikut musim dan bilangan ahli
group) Makanya Mak Iti memang tak tahu lebih lanjut tentang tour ni, anda boleh
mengambil tour ni dari hotel yg anda tinggal atau search ja awal2.
Back to my story… pagi2 kami mestila
breakfast dulu since pakej penginapan kami sekali dgn breakfast…rugikan kalau
tak makan.. jadilah utk lapik perut tu… Erm.. kami macam biasa siap awal..Gelap
lagi masa ni.. walaupun dah pukul 7.. kami keluar sat p tengok keta.. hah
cermin dah sedikit beku (excited hahaha)
Gigih AdikMat nk cuci salji kat cermin keta |
Cermin belakang pulak |
Breakfast tak siap lagi daaa…so
sementara menunggu breakfast kita posing la sat dulu kan…
Suasana awal pagi sekitar hotel |
Jugak belum banyak salji hehe |
Kawasan belakang Hotel dah sedikit2 bersalji |
Gambar posing kami ..
Budak ni pun sejuk tp nak main camera haha |
Sejuk .. dok tunggu breakfast |
Okay.. jam 8am baru breakfast room di buka.. fuh legaaa panas sikit dalam ni… Menikmati pelbagai jenis roti dan cereal .. tiada nasi lemak , roti canai dan sebagainya ya hahaha tapi tak menjadi masalah pun makan ja laaa kan
Makan Chekut ja ka Mak Iti?? 😋😋😋 |
Selesai breakfast Cik Ein & Cik
Bidin kata nk follow kami tp geng depa hat lain tak siap lagi… so depa suruh
kami gerak dulu… dan jumpa di sana.
Ok Klik Klik dulu depan hotel dengan Cik Ein sat…
Dok ada salji dah sikit2 tu |
Let’s go on the mission…90km dari
Hotel hahaha, kami memulakan perjalanan dari Kayatas hotel menggunakan google
offline map yg Pak Khalil download siap2. Eh2…tiba2 ternampak spot cantik pulak
tepi jalan ni… kami berenti sat posing
Klik Klik lagi… tapi sat ja sbb ada
seekor anjing tu ikut Mak Iti pulak …haih laju la kami lari p kat keta hahaha
Jom ikuti pengembaraan kami yg keluar
masuk kampung ,yg lalu jalan sunyi fuh memang mengerikan haha.. Awal perjalanan
dah ikut jalan sesat haha mana la si map ni bawak kami p dah la minyak pun nk
habis.. Pak Khalil tak ikut map dh.. lani target nk cari stesen minyak. Lepas
isi minyak baru ikut map balik… haaa baru dia bwk p jalan highway legaaa… Cheh
ingat lega dah tiba2 dah masuk satu simpang ni mai satu keta 4x4 kata jalan
depan tutup..so depa suruh kami patah balik ( sila maklum bercakap dalam Bahasa
ayam dan itik hahaha) yg kami faham ICE saja hahaha.. So Pak Khalil terus pusing keluar
dan teruskan lagi ikut google map. Hah takut pun ada sbb masa tu jalan sunyi
sangattttttt … tak da apa di kiri dan kanan… kemudian masuk pulak satu pekan
kecil yg terpencil (serupa kawasan lepas perang) pun seram jugak sbb depa
tengok semacam jaaa haha
Teruskan lagi… Eh masuk satu area ni
cantik kot tanah lapang di selaputi salji putih ..tup tup Pak Khalil berenti
nak bergambaq katanya… anak2 malas layan dh ibu abah depa yg keja nk ambik
gambaq jaaa hahaha ..
Selfie di tengah jalan raya
Gambar kt umh org
***Sayangnya Mak Iti tak leh nk share video masa on the way nak p IHLARA ni sbb semua file besaq2... so x dapat la nk nolong...
Kami dh smpi kt signboard IHLARA apa
lagi posing laaa bukti kata dah sampai hahahaha
Kami mencari pintu masuk ke IHLARA
VALLEY..tapi tak pasti pulak Mak Iti sekeluarga masuk guna pintu yg keberapa ya
hahaha … hentam saja lah…
Mula2 ingat masuk2 terus sampai
rupanya kena turun sekitar 2000 anak tangga huuhuhu… dan naik balik ikut situ
jugak sbb keta kami park kt situ hahaha menangis la kau nak kat situ… dan
perjalanan kami di iringi oleh seekor anjing di situ..mula tu takut jugak lps
tu Mak Iti teringat dari pembacaan Mak Iti dulu dlm satu blog ni penulis tu
cakap mmg akan ada seekor anjing yg akan menemani kita menuruni anak tangga di
situ.. tambah2 kalau solo traveler. Ntah laaa wallahualam cerdik2 anjing kat
sana.. tp biasalah kita kan mmg takkan pegang dan takut anjing la kan hahaha
Ni la anak tangga yg harus ku turuni
dan daki balik ..haha bertabah lah
Nampak x org dok naik tu.... haa bayangkan 2000 anak tangga hahahaha |
Sesampai di lembah Ya Allah punya la
cantik dan tenang suasana di sini… pengunjung masih x ramai… maybe sebab musim
sejuk kot.. kami apa lagi Klik Klik laa ntah berapa lama kami stay kat area
sini..
