PART 2: TEAM TERJAH
AUSTRIA
~DAY TRIP FROM ZURICH
TO VADUZ~
19 JANUARY 2019
Setelah train meninggalkan
bandar Zurich kami di sajikan dengan view Lake Zurich yang amat cantik
sepanjang perjalanan ke Sargans. ( Video dalam entry yg lalu)
Alhamdulillah kami sampai di
Vaduz, Liechtenstein lebih kurang jam 10 pagi. Serba sedikit tentang negara ke
6 terkecil di dunia ini.
Liechtenstein adalah sebuah
negara yang berkeluasan 160 km2 dan bersempadan dengan Austria dan Switzerland.
Ia terkenal dengan istana abad pertengahan, lanskap alpine dan kampung-kampung
yang dikaitkan dengan rangkaian jejak. Vaduz ialah ibu negaranya dan bertindak
sebagai pusat budaya dan kewangan.
Menggunakan Bahasa German
sebagai Bahasa rasmi dan matawang CHF seperti Swiss.
|
Bendera Liechtenstein |
|
Kedudukan peta negara ini |
Tujuan utama Mak Iti ke sini
hanya lah nak mendapatkan stamp di passport Mak Iti hehe psstt… berbayar hokey 😊
|
Tudiaaa charge dia |
|
Yeay.... berjaya stampkan passport Mak Iti |
Pasti kalian heran kenapa kami
bersusah payah dok galas beg sambil berjalan kesana kemari. Haiz.. Al Kisahnya
ada saja locker utk menyimpan beg tetapiiiiiii rasanya ada masalah teknikal
dekat locker2 di situ.. hanya beg Kak Ein dan Bidin saja yg Berjaya di
simpan..Beg Mak Iti dan En Suami gagal di simpan..makanya dengan rela hati
terpaksa menggalas beg seberat 11kg tu …En Bidin kita bermurah hati nak
menolong Mak Iti, dia yg tolong galaskan beg Mak Iti yg berat tu ..Thank you Mr
Bidin!
|
Mr Bidin, Alex n En Suami |
|
Locker simpanan beg terletak di sebelah batu ni laaaa huhuhuhu |
Alright jom kita ronda Vaduz.
Actually Liechtenstein ada beberapa lagi state yg kami x jelajahi. Jom kita
tengok Vaduz.
|
My King |
|
King and Queen hahahaha |
Tengoklah semua harga souvenir dia haha ... jadilah ambik gambaq saja :-)
|
0 km ni terletak betoi2 depan information center ni |
Ittn yg Mak Iti buat untuk
ke Vaduz 😊
Alhamdulillah kami Berjaya sampai
jugak ke wooden bridge!
@ “Alte Rheinbrucke”. Sedikit info tentang jambatan ini, ia
telah siap di bina pada tahun 1901 dan Panjang berukuran 135 meters. Ia adalah
satu-satunya jambatan kayu yang tersisa yg merangkumi sungai Rhine. Sebenarnya
ada jambatan kayu lain yg di bina sebelumnya dan ada juga yang musnah apabila
empangan di Schaan pecah pada tahun 1927 dan jambatan ini dibina semula. Ia di
ubah suai semula pada tahun 2009 dan 2010. Hanya penjalan kaki, penunggang basikal
dan penunggang kuda sahaja di benarkan melalui jambatan ini.
|
Inilah wooden bridge tu.... |
|
Di sini lah border dua buah negara di atas sungai |
|
Geng Terjah ... Jurufoto la x dak dlm gambar |
Untuk ke sini kami berjalan kaki 2.8 km pergi dan balik hehe ( imagine la dgn beg berat semua) Tapi di sebabkan pemandangan sepanjang berjalan kaki itu cukup menggagumkan kami terlupa bahawa kami sedang berjalan dgn muatan di belakang.
Video ni time dah nak sampai ke
wooden bridge ni… hehe apa2 pun syukur dapat jugak ke sini untuk melihat sempadan
Swiss dan Vaduz yg hanya di pisahkan oleh sungai dan tanpa imigresen.
Dah puas klik-klik kami pun patah
balik berjalan kaki ..aduh haha time nk balik mula lah berat la jauh la apa lah
hahaha tp kami smpi jugak ke Vaduz Post dan menunggu bas no 11 utk ke
Feldkirch.
|
Tudiaaaaaaaaa 48 pitstop dia |
|
pitstop sikit x mai lagi so kami naik ja la no 11 |
|
Bas mai dah jommm |
|
Dah letih wei |
|
Org kuat kami |
|
tak p sini sbb kena mendaki 40minit hahaha |
Sekian sahaja kisah kami di Vaduz , jom naik train ke Innsbruck pulak
No comments:
Post a Comment