Wednesday, April 25, 2018

INDONESIA DARI KACA MATA MAK ITI


~indonesia dari kaca mata mak iti ~

    Alhamdulillah rezeki datang lagi menjemput Mak Iti untuk menjengah ke negara baru dalam list travel Mak Iti. Syukur kehadrat Allah memberi Mak Iti kesempatan ini utk menjejakkan kaki ke bumi Indonesia … tempat asal susur galur sebelah abah Mak Iti. Trip kali ini di sponsor oleh Boss kami …Terima kasih boss you know who you are. Semua expenses utk Hotel, Flight dan Transport di taja oleh Boss kami, Mak Iti Cuma perlu bawak duit poket saja utk makan dan berlibur.

    Trip kali ini adalah trip yang tak di rancang. As usual Cik Ein yg beria2 mengajak Mak Iti utk join trip ni.. so tiket semua dah di beli, pergi Bersama Air Asia dan pulang dengan Malaysia Airlines ( MAS ) .

  Tak perlu cerita Panjang tentang Indonesia kerana ia adalah negara jiran yg dekat tetapi Mak Iti tak pernah sampai hehehe, so ayuh mari kita ikuti penjelajahan Mak Iti ke daerah Bandung dan Jakarta. Psssst Mak Iti tukaq 2 Juta Rupiah jaa hahaha bajet bajet 😁😁😁😁


~Penang ->jakarta-> Bandung ~

10 April 2018 

    Pagi ni Mak Iti di hantar oleh encik suami ke P.I.A (Penang International Airport) chewah… Thank you Encik Suami Ti Amo sebab bagi Mak Iti peluang untuk bercuti dan berehat seketika dari tugasan seharian. Kami breakfast dulu di Oldtown White Coffee… Mak Iti hanya makan roti bakaq dan air suam haha nak fly x leh makan macam2 satgi atas flight nak makan lagi kakakaka…


Tenkiu Encik Suami bagi i cuti berehat 5 hari 😘😘😘

Jom breakfast dulu 
    Ok tak payah beratoq nak check in sbb Cik Ein dah check in online semua dan print siap2 dh semua. Kami Cuma perlu print luggage tag ja… tu pun beli 25kg share ramai2 haha maklumla time nak p ni mmg beg depa ringan2 belaka … sbb tu balik depa pilih naik MAS sbb free 30kg haha bijak2 sungguh idea depa ni. Mak Iti mengikut saja sbb Mak Iti bukanla nk shopping sangat just nk rehatkan minda saja sambil ikut org.


   Dah letak semua beg, kami berposing satu kumpulan (2 daripada ahli Jemaah ni Mak Iti baru ja kenai masa kt airport ni..hehe ) Tapi Alhamdulillah semuanya baik2 belaka…geng masuk ayaq boleh gu ja semua



    Alhamdulillah flight tak la penuh sangat, so Mak Iti pindah p duduk dgn Cik Ein…Wahhhhhh lawa2 nya pramugari Air Asia Indonesia ni… terbeliak mata Mak Iti tgk hahaha. Hehe macam jakun pulak padahal bukan la x penah dok naik Air Asia Mak Iti ooooi… tak lama lepas tu kami pun di hidangkan dgn Nasi Lemak Pak Brahim yg Cik Ein dh order masa booking tiket dulu.



                                  Jom makan dulu…



     Lepas makan lena p seround dulu sbb rasa mengantuk sgt..kebetulan petang semalam balik keja pun dh lewat sgt lps tu bangun awai pagi..so masa ni la di ambil peluang nk lena pun hehehe


    Alhamdulillah flight 2jam setengah kami dari Penang ke Jakarta dah nak sampai… kami di beri Arrival form untuk di isi siap2 dan serahkan pada pegawai di airport nanti. Wahhh cantik nya airport baru Jakarta. Cik Ein kata airport lama dulu kayu2 ja… rezeki Mak Iti la Nampak gayanya sampai di airport baru ni…

Gambar2 di airport Jakarta masa arrival.




   Rasanya punya lama jalan tak sampai2 lagi hahaha last2 kami naik jugak la kereta comel kt airport ni hahaha .Orang pun tak ramai sangat haih..rasa aman kt airport. 







Okay plan kami sesampai nya di Jakarta kami akan di jemput oleh Pak Dhani Tour langsung ke Bandung. Nama Cik Ein dah terpampang kt arrival hall tu kami pun terus p kt pak supir yg menunggu kami. Dia membawa kami ke van yg di sediakan hahaha mmg la kami hanya berenam tapi beg nya mcm 10 org hahaha..last2 terpaksa la org yg duduk belakang tu berimpit dengan beg2 kami.. Mak Iti sebab paling besar antara semua kena la duduk di depan sekali dgn pak supir.


