PART 4: TEAM TERJAH
AUSTRIA
~ INNSBRUCK to
SALZBURG~
21
January 2019 – Check out to Salzburg
Harini kami check out dari Innsbruck,
hari ni jugak kami mengambil kereta sewa, dan road trip kami bermula di sini.
Untuk harini road trip bermula macam ni :
Hotel
Heimgartl -> Swarovski Kristallwelten -> Zell Am See -> Salzburg
Let’s continue the adventure!
Seawal 7.30 pagi Mak Iti dah siap
turun ke reception utk hal semalam , tapi apabila reception dh call agen keta
sewa kami dimaklumkan yg kami kena pergi sendiri ke situ.. dan reception dgn
baik hati telah menefon taxi utk menjemput kami dan drop kami di tempat kereta
sewa. Mak Iti pergi bertiga dgn En Husband dan Adik Mak Iti.
Awai pak bidin standby kt bawah |
Actually, masa turun tu Mak Iti dah
check out pun cumanya reception tu masih lagi bagi Mak Iti pegang kunci bilik
sbb brg2 semua masih dlm bilik.
Alhamdulillah urusan pengambilan keta
sewa pun mudah tak banyak songeh...
As usual mesti tangkap gambar /video
keliling kereta utk pastikan tiada charge tambahan di kenakan pada kita. Biar
la org nak kata apa pun… sbb nya bila nk kena byr nnt bukan org tapi
kitaaaaaaaa
Kami pun balik semula ke hotel dan
lapaq pulak tiba2..so kami bertiga decide nak breakfast dulu dekat hotel.. ahhh
Euro 7 pun 7 laa... Alangkah bahagianya dlm tu kami ja.. fuh best byk jem
homemade dan paling sedap adalah telur rebus yg di letakkan dlm pasir utk keep
warm ...Ya Allah nikmat dpt mkn telur rebus tidak terkira hahahahaha (Sapa
gelak dekat Mak Iti dia ngok ngek hahaha )
Dok sat lepas tu Kak Ein dgn Mr Bidin
turun depa pun sarapan sekali … selesai sarapan kami klik klik dulu.. nak jadi
cerita kami dpt diskaun pulak mkn bfast tu.. 2 org byr 1 free utk kami 3 org
dan utk Kak Ein dia x ambil duit pun dia kata minum ja xpayah byr… baguih betoi
la depa tak berkira... kami juga di hadiahkan sorang satu homemade madu utk di
bawak balik sbg souvinier.
Ni Klik-klik sebelum check out
Ni Klik-klik sebelum check out
Dah jom start the journey pukul 10 pagi dah time tu.
1st time 5 org dlm keta
Swarovski
Kristallwelten
Swarovski Crystal Worlds adalah
muzium yang terletak di Wattens, Austria. Muzium ini dibina pada tahun 1995 semasa
menyambut ulang tahun ke-100 syarikat kristal berasaskan Austria Swarovski.
Sebenarnya Mak Iti bukan la peminat Swarovski pun ..yg buat Mak Iti tergedik2 nak p sini adalah sbb filem Bollywood lakonan Salman Khan dan Karishma Kapoor hahaha..
Masa tu tahun 90an Mak Iti tgk lawanya tempat ni… dan kebetulan masa dok buat study pasal trip Austria ni baru Mak Iti tau yg benda alah ni dekat Austria rupanya hahaha .. Apa lagi terus Mak Iti masukkan dalam Ittn kami laa utk ke sini.. dan syukur kami di beri keizinan olehNYA utk sampai jugak ke sini.
Tadaaaaaaaaaa hahahaha |
Tapi malangnya di sebabkan Winter yg tebal salji dah menutupi kebanyakkan jalan dan jugak rupa tempat ni.. tapi tak apalah janji Mak Iti dapat jugak tgk dgn mata sendiri tempat ni… Alhamdulillah
Aksi pembikanan gambaq2 haha |
tak ready lagi laa wei |
Awat dgn hangpa haaa?? hahaha |
Cahaya matahari main peranan "terima kasih" |
Boskurr pusing2 |
Pintu tu akan bwk keluaq lampu dan muzik bila ada org lalu kt bawah dia
Setelah puas bergambar di sini, kami
meneruskan perjalanan kami ke Zell Am See. Kenapa ZAS? Sebab jika ikut jalan
dekat kami kena melintasi sempadan Germany utk sampai ke Salzburg, malangnya
keta sewa kami dalam polisi no border crossing so kami terpaksa cari route yg
tidak masuk ke mana2 sempadan negara lain utk sampai ke Salzburg. Maka itu kami memilih Zell Am See utk route
kami.
Zell am See adalah sebuah bandar
Austria di Tasik Zell, terletak di selatan bandar Salzburg.
