Tuesday, October 3, 2017

ROMA, ITALIA

Rome, Italy Part 1
17 Dec ~ 19 Dec 2016

              Seawal pagi kami sesudah breakfast kami pun bergerak ke train station untuk ke final destination kami di Italy iaitu Rome atau Kota Roma.
              Mai kita ambil tahu serba sedikit tentang Rome. Sebuah perabadan yg terkenal di dunia, penuh dgn sejarah dan jugak telah di perkatakan di dalam Al-Quran di dalam surah Ar-Rum yg mengandungi 60 buah ayat. Sila lihat terjemahan surah Ar-Rum di sini à http://www.quran30.net/2012/08/surat-ar-ruum-ayat-1-60.html . Salah satu petikan ayat Al-Quran di dalam surah Ar-Rum :

Surah Ar-Rum Ayat 42
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.
 
Lagi petikan daripada surah Ar-Rum tentang kembara di bumi Allah 
            Oleh itu betulkan niat… mengembaralah kerana Allah, Allah menggalakkan kita menggembara utk melihat apa yang telah di tinggalkan oleh umat terdahulu, utk kita mengambil iktibar. Tidak Allah cipatakan sesuatu itu dengan sia sia.  Ok jom kita sambung cerita perjalanan Mak Iti dan En Suami ke bumi Roma ini.

                     ROMA ( dalam Bahasa Italy) adalah sebuah kota di Italia dan terletak di Region Lazio. Kami sampai di Rome lebih kurang pukul 11 pagi dan terus keluar mencari Hotel Piram utk check in. Mak Iti jugak dah order Nasi Lemak Rome (maklumlah dah dekat 2 minggu x kena nasi lemak hahaha). So sementara menunggu nasi lemak delivery kami pun check in. Biasanya urusan check in depa pukul 2pm atau 3pm ..so kami tinggalkan beg kami di sebuah bilik khas di lobby. Kami decide nak naik HoHo bus tu dulu nk ronda seluruh Kota Roma dulu dgn bas , dan lepas tu baru nk explore dgn jalan kaki. Kami beli tiket bas HoHo tu dekat Kiosk tepi jalan ja… pilih ja nk syarikat mana yg nak sbb ada byk jenis bas..
                Jom kita ronda2 dgn bas dulu… so semua gambar2 ni di ambil dari atas bas. Nasi lemak Mak Iti suruh dia hantar pukul 2ptg , dan la Mak Iti nak ronda2 sat dlm bas sbb x leh check in lagi kan. 









                      Habis ronda dgn bas, kami pun balik ke hotel, actually tiket HoHo bas tu valid utk 1 hari, so kalau nak sambung petang nnt pun x dak masalah. Lps naik ke bilik …Mak Iti dpt whatapps dr owner Nasi Lemak Rome bgtau kata nasi dh smpi… kami order 5 bekas habaq hang …hahaha Mak Iti order nasi lemak biasa ja… satu bekas Euro 5 kau hahaha.. kalau kali duit kita hehehe kira satu bekas jatuh RM20 laa so 5 bekas = RM100 utk nasi lemak saja… apa nak kata weh… kempunan nasi lemak… pejam mata beli saja laaa hahaha. Tapi sayangnya adik tu dh berniaga di Rome, lepas Mak Iti balik Malaysia beberapa bulan tgk update dlm IG dia dh berpindah ke Abu Dhabi atau Dubai atas urusan kerja. So sapa yg pegi Rome next time buat sendiri lah ya nasi lemak tu hehehe…. Meh tgk gmbq kami posing dgn nasi lemak Rome
Nasi Lemak Rome....kau hado ? hahaha


Cari apa tu boss?? 

Dah ready nk jalan lps pekena nasi lemak hahaha
                                Lps makan dan rehat sat, kami decide nak p Colosseum naik bas HoHo dan stop di situ  utk melihat sekitar sebelum masuk ke sana esk nya. Sempat jugak la kami ambil gmbr kt situ. Manusia punya ramai x payah habaq laa mmg situ tumpuan pelancong kan. So lps posing sikit kami decide nak jalan kaki balik ke Hotel hehe. Nah belanja gambaq posing2 kami hehe
Sorang pegang Camera sorang pegang Hp













Dari cerah smpi ke gelap punya jalan..last2 Mak Iti x larat dah..habaq kt En Suami.. dok pujuk dia jom la naik bas tu balik kat mana2 punya stop hahaha… kami pun p stop yg ke berapa tak tau.. .naik balik bas tu. Masa dia berenti kt Vatican City pun stop ..sempat la Mak Iti ambik gambar dr atas bas Castel Sant'Angelo ni… utk masuk ke Vatican kena cross “Jambatan Malaikat” depa panggil laaa atau dalam Bahasa Italy  Ponte Sant'Angelo.

Ni la Jambatan tu.... belakang tu Castle dia la




                  








Jalan kaki dari Colosseum..masa ni dok pujuk dh en suami haha carila bus stop 










              Alright  dh smpi last stop..dekat dgn Roma Termini (Terminal train/bas).. Kami decide nk dinner ja kt situ… Punya la banyak choices kedai makanan Halal, kebanyakkan di usahakan oleh orang India, Pakistan, Bangladesh & Turki. Jadi jika anda ke Rome atau mana2 daerah besar di Italy makanan Halal bukan la satu masalah utk anda ya. Jom tgk dinner kami mlm tu.

Pizza cucuk Fries hahaha...balun saja lah...


Badan pun dh letih…lps makan blk bilik sucikan diri dan ZZZZzzzzzzZZZZ hahaha

Sambung in the next entry Rome Part 2


Monday, October 2, 2017

Firenze vs Pisa Centrale

Florence / PISA 16 Dec 2016

Dah lama Mak Iti tinggalkan blog ni sejak last update pasal Venice, trip Mak Iti pun dah nk sampai setahun ni hahaha mood menulis dah lama hilang ke laut… Jenuh dok panggil balik mai.. dia tak mau balik jugak…
Harini Mak Iti gagahkan diri jugak sebab baru2 ni Mak Iti menerima kunjungan dan beberapa pertanyaan tentang trip Balkan Mak Iti dalam blog ni.. So Mak Iti fikir2 baiklah Mak Iti terus menghabiskan coretan trip Italy Mak Iti yg lalu…

16 Dec 2016 – Florence – Pisa Centrale – Florence

            Alhamdulillah dah cekap Mak Iti dan encik suami dok naik Trenitalia ni hahaha , So kami pun macam biasa.. naik train jenis Frecciargento utk ke Firenze Santa Maria Novella (FSMN) – Nama Train Station tu

             Tiket mcm biasa , kami beli sewaktu smpi di Venice haritu. Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih utk ke Florence. Setibanya kami di Florence kami teruskan berjalan utk check in di Hotel. Alhamdulillah Hotel Aurora terletak betul2 di belakang train station ni. Terima kasih booking.com.
Aurora Hotel... convenience hotel for me & my husband. 
             Mak Iti book hotel semua berdasarkan jarak kedudukan hotel dan train station, kebanyakkan hotel yg Mak Iti pilih kali ni semuanya dekat dgn train station.
Setibanya di reception kaunter Hotel Aurora , kami berurusan utk check in dan terus naik ke bilik. Memandangkan masa kami sangat terhad, maka kami cepat keluar balik utk explore Florence.
Tapiiiiiiiiiii dek terkenangkan permintaan anak Mak Iti yg sulung tu… kami x jadi nk explore Florence.
                Anak Mak Iti tu pesan kalau p Italy … p lah Menara Condong tu ambik gambaq… dia nak tengok …haih la anak… lps Mak Iti dan en suami berbincang, kami pun cepat2 p dekat train station tu… kami beli open ticket utk ke PISA Centrale… Hehehe ni 1st time kami try beli open ticket dari kaunter.

Haaaaaaaaaa sila pastikan anda validate dulu ya Open ticket ni sebelum naik train ya… kami pun p cari pegawai yg bertugas dekat2 train ni tanya sbb platform dia mcm pusing2 haha (sebenarnya tak tau dok buat alasan pusing2 hahaha)
Inilah regional train depa... 

             Alhamdulillah dah jumpa train, terus naik … masih lagi perkhidmatan under Trenitalia Cuma train ni lebih kepada keretapi biasa… harganya jauh lebih murah.. perjalanan memakan masa dlm 45 min utk smpi ke Pisa. Anak punya pasai… kami p la jugak

            Sesampainya kami di Pisa, perut dh bunyi…gila lapaq kot haha dr Venice tadi just mkn croissant depa tu laaa… keluaq dari train station, kami Nampak ada kedai Turki..so singgah la mkn di situ. Nasi dia mak aii punya banyak. Lepas mkn ja kami pun bertanya kat tokey kedai tu mcm mana nak p Pisa.. dia explain tp x berapa faham… haha pastu mai satu student negro ni dia la tolong bg direction kt kami. Dia kata naik bas LAM Rossa bayar 2 Euro sorang pastu bas tu akan berenti betoi2 dekat PISA. Dia kata kalau nak jalan padaaaaaaa jugak laaa ( hahaha pandai negro tu noo cakap utara) TQ adik… kami pun naik la bas tu … syok jugak la rasa mcm local kan … dan sampai la kami di Menara PISA.
Lapaq...nasi ni la kami mkn kt kedai Turki tu

LAM Rossa... bas ni laaa

               Posing la kami berdua kat situ … mmg x ada apa pun nak masuk dlm kena beratoq panjang..so kami just pusing2 area situ …ada jugak terserempak dgn org kita ni… mak aiiii sombong pulak depa… buat2 tak pandang..adoi laa macam2 ragam org kita ni bila kt luaq negara… P/s – tak payah la nk sombong2… jgn rasa diri tu di atas sgt…. Org lain pun boleh p jugak aih..walaupun tak kaya macam hg ☹. En suami Mak Iti bengang la dgn mamat yg dia try nk senyum tp mamat tu buat bodo ja.. hahaha Mak Iti bgtau dia benda tu perkara biasa laaa.. Org kita (bukan semua laa) bila kt luaq berlagak sikit.. Mak Iti pun cerita la experience Mak Iti kena masa kt Grand Bazaar Istanbul dulu… makcik tua tu Nampak kami buat muka pulak…. Dalam hati Mak Iti kata …mcm la kami nak minta duit kt dia hahaha

Meh layan pose2 Mak Iti di Pisa hahaha... #jangankecamnaa 😁😁😁






Love u Mr Photographer 😘 






Zoom in puncak menara Pisa
                
                Oooi dah melalut ni, haaaaaa Mak Iti nk cerita pasal Bangla2 yg kat Italy ni… punya la ramai Bangla kt sini depa bukak kedai juai souvenir, pastu ada sorang ni dia Nampak ja Mak Iti dia tanya dari Malaysia ka? Bila kata ya saja.. terus dia kata “ Yaaaaaa Orang Kampung"  sentap mak hahahaha. Rupa2nya dia pernah keja di Malaysia 8 thn , sekarang dia keja di Italy ada business sendiri lagi siap dpt PR Italy lagi..Fuhhhhhh . Rajin sungguh org2 Bangla ni..mmg depa cari rezeki sungguh2. So Mak Iti pun shopping la souvenir kat kedai dia…dpt la beberapa free gift hehe itu lah jgn sombong dgn org… klu x sombong murah rezeki kan 😜😊 . Sebelum kami berlalu sempat jugak dia pesan kt kami supaya hati2 dgn perempuan Gipsy… depa ni biasanya seksi2 akan mai cakap dgn kita… lps tu akan ada kwn depa yg lain mai seluk saku.. x pun depa menipu… tu la keja depa.. Bangla tu pesan lagi.. jgn layan ja…jaga beg, jaga passport. Baguih sungguh terharu rasa Mak Iti. Dia pun bgtau la nk tunggu bas kena lintas jalan kt sana.
                