     Pak supir kami Namanya Ilham… rasa nya muda lagi lewat 20an atau awal 30an. Diam ja dia x banyak cakap maybe segan.. jalan udah mula macet (aceh ceh… macet tu jem hahaha Mak Iti pun baru dok belajar jaaaa)
Masa kt area town ok lagi x la jem sangat..Jakarta tak ubah macam Kuala Lumpur.. macam Ampang, Damansara ja Mak Iti tgk. 


Bila masuk saja highway nak p Bandung fuhh… pening Mak Iti tgk dok ada berapa line depa ni buat pastu jarak antara satu keta dgn satu keta ish punya la dekat ada kot 3-4 inchi. Kami dok tanya Ilham takdak wifi ka dlm van ni hahaha… last2 dia share hotspot apa lagi semua pakat bukak wifi laaa dok update sana sini hahahaha….

   Agak dah dua jam dlm van,Ilham berentikan van di R&R depa.. katanya utk makan ..dia tidoq ja dlm van manakala kami semua turun makan. 

Mak Iti Mencuba Jus Alpukat a.k.a Avocado sedap jugak lemak2 rasa dia x manis pun tp oklahh sedap..Mak Iti just order nasi putih dgn ayam goreng black pepper utk alas perut smpi Bandung nnt. 




   Selesai makan kami pun bergerak semula ke destinasi utama… Jalan masih jem dan makin lama makin sunyi pulak van ni… Laaaaaaaaaaa depa tidoq rupanya haih… Mak Iti mmg tak laa nak tidoq gila kot kalau jadi apa2 mampuih dh la Mak Iti yg dok di depan sekali ..so mati2 Mak Iti gagahkan jugak berjaga ni sampai pening2 kepala Mak Iti… hehehe

    Akhirnya ternampak jua signboard Bandung…wahhhh tenang nya Kawasan ni, Kawasan berbukit. Masa kami sampai ni dah nak petang dan kabus dah mula menyeliputi awan dan Kawasan berbukit. 



Kami sampai di bandung dan tempat pertama Ilham bawa kami ke Gedung kain sulam. Apa lagi depa pakat borong la kain2 sulam tu, Mak Iti hanya ambil sepasang hanya utk Mak Iti pakai sendiri. Bukan apa alang2 dah sampai kan nak la jugak ambik satu buat kenangan. 



        Seterusnya Ilham membawa kami ke kedai kain lace sebab Tehah nak beli lace utk majlis nikah dia nanti. Time tu kepala Mak Iti dah sakit ya amat, berdenyut2 mmg tak boleh tahan dah.. Mak Iti dok diam ja time tu atas sofa sambil menunggu depa dok shopping. Selesai shopping , Ilham kata boleh p makan dulu kt kedai depan kedai lace ni. Masakan padang. 1st time Mak Iti nk try masakan padang.. hehe boleh laa lapaq kan so makan ja laa.
    
     Dah jom check in, kami bermalam di DPalma Hotel Bandung. Oklah hotel ni just utk tidur kan janji selesa dan cukup kelengkapan semua. Time tu dah pukul 12 tgh malam, esok pagi pukul 8 nak start gerak dah.. so malam ni lepas bersihkan diri, Mak Iti terus ZzzZZzzz tak tunggu kiri kanan dah hahaha daaaaaaaa sambung esk pagi ye.

Psst: Gambaq hotel pun tak dan ambik letih hahaha

Tuesday, April 17, 2018

PART 8 : TURKI TRIP WITH FAMILIA - LAST CHAPTER


PART 8 : TURKI TRIP WITH FAMILIA ( Last Part Dah..)

   ~TOPKAPI Sarayı Müzesi ~

   27 JANUARY 2018 

     Alhamdulillah pagi ni Mak Iti hanya panaskan lebihan roti semalam buat sarapan pagi. Ingat petang nnt nak beli telur dan susu utk sarapan esknya. Ok dh siap semua pagi ni Mak Iti anak beranak menapak bukit utk ke Istana Topkapi.



                                         

       Topkapi Sarayi atau pun Istana Topkapi sebenarnya ialah kediaman pemerintah Uthmaniah pada zaman dahulu. Istana ini  dibina oleh Sultan Muhammad Al Fatih setelah menakluk Constantinople.. Apa yang ada di sini??? Sebenarnya Istana Topkapi, menyimpan khazanah2 zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu dan anda juga dapat  melihat keindahan senibinanya di samping melihat pelbagai artifak zaman Rom Timur, senjata dan porcelin yang digunakan di istana Uthmaniah. Kita juga dapat melihat koleksi barang kemas, hasil seni dan berjalan-jalan di kawasan taman istana. Terdapat Harem juga di sini tetapi anda perlu membayar tiket berasingan utk masuk ke sini.
Tiket seorang TL40, Dikmat ja FREE walaupun dia hanyalah pelancong sbb dia bawah 12 tahun..ermm bagus kan!




                                         






    Tujuan Mak Iti bawak anak2 ke sini adalah untuk tunjukkan kat depa sejarah kegemilangan Islam dan kebetulan anak2 Mak Iti minat sejarah…
Jom la layan ja gambar2 kt sini.. tak banyak nak di coret kan Cuma sedikit terkilan sbb masa kami p haritu byk jugak tempat di tutup (under construction) frust jugak laaa. Tapi anak2 dapat melihat pedang para sahabat Nabi, kunci Kaabah dari zaman Abasiyah dan macam2 lagi… Cuma nya kita tak boleh ambil gambar di dalam muzium tu .. so kami hanya bergambar di luar sahaja…












Bersama Ibu Niken dari Indonesia..sayangnya no hp yg Mak Iti save tu salah la pulak so dah lost contact



















   Selesai ronda2 kawasan Istana ..kami berehat sebentar minum air Sahlep kegemaran kami sekeluarga. 









Kami teruskan ronda2 tanpa tujuan kami ke area Fatih sbb Dikmat kata nak beli kasut macam kakak dia dekat LC Waikiki jugak hahaha



   Lepas masuk LC Waikiki kami ronda Grand Bazar lagi sekali… dan sekali lagi Dikmat nak beli sweater Istanbul macam kakak dia hahahaha Dikmat Dikmat apa saja barang yg kakak dia beli mesti dia nak jugak.. Mujur Mak Iti dah ajar budak2 ni menabung kalau nak travel so kedua2 barang tadi Dikmat beli jugak duit dia sendiri.
   Haaa di sini Mak Iti ambik gambar sekeluarga dgn pakaian Turki… hahaha merasa sat satu family..dulu Mak Iti ambik sorang2 jaaa kan


Udah la jom balik ke sarang …Malam tu Mak Iti keluar jalan kaki dgn Pak Khalil beli roti kebab utk dinner kami sekeluarga.  Esok plan ke Galata Tower pulak



~Galata tower ~

28 JANUARY 2018 

      Harini kita plan nak ke Galata Tower dan shopping tudung dekat area Eyup. As usual pagi-pagi kami dh menapak jalan keluar. Hari ini kami memilih utk naik Tram dari area Sultanahmet.

                              Photo kt tram station




     Chewah dah pandai la katakan… kami turun di Karaköy dan terus berjalan ikut suka hati hahaha ..Tgk la depa bawak Mak Iti naik tangga pulak hadoi laaaa pening pening hahaha

             Video naik tangga kat galata…


      Gerun jugak jalan kt celah2 lorong kehidupan depa ni haha awai pagi la kata kan so kedai2 byk x bukak lagi , lps tu kami mmg lalu kt Kawasan kejiranan penduduk tempatan kt situ. Alhamdulillah dh Nampak badan tower tu hehe… Jom kita p tgk apa laaa ada kt sini.



     Sebelum tu mai kita kenali apa itu Galata Tower haha rasa mcm cikgu sekolah pulak. Galata Kulesi dalam Bahasa Turki adalah sebuah menara batu abad pertengahan di daerah Galata Istanbul, Turki. Menara ini terletak dibahagian utara Tanduk Emas (Golden Horn) . Dari menara ini kita dapat melihat Golden Horn, Boshphorus dan Lautan Marmara. Menara ini diserahkan kepada Kerajaan Uthmaniah setelah kerajaan Romawi kalah dalam peperangan. Harini kita dapat menikmati pemandangan indah dari atas Menara ini dgn perlu membayar Bilet/Tiket masuk hehehe..  Di atas Menara ini jugak terdapat sebuah restoren di mana Mak Iti tak berani la nak mencuba hahaha on bajet kan.



    Jom masuk Galata tower… masa kami sampai org tak ramai pun beratur nak beli tiket, kami di tawarkan jugak utk beli tiket Fly Istanbul (fuh beli jugak.. igtkan nk terbang betoi ) rupanya kita bwk masuk kea lam 3D dan kononnya di bawa terbang dari Menara galata ke seluruh Istanbul hahahaha .

Layan Klik Klik jer lah …






















                                           Video turun tangga Galata Tower tu... hehehe








    Selesai puas menakluk Galata Tower ni kami pun turun la ke bawah..turun tangga hokey hahahaha…Allahurobbi punya Panjang org dok line up nak masuk sini… terkejut Mak! Hahaha legaaaa kami dah masuk awai tadi.

    Dah la jom kami nak p Eyup pulak nk p beli tudung yg org pesan. Kami hanya berjalan kaki dari Galata Tower menyusuri Galata Bridge dan pergi ke stesen bas mencari bas 99A.. 







