Wednesday, April 25, 2018

INDONESIA DARI KACA MATA MAK ITI


~indonesia dari kaca mata mak iti ~

    Alhamdulillah rezeki datang lagi menjemput Mak Iti untuk menjengah ke negara baru dalam list travel Mak Iti. Syukur kehadrat Allah memberi Mak Iti kesempatan ini utk menjejakkan kaki ke bumi Indonesia … tempat asal susur galur sebelah abah Mak Iti. Trip kali ini di sponsor oleh Boss kami …Terima kasih boss you know who you are. Semua expenses utk Hotel, Flight dan Transport di taja oleh Boss kami, Mak Iti Cuma perlu bawak duit poket saja utk makan dan berlibur.

    Trip kali ini adalah trip yang tak di rancang. As usual Cik Ein yg beria2 mengajak Mak Iti utk join trip ni.. so tiket semua dah di beli, pergi Bersama Air Asia dan pulang dengan Malaysia Airlines ( MAS ) .

  Tak perlu cerita Panjang tentang Indonesia kerana ia adalah negara jiran yg dekat tetapi Mak Iti tak pernah sampai hehehe, so ayuh mari kita ikuti penjelajahan Mak Iti ke daerah Bandung dan Jakarta. Psssst Mak Iti tukaq 2 Juta Rupiah jaa hahaha bajet bajet 😁😁😁😁


~Penang ->jakarta-> Bandung ~

10 April 2018 

    Pagi ni Mak Iti di hantar oleh encik suami ke P.I.A (Penang International Airport) chewah… Thank you Encik Suami Ti Amo sebab bagi Mak Iti peluang untuk bercuti dan berehat seketika dari tugasan seharian. Kami breakfast dulu di Oldtown White Coffee… Mak Iti hanya makan roti bakaq dan air suam haha nak fly x leh makan macam2 satgi atas flight nak makan lagi kakakaka…


Tenkiu Encik Suami bagi i cuti berehat 5 hari 😘😘😘

Jom breakfast dulu 
    Ok tak payah beratoq nak check in sbb Cik Ein dah check in online semua dan print siap2 dh semua. Kami Cuma perlu print luggage tag ja… tu pun beli 25kg share ramai2 haha maklumla time nak p ni mmg beg depa ringan2 belaka … sbb tu balik depa pilih naik MAS sbb free 30kg haha bijak2 sungguh idea depa ni. Mak Iti mengikut saja sbb Mak Iti bukanla nk shopping sangat just nk rehatkan minda saja sambil ikut org.


   Dah letak semua beg, kami berposing satu kumpulan (2 daripada ahli Jemaah ni Mak Iti baru ja kenai masa kt airport ni..hehe ) Tapi Alhamdulillah semuanya baik2 belaka…geng masuk ayaq boleh gu ja semua



    Alhamdulillah flight tak la penuh sangat, so Mak Iti pindah p duduk dgn Cik Ein…Wahhhhhh lawa2 nya pramugari Air Asia Indonesia ni… terbeliak mata Mak Iti tgk hahaha. Hehe macam jakun pulak padahal bukan la x penah dok naik Air Asia Mak Iti ooooi… tak lama lepas tu kami pun di hidangkan dgn Nasi Lemak Pak Brahim yg Cik Ein dh order masa booking tiket dulu.



                                  Jom makan dulu…



     Lepas makan lena p seround dulu sbb rasa mengantuk sgt..kebetulan petang semalam balik keja pun dh lewat sgt lps tu bangun awai pagi..so masa ni la di ambil peluang nk lena pun hehehe


    Alhamdulillah flight 2jam setengah kami dari Penang ke Jakarta dah nak sampai… kami di beri Arrival form untuk di isi siap2 dan serahkan pada pegawai di airport nanti. Wahhh cantik nya airport baru Jakarta. Cik Ein kata airport lama dulu kayu2 ja… rezeki Mak Iti la Nampak gayanya sampai di airport baru ni…

Gambar2 di airport Jakarta masa arrival.




