~RONDA-RONDA KOTA
ISTANBUL Part 2 ~
22 JANUARY 2018
Günaydın ~ Selamat Pagi ~
Alhamdulillah seperti apa yang di
janjikan pagi ini kami bersiap2 nak ke Pierre Loti Hill. Apa la yang ada kt
situ… hahaha jom kita tengok…
Kami memulakan perjalanan pagi ni
menapak dari hotel nak ke Beyazit tram station. On the way ke situ singgah sat
beli breakfast utk Kak Qis..dia nk beli roti pizza wangi ja bau… yg si Adik Mat
dh buat perangai sebab nak beli roti simit tapi kami x bagi beli lagi sbb nnt
dlm tram payah nak berasak2 dgn org. Bebai la sat awang selamat tu… hahaha.
Sebelum naik tram tu kami membuat perkiraan dan Nampak gayanya TL20 yg Mak Iti
topup smlm tu tak cukup daaaaa Kikiki… Pak Khalil suruh topup lain. Tapi kt
kedai smlm dah tak boleh topup pulak… tak pa lah kami decide naik tram dulu
smpi next station topup kt mesin dia. Dari Beyazit station kami akan ke Eminonu
station. Hehehe satgi Mak Iti cerita kisah lawak kami lps kami sampai Eminonu
hahaha lani layan gambaq dulu naaaa kikikiki
Haa sapa nk top up Istanbulkart boleh mai sini naa.. buat sendiri |
Inilah budak merajuk tak dapat beli Simit hahaha |
Chewah…confident ja naik tram nak p
Eminonu
Berdasarkan pembacaan Mak Iti.. org tu kata….org tu laa kan yg dlm blog
dia tu hehe dia kata turun station Eminonu naik ferry p Uskudar ( Ka Mak Iti yg
salah baca hihihi) kami dgn jaya nya bergambaq sakan dulu kt port sini..
Haha lepas tu baru p kat kaunter ferry… tanya dia nk p Eyup.. dia kata ferry dia x p situ.. Kami dh mula pelik..aik x p pulak.. Tapi kita redah saja lah .. buat pandai kan naik jugak ferry p Uskudar hahaha, naik ferry dua kali pulak tu..kikiki dah sampai seberang sana…
Mai layan gambar2 di atas ferry dulu
Tapi apa nk kata ferry depa cantik
sangat… sama saja charge dia naik la p mana pun harga tetap sama menggunakan
Istanbulkart. Atas ferry ni sempat la AdikMat bagi makan burung Seagul dgn roti
simit yg dia beli tadi.
OK smpi di area Galata, tanya pulak org tempatan nk p Eyup macam mana.. dh la cakap ayam itik adoi laaa hahaha dia kata naik bas no 99A. Tapi bila kami tahan bas no 99A ,driver bas x mau bagi kami naik.. heran la jugak kan pasaipa.. Last2 kami decide nak jalan kaki seberang jambatan tu sbb ada org bagitau kena p seberang sana lepas tu cari bas 99A.. kami pun jalan laaaa
Kami akan merentasi jambatan ini berjalan kaki hahaha ayuh |
Nampak tak dok bz cari jalan hahahaha |
Perjalanan pun bermula |
Sampai dah ke hujung bridge hehe |
Habaq kt driver nak p Eyup.. dia angguk ish boleh tahan jugak jauhnya dari Eminonu nak p Eyup. Dh dekat nak sampai ada sorang mamat Turki dok explained kat mana Eyup tu hehe tpi dok buat pandai jugak… dh turun kt stesen yg betoi tak jugak ikut jalan kebenaran haha nk jugak kesesatan ambik hang.. Gagah p jalan straight lagi ikut signboard kunun ( 😂😂😂) tak sudah tanya orang la lagi hihihi
Rupa-rupanya teleferik yg kami cari2
tu dok ada belakang masjid Eyup tu adoi laaaa punya nak jadi cerita kan hahaha…
nak bebai semua ada… Akhirnya sampai jugak kami ke Teleferik yg di cari2..
Syok Adik Mat dok lari-lari x sabaq nak naik Teleferik
Hah jumpa jugak akhirnyaaa |
Finally… sampai jugak di Pierre Lotti
Hills ni Syukur Alhamdulillah. Sedikit tentang Pierre Lotti Hills ni.. Nama
Pierre Lotti Hills ini diambil dari nama seorang novelis Prancis iaitu Pierre
Loti.
Beliau pernah tinggal lama di Istanbul dan jatuh cinta dengan kota ini. Beliau
sering ke sini untuk menulis novel beliau. Mungkin beliau mendapat ketenangan
ketika berada dia atas bukit ini. Di sini juga kita dapat menikmati pemandangan
sempurna ke arah Golden Horn dari ketinggian 55 mdpl. Golden Horn atau Halic dalam
bahasa Turki adalah waterway dan sekaligus pelabuhan yang berbentuk tanduk yang
masih merupakan bahagian dari Laut Marmara. Untuk ke sini anda boleh
menggunakan Teleferik ( Cable car) atau mendaki ke atas bukit ( yang mana Mak
Iti tak mampu laaaa nak daki hahaa) . Jika menggunakan Istanbulkart bayarannya
sama seperti bas dan ferry. Tetapi jika anda tiada Istanbulkart anda perlu
membayar TL4 untuk menaiki cable car ini.