Sesampainya kami di Eyup , kami Nampak ramai org berkumpul di Kawasan ni.. kecut perut jugak takut depa ni buat tunjuk perasaan ka apa ka….sambil depa bertakbir sambil depa berjalan berkumpulan… ish mmg la hati Mak Iti risau.







       Kawasan Eyup menjadi sgt meriah dgn ramai nya manusia berkumpul gerai2 jualan pun banyak tak mcm haritu yg Mak Iti p. Walau apa pun depa x mengganggu org lain di sekitar situ, Mak Iti meneruskan membeli tudung2 yg di kirim2 oleh teman2 Mak Iti di Malaysia.























Ok dah selesai membeli dah jom balik… kami balik dan berenti makan di restoren Puding Shop Lale.. Sedap jugak makan di sini. Kami pun dh tak tau nak p mana… letih sama berjalan byk dh tadi… jom la balik bilik tidoq hahahaha
Sambung esk ja la tu pun x tau nk p mana dah hahahaa




~spice bazaar ~

29 JANUARY 2018 

     Kami lewati hari2 terakhir di sini dgn hanya berjalan sekitar Kawasan berdekatan…Harini kami menaiki tram dari Beyazit nak ke Eminonu saja nak jalan2 dalam Spice Bazar. Sampai di Spice Bazar, Dikmat nak bagi makan merpati pulak… layan kan jer lah hehe.. kedai pun byk yg x bukak lagi ..so kami hanya rehat minum Sahlep dekat satu kedai di dlm Spice Bazar




                           Dikmat bg mkn burung merpati.





        Gambar sahlep dan kedai







   Okay siap.. Mak Iti habaq kt depa ..dr Spice Bazar ni boleh jer nak jalan kaki p Grand Bazar dan kami Berjaya melaluinya hahaha sampai ke pintu keluar Grand Bazar kami pun terus membeli Kofte utk buat makan tgh hari.








Balik bilik à rehat . Petang tu keluar sat p melepak depan Blue Mosque dan Hagia Sofia saja tgk sunset di situ … cuaca dah kurang sejuk sekarang ni…

Klik Klik sebelum balik hehe

































Dinner kami malam tu



~Blue mosque ~

30 JANUARY 2018 

       Dah nak hari last baru bawak depa p masuk Masjid Biru.

           Gambar dlm dan luar masjid biru…
















Selesai habis ronda kami hanya jalan2 kosong sambil beli Sahlep lagi hehe
Kami hanya jalan tanpa arah tuju.. saja Mak Iti ajak family Mak Iti masuk Grand Bazaar saja cuci2 mata hahaha buang masa dalam tu.





Ptg ni hanya lepak dalam apartment saja sambil mengemas luggage kami utk persiapan balik esok.


~Nak balik sudahhhh ~

31 JANUARY 2018 

     Lama sangat di bumi orang moh la kita balik ke sarang…Terima kasih Adem owner Blue Eyes Suite yg membantu kami utk airport transfer. Kami mintak dia arrangekan taxi biasa depan rumah ni.. rupa2nya dia suruh kawan dia guna keta dia drive bawak kami p airport…bayar murah pulak tu… Alhamdulillah syukur
Menunggu time utk check out







    Sampai di airport macam biasalah check in semua … yg x bestnya kali ni kami balik flight penuh dgn tourist dari negara China. Seperti yg kita sedia maklum perangai depa ni di luar negara..Allah saja yg tahu… nak tulis byk2 satgi org kata racist pulak kan… haritu Mak Iti ketegaq nya depa di airport Rome..kali ni tengok depa buat bongok pulak di airport Istanbul haih laaa boh penampaq sedaih baru depa tau hahahaha dok buat bangang kesian Mak Iti tgk pekerja2 airport tu dok cakap kt depa.. pastu depa ni mmg jenis x reti beratoq kot noo haha main potong line jaaa.










      Dlm flight punya bising serupa market hahaha duduk tak diam macam naik bas cap ayam. Last2 kepala Mak Iti jugak depa sapu huh apa lagi… kena laaa sekepoi hahahaha… dan2 depa kata sorry sorry . Kah Kah… sekian sudah perjalanan Mak Iti anak beranak ke bumi Turki. Kami selamat sampai ke Penang jam 9,20am di mana kami terus p soru nasi kandaq kampung melayu laaaa hahahahah ketagih baq ang



Apa2 yang mengguris perasaan dari penulisan Mak Iti ni..harap di maafkan la ya.. Mak Iti hanya menulis mengikut rentak jari jemari yg menaip di komputer ni 


Salam sayang dari Mak Iti… sampai kita ketemu lagi di lain coretan..