   Rasanya punya lama jalan tak sampai2 lagi hahaha last2 kami naik jugak la kereta comel kt airport ni hahaha .Orang pun tak ramai sangat haih..rasa aman kt airport. 







Okay plan kami sesampai nya di Jakarta kami akan di jemput oleh Pak Dhani Tour langsung ke Bandung. Nama Cik Ein dah terpampang kt arrival hall tu kami pun terus p kt pak supir yg menunggu kami. Dia membawa kami ke van yg di sediakan hahaha mmg la kami hanya berenam tapi beg nya mcm 10 org hahaha..last2 terpaksa la org yg duduk belakang tu berimpit dengan beg2 kami.. Mak Iti sebab paling besar antara semua kena la duduk di depan sekali dgn pak supir.


     Pak supir kami Namanya Ilham… rasa nya muda lagi lewat 20an atau awal 30an. Diam ja dia x banyak cakap maybe segan.. jalan udah mula macet (aceh ceh… macet tu jem hahaha Mak Iti pun baru dok belajar jaaaa)
Masa kt area town ok lagi x la jem sangat..Jakarta tak ubah macam Kuala Lumpur.. macam Ampang, Damansara ja Mak Iti tgk. 


Bila masuk saja highway nak p Bandung fuhh… pening Mak Iti tgk dok ada berapa line depa ni buat pastu jarak antara satu keta dgn satu keta ish punya la dekat ada kot 3-4 inchi. Kami dok tanya Ilham takdak wifi ka dlm van ni hahaha… last2 dia share hotspot apa lagi semua pakat bukak wifi laaa dok update sana sini hahahaha….

   Agak dah dua jam dlm van,Ilham berentikan van di R&R depa.. katanya utk makan ..dia tidoq ja dlm van manakala kami semua turun makan. 

Mak Iti Mencuba Jus Alpukat a.k.a Avocado sedap jugak lemak2 rasa dia x manis pun tp oklahh sedap..Mak Iti just order nasi putih dgn ayam goreng black pepper utk alas perut smpi Bandung nnt. 




   Selesai makan kami pun bergerak semula ke destinasi utama… Jalan masih jem dan makin lama makin sunyi pulak van ni… Laaaaaaaaaaa depa tidoq rupanya haih… Mak Iti mmg tak laa nak tidoq gila kot kalau jadi apa2 mampuih dh la Mak Iti yg dok di depan sekali ..so mati2 Mak Iti gagahkan jugak berjaga ni sampai pening2 kepala Mak Iti… hehehe

    Akhirnya ternampak jua signboard Bandung…wahhhh tenang nya Kawasan ni, Kawasan berbukit. Masa kami sampai ni dah nak petang dan kabus dah mula menyeliputi awan dan Kawasan berbukit. 



Kami sampai di bandung dan tempat pertama Ilham bawa kami ke Gedung kain sulam. Apa lagi depa pakat borong la kain2 sulam tu, Mak Iti hanya ambil sepasang hanya utk Mak Iti pakai sendiri. Bukan apa alang2 dah sampai kan nak la jugak ambik satu buat kenangan. 



        Seterusnya Ilham membawa kami ke kedai kain lace sebab Tehah nak beli lace utk majlis nikah dia nanti. Time tu kepala Mak Iti dah sakit ya amat, berdenyut2 mmg tak boleh tahan dah.. Mak Iti dok diam ja time tu atas sofa sambil menunggu depa dok shopping. Selesai shopping , Ilham kata boleh p makan dulu kt kedai depan kedai lace ni. Masakan padang. 1st time Mak Iti nk try masakan padang.. hehe boleh laa lapaq kan so makan ja laa.
    
     Dah jom check in, kami bermalam di DPalma Hotel Bandung. Oklah hotel ni just utk tidur kan janji selesa dan cukup kelengkapan semua. Time tu dah pukul 12 tgh malam, esok pagi pukul 8 nak start gerak dah.. so malam ni lepas bersihkan diri, Mak Iti terus ZzzZZzzz tak tunggu kiri kanan dah hahaha daaaaaaaa sambung esk pagi ye.

Psst: Gambaq hotel pun tak dan ambik letih hahaha

3 comments: