Florence / PISA 16 Dec 2016
Dah lama Mak Iti tinggalkan blog ni sejak last update pasal
Venice, trip Mak Iti pun dah nk sampai setahun ni hahaha mood menulis dah lama
hilang ke laut… Jenuh dok panggil balik mai.. dia tak mau balik jugak…
Harini Mak Iti gagahkan diri jugak sebab baru2 ni Mak Iti
menerima kunjungan dan beberapa pertanyaan tentang trip Balkan Mak Iti dalam blog
ni.. So Mak Iti fikir2 baiklah Mak Iti terus menghabiskan coretan trip Italy
Mak Iti yg lalu…
16 Dec 2016 –
Florence – Pisa Centrale – Florence
Alhamdulillah dah cekap Mak Iti dan encik suami dok naik
Trenitalia ni hahaha , So kami pun macam biasa.. naik train jenis Frecciargento utk ke Firenze Santa Maria Novella (FSMN) – Nama Train
Station tu
Tiket mcm biasa , kami beli sewaktu smpi di Venice haritu.
Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih utk ke Florence. Setibanya kami di
Florence kami teruskan berjalan utk check in di Hotel. Alhamdulillah Hotel Aurora terletak betul2 di belakang train
station ni. Terima kasih booking.com.
Aurora Hotel... convenience hotel for me & my husband. |
Mak Iti book hotel semua berdasarkan jarak kedudukan hotel
dan train station, kebanyakkan hotel yg Mak Iti pilih kali ni semuanya dekat
dgn train station.
Setibanya di reception kaunter Hotel Aurora , kami berurusan utk check in dan terus naik ke bilik.
Memandangkan masa kami sangat terhad, maka kami cepat keluar balik utk explore
Florence.
Tapiiiiiiiiiii dek terkenangkan permintaan anak Mak Iti yg
sulung tu… kami x jadi nk explore Florence.
Anak Mak Iti tu pesan kalau p Italy … p lah Menara Condong
tu ambik gambaq… dia nak tengok …haih la anak… lps Mak Iti dan en suami
berbincang, kami pun cepat2 p dekat train station tu… kami beli open ticket utk
ke PISA Centrale… Hehehe ni 1st time kami try beli open ticket dari
kaunter.
Haaaaaaaaaa sila pastikan anda validate dulu ya Open ticket
ni sebelum naik train ya… kami pun p cari pegawai yg bertugas dekat2 train ni
tanya sbb platform dia mcm pusing2 haha (sebenarnya
tak tau dok buat alasan pusing2 hahaha)
Inilah regional train depa... |
Alhamdulillah dah jumpa train, terus naik … masih lagi
perkhidmatan under Trenitalia Cuma train ni lebih kepada keretapi biasa…
harganya jauh lebih murah.. perjalanan memakan masa dlm 45 min utk smpi ke Pisa.
Anak punya pasai… kami p la jugak
Sesampainya kami di Pisa, perut dh bunyi…gila lapaq kot haha
dr Venice tadi just mkn croissant depa tu laaa… keluaq dari train station, kami
Nampak ada kedai Turki..so singgah la mkn di situ. Nasi dia mak aii punya
banyak. Lepas mkn ja kami pun bertanya kat tokey kedai tu mcm mana nak p Pisa..
dia explain tp x berapa faham… haha pastu mai satu student negro ni dia la
tolong bg direction kt kami. Dia kata naik bas LAM Rossa bayar 2 Euro sorang pastu
bas tu akan berenti betoi2 dekat PISA. Dia kata kalau nak jalan padaaaaaaa
jugak laaa ( hahaha pandai negro tu noo cakap utara) TQ adik… kami pun naik la
bas tu … syok jugak la rasa mcm local kan … dan sampai la kami di Menara PISA.
Posing la kami berdua kat situ … mmg x ada apa pun nak masuk
dlm kena beratoq panjang..so kami just pusing2 area situ …ada jugak terserempak
dgn org kita ni… mak aiiii sombong pulak depa… buat2 tak pandang..adoi laa
macam2 ragam org kita ni bila kt luaq negara… P/s – tak payah la nk sombong2…
jgn rasa diri tu di atas sgt…. Org lain pun boleh p jugak aih..walaupun tak
kaya macam hg ☹. En suami Mak Iti bengang la dgn mamat yg dia try nk
senyum tp mamat tu buat bodo ja.. hahaha Mak Iti bgtau dia benda tu perkara
biasa laaa.. Org kita (bukan semua laa) bila kt luaq berlagak sikit.. Mak Iti
pun cerita la experience Mak Iti kena masa kt Grand Bazaar Istanbul dulu…
makcik tua tu Nampak kami buat muka pulak…. Dalam hati Mak Iti kata …mcm la
kami nak minta duit kt dia hahaha
Meh layan pose2 Mak Iti di Pisa hahaha... #jangankecamnaa 😁😁😁
Meh layan pose2 Mak Iti di Pisa hahaha... #jangankecamnaa 😁😁😁
Love u Mr Photographer 😘 |
Zoom in puncak menara Pisa |
Oooi dah melalut ni, haaaaaa Mak Iti nk cerita pasal Bangla2
yg kat Italy ni… punya la ramai Bangla kt sini depa bukak kedai juai souvenir,
pastu ada sorang ni dia Nampak ja Mak Iti dia tanya dari Malaysia ka? Bila
kata ya saja.. terus dia kata “ Yaaaaaa Orang Kampung" sentap mak hahahaha.