Agak lama kami disini niat nak jalan
smpi ke Belisirma Village..tp tak kesampaian sbb Adik Mat dok gadoh lapaq dah…
pastu Cik Ein pulak dah sampai tapi tak turun ke bawah sebab depa kata takut dh
lewat. Tapi sempat lagi dok posing kt dahan pokok ni..masing2 posing mau tak mau hahaha
Kami pun meneruskan pendakian kami semua..masa ni Mak Iti rasa nk terputus nyawa tercabut jantung semua ada laaa… sumpah penat!!!! Sbb waktu musim sejuk oksigen kita kurang lps tu mendaki pulak fuhhhhh mencabar kot utk org yg badan chomell macam Mak Iti.
Ni Mak Iti share gmbr Mak Iti tercungap2 naik tangga ni..
Apa2 pun Alhamdulillah umur masih panjang.. Pak Khalil dok risau dh Mak Iti jadi apa2 masa mendaki tu.
Ni Mak Iti share gmbr Mak Iti tercungap2 naik tangga ni..
Apa2 pun Alhamdulillah umur masih panjang.. Pak Khalil dok risau dh Mak Iti jadi apa2 masa mendaki tu.
Fuh Alhamdulillah smpi jugak di
puncak…rasa nk nangis woi!!! Penat amat 😓
Cik Ein dh tunggu Mak Iti kat café di sini..
Allah lega dpt rehat sambil minum kopi panas sat..
Masa dok tengah rehat tu Mak Iti dok la belek2 gambar dlm camera.. mai lalu sorang wanita Turki dan cucunya… dok senyum dok kata Guzel kt gambar tu.. lps tu Mak Iti pun buat terrer kan p kata kat dia Cok Guzel ermm… haha terus dia speaking Turkish haha ambik hang padan muka.. dan2 Mak Iti kata No Turkish.. lawak2.. then dia tanya pulak Uzbekistan? Kazakhstan? Haha kembang p la sat kan.. then Mak Iti kata Malezia ooh kata nya ntah dia tau ka tak kat mana Malezia ku hahahaha.
Masa dok tengah rehat tu Mak Iti dok la belek2 gambar dlm camera.. mai lalu sorang wanita Turki dan cucunya… dok senyum dok kata Guzel kt gambar tu.. lps tu Mak Iti pun buat terrer kan p kata kat dia Cok Guzel ermm… haha terus dia speaking Turkish haha ambik hang padan muka.. dan2 Mak Iti kata No Turkish.. lawak2.. then dia tanya pulak Uzbekistan? Kazakhstan? Haha kembang p la sat kan.. then Mak Iti kata Malezia ooh kata nya ntah dia tau ka tak kat mana Malezia ku hahahaha.
Kami makan dekat sini dan rehat
sat..lps tu bergegas balik sebab takut gelap nnt dh tak Nampak jalan.. Hah
waktu balik ni confident sikit sbb balik 2 kereta kan ..Dh nk dekat sampai hotel dah… depa
berenti pulak …berenti ambik gambaq hehe Mak Iti dgn Pak Khalil ja gedik
turun.. Kak Qis dgn Adik Mat tak mau turun sbb sejuk..
Jom balik bilik…kami terus balik ke
bilik manakala Cik Ein sekeluarga p makan dulu.. Rehat la apa lagi ..anak2 Mak
Iti dah landing atas katil tu lena laa depa. Cik Ein sms kata dia beli mee goreng
dgn nasi goreng kat kami utk makan malam… Alhamdulillah rezeki malam ni....dok sat tup2 Pak Bidin ketuk pintu.. rupanya Pak Khalil tinggai kasut kat
luaq…kami pun p la lepak sat di luaq masa ni cuaca dh semakin teruk sbb salji
makin tebal.. ais tebal depan bilik dan Pak Bidin bagitau kereta depa terkandas
di bawah tak boleh naik atas sbb salji tebal. Uish serius jugak bunyinya… lama
kami tunggu Cik Ein naik ke atas..baru nmpk muka dia naik..dia pun bagi dinner
kami dan kami pun cepat2 masuk ke bilik sbb sejuk…
Ingat selesai dh cerita utk harini
..tiba2 tengah2 ZZzzzZZZ Pak Khalil kejut time tu pukul 3 pagi dia kata salji
turun lebat.. terus Mak Iti bangun pakai jaket dgn boot ..Adik Mat pun terjaga
time tu. Nak ikut jugak.. then kami pun keluaq sat p tengok salji lebat sambil
Klik Klik
tangga depan bilik kami |
Haa ni la depan bilikkami |
Alkisahnya lepas habis klik klik tu
Adik Mat kata lapaq Maggie pulak haha.. yg tak best nya hotel ni x dak air
panas.. mujur ada roti sikit.. Mak Iti suruh dia makan yg tu dulu ( Actually
boleh ja nk amik air panas dlm sinki depa tapiiiii… ntah laa ) Makan la Adik naaa Ibu nak tidoq sbb
esk nk mula hari baru…
Well we will see what is going to happen tomorrow.. hahahaha
Jom tidoqqq
No comments:
Post a Comment