Wednesday, October 4, 2017

Beg Hilang? Tak Sampai? Macam mana nak buat???

Assalamualaikum….
Di sini Mak Iti nak share pengalaman Mak Iti dan En Suami kehilangan beg semasa penerbangan dari Rome->Athens->Istanbul.
Pesan Mak Iti..jangan sesekali Panik ya … memang tak di nafikan perasaan sedih+risau+frust+takut semua ada bila beg kita hilang kan/ tak sampai .
So di sini Mak Iti sertakan cara2 nak handle situasi ini :
1-     Pergi ke “Lost luggage offices” dan beritahu detail2 kita kepada pegawai yg bertugas
·       Bording pass ( yg paling penting) depa akan mintak nk tgk sbb nak tau flight detail kita
·       Beritahu warna beg,
·       Jenis beg ( backpack or any other types)

2-     Bertenang ( jangan marah kepada pegawai yg bertugas)
·       Dari pemerhatian Mak Iti mmg ada saja passenger yg akan marah pegawai yg bertugas.

3-     Ambil gambar beg siap2 sebelum boarding
·       In case dorang minta gambaran beg kita, at least kita dah ada gambar beg so in shaa Allah akan memudahkan kita juga

4-     Travel insurance (coverage utk lost luggage)
·       In case beg anda betul2 hilang selepas 30 hari, maka anda boleh la claim dgn insurance company yg anda ambil.

5-     Rajin-rajin lah follow up dan jika tak nak melibatkan international cost , rajin-rajinlah check online status beg anda.
Di sini Mak Iti sertakan contoh2 form dan semakan online yg Mak Iti buat.
Alhamdulillah beg Mak Iti selamat tiba di Malaysia selepas 15 hari hilang dari radar hehehe, tapi dorang hantar balik sampai KLIA ja mujur adik Mak Iti ada di sana so boleh la minta tolong dia pergi ambik di Airport.

Di sini Mak Iti nak share form dan web yang Mak Iti guna dulu : 
Resit yg di keluarkan oleh pihak Lost & Found Airport


Sentiasa check online menggunakan File Reference number yg di beri

Delivery in process dah..so tunggu ja lah beg anda akan kembali tak lama lagi šŸ˜ 

Yeay..Akhirnya beg dh selamat sampai fuhhhh


Link ni ada share lebih detail utk prevent atau cara2 nak handle beg yg hilang. 

Selamat membaca.



No comments:

Post a Comment