                 Sooo adventure kami bermula di sini hahaha… setibanya kami di Pisa Centrale Station..dan lagi dok posing2 kt station bas… buat kenang kenangan… ( kalau kt penang ni ya ampun… x laa Mak Iti nk posing kt stesen bas oooi) lps tu baru gehgeh nk p cari tiket balik p Florence. Kami beli open tiket lagi, lps tu kami tanya pegawai tu.. train ada pukul brp, dia kata 4.30… “ you have 10 minutes to go” alamak… dia kata kalau terlepas yg ini hg tunggu la lagi pulak… dh la platform kat belah sana… zassssssss kami berdua berlari2 tak cukup kaki nk kejaq masa… sila maklum ya 10 minutes depa x sama dgn 10 minutes kita sbb org depa mmg jalan lajuuuu ya amat. Kekekeke bila terkenang balik memang lawak gila laaa… muka cuak kami dua2 ekoq lari2 dlm train station tu dok cari platform… hahaha tp Alhamdulillah sampai jugak kami dan sempat jugak kami naik train 4.30ptg tu fuhhhhhhhhhhhhhhh. Ni la beza beli Open ticket dan ticket yg telah di booking. Lagi satu sila sila sila Validate tiket anda sebelum naik train ya… sbb di tengah jalan nanti , ada conductor tiket tu mai check tiket hangpa naaaaaa…

                   Mak Iti dan En Suami dh ambik seat semua dan masa conductor tu mai check tiket kami …semua OK Alhamdulillah… tp bila ada 1 group Mat Saleh ni… (Nampak no manners depa ni sbb dr tadi dok bising dan mcm berlagak ) dok buat kejora bila conductor ni minta tgk tiket, depa bg tiket yg tak di validate. Apa lagi depa kena la ceramah kt situ… dan depa kena bayar denda ya la la tu jugak. Utk pengetahuan, di sana depa x kira na kita ni tourist ka apa ka… rules is rules… don’t you ever try to make fools with it
Chewaaaaaaaah hahahaha!!!

                    Kami pun selamat sampai balik di Florence… niat di hati nak naik ja bas HoHo tu ronda Florence sbb dh x dan nk explore, tp di sebabkan musim Winter dan bas last pun pkl 6pm mana nak dan dah oooi…. Putih mata laa Mak Iti nk ronda bandar Renaissance ni…  As usual kami cari train utk beli tiket esk ke ROME. Destinasi terakhir kami di Italy kali ini ialah ROME. Mengada2 nk try train lain selain Trenitalia haha ..kami beli tiket dari syarikat ITALO (high speed train warna Merah Ferrarri tu) haaaaa ambik kau total Euro 108. Encik suami klip pok klip pok jaaa huhuhuhu maaf ye bang…  
OK tiket done lani nk blik tidoq. 
Nindia tiket kami hahaha Euro108 total 



                   Kami pun balik ke bilik dan bersih kan diri setelah seharian di luaq… Malam tu Kononnya nk mkn di satu restaurant yg Mak Iti tgk ada geng travelers cadangkan… tp tutup pulak… Winter kot tutup awai… aku kuciwa daaaaaa… kami pun pusing2 last sekali balik ke bilik …..beli ayaq kopi kat mesin di lobby tu ..lepak2 lobby, beli roti dekat pasar raya depa …blk bilik tidoqqqqqqq

                   Esk pagi2 tu kami p breakfast dulu kt hotel..mcm biasa kami akan order Cappuccino… ya rasa asli Cappuccino Italy mmg sedapppp..padahal Mak Iti bukan lah penggemar Kopi… tp di sini boleh pulak asyik2 order ayaq tu saja hahaha.
Usai breakfast kami pun balik ke bilik… buat video call dgn anak2 …then siap2 utk check out.
Ada org tu sibuk ...nak tgk org tgh bersiap hahaha


simple breakfast 

Our Breakfast

Florence Morning View from our room


Beg kami ...yg ini jer

Firenze Train Station 


Depan pintu Hotel Aurora, Florence

Inilah Train Italo tu hehehe
                  Train kami ke Rome akan mengambil masa dlm 2 jam lebih… melepak di train station sementara menunggu masa berlepas dgn High Speed Train tu hahaha
Masa yg di tunggu telah pun tiba… mmg x puas di Florence.. sbb tak sempat explore langsung. In Shaa Allah kalau ada umur yg panjang dan rezeki  yg lebih nak la jugak singgah balik ke sini…
                                    Bye Florence~~~ Kami nak p ROMA pulak
CHIAO


p/s : gambaq dlm external hard disk lagi .. nnt Mak Iti Free Mak Iti boh naa
Coretan Florence Pisa ni pendek ja sbb masa tu terhad x lama di sana... 
                                     
                                       Jom p bercinta di Rome pulak 👫💖