- 18 Dec 2016 ~ Buongiorno Roma!
Semangat
kami bangun pagi harini… Nasi lemak semalam masih berbaki sebekas so ..kami
makan buat breakfast. En Suami dah baca map.. so pagini kami akan berjalan dari Hotel utk ke Colosseum
(1st stop).
View awal pagi ...jalan masih lagi lengang |
Mak Iti
dah listkan senarai nama tempat2 yg Mak Iti nak melawat di Rome ni..so meh kita
tgk sempat tak terjah semua ni :
Kami
sampai di Colosseum awai lagi.. kaunter tiket nk masuk pun x bukak lagi haha..
tp Mak Iti beratoq p la siap… masa beratoq tu sempat jugak buat kawan baru
daripada Cyprus dan Santa Rosa .. sembang2 ja dgn depa.. En Suami Mak Iti time
tu dok sembang dgn satu brader drp Malaysia ..Brader ni main camera..dia dok
tunggu matahari pancar kot celah2 batu di Colosseum ni. Okay kaunter pun dah bukak.. kami pun beratoq
laa… so Mak Iti beli tiket utk 3 entrance sekali ( Colosseum, Palatine Hill,
Roman Forum) sebab ketiga2 tempat ni satu area. So kalau beli salah satu tiket
jadi mahai balik… lagipun En Suami Mak Iti ni dia pencinta sejarah batu2 ni
hahaha so dia mmg excited sgt la nk masuk tgk …so kita layannnnnnnn
Gambaq2
ni adalah sekitar Colosseum:
Tiket masuk |
Kaunter penjualan tiket |
Berbeza jumlah pengunjung di awal pagi dan peak time 😉 |
Ni
pulak di Roman Forum & Palatine Hill
Okay…
sempat la Mak Iti tgk puncak bucu negara
terkecil dunia ~ Vatican City dari atas bukit Palatine ni. Kami sebenarnya main
redah jaa jalan ikut langkah kaki ja.. tau2 dh atas bukit haha .. sejuk sgt..
ada vending machine apa lagi… Cappuccino laa jawapnya. Lps rehat2 minum kopi
kami jalan lagi..kali ni menurun bukit pulak… dan akhirnya sampai la kami di
pintu keluar… Wahhhhhhhh rupanya hari Ahad depa tutup main road dan buka utk
org awam berjalan2… macam pesta pulak … Banyak sgt Mak Iti tengok tinggalan
sejarah depa … runtuhan2 lama yg masih depa jaga elok.
Okay..
jom jalan lagi ..kali ni kami nk p cari Trevi Fontana & Spanish Step. Tapi
rezeki Mak Iti hanya setakat Trevi Fontana tu pun nak tercabut kaki p cari
hahaha… jenuh tanya org … alih2 dh terlepas Spanish Step punya stop …xpalah nk
patah balik mmg pengsan la … Ni la Trevi Fontana tu… depa percaya…kalau sapa2
smpi ke situ dan baling duit syiling masuk dlm fountain tu akan beroleh rezeki
mcm jodoh, atau akan mai balik ke situ nnt. Tapi Mak Iti tak buat laaa sebab
setahu Mak Iti duit2 yg depa lempaq masuk situ akan di salurkan ke Vatican atau
badan2 gereja depa yg lain … so sapa yg tak tau tu xpalah…yg dh tau tu x yah la
dok p buat mcm tu.
Spot me!! |
Lps ja
Trevi Fontana kami pun jalan lagi …igt nk cari restaurant Luna Cepress yg di
cadangkan oleh salah seorang blogger yg dah p Italy. Alih2 restaurant tu pun dh terlepas jauh di
belakang tadi…hahaha x dak rezeki lagik laaa… Tapi tak pa…Mak Iti dh beli
pisang tadi masa kt Trevi Fontana. Mak Iti jugak sempat beli jersey Roma utk
anak teruna Mak Iti di Penang. En Suami pulak shopping souvenir bercirikan Rome
utk kenalan di Penang. Jalan2 punya jalan… sampai la kami ke Hotel… letih habaq
hang hahaha… kami singgah p cari lunch..
Opps
lupa cerita.. actually pada 18 Dec tu depa ada buat sekatan jalan , tak pasti
pulak Mak Iti ada org buat demonstrasi ka apa ka.. sbb polis mmg dok berkawal
ketat di setiap jalan. So masa kami balik ke bilik tgh hari tu mmg nmpk la
polis dok jaga… Lps lunch tu Mak Iti beli la jugak Gelato Rome nak rasa kan
hehe.
Balik
blik rehat sat… mlm tu kami kluaq nak p beli tiket utk ke Aeroporto hehe
(Airport depa laaaa) .
Kami
beli tiket train yg pertama sbb nk sampai airport awal kan . Flight kami ke
Istanbul akan transit di Athens, Greece dulu sbb kami naik pesawat tambang
rendah Aegean Airlines. Mlm tu
kami lepak2 ambil angin malam di Kota Roma.
Memang
x puas rasanya kalau pergi 3 hari 2 malam… sbb Roma adalah sebuah kota besar yang
mengambil masa ribuan tahun membina sejarah dunia… masakan dalam masa 3 hari 2
malam dapat kita cover semua nya… jika anda pencinta sejarah Mak Iti cadangkan
utk berada di Rome selama 5 hari. Jika hanya igt melihat Colesseum di Italy ni
adalah sangat tidak berbaloi , kerana Rome bukan hanya ada Colesseum… Mak Iti
cadangkan pergilah ke Roman Forum utk melihat lebih byk kesan2 sejarah yg lalu…
kesan2 tinggalan umat manusia terdahulu yang telah Allah ceritakan di dalam Al
Quran.
Sekian
coretan utk Rome… Next Entry Mak Iti akan ceritakan kisah layanan buruk yg kami
terima di Fiumicino Airport, Rome dan kisah beg En Suami yg hilang apabila kami
sampai di Istanbul .
Bye
Italy… semoga kembali lagi Mak Iti dan En Suami ke bumi bertuah mu.
No comments:
Post a Comment