Di sini terdapat sebuah café yg mana
anda boleh menikmati secangkir kopi dan juga teh sambil menikmati pemandangan
indah dan tenang di sini.
Sumber dari Google Wikipedia ..ini lah wajah Pierre Loti |
Sepanjang mendaki bukit ini dgn cable
car, anda akan dpt melihat deretan kubur2 lama di lereng2 bukit di sini.
OKlah jom layan gambar2 Mak Iti di sini… tak byk gambar sbb kebetulan sebaik ja kami nk p lepak kt café tu hujan turun …cuaca tak payah cerita laaa mmg sejuk gedik.
Gambar-gambar kat Pierre Loti Hill
Spring Potatoes ni pun TL5 tau satu atas bukit ni tp mkn time sejuk2 mcm ni mmg walla laaa kan |
Jom la kita turun dari Pierre Loti Hill ni |
Kami decide untuk turun makan di
bawah saja…sbb mau tau laa harga makanan di atas bukit ni…mencekik darah
kekeke. Selesai sampai di bawah ni kami pun berjalan kaki mencari kedai makan…
Jom makan dulu
Selesai makan kami masuk ke Masjid
Eyup Al Ansari di mana makan sahabat Nabi junjungan kita di semadikan. Abu Eyup
Al Ansari salah seorang sahabat Nabi yg
memegang panji2 Islam sewaktu perang dahulu. (Kisah dia dh Mak Iti
ceritakan dlm blog masa trip Mak Iti dgn kawan2 dulu…klu nak baca rajin2 godek
naaa)
Dengarkan Azan dari Masjid Eyup ini
Dh sudah makan hujan pulak agak lebat
dgn angin kuat… fuh sejuk dia terasa sekali … Depa ajak singgah minum kopi
pulak….masuk la satu kedai dekat sini jugak..habuan nk berteduh dari hujan dan
kesejukkan
Di sini jugak pertama kali Mak Iti
try minum Sahlep. Ya Allah sedap gila lemak2 gitu rasa dia.. dah lama teringin
nk try sebab dok baca review org kan… Nah harini dapat jugak Mak Iti merasa
ayaq ni.
Sahlep @ Salep @ macam2 lagi ejaan
dia mengikut Bahasa mereka ada lah air dari campuran susu segar, serbuk
orkid,kayu manis dan lain2. Minuman khas ni biasanya boleh di dapati pada musim
sejuk. Alhamdulillah minuman panas ini sangat menyegarkan badan kita pada musim
dingin . Lepas try Sahlep di Eyup ni pantang jumpa Sahlep di mana2 Mak Iti dan
family akan berenti utk membelinya.
Sejuk sampai terlena ...kesiannn |
Kakak pun lena letih+sejuk hehehe |
Selesai la sudah acara rehat kami …
maka kami pun nk balik ke pangkal jalan (haha dah cekap kan)
Dengan
confidentnya kami p lintas jalan tunggu bas no 99A ..hehe nak p Eminonu balik
kan.. sesampainya di Eminonu kami menapak lagi utk naik Tram balik ke Beyazit.
Nah la layan gmbr2 sekitar sini.. jalan
basah sebab hujan kan.
Kami harus cepat balik ke bilik utk rehat sebab
keesokkan harinya kami semua akan terbang ke Cappadokia..Cik Ein sekeluarga p ronda2 kat lain... kami balik ke bilik utk mensucikan diri ..Eh Eh lepas tu keluar balik laa anak2 ajak p Grand Bazaar pulak ..depa kata nk survey .. jom kita p ronda2.. Ibu tak beli apa pun tp kakak dh tangkap satu Sweater Istanbul hehe... Selesai ronda2 kami cuma beli Kofte utk makan malam... ( untung bilik ada microwave boleh jugak panas2 kan roti) Jom layan gambar lagi last untuk harini.
The end kisah kami untuk hari ini... Nak balik ke bilik utk kemas2 beg sebab esok pukul 5 pagi dah nk kena check out.. nak p airport pulak utk Domestic Flight ke Cappadokia... yahoooooooo Manisnya Cinta Di Cappadokia.
See you on next entry!!!
Ada org sejuk hehehehe |
The end kisah kami untuk hari ini... Nak balik ke bilik utk kemas2 beg sebab esok pukul 5 pagi dah nk kena check out.. nak p airport pulak utk Domestic Flight ke Cappadokia...
See you on next entry!!!
No comments:
Post a Comment