PART 8 : TURKI TRIP
WITH FAMILIA ( Last Part Dah..)
~TOPKAPI Sarayı Müzesi
~
27 JANUARY
2018
Alhamdulillah pagi ni Mak Iti hanya panaskan lebihan roti semalam buat
sarapan pagi. Ingat petang nnt nak beli telur dan susu utk sarapan esknya. Ok
dh siap semua pagi ni Mak Iti anak beranak menapak bukit utk ke Istana Topkapi.
Topkapi Sarayi atau pun Istana
Topkapi sebenarnya ialah kediaman pemerintah Uthmaniah pada zaman dahulu.
Istana ini dibina oleh Sultan Muhammad
Al Fatih setelah menakluk Constantinople.. Apa yang ada di sini??? Sebenarnya Istana
Topkapi, menyimpan khazanah2 zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu dan
anda juga dapat melihat keindahan
senibinanya di samping melihat pelbagai artifak zaman Rom Timur, senjata dan
porcelin yang digunakan di istana Uthmaniah. Kita juga dapat melihat koleksi
barang kemas, hasil seni dan berjalan-jalan di kawasan taman istana. Terdapat
Harem juga di sini tetapi anda perlu membayar tiket berasingan utk masuk ke
sini.
Tiket seorang TL40, Dikmat ja FREE walaupun dia hanyalah pelancong sbb dia bawah 12 tahun..ermm bagus kan! |
Tujuan Mak Iti bawak anak2 ke sini
adalah untuk tunjukkan kat depa sejarah kegemilangan Islam dan kebetulan anak2
Mak Iti minat sejarah…
Jom la layan ja gambar2 kt sini.. tak
banyak nak di coret kan Cuma sedikit terkilan sbb masa kami p haritu byk jugak
tempat di tutup (under construction) frust jugak laaa. Tapi anak2 dapat melihat
pedang para sahabat Nabi, kunci Kaabah dari zaman Abasiyah dan macam2 lagi…
Cuma nya kita tak boleh ambil gambar di dalam muzium tu .. so kami hanya
bergambar di luar sahaja…
Bersama Ibu Niken dari Indonesia..sayangnya no hp yg Mak Iti save tu salah la pulak so dah lost contact |
Selesai ronda2 kawasan Istana ..kami
berehat sebentar minum air Sahlep kegemaran kami sekeluarga.
Kami teruskan ronda2 tanpa tujuan
kami ke area Fatih sbb Dikmat kata nak beli kasut macam kakak dia dekat LC
Waikiki jugak hahaha
Lepas masuk LC Waikiki kami ronda
Grand Bazar lagi sekali… dan sekali lagi Dikmat nak beli sweater Istanbul macam
kakak dia hahahaha Dikmat Dikmat apa saja barang yg kakak dia beli mesti dia
nak jugak.. Mujur Mak Iti dah ajar budak2 ni menabung kalau nak travel so
kedua2 barang tadi Dikmat beli jugak duit dia sendiri.
Haaa di sini Mak Iti ambik gambar
sekeluarga dgn pakaian Turki… hahaha merasa sat satu family..dulu Mak Iti ambik
sorang2 jaaa kan
Udah la jom balik ke sarang …Malam tu
Mak Iti keluar jalan kaki dgn Pak Khalil beli roti kebab utk dinner kami
sekeluarga. Esok plan ke Galata Tower pulak
~Galata tower ~
28 JANUARY
2018
Harini kita plan nak ke Galata Tower
dan shopping tudung dekat area Eyup. As usual pagi-pagi kami dh menapak jalan
keluar. Hari ini kami memilih utk naik Tram dari area Sultanahmet.
Photo kt tram station
Chewah dah pandai la katakan… kami
turun di Karaköy dan terus berjalan ikut suka hati hahaha ..Tgk la depa bawak Mak Iti naik tangga
pulak hadoi laaaa pening pening hahaha
Video naik tangga kat galata…
Gerun jugak jalan kt celah2 lorong
kehidupan depa ni haha awai pagi la kata kan so kedai2 byk x bukak lagi , lps
tu kami mmg lalu kt Kawasan kejiranan penduduk tempatan kt situ. Alhamdulillah
dh Nampak badan tower tu hehe… Jom kita p tgk apa laaa ada kt sini.
Sebelum tu mai kita kenali apa itu
Galata Tower haha rasa mcm cikgu sekolah pulak. Galata Kulesi dalam Bahasa
Turki adalah sebuah menara batu abad pertengahan di daerah Galata Istanbul, Turki.
Menara ini terletak dibahagian utara Tanduk Emas (Golden Horn) . Dari
menara ini kita dapat melihat Golden Horn, Boshphorus dan Lautan Marmara.
Menara ini diserahkan kepada Kerajaan Uthmaniah setelah kerajaan Romawi kalah
dalam peperangan. Harini kita dapat menikmati pemandangan indah dari atas
Menara ini dgn perlu membayar Bilet/Tiket masuk hehehe.. Di atas Menara ini jugak terdapat sebuah
restoren di mana Mak Iti tak berani la nak mencuba hahaha on bajet kan.