Rupa2nya dia pernah keja di Malaysia 8 thn , sekarang dia keja di Italy ada
business sendiri lagi siap dpt PR Italy lagi..Fuhhhhhh . Rajin sungguh org2
Bangla ni..mmg depa cari rezeki sungguh2. So Mak Iti pun shopping la souvenir kat
kedai dia…dpt la beberapa free gift hehe itu lah jgn sombong dgn org… klu x
sombong murah rezeki kan 😜😊 . Sebelum kami berlalu sempat jugak dia pesan kt
kami supaya hati2 dgn perempuan Gipsy… depa ni biasanya seksi2 akan mai cakap
dgn kita… lps tu akan ada kwn depa yg lain mai seluk saku.. x pun depa menipu…
tu la keja depa.. Bangla tu pesan lagi.. jgn layan ja…jaga beg, jaga passport.
Baguih sungguh terharu rasa Mak Iti. Dia pun bgtau la nk tunggu bas kena lintas
jalan kt sana.
Sooo adventure kami bermula di sini hahaha… setibanya kami
di Pisa Centrale Station..dan lagi dok posing2 kt station bas… buat kenang
kenangan… ( kalau kt penang ni ya ampun… x laa Mak Iti nk posing kt stesen bas
oooi) lps tu baru gehgeh nk p cari tiket balik p Florence. Kami beli open tiket
lagi, lps tu kami tanya pegawai tu.. train ada pukul brp, dia kata 4.30… “ you
have 10 minutes to go” alamak… dia kata kalau terlepas yg ini hg tunggu la lagi
pulak… dh la platform kat belah sana… zassssssss kami berdua berlari2 tak cukup
kaki nk kejaq masa… sila maklum ya 10 minutes depa x sama dgn 10 minutes kita
sbb org depa mmg jalan lajuuuu ya amat. Kekekeke bila terkenang balik memang
lawak gila laaa… muka cuak kami dua2 ekoq lari2 dlm train station tu dok cari platform…
hahaha tp Alhamdulillah sampai jugak kami dan sempat jugak kami naik train
4.30ptg tu fuhhhhhhhhhhhhhhh. Ni la beza beli Open ticket dan ticket yg telah
di booking. Lagi satu sila sila sila Validate tiket anda sebelum naik train ya…
sbb di tengah jalan nanti , ada conductor tiket tu mai check tiket hangpa
naaaaaa…
Mak Iti dan En Suami dh ambik seat semua dan masa conductor
tu mai check tiket kami …semua OK Alhamdulillah… tp bila ada 1 group Mat Saleh
ni… (Nampak no manners depa ni sbb dr tadi dok bising dan mcm berlagak ) dok
buat kejora bila conductor ni minta tgk tiket, depa bg tiket yg tak di validate.
Apa lagi depa kena la ceramah kt situ… dan depa kena bayar denda ya la la tu
jugak. Utk pengetahuan, di sana depa x kira na kita ni tourist ka apa ka… rules
is rules… don’t you ever try to make fools with it
Chewaaaaaaaah hahahaha!!!
Kami pun selamat sampai balik di Florence… niat di hati nak
naik ja bas HoHo tu ronda Florence sbb dh x dan nk explore, tp di sebabkan
musim Winter dan bas last pun pkl 6pm mana nak dan dah oooi…. Putih mata laa
Mak Iti nk ronda bandar Renaissance ni… As usual kami cari train utk beli tiket esk ke
ROME. Destinasi terakhir kami di Italy kali ini ialah ROME. Mengada2 nk try
train lain selain Trenitalia haha ..kami beli tiket dari syarikat ITALO (high
speed train warna Merah Ferrarri tu) haaaaa ambik kau total Euro 108. Encik
suami klip pok klip pok jaaa huhuhuhu maaf ye bang…
Kami pun balik ke bilik dan bersih kan diri setelah seharian
di luaq… Malam tu Kononnya nk mkn di satu restaurant yg Mak Iti tgk ada geng travelers
cadangkan… tp tutup pulak… Winter kot tutup awai… aku kuciwa daaaaaa… kami pun
pusing2 last sekali balik ke bilik …..beli ayaq kopi kat mesin di lobby tu
..lepak2 lobby, beli roti dekat pasar raya depa …blk bilik tidoqqqqqqq
Esk pagi2 tu kami p breakfast dulu kt hotel..mcm biasa kami
akan order Cappuccino… ya rasa asli Cappuccino Italy mmg sedapppp..padahal Mak
Iti bukan lah penggemar Kopi… tp di sini boleh pulak asyik2 order ayaq tu saja
hahaha.
Usai breakfast kami pun balik ke bilik… buat video call dgn
anak2 …then siap2 utk check out.
Ada org tu sibuk ...nak tgk org tgh bersiap hahaha |
simple breakfast |
Our Breakfast |
Florence Morning View from our room |
Beg kami ...yg ini jer |
Firenze Train Station |
Depan pintu Hotel Aurora, Florence |
Inilah Train Italo tu hehehe |
Train kami ke Rome akan mengambil masa dlm 2 jam lebih…
melepak di train station sementara menunggu masa berlepas dgn High Speed Train
tu hahaha
Masa yg di tunggu telah pun tiba… mmg x puas di Florence..
sbb tak sempat explore langsung. In Shaa Allah kalau ada umur yg panjang dan rezeki yg lebih nak la jugak singgah balik ke sini…
Bye Florence~~~ Kami nak p ROMA pulak
CHIAO
p/s : gambaq dlm external hard disk lagi .. nnt Mak Iti Free
Mak Iti boh naa
Coretan Florence Pisa ni pendek ja sbb masa tu terhad x lama di sana...
Jom p bercinta di Rome pulak 👫💖
No comments:
Post a Comment