Sebenarnya plan Mak Iti nak ke ZAS – Kaprun dan nak ke Top of Salzburg (TOS) sebelum check in di Salzburg. Tapi memandangkan kami dah ke Nordkette Mountain so kami decide utk tak lagi ke TOS. Di ZAM kami pusing 2,3 round gak la nak cari parking punya pasai… sbb nak stop sat utk makan. Pusing punya pusing dapat la jugak jumpa parking dan senang ja nk dptkan kupon parking – p ja kt mesin di situ lps tu letak ja kt dashboard keta.
Siap dah jom p cari kedai makan. Adeh masa google 1st kedai tu dah jumpa location dia tapi tak jugak nmpk rupa kedai lps Alex check info rupanya kedai tu dah tutup cheh! Kami cari pulak alternative lain…jalan2 lagi jumpa 1 kedai makan Turki Alhamdulillah terjah ja lah...Kak Ein & Mr Bidin makan nasi , kami yg lain2 makan kebab dan falafel saja.

Di depan restoren ni ada train station dan jugak tasik Zell yg luas ..tapi di liputi salji putih dan tebal.. Hajat nk ambik gambaq dekat tasik tu tak kesampaian sbb x boleh nak p. OK dah kenyang makan jom gerak balik sbb kami mengejar masa takut gelap satgi x nmpk jalan pulak. So amik ja gambaq dekat tempat parking keta tadi.
Perjalanan lebih kurang 100km utk sampai ke apartment kami di Salzburg.
Hotel Heimgartl à
Swarovski Kristallwelten = 20km
Swarovski Kristallwelten à
Zell Am See = 150km
Zell Am See à
Haus Gnigl = 100km
Tasik Zell Am ( See = Tasik) |
Kami hanya menumpukan perhatian atas jalan raya dan target nak sampai ke rumah Monica sebelum gelap.
Nampak x semua nya tunjuk hala Salzburg dan Munchen (Germany)
Menikmati panorama alam
Dah nk dekat sampai time ni dok nmpk castle atas bukit nun
Semasa dalam perjalanan Mak Iti dah pun whatsapp dekat Monica maklumkan kami dlm perjalanan ke rumah beliau. Dia telah pun member kod utk self check in.
Akhirnya sampai jugak kami ke rumah
Monica… ada parking semua siap lah lega… sbb parking di Eropah tersangat laaaa
mahal.
Sekitar kawasan rumah ni
Angkut beg semua tekan kod yg di beri
tadaaaaaaa pintu pun dah terbuka. Sekali lagi terharu sbb di lekatkan Welcome
note dekat pintu masuk..
Wah besar jugak rumah Monica ni.. lengkap semuanya dgn mesin basuh, perkakas dapur, mesin buat kopi, cerek… pendek kata lengkap la semua.
Wah besar jugak rumah Monica ni.. lengkap semuanya dgn mesin basuh, perkakas dapur, mesin buat kopi, cerek… pendek kata lengkap la semua.
Sekali lagi Mak Iti msg dekat Monica
bgtau yg kami dah masuk rumah dia.. dia kata satgi dia mai… rupanya dia dok
tingkat atas ja hahaha rupanya dia buat satu floor tu apartment dia dok tingkat
atas sekali. Lps dia mai dan explain
semua tempat2 menarik time utk bayaran la kan …
Adehhhhhhhh new things to learn. Mak Iti nak bayar la dgn note Euro 500, tapi dia tak mau terima katanya kami kena p tukar dekat bank sbb depa x pakai dah duit 500 tu alamakkkkkk mana aku nk korek ni?? Sebab apa depa x mau pakai dah???? Sebab Fraud la sbb apa lagi banyak sangat duit palsu lagi satu depa x berapa mau nak terima note 200 mcm tu la jugak Al kisahnya... Mlm tu Mak Iti pening la jugak kan dok pikiaq pasai duit nk bayar kt Monica ni.
500 Euro yg tidak akan di guna pakai lagi pada tahun 2020 |
Adehhhhhhhh new things to learn. Mak Iti nak bayar la dgn note Euro 500, tapi dia tak mau terima katanya kami kena p tukar dekat bank sbb depa x pakai dah duit 500 tu alamakkkkkk mana aku nk korek ni?? Sebab apa depa x mau pakai dah???? Sebab Fraud la sbb apa lagi banyak sangat duit palsu lagi satu depa x berapa mau nak terima note 200 mcm tu la jugak Al kisahnya... Mlm tu Mak Iti pening la jugak kan dok pikiaq pasai duit nk bayar kt Monica ni.
Kata Monica x perlu risau pasai payment, esk pun boleh bayar. Oklah kalau mcm tu.. So malam ni kami hanya mkn Maggie dan nasi goreng segera yg masih berbaki.
Ni la keadaan rumah Monica ...
Dah jom tidoq….actually toilet umh
Monica ni scarry mcm The Nun hahaha padahal x dak apa pun tu la otak mcm
budak2.. dah dah ZzzZzzzZzz
No comments:
Post a Comment