Wednesday, June 27, 2018


~Jakarta dan shopping berpisah tiada ~

13 April 2018 

Maka pagi ini bermulalah kisah shopping sampai lebam makcik2 peniaga online sekalian..


Pagi ni kami bangun awai2 breakfast di Hotel sebelum menggerakkan kaki melangkah ke Tanah Abang. Mak Iti actually tak la teruja mana pun … just follow the flow kan depa nak shopping kita ikut saja laaa… Makan dulu… sarapan nasi goreng dulu dgn just buah naga sedap jugak











Yeah ayuh mari kita ayunkan gerak langkah kaki…jarak dari Hotel ke Tanah Abang tak la jauh mana… so 10 minit dah sampai di situ .. 


Tempat pertama depa tuju ialah tempat kain lace. Tegar sungguh Mak Iti tengok depa berniaga… mmg sakan.


Tanah Abang ada beberapa block, dan bertingkat2 ( dah lupa berapa tingkat dia ada) hahaha Haih naik lenguh jugak kaki melangkah dan berpeluh jugak laaa
Hahaha ambik hang.. ni la 1st time Mak Iti ikut geng peniaga online shopping sakan.. tak terdaya Mak Iti nak ikut depa .. Mak Iti Cuma ronda2 mencari tas tangan untuk Mama Mak Iti, Kasut bola utk Awang kenit Mak Iti , Jubah utk anak dara dan Beg duit kulit utk En Suami di rumah. Done… Utk Mak Iti ada lah selai blouse, dan rohsia laaa mana leh habaq beli apa hahahahaha




Dah letih tak sangga.. kami naik ke foodcourt utk lunch .. dan ini jugak pertama kali Mak Iti makan Nasi Ayam Penyet… eh sedap pulak rasa dia hahahaha yg sebetulnya yg sedap itu sambal ijo nya… aym goreng itu sama saja rasanya.



Setelah selesai makan Mak Iti bersuara nak balik ke bilik utk mandi dan rehat sbb dah tak terdaya… dan Kak Ta pun cakap dia nak balik legaaaa… so lepas kami makan kami turun ke tingkat 2 ronda sat tengok blouse then kami balik ..hahaha balik pakai Map utk tunjuk jalan haha sbb Mak Iti dah pening tak tau jalan balik

Haaa..utk roaming Mak Iti ada beli DIGI 3 day internet RM25 tu.. jadilah utk Mak Iti gunakan internet waktu kecemasan dan utk wassap dgn kawan2 semua… depa hat lain beli simkad Indon.. tapi Mak Iti tak hehehe

Lega bila sampai blik… mandi dan lepak2 dalam bilik… depa nun balik petang dah hahaha malam pulak depa ajak kluaq lagi ronda2 ..hahaha Mak Iti tolak laaa tak mau p sbb rasa tak larat gila dgn esk pagi nak gerak balik dah.

Depa kluaq jugak… depa beli K.teow goreng utk Mak Iti punya la belambak satu bekas tu.. hahaha Dah makan … tidoqqqqqq


~Ayuh pulang ke sarang ~

14 April 2018 

Lega rasa bila pagi dok teringat nak balik.. Mak Iti tak berapa selesa di Jakarta… keadaannya sangat macet …fuh dari tingkap bilik dh boleh tengok dan dgr hon sana sini… Ok pagi ni bfast siap2 lps tu depa p jugak shopping lagi sekali… dan Mak Iti hanya balik ke bilik lepas bfast.











Kami check out dalam pkl 1, sebab depa balik pun dah 12.30…terlajak shopping la tu. Dan lagi berselfie sakan dekat lift hotel hahaha


Kami try guna Grab car… malangnya 3 kali kena reject alasanya… terlalu macet… keta tak boleh lalu jalan tu… kami panik dah … Fatihah yg booked grab awai dh dapat.. tp dia pun menunggu dekat sejam jugak baru keta sampai.
Last choice kami terpaksa minta khidmat hotel utk arrange airport transfer.




Muka masing2 yg gelisah menunggu transport datang huhuhuhu

Malangnya perkhidmatan hotel jugak tergendala kerana macet banget!!!! Arrrggg tension dah Mak Iti…huhuhu macamna nak smpi airport ni… flight pukul 6.
Kalau nak ikut tu jarak antara Hotel dan Airport tak la jauh mana tapi di sebabkan jem yg teramat teruk dalam  seumur hidup Mak Iti tengok membuatkan jalan sampai di tutup dan keta tak boleh lalu…huhuhu..
Kami di minta bersabar dan menunggu pak supir hotel datang.. katanya sejam … tapi dah lewat dari sejam ni tak sampai2 lagi huhuhu ..

