Wednesday, October 21, 2020

Penggembaraan ke Gurun Sahara ~ Tunisia Road Trip Episod 5

Tunisia dan Padang pasir Sahara? 

Duniaku Diariku Properties


Day 6 ~ 15 Dec 2019

Kebetulan masa tengah nak menulis ni dok layan pulak lagu Sekuntum bunga di padang pasir sahara … chewah sapa pernah dengaq lagu ni??? “ Engkau la sekuntum bunga sakura..mekarmu di tempat indah dan dingin”
Haha dah-dah Mak Iti dok merapu pulak , ok jom menulis mai dah mood al fadang fasirun ni.

Macam biasa pagi ni siap-siap nak check out untuk ke next destinasi kami iaitu .. Tozeur. Kenapa Mak Iti pilih Tozeur ? Sebab dari Tozeur ni kami nak ke tempat Oasis. Ingat senang ka nak decide sama ada nak bermalam di Douz atau Tozeur. Douz pun best tau huhuhu… takpa lah next time kalau ada rezeki nak p bermalam di Douz pulak ..doakan Mak Iti ya ..

Road trip  kami harini mungkin akan memakan jarak dalam 300 km ( masuk stop sana sini dan salah ikut map maybe haha)

Duniaku Diariku Properties
Estimate jarak perjalanan kami untuk hari ini

Jom tengok Overview road trip dulu, bermula dari Dar Ayed kami akan singgah di Douz dulu.. 
Duniaku Diariku Properties
Overview roadtrip kami

Apa itu Douz ?

Douz adalah sebuah kota di Kebili Governorate di selatan Tunisia, yang dikenali sebagai "pintu masuk ke Sahara” Douz sendiri membawa maksud Pintu di dalam Bahasa Arab.
Wallahualam..ni semua dari pembacaan Mak Iti 😊

Selepas Douz kami akan melintasi Chott el Djerid iaitu tasik garam endorheik yang besar di selatan Tunisia. Yang lawaknya masa lalu tak sedaq pun kata tu la tasik garam tu haha ..nasib sempat tersedar haha
Lepas keluar dari Chott el Djerid kami lalu pulak ladang2 kurma . Ya Allah epik sungguh rasa. Aura bumi Tunisia ni lain sungguh .. Sempat jugak la singgah beli kurma hihi (sampai harini dok ada lagi) .

Finally sampai ke tempat tujuan kami setelah melalui pelbagai rintangan sbb dok rasa betoi ka jalan ni, awat jalan ni sunyi la apa la bla bla bla .. Yes Gurun Sahara!!!

Done mukadimah road trip ni, meh nak menulis Duniaku Diariku cerita perjalanan kami.

Di hening pagi kami dah bangun dan siap-siap nak check out. 

Sebelum tu dan lagi la Mak Iti tolong tangkap gambar utk promote product yg Mak Iti guna ni haha
Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties


            Video sebelum check out dan breakfast ...Bye Dar Ayed

Duniaku Diariku Properties
Depan Bilik ja ni

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
Chewah Chaq ni 

Macam biasa breakfast dulu dekat Dar Ayed ni.

                                  Video breakfast kami 😁


Lepas breakfast Mak Iti p settle duit bilik ( tudia bayangkan depa ambik time nk check out) siap bg diskaun apa yg kami makan sbb dia kata budak2 makan tak banyak so dia kata byr utk sorang ja budak… Bayaran Mak Iti settle dalam Euro senang sikit. 
Duniaku Diariku Properties
Pakcik Bidin kita tengah berterima kasih dgn host kami dari Dar Ayed,
lepas tu Mak Iti settle kan payment kami semua
Ok ingat boleh gerak dah..rupanya tersangkut dekat kedai kt Dar Ayed ni pulak haha sessi memborong bermula. 

