PART 4 : TURKI TRIP
WITH FAMILIA
~MEMORY LANE IN CAPPADOKIA
PART 1 ~
23 JANUARY 2018
"Merhaba, günaydın! "
Alhamdulillah pagi ini kami semua
akan terbang ke bumi Cappadokia melalui Turkish Airlines. Flight kami akan
berlepas jam 0735am waktu Istanbul dan di jangka sampai pada 0905am di lapangan
terbang Nevsehir.
Seawal 5 pagi kami dah siap2 utk
check out. Beyazit Han Suites owner
Mr Azamat dah sedia menunggu kami dan akan
menghantar kami ke shuttle van yg telah kami booking awal dari Malaysia lagi. (
Deal utk airport transfer kami buat siap2 sebelum sampai Istanbul)
Jom check out..abaikan bilik tu... hahaha jam 5 pagi kot |
Video kami check out 23 Jan 2018
Kami tiba di bahagian penerbangan
Domestik dan bersiap sedia utk check in. Alhamdulillah semua berjalan lancar
pagi ini..pemeriksaan security, passport semua nya tak ada masalah. Ok meh kita
tgk gmbr2 sementara dok tunggu flight ya.. Pagi ni kami hanya sempat makan
buah2an kering yg Adik Mat beli di grand bazaar semalam. Sedap ya amat apricot dan
kiwi dia 😊
Menunggu flight kami |
Masa yg di tunggu dah tiba..Bismillah
marilah kita memulakan langkah perjalanan menuju ke Cappadokia…
Seawal
penerbangan kami di hidangkan dgn sandwiches cheese putih dan tomato. Hehe..bau
crossaint tu memang la wangi tambah panas2 pulak..tp agak muak laa sbb cheese
putih kan hehe tapi Mak Iti balun saja..anak2 ja muka sedikit kelat hahahaha…
Tak lama selepas itu kami pun sampai
la ke destinasi impian…
Alhamdulillah smooth landing, pandai pilot tu bawak
flight. Ya Allah melihat airport ini mengingatkan Mak Iti kepada airport di
Sarajevo Bosnia… comel kecik ja.. dan kami adalah satu-satunya flight yg berada
di airport tu…
Jom nak turun dah
Tak pa lagi… sebaik saja kami masuk dalam airport rupanya
luggage kami semua depan tu saja hahaha x payah pusing jauh2. Ish tak tau nk
habaq macamna comelnya airport sini.
Ok jom p ambik kereta sewa lekaih..
keluar beberapa langkah dah Nampak dh nama Pak Khalil. Jom la kita kita p
tengok keta sewa kami… Waktu ni cuaca yg amat sejuk berangin… dan di gunung
ganang keliling kami dh jelas penampakkan salji di situ. (Excited habaq hang)
hahahaha,
As usual, sila check kereta sewa anda sebelum anda sign apa2 dokumen dengan rental car ya.. kali ini Mak Iti ambik video terus pusing keliling kereta sebab nak pastikan pihak rental car tak claim yg bukan2 lepas kereta sewa di pulangkan.
Kereta sewa kali ini dari Circular
Car Rental/ Car Flexi.com yang
beroperasi di Avanos, Nevsehir, Turkey. Kami membuat pick di Airport dan Drop
off di hotel. Seterusnya untuk ke airport nanti kami akan mengambil airport
transfer dari hotel. Senang cerita. Ok
kita bagi Pak Khalil drive belah kiri buat pertama kalinya dan di atas ais
pulak tu hahaha
Pak Khalil 1st time drive belah kiri OTW nak p hotel.
Kami mula2 tak reti guna GPS yg depa
bagi tu sebab dia ikut Bahasa depa kan.. so bila kita type normal ejaan English
depa x boleh read. Mujur untuk balik ke hotel kami dh suruh “Mr Car rental” tu
set utk kami siap2..kalau dak jenuh … Hah nk jadi cerita..kereta kami fuel
policy ialah Zero to Zero makanya kami kena p isi minyak dulu laa… “Mr Car
rental” ada bgtau petrol station tak jauh dari airport..so boleh isi minyak di
situ. So kami 1 keta, Cik Ein 1 Keta… Mak Iti dh bgtau depa yg kami kena isi
minyak tp alkisahnya maybe depa lupa kot.. depa ikut GPS depa p kot lain kami
kona isi minyak. Selesai isi minyak kami meneruskan perjalanan semua tengah
excited laa tengok pemandangan kiri kanan. Kakak Qis kata.. Pemandangan mcm ni
la yg kakak nak tgk ..Hermm…. tup tup rupanya Cik Ein tunggu kami selepas depa
sedar kami tak ikut depa tadi .. tapi depa tunggu kt simpang yg mana kami dh p
jalan terus… Mak Iti kata kt Pak Khalil kita terus kan saja lah tawakal sbb nak
patah balik pun dh terlepas jalan.. Mak Iti SMS kt Cik Ein kata jumpa di Hotel
saja laa..
Moh layan view sepanjang pemanduan kami ke hotel.
Ini yg Mak Iti plan utk 23 Jan 2018
(Meh tengok sempat tak Mak Iti p semua) :
23 Jan 2018
1) Gerome Open Air Museum - 2km from
hotel (drive 7 mins, walking 27 mins) àTak
pi pun lalu saja petang tu.😥
2) Uchisar Castle - 5.4km from hotel
(drive 12 mins) àChecked 😊
3) Pasabaglari /Pasabag (Monks
Valley) to admire mushroom-like obelisks - 6.4km from hotel à
Checked 😀
4) Devrent Valley to see a geologic
array of volcanic formations. Hear about how wind and air eroded these unique
fairy chimneys over millennia. - 11.8 km from hotel àChecked 😁
5) O Agacin Alti Panorama àChecked 😍
**** Itu planning Mak Iti tapi Mak
Iti pi ronda tak ikut susun atur di atas ya… sebab tempat 1st yg Mak
Iti singgah ialah Uchisar (tempat mula2 anak2 Mak Iti main Salji tu) Cuma kami
x pergi ke Castle sbb nak check in Hotel.
Mai kita tengok tempat mana yg Mak
Iti pi :
1) Uchisar
Sampai di Uchisar dah kelihatan salji
kepok2 tepi jalan … Pak Khalil tanya nak berenti ka? Haih tunggu lagi berenti
laaa… Lepas tu Mak Iti berdoa “Ya Allah, bagi la salji turun supaya anak2 ku
dapat menikmati saljimu, depa tak pernah tengok salji” selesai doa tu kami
turun kereta… Dan Doa org musafir kan… Alhamdulillah Allah makbulkan Mak Iti
rasa macam nak menangis time tu.. terharu sbb Allah tunaikan on the spot. Dan
di situ jugak Mak Iti bagitau anak2 Mak Iti Nampak tak kesan doa seorang ibu
buat anak2nya? Depa dua diam dan mengangguk saja.
Tak ada benda lain yg kami buat di
sini selain bermain salji..mula2 depa mcm malu2 dengan salji ni hahaha tapi
lama2 fuh depa berlari2 excited. Nah layan ja gmbr depa kt sini…
Gumpalan Salji pertama yg depa nk sentuh |
Syok tak terkata laaa time ni |
Adik pun sama ... sejuk kata dia |
Kami kt sini dlm setengah jam jugak
la habuan jakun x penah tgk salji hehe.. Laaaaa dalam dok tengah2 drive nampak pulak lagi panoramic view...berenti lagi (hehe maklumla mai dgn keta kan) So kami pun stop utk bergambar sat dan masuk balik dalam keta sebab sejukkkkk
Hartaku |
Lepas tu dah jom kita balik p hotel nak check in.. Sampai ja kt hotel Mak Iti perasan yg rupanya hotel kami booked ni sebelah ja dgn Panorama Cave Hotel yg Mak Iti duduk dulu tahun 2015 hehe..sungguh tak sangka. Masa kami sampai ni takdak salji turun lagi Cuma bekas2 salji yg turun awal ja ada dekat tanah sikit2.. Kami lepak lobby dulu sebab x boleh check in lagi. Cik Ein and family x mai2 pun lagi… depa p makan rupanya …. Ok xapa.. kami pun dh dpt masuk ke bilik.