Beli ayaq kotak bg hilang gelabah


Pak supir kata jarak dia dgn hotel dah dekat tapi sebab jem keta tak boleh gerak. Maka kami ambil keputusan utk berjalan p dekat dia… hahaha mujoq beg tak banyak hahaha
Dah selamat dok dlm keta..hahaha ingatkan boleh gerak rupanya x gerak jugak… sampai la pak supir tu buat german… dia naik atas divider nak p hala belah sana hahaha ngeri kot …


Di sini Mak Iti belajar sesuatu.. sbb penduduk nya yg miskin mereka sanggup melakukan apa saja pekerja utk mendapatkan duit. 3 kali kami di minta oleh pak supir duit utk di beri kepada penjaga haluan jalan raya… mereka bukan polis… tpi mereka ada rakyat tempatan yg sengaja menutup jalan.. dan hanya akan membuka jalan jika anda membayar mereka hahaha sempoi nooo …

Alhamdulillah setelah bermacam rintagan kami lalu akhirnya kami Berjaya meloloskan diri dari kesesakkan yg amat sangat… fuhhhhhhhh legaaaaaaa




Akhirnya kami sampai di Airport… check in dan makan dulu sebelum berangkat balik…












Begini lah kisahnya perjalanan Mak Iti di bumi Bandung dan Jakarta.

Flight kami sampai di Penang jam 11.30 malam.. Mak Iti lepas tapi rakan peniaga online Mak Iti kena tahan laaa sbb beg lebih muatan. So dia kena la bayar sejumlah wang untuk kastam clearance.

Sekian  lah kisah Mak Iti untuk trip ini…

Next trip Mak Iti lambat lagi January 2019 nun… tungguuuuuuuuuuuuuuuu





Sunday, June 24, 2018

~kawah putih sebelum balik ke Jakarta ~

Huh dah lama Mak Iti berenti menulis...maklumlah bila mai angin malas lepas tu bulan puasa lepas tu Raya lagi hahaha bertambah2 kemalasan nk menulis tu..
Memandangkan harini 1st day masuk opis.. dok lemau cuti tak habis lagi meh la Mak Iti nak sambung menulis kisah 12 April lalu kenangan di Kawah Putih dan sepanjamg jalan balik ke Jakarta. Harini dh 25 Jun dh 2 bulan baru nk tulis balik kekeke….

12 April 2018 

Kami bangun awai sbb Ilham kata nk kena gerak awai kalau tak sampai Jakarta lewat. So pagi ni bangun awai2… breakfast siap2 dan check out.


Kami di bawak ke Pasar Baru dulu habuan last shopping makcik2 sekalian alam.
Mak Iti as usual mmg la tak akan aku shopping2 ni haha.. Cuma nya Mak Iti niat nak membeli minyak angin aromatherapy yg Agnes Monica jadi duta tu.. hehe.
Fresh Care… ni la dia klu kt tmpt kita depa juai dlm sebotol RM7-RM10. Kat sana Mak Iti beli bundle satu kotak terus hahaha..



Sesampainya kami di Pasar baru, Ilham bgtau awai.. jgn lama2 ya kak nanti tak sempat ke Kawah Putih. So kami semua berpakat pkl 12.30 kena siap dh semua.
Bagi Mak Iti Pasar Baru ni tak ubah macam Pasar Payang @ Pasar Siti Khadijah Cumanya dia bertingkat2 mmg byk kedai la nak masuk.. Kami di serahkan kepada seorang lagi Supir yg bertugas menjaga kami sepanjang kami di Pasar Baru. Wah.. siap ada bodyguard baq ang .. haha oklah kami pun ikut la “Horlicks” nama supir kami tu tak tipu hehehe…
Mak Iti ada bagitau dia nk beli Fresh Care, dia cakap nnt dia tlg belikan sbb yg kat atas tu mahal. Haih tau2 la mai dgn geng shopping kan.. jenuh la kita menunggu depa… depa beli barang utk niaga kita ni nak niaga apa ..habuk pun x dak Kikiki..

Tiba2 Mak Iti terpandang tudung ala2 knitted yg jual atas Giant Bayan Baru tu RM50 selai.. hah terkejut tgk harga dia sini apa lagi angkut laaaaa beli 2 lai lagi 2 lai beli utk kwn opis Mak Iti. Modal x cukup so Mak Iti hanya beli tudung UMAMA dlm 5 helai saja habuan nk test market… ( mana nak tau tudung tu laku keras kot lepas balik mai sini huhuhu juai kt org opis laku….)







Masa yg di tentukan dh smpi Horlicks la tlg bwk brg2 kami semua… ala Mak Iti lupa ambik gambaq Horlicks.  So x leh nk menempek kt sini laa muka dia.
Bila dah ramai2 ni tau2 laa.. ada yg lambat ada yg cepat, ada yg hilang p tang mana pun tak tau hahaha.. ni la cabaran dia travel dgn peniaga online hehehe
Kami Cuma sempat beli air jus (macam air buble tu) utk bekalan di dlm van. Masa nak naik van tu..pengamen2 jalanan terlalu la ramai… ada yg mengendong anak sambil meminta2, ada yg menyanyi2 sambil merayu..tolong kak untuk anak dan isteri makan (sedih weih) semua terpaksa di tolak cara baik sbb agak bahaya di situ. Mak Iti cepat2 naik ke atas van dan ambil tempat duduk di belakang dgn Kak Shila.