Jom masuk Galata tower… masa kami
sampai org tak ramai pun beratur nak beli tiket, kami di tawarkan jugak utk
beli tiket Fly Istanbul (fuh beli jugak.. igtkan nk terbang betoi ) rupanya
kita bwk masuk kea lam 3D dan kononnya di bawa terbang dari Menara galata ke
seluruh Istanbul hahahaha .
Layan Klik Klik jer lah …
Selesai puas menakluk Galata Tower ni
kami pun turun la ke bawah..turun tangga hokey hahahaha…Allahurobbi punya
Panjang org dok line up nak masuk sini… terkejut Mak! Hahaha legaaaa kami dah
masuk awai tadi.
Dah la jom kami nak p Eyup pulak nk p beli tudung yg org pesan. Kami hanya berjalan kaki dari Galata Tower menyusuri Galata Bridge dan pergi ke stesen bas mencari bas 99A..
Sesampainya kami di Eyup , kami Nampak ramai org berkumpul di Kawasan ni.. kecut perut jugak takut depa ni buat tunjuk perasaan ka apa ka….sambil depa bertakbir sambil depa berjalan berkumpulan… ish mmg la hati Mak Iti risau.
Kawasan Eyup menjadi sgt meriah dgn
ramai nya manusia berkumpul gerai2 jualan pun banyak tak mcm haritu yg Mak Iti
p. Walau apa pun depa x mengganggu org
lain di sekitar situ, Mak Iti meneruskan membeli tudung2 yg di kirim2 oleh
teman2 Mak Iti di Malaysia.
Ok dah selesai membeli dah jom balik…
kami balik dan berenti makan di restoren Puding Shop Lale.. Sedap jugak makan di
sini. Kami pun dh tak tau nak p mana… letih sama berjalan byk dh tadi… jom la
balik bilik tidoq hahahaha
Sambung esk ja la tu pun x tau nk p
mana dah hahahaa
~spice bazaar ~
29 JANUARY
2018
Kami lewati hari2 terakhir di sini
dgn hanya berjalan sekitar Kawasan berdekatan…Harini kami menaiki tram dari Beyazit
nak ke Eminonu saja nak jalan2 dalam Spice Bazar. Sampai di Spice Bazar, Dikmat
nak bagi makan merpati pulak… layan kan jer lah hehe.. kedai pun byk yg x bukak
lagi ..so kami hanya rehat minum Sahlep dekat satu kedai di dlm Spice Bazar
Gambar sahlep dan kedai
Okay siap.. Mak Iti habaq kt depa
..dr Spice Bazar ni boleh jer nak jalan kaki p Grand Bazar dan kami Berjaya
melaluinya hahaha sampai ke pintu keluar Grand Bazar kami pun terus membeli
Kofte utk buat makan tgh hari.
Balik bilik à
rehat . Petang tu keluar sat p melepak depan Blue Mosque dan Hagia Sofia saja
tgk sunset di situ … cuaca dah kurang sejuk sekarang ni…
Klik Klik sebelum balik hehe
~Blue mosque ~
30 JANUARY
2018
Dah nak hari last baru bawak depa p
masuk Masjid Biru.
Selesai habis ronda kami hanya jalan2
kosong sambil beli Sahlep lagi hehe
Kami hanya jalan tanpa arah tuju..
saja Mak Iti ajak family Mak Iti masuk Grand Bazaar saja cuci2 mata hahaha
buang masa dalam tu.
Ptg ni hanya lepak dalam apartment
saja sambil mengemas luggage kami utk persiapan balik esok.
~Nak balik
sudahhhh ~
31 JANUARY
2018
Lama sangat di bumi orang moh la kita
balik ke sarang…Terima kasih Adem owner Blue Eyes Suite yg membantu kami utk
airport transfer. Kami mintak dia arrangekan taxi biasa depan rumah ni..
rupa2nya dia suruh kawan dia guna keta dia drive bawak kami p airport…bayar
murah pulak tu… Alhamdulillah syukur
Menunggu time utk check out |
Dlm flight punya bising serupa market
hahaha duduk tak diam macam naik bas cap ayam. Last2 kepala Mak Iti jugak depa
sapu huh apa lagi… kena laaa sekepoi hahahaha… dan2 depa kata sorry sorry . Kah Kah… sekian sudah perjalanan Mak
Iti anak beranak ke bumi Turki. Kami selamat sampai ke Penang jam 9,20am di
mana kami terus p soru nasi kandaq kampung melayu laaaa hahahahah ketagih baq
ang
Apa2 yang mengguris perasaan dari penulisan Mak Iti ni..harap di maafkan la ya.. Mak Iti hanya menulis mengikut rentak jari jemari yg menaip di komputer ni
Salam sayang dari Mak Iti… sampai kita ketemu lagi di lain coretan..
Salam sayang dari Mak Iti… sampai kita ketemu lagi di lain coretan..
No comments:
Post a Comment