~TRAVELLING DAY
FROM PENANG TO ISTANBUL ~
20 JANUARY 2018
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
May the peace,
mercy, and blessings of Allah be with you
Dah lama Mak Iti berenti menulis
ni… nak start engine balik ni mau tau la kan rasa macam mana kan 😊
. Sebelum Mak Iti terlupa semua sweet memory Mak Iti dan family tersayang baik
lah Mak Iti meneruskan coretan kembara kami sekeluarga ke bumi bertuah Turki
pada 20 Jan 2018 ~ 31 Jan 2018.
20 Jan 2018
Perjalanan kami bermula dari
Penang Airport ke Changi Airport Singapore melalui SILK AIR. Trip kali ini Mak
Iti tidak lagi ke KLIA seperti selalu tetapi menukar route dari Penang-
Singapore- Istanbul. Kali ini kami mendapat harga tiket pergi dan balik
penerbangan terus dari Penang – Istanbul dengan harga lebih kurang RM1700
seorang menerusi Singapore Airlines... Macam biasa tiket akan di beli seawal 6
hingga 7 bulan sebelum travel. Harap2 tahun depan ada lagi laa harga macam ni
ye…. Nak trip Honeymoon 2.0 pulak dengan Encik Suami hehehe..
Seawal 11 pagi kami dah bertolak
dari Bertam ke Bayan Baru… rehat,mandi, solat semua di sini sebelum ke airport
lepas asar nanti.
Posing dulu sebelum bertolak dari Bertam😀 |
Kami ke P.I.A (wah… signboard
baru pasang kot hahaha sebab sebelum ni tak dak pun) jam 5 petang sementara
flight kami ke Singapore pukul 9.15 malam.
Yeay dah balut beg |
OK.. jom tengok gambar2 Mak Iti
dan Family dari Penang nak ke Singapore. Alkisahnya dua beradik tu mcm biasa
laaa berebut nak dok tepi tingkap kan.. sabo ja lah kakak kena mengalah dengan
adik kan… Deal waktu pi ni adik duduk tepi tingkap… balik nanti kakak punya
turn pulak hokey.
Happy la tu dah lama depa tak naik flight haha |
Ramai jugak manusia naik SILK AIR ni |
Ni Masa tak ramai lagi... time ni baru sampai , cantik baju pramugari dia |
Sedikit review tentang SILK AIR.
SilkAir adalah anak syarikat dari Singapore Airlines dan merupakan syarikat
penerbangan yang berpusat di Singapura. SilkAir terbang dari Singapura ke
destinasi-destinasi "eksotik" di Asia Tenggara, India dan Republik
Rakyat China.
Flight Silk Air sangat selesa
untuk jarak sejam lebih perjalanan kami. Penerbangan kami di iringi dengan
hujan renyai di bumi Penang.
Kami sampai di Terminal 2 Singapura pada jam 10.40
malam. Kami terus ke terminal 3 pulak melalui sky train untuk connecting flight
kami yg seterusnya.
Video ni telah di kecilkan utk blog size haha abaikan apa2 yg buruk naaaa 😎
Seperti yg di janjikan..dia duduk tepi tingkap lena habaq hang hahaha |
Menuggu Sky train |
Sky Train to Terminal 3 |
Semasa di Changi Airport kami
sempat bergambar sebab cantic sangat airport Changi ni.. kami melalui section
alam flora dan fauna … rasa macam dalam duni a fantasi hihi…
Flight kami seterusnya menerusi
Singapore Airlines akan berlepas pada pukul 1.50 pagi waktu Singapura dan di
jangka sampai di Istanbul jam 8.25 pagi waktu Istanbul. Bererti untuk direct
flight kali ini..keras kaku ataih flight selama 11 jam 30 minit hahaha ambik
hang…
Sementara menunngu flight kui 2 pagi... sempat la budak2 ni lena se-round. |
Boarding dah... Istanbul... Mak Iti dan Pak Khalil mai bawak anak2 ni haha |
Tips untuk long
journey flight yg Mak Iti praktikkan:
- 1 Pakai baju yg longgar dan selesa ( nk hentam baju tidoq pun boleh aih) - Mak Iti haritu pakai baju ala2 kelawaq , seluar track , tudung dua muka dan kasut sport2- Tudung tu biar la yg sarung terus atau yg dua muka ka yg tak payah berpin-pin pun ( kalau rasa nk style dlm 12 jam tu lps turun flight nanti tukaq la tudung kamu yeaaa ) Ikut la cita rasa keselasaan masing2. Tak berdosa pun kalau tak ikut hahaha3- Seluar pun kalau boleh pakai la yg selesa , yg tak ketat… selalu kan tengok Mat Saleh ni travel relax ja pakai tshirt dgn seluaq track … ni rupanya tips utk keselesaan semasa atas flight. Kalau nak pakai jeans pun tak berdosa aih… pakai la selagi selesa.4- Agak2 takut pening atas flight dgn bau bauan passenger lain tu.. .semboq siap2 minyak wangi tak pun sapu siap2 minyak wangi kt tudung, kat hidung, baju hgpa atau kat mana2 lah yg satgi kot2 hgpa pening hgpa boleh bau 😊5- Bawalah neck pillow kot2 rasa nk lentok2 tak payah lentok kat atas bahu org sebelah… kalau mai dgn pasangan sekali pun agak2 laaa dia nk kena tanggung berat kt bahu dia… tak kesian kt depa ka ? Kikiki psssttt tapi Mak Iti tak bawak pun hehehe6- Byk lagi benda tapi ikut la keselesaaan masing2 kan .. nk bwk kain nk tutup muka pun boleh
Flight Singapore Airline ni bagi
Mak Iti oklah … selesa utk perjalanan jauh..Cuma bosan laa duduk lama2 atas
flight… keraih habis kaki2 haha. Makanan atas flight semua ok sedap memang puas
hati tapiiiiiiii tak leh la lawan Qatar Airways Mak Iti… kau tetap di hati
ku.. Tapi anak2 Mak Iti cukup syok sebab
lepas dinner depa di jamu dgn eskrim Magnum habaq hang… pherak tak kira la depa
hahaha dgn Mak Iti sekali pherak hahaha. Untuk malam ni semua tidoq lena atas
flight sampai la waktu nak dekat sampai… lega Mak Iti dua beradik tak buat
perangai untuk 1st time long haul depa atas flight..fuhhh
Alhamdulillah akhirnya kami
selamat mendarat di bumi Istanbul pada jam 8.25 pagi Istanbul bersamaan 1.25
tgh hari waktu Malaysia..
Bersambung di Next entry pulak
No comments:
Post a Comment