OK dah jom mulakan perjalanan ke Kawah Putih… Goodbye Bandung.. kalau di tanya mau lagi ke sini..Of course Mak Iti mau kesini lagi… maybe nak bawak anak2 pulak.. sbb sini best selain shopping ya..

                       Bye Bandung Sampei Ketemu lagi ya

Let’s explore Kawah Putih.

Perjalanan ke kawah putih mengambil masa dlm 2 jam lebih jugak masuk jalan berbukit2 macam nak p balik pulau nun… pastu mmg jalan tak rata laa.. ala2 batu feringgi kona sana kona sini. Boleh muntah pada yg tak tahan..

Ni ada la video Mak Iti ambik masa dekat nak sampai sana


Berlokasi di Ciwidey, Jawa Barat, lebih kurang 50 KM arah selatan kota Bandung, Kawah Putih adalah sebuah danau yang terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha. Sesuai dengan namanya, tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Air di kawasan Kawah Putih ini juga akan berubah warna sesuai dengan kadar belerang yang terkandung mengikut suhu, dan cuaca.

Pemandangan cantik sekitar Ciwidey ini.. ada ladang , ada kolam air panas , penjualan buah-buahan segar tempatan byk di tepi2 jalan.. Sejuk jugak area sini sbb dia berada di kawasan pegunungan yang mempunyai ketinggian lebih dari 2.400 meter di atas permukaan laut. Dengan ketinggian tersebut, suhu udara di kawasan Kawah Putih agak dingin dengan suhu dari 8 darjah Celsius hingga 22 darjah Celsius.

Kami membeli tiket awai di pertengahan jalan…rupanya2 tiket2 hendaklah di beli awal bukan di pintu masuk Kawah Putih.. ( pembacaan Mak Iti di blog : http://anekatempatwisata.com/wisata-bandung-kawah-putih-ciwidey/# )

Dah udah… jom tgk Klik Klik Mak Iti and the geng di sini…





On the way nak ke tanah putih kena la menapak sikit ye....










Punya la lama kami dok posing di sini..
Haaa di sini jugak terdapat beberapa photographer mencari makan ya… depa akan ambik gambar kita guna DSLR dan menjual gmbr2 tersebut.. Mak Iti x beli pun.. cukup la guna HP OPPO ni hehe.. tp kasihan la kt depa ni.. mencari rezeki dengan pelbagai cara… Ada gak kwn2 Mak Iti yg beli beberapa keeping gambar dari photographer sini.






















Ok done posing tak hengat dunia… jom ke Jakarta… baru ingat lapaq nak makan… rupanya dh skip lunch… hahaha lani dh dinner ooi..
Dekat2 sini ada restaurant so Ilham bawak kami mai makan nasi dekat sini… pulun mau tak mau… tak hingat dunia punya makan weh hahahaha
Tau pun lapaq…
Ikan kaloi terbang 






Selesai makan , kami bergerak ke Jakarta..masa ni dah gelap. Apa lagi bila perut dh kenyang…. Pakat nak lena … ada yg kona baring ada yg melunjoq haha Mak Iti sbb dok sorang2 belah tengah ..apa lagi… tempat tu Ana yg punya laa haha tp lena pun x jerap… sat2 saja habuan letih badan ..

Sampai di Jakarta dah..fuh ngeri aih tgk Hotel kt Kak Ein booking tu… dah la dia kata klu x mau boleh cancel.. Mak Iti naik p tgk bilik huhuh menakutkan dgn awang hitam pun dok ada dlm hotel tu, pintu bilik mcm nak pecah ish… tak berani aku.

Mak Iti bincang dgn Kak Ein nk p tukaq hotel since dia tak charge lagi kt kad.
So tadi ada ternampak Hotel Juno dekat depan sikit.. kami pun decide nak jalan p ke depan sikit nk tanya kot2 ada kosong. Alhamdulillah ada kosong…. Hah lega la sikit dpt dok hotel Juno ni hotel pun Nampak elok, baru dan bersih.
Kami bergambar kenang-kenagan dgn Ilham dan kawan dia tu.. Kak Ein ada bagi tips buat depa berdua… Bye… Panjang umor jumpa lagi…
Terima kasih Ilham dan Ari 

Macet lagi ya malam2 pun

Bilik di Hotel Juno

Van yg bawak kami masa di sana



Selesai la urusan check in kami malam ni… jom tidoqqqqqqq