~kawah putih
sebelum balik ke Jakarta ~
Huh dah lama Mak Iti berenti
menulis...maklumlah bila mai angin malas lepas tu bulan puasa lepas tu Raya
lagi hahaha bertambah2 kemalasan nk menulis tu..
Memandangkan harini 1st
day masuk opis.. dok lemau cuti tak habis lagi meh la Mak Iti nak sambung
menulis kisah 12 April lalu kenangan di Kawah Putih dan sepanjamg jalan balik
ke Jakarta. Harini dh 25 Jun dh 2 bulan baru nk tulis balik kekeke….
12 April 2018
Kami bangun awai sbb Ilham kata nk
kena gerak awai kalau tak sampai Jakarta lewat. So pagi ni bangun awai2…
breakfast siap2 dan check out.
Kami di bawak ke Pasar Baru dulu
habuan last shopping makcik2 sekalian alam.
Mak Iti as usual mmg la tak akan aku
shopping2 ni haha.. Cuma nya Mak Iti niat nak membeli minyak angin aromatherapy yg Agnes Monica jadi duta tu.. hehe.
Fresh Care… ni la dia klu kt tmpt
kita depa juai dlm sebotol RM7-RM10. Kat sana Mak Iti beli bundle satu kotak
terus hahaha..
Sesampainya kami di Pasar baru, Ilham
bgtau awai.. jgn lama2 ya kak nanti tak sempat ke Kawah Putih. So kami semua
berpakat pkl 12.30 kena siap dh semua.
Bagi Mak Iti Pasar Baru ni tak ubah
macam Pasar Payang @ Pasar Siti Khadijah Cumanya dia bertingkat2 mmg byk kedai
la nak masuk.. Kami di serahkan kepada seorang lagi Supir yg bertugas menjaga
kami sepanjang kami di Pasar Baru. Wah.. siap ada bodyguard baq ang .. haha
oklah kami pun ikut la “Horlicks” nama supir kami tu tak tipu hehehe…
Mak Iti ada bagitau dia nk beli Fresh
Care, dia cakap nnt dia tlg belikan sbb yg kat atas tu mahal. Haih tau2 la mai
dgn geng shopping kan.. jenuh la kita menunggu depa… depa beli barang utk niaga
kita ni nak niaga apa ..habuk pun x dak Kikiki..
Tiba2 Mak Iti terpandang tudung ala2
knitted yg jual atas Giant Bayan Baru tu RM50 selai.. hah terkejut tgk harga dia
sini apa lagi angkut laaaaa beli 2 lai lagi 2 lai beli utk kwn opis Mak Iti.
Modal x cukup so Mak Iti hanya beli tudung UMAMA dlm 5 helai saja habuan nk
test market… ( mana nak tau tudung tu laku keras kot lepas balik mai sini
huhuhu juai kt org opis laku….)
Masa yg di tentukