19 Dec
2016 ~ Rome~Athens~Istanbul
Seawal
6 pagi kami dah check out, terima kasih Hotel Piram Staff, hospitality depa
sangat bagus. Oleh kerana kami check out awal pagi… mereka bekalkan kami sarapan
yg telah dah di packed sorang satu… terharu rasa. Kami pun melangkah ke Roma
Termini utk mencari platform.. dah jumpa train terus naik dan menunggu masa utk
ke airport, train tu akan terus membawa kami ke airport so tak payah transit
mana2 dah.
Roma Aeroporto |
Setibanya
kami di airport kami mencari kaunter Aegean Airlines utk tujuan nk add luggage
sbb tiket kami tidak termasuk luggage. Maybe di sebabkan awal lagi dan kaunter
check in pun tak bukak lagi. Kami pun tunggu sampai ternampak staff kat Aegean
punya kaunter. Nasib tak berapa baik… bila staff tu melayan kami dengan kasar..
dia x mau pun tgk muka kami.. dan suruh kami mai sat lagi …Ish2 geram betoi..tp
sbb dok ingat kita di tempat org maka sabaq sabaq sabaq… then Mak Iti tunggu
sampai mamat tu blah… Mak Iti p tanya kt kawan dia yg dah free dari customer…
haih elok la pulak kawan dia ni layan Mak Iti..siap explain lagi … macamna nk
buat ..utk add in luggage. Legaaaaaaa selesai satu masalah. Di sebabkan awai
lagi so kami pun p lepak kt café dan last kopek beli cappuccino Italy sebelum
balik hehehe
Dah
habis minum kami pun beratoq la kt kaunter check in… masa ni ramai pulak
tourist dari China … haha macam biasa depa ni bising sangat dan tak beratur
mengikut peraturan, sampaikan staff airport terpaksa berdiri atas kotak dan
suruh depa “LINE UP HERE” hahaha masih terngiang2 di telinga Mak Iti. Kikiki
Atas
flight Aegean kami di hidangkan kan sekali lagi dgn halal food as per requested
(rasanya gambar makanan Mak Iti dah post dlm post terdahulu) So in shaa Allah tak
ada alasan susah nk travel, atau naik flight atas sbb susah nk dptkan makanan
halal. Mak Iti selalu berpegang pada kata2 ni “Bumi Allah ini luas… in shaaAllah
Islam di mana-mana” jadi jangan la
bimbang… pasangla niat yg baik sebelum kita travel ke mana2. In shaa Allah
selamat dan di lindungi.
Dari
Rome ke Athens semuanya berjalan lancar , kami transit di Athens selama 5 jam
fuh penat jugak la dok nganga situ. Tp sempat jugak Mak Iti shopping dlm
airport haha bukan beli apa pun… beli fridge magnet Greece :-p . Semasa di
Athens ada jugak pandangan2 sinis yg Mak Iti terima but dari warga tua…. Nenek tu
pandang Mak Iti macam la Mak Iti ni pengganas, walhal Mak Iti dah senyum kt
dia.. takpalah husnuzon…. Maafkan ja lah. Flight kami pun dah sampai masa utk
berlepas….so dengan semangatnya kami naik flight..maklumlah dh cemuih dok kt
airport… tak sabar nak sampai Istanbul ni…
Athena Airport |
Ok
kisah sadis kami bermula lepas kami mendarat di Istanbul ☹
Setelah
beberapa lama menunggu bagasi sampai… beg En Suami tak kunjung tiba jua…hati
Mak Iti mula rasa tak sedap…time tu dh pukul 9 malam…lepastu bila check2 depa
kata beg semua dah sampai …sah beg en suami x terbang balik sekali tadi
huhuhuhu… Mujur la Mak Iti ada pengalaman nak handle luggage hilang ( refer
balik trip Balkan Mak Iti time beg bos Azwar tak sampai di Istanbul dulu)
So Mak
Iti pun p la kaunter missing luggage kt airport tu…buat report semua ( dah la
ada masalah Bahasa dengan depa…sbb depa punya English pun tak berapa ok sangat
) dah buat report semua… balik la kami dgn hati yang lara… sbbnya dalam beg tu
ada semua barang2 en suami, segala charger,adapter, cable, souviner, baju dan
tuala anak2 yg kami beli di Verona… fuhhhhhhhhhhh memang down gila rasa time tu
Kami
pun dengan berat hati ambil taxi utk ke hotel dan check in di Beyazit Han
Suites (Apartment favourite kami) So sesampainya Mak Iti utk check in.. owner
hotel dh tawarkan diri utk call company celebi kt airport tu utk follow up… dia
suruh tinggalkan form tu dekat dia utk dia follow up.
Mak Iti
& En Suami berada di Istanbul dari 19 Dec – 21 Dec. Malangnya tiada khabar
berita tentang beg kami huhuhuhuhuhu…Tujuan
asal Mak Iti nk tunjuk keindahan bumi Al Fateh kat En Suami tapi dh jadi mcm ni…dia
hilang mood terus…huhuhu..mujur la ni bukan kali pertama Mak Iti p Istanbul.klu
dak mau meroyan jugak laaa hahaha…
20 Dec
2016
Pagi tu
En Suami kata jom la jalan2 saja… so Mak Iti pun bawak la dia jln tunjuk kawasan
sekitar Sultanahmed .. kami tak masuk apa muzium pun… just jalan2 santai… Bos
masih moody takkan nk ajak p meronda kot hehe so kami ronda2 kawasan sekitar, p
Grand Bazaar… Lalu Topkapi, P Masjid Biru tapi tak masuk pun…next time katanya.
Lunch kami di restaurant yg Mak Iti p haritu dgn geng Mak Iti..hehe dh sedapkan
ulang p la apa lagi … En Suami pun kata sedap makan kt situ…. Kami x pergi byk
tempat… malamnya kami keluar minum kopi dan makan “balik emek” @ kebab ikan.
Sejuk gila… tp masih belum salji. Belum ada rezeki bertemu snow white hehehe
Muka org sedih dan susah hati😔 |
Nasi jugak yg di cari hehe |
Nasi En Suami |
Comeinya cawan ni |
Dah kosong pun hehe |
21 Dec
2016
Kami
ambik airport transfer dgn pihak Beyazit Hansuites, so kami di hantar ke
airport seperti yg di janjikan. Sedih sampai nk balik pun x dak khabar berita
tentang beg.
Sejuk pagi seakan cuba menyejukkan hati kami yg lara ..😘 |
Sesampainya di airport Mak Iti mencuba nasib sekali lagi utk ke
kaunter missing luggage tu..punya la susah nk masuk tp Mak Iti try jugak buat
muka sedih dan kesian tapi hampa… bila p check “ Sorry we don’t have any
information about your beg, we will send your beg direct to Malaysia once we
found it” hancur luluh hati Mak Iti dengar mcm tu…
Dengan
berat hatinya kami pun meninggalkan bumi Istanbul dgn hati yg pilu mengenangkan
beg yg hilang entah kemana…
Selamat Tinggal Istanbul...In shaa Allah we will be back tak lama lagi dah tungguuuuuuuuuu |
Nota :
Setiap yg terjadi ada hikmahnya… Dgn kejadian ini..Mak Iti dapat pengalaman
baru utk handle missing luggage di negara org. In Shaa Allah boleh kita ambil
ikhtibar daripada setiap yg berlaku…
Nak share video yg membuatkan hati En Suami Mak Iti tersenyum 😘😘😘
Sekian
trip Italy Mak Iti & En Suami…
p/s: Mak Iti akan buat entry dan detail pasal hilang luggage tu naaa
Time flies but
memories will remain in our heart. Love ~ Mak Iti 😍😘😗
No comments:
Post a Comment