Gambar/Video check in bilik
Masa kami sampai ni salji tak turun lebat lagi..so masih boleh tengok batu2 nak masuk ke hotel. |
Ni la bilik kami di Kayatas hotel, 1 Queen bed, 2 single bed. |
Lepas habis semua p toilet dan selesai
apa yg patut kami pun keluar balik… nak cari makan sbb lapaq… Eh tiba2 kami p
restoren yg sama dgn Cik Ein and family… depa pun nk kluaq kami pulak masuk
situ makan. Makanan kt restoren ni sedap roti,nasi,lauk dan paling special dapat
jugak Mak Iti try Poetry Kebab ( lauk yg di masak dalam bekas pasu)
Alhamdulillah legaaaa tercapai cita2 sebab Mak Iti dok plan nk p Avanos kalau
mengikut pembacaan Mak Iti Avanos adalah Origin tempat Poetry Kebab ni… tapi
rezeki di sini saja tak apa lah maybe next time in shaa Allah.
Mai la tgk gmbr2 kami kt restoren ni :
Nah ambik kau... semua ni total charged dia TL80-90 kot tak berapa ingat laaa (nnt ingat edit balik) |
Ni la Poetry Kebab tu...lauk yg di masak dlm pasu ni sedappp |
Selesai makan kami pun bergerak ke
next Destination iaitu :
2) Pasabaglari /Pasabag (Monks Valley)
Kami ke Pasabaglari /Pasabag (Monks Valley) pulak.
Masa ni dah sejuk amat Cuma tak dak salji di kawasan sini. Pak Khalil syok sgt
tengok alam semulajadi di sini… Kak Qis pun sama. Semua Happy saja di sini,
depa alami pengalaman baru di sini Mak Iti ada jugak ceritakan pada depa sikit
tentang kawasan sini.
Layan gambar ja lah.... Masuk sini FREE ya...
Pasabag di Cappadocia terletak di
jalan menuju Zelve, Pasabag Valley mengandungi beberapa Fairy Chimney yang
paling menarik di Cappadocia dengan kembar berkembar dan tiga kali ganda. Bentuk2
nya adalah unik dan Fairy Chimney ini berbentuk cendawan.
OTW ke Pasabag ..berenti sat ambik gambaq |
Sampai dah...masa ni Adik Mat buat perangai sebab tak tahan sejuk hahaha |
Naik Unta pulak awang ni... layan ja laaaa |
Tengah memujuk ibu nak naik unta |
Akhirnya dapat jugak naik hahaha |
Udah ler ...moh ke tempat lain |
Bos dah panggil tu ...JOM |
Seterusnya kami ke sini… menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan… semua ini ada kesan2 dari letusan gunung berapi satu masa dahulu. Juga tak lama sini sbb anak2 tak tahan sejuk dah. Tambah pulak kami terpaksa bersaing dgn bas2 yg membawa pelancong dari China ( fuh heran jugak Mak Iti sebab dulu mai tak pernah tengok depa ni mai Turki) .. Jenuh tunggu depa semua p baru kami boleh bergambar dgn amannya di sini.. Haaaa di sini jugak sempat anak2 Mak Iti shopping Tshirt Kapadokya sorang selai ( guna duit depa naaa)
Devrent Valley, yang juga dikenali
sebagai Imaginary Valley dan juga Lembah Pink tidak mempunyai gua-gua seperti lembah-lembah lain di Cappadocia. Tiada istana Romawi atau makam Roman
di Devrent Valley.
Sebenarnya ia tidak pernah didiami. Jadi apa yang
menjadikannya begitu terkenal? Landskap lunar!
Devrent Valley (kadang2 di eja sebagai Lembah Dervent) mendedahkan banyak formasi batu yang berbeza dan hanya
10 minit pemanduan dari Goreme. Fairy Chimney kecil di lembah membentuk
landskap lunar, atau moonscape, dengan view yg aneh. Lembah ini juga
mempunyai banyak batu berbentuk haiwan. Ia kelihatan seperti kebun binatang
yang dibuat oleh alam semula jadi. Antara yang paling penting, atau bentuk
haiwan paling mudah dilihat ialah unta ( Yg ni jelas nampak dari jauh) ular, anjing laut, dan lumba-lumba ( yg ni tak nampak sgt.. maybe mata Mak Iti tak berapa nak Imagine kot hahaha) .
Sekiranya anda membiarkan imaginasi anda berjalan bebas, anda akan dapati
banyak lagi seperti melihat awan dan melihat seekor naga ( hat ni pun Mat Iti tak nampak hahahaha )
Gambar lagi…
4) O Agacin Alti PanoramaEkoq naga tak nampak tp cer tgk tangan Adik Mat... haaa hat tu naga 😂😂😂😂 |
Kabus tebal dah |
Jalan yg lengang...sunyi tp awas kereta depa laju2 |
Unta tu nampak laaaa hahahaha |
Kucing jalanan yg gebu..Adik Mat request nak bawak balik kucing Turki ..pengsan Mak |
Sebenarnya kami nak ke Ortahisar
castle, sebab bila tengok map dah
dekat kan .. tapi bukan rezeki agaknya, depa
tutup jalan sbb nak repair jalan. Kami ikut la route suggestion by Google map
kan tp rasa mcm dah merepek bawak kami p tang mana tak tau.. last2 lalu jugak
di Gerome Open Air Museum…kami dah parking dah keta ingt nak masuk.. sekali
tengok jam alaaaaaaaaaaa hanya ada lagi sejam ja masa tu untuk last entrance
..Pak Khalil kata macam rugi ja masuk
sbb nk bayar bukan murah.. so kami pun decide utk ke tempat lain pulak…
Kami meneruskan perjalanan nak balik
ke Hotel dan tiba2 Mak Iti ternampak signboard “O Agacin Alti Panorama”
oh Yes..berenti please Pak Khalil.. hahaha masa berenti ni Adik Mat dah lena
daaaaa so Mak Iti dan Kak Qis saja yg turun.. Kak Qis nk p toilet dulu. Yang
bestnya toilet tak dak penjaga tapi depa dh letak tabung dan bagitau harga.. so
anda jujur anda bayar laa… Di sini Mak Iti mengajar Kak Qis.. bayar laa
walaupun tak ada penjaga sebab yg Maha Melihat Nampak apa yg kita lakukan.
Selesai buang hajat..Mak Iti ajak la Kak Qis posing2 kat sini.. igt tak dak apa
sekali tu bila ke dalam sikit SubhanaAllah cantiknya panorama view dekat sini… Click ! Click ! la kamera hp Mak Iti.. dah
balik p kat kereta Mak Iti bgtau Pak Khalil pulak … Cantik bang… jom p ambik
gambaq sat.. Mak Iti pesan kt Kak Qis suruh lock kereta sebab Adik Mat masih
dok lena lagi hahaha ( Ya la dia lena ikut time Malaysia ) Okay Mak Iti pun Click!
Click! Laa dgn Pak Khalil sat jaaa lps tu kami terus p kt keta.. best tak da
org time ni hahaha
Ini la budak lena itu hahahaha sian dia tidoq ikut time malaysia 😀 |
Actually di Gerome/Kapadokya ni
banyak sangat Panoramic view yg depa sediakan… kalau anda mai ke sini asal Nampak
signboard Panoramic view berenti ja lah ..
Kami pun meneruskan perjalanan balik
ke hotel.. masa ni jam depa baru kui 5petang tapi bateri anak-anak Mak Iti dah
flat 0% dah hahaha.. so depa sampai bilik ja dok tak dan sat lena … Ish risau
pulak Mak Iti sebab depa lena x makan apa pun utk malam ni.. So dalam pukul 6
mcm tu Mak Iti decide nak keluar p beli roti utk kami anak beranak.. Kami kejut
Kak Qis bangun utk bukak pintu bila kami balik nnt. Kami ke kedai berdekatan
utk beli roti /nasi dan lauk sikit (sama ja harga wpun kedai tu rupa dia mcm
kedai biasa) hahaha. Mak Iti ambik pengajaran ni .
Video drive malam ( kui 6 ptg)
Alat pemanas dlm kedai makan ni legaaaaa |
6.27pm tp dah gelap wei |
Selesai makan malam kami semua pun
ZZZzzzzzZZZZ Good nite… esok pagi nak bangun awal nak p IHLARA VALLEY.
No comments:
Post a Comment