Duniaku Diariku Properties

Keke..Mak Iti beli baju style depa ada kot dlm 6 helai , En Boss beli dekat Mak dia n Mak Mentua dia ( a.k.a mak cheq laaaaa hahaha ) Chaq Ein angkut Tshirt .. pandai pulak depa kecek dekat tuan kedai tu dapat pulak minyak wangi free hihihi..

Duniaku Diariku Properties
Alah Pakcik Kedai p lena pulak
Dah jom vromm vromm . Pengembaraan kami bermula. Kami melalui Kawasan yang sunyi . Di hidangkan dengan pemandangan padang pasir kiri dan kanan, tanah tandus. Teruja , takut semua ada.. Cuma berdoa kereta tak rosak ja time ni sbb nya kalau rosak sapa nak tolong weh.



                               
Sampai lah kami di Douz, sebenarnya rasa mcm rugi pulak tak stay satu malam dekat Douz ni..huhuhu tak sempat nak explore Douz pun , cuma sempat melihat bandar ini dari dalam kereta dan turun sekejap untuk bergambar.












Perjalanan di teruskan melalui ladang kurma di kiri dan kanan... ya Allah cantik sungguh... sebelum masuk ke Douz tadi kami dah lalui padang pasir, sekarang kami melewati ladang-ladang kurma dari pelbagai jenis. 


Dah di bungkus elok utk sapa nak bawak balik

Depa ni la sakan memborong hehe


Pilih kat sini ..alih2 beli yg dah pek siap dah hahaa

Si penjual kurma

Sessi pembayaran

Haha beli yg dlm kotak ja pun 

Pekan Douz


Symbol Kurma



Masih di hidangkan dengan pemandangan ladang-ladang kurma di sini. 





Bye Douz.. sekarang kami akan memasuki highway padang pasir .Yang best nya memang tak sedar kata lalu dekat Tasik Garam hat dok plan nk stop tu hahaha ngek betoi la hang Mak Iti ooi







Video atas tu kira nak dekat sampai dah tasik garam tu... macam mana nak sedaq kata tu tasik garam pasai semua nampak sama pasiaq dgn garam putih hahahaha. 

Tp masa dok sembang2 dalam keta tu En Bos kata nak berenti ambik gambaq... kami pun turun la.. dah turun baru sedaq laaaaaaaa sini la tasik garam tu cheh ..rugi tak berenti awai2 tadi kekeke. 




Ha tudia hero kecik p turun explore dah 

Hero kecik kata dia rasa garam tu masin hahaha explorer sungguh


Panas x leh buka mata dia kata 

Putih tu garam dia la wei


Hat ni dia nak jadi kaler merah pasaipa x tau laaaaa






Dah melepasi kawasan tasik garam terbesar di Tunisia ni, kami dah nampak bayang-bayang pekan di depan sana.... Pak Bidin pun nak p toilet, kami stop bg dia turun sat lepas tu kami meneruskan perjalanan mencari lokasi penggambaran Star Wars. 

Mak Iti rasa Mos Espa Mak Iti story dalam next entry la nooo...rasa panjang dah.. 
Entry ni pun ambik masa dari bulan May sampai Bulan Oct baru nak siap hahahaha

Mood x dak wei. 
Tahun 2020 menyaksikan Covid19 yg travel seluruh dunia. Maka para travellers dunia terpaksa berkurung di tempat masing-masing. 
Actually Mak Iti tak dak mood nak menulis pun pasai dok pikiaq Couple trip Mak Iti dan En Boss kena cancel bulan Apr haritu ....sadis oooo patut nya kami dah naik bulan di Swiss bulan April haritu... tp apa kan daya perancangan Allah lebih baik... 

Makanya doakan Mak Iti di beri kekuatan nak menulis next entry .Pengalaman kami di tengah gurun sahara di Mos Espa, Tozeur . 

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 😘😘😘


2 comments:

  1. Tgok pdg pasir tu teringat cita fast fourius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... boleh no teringat cerita tu... TQ Gee sudi baca :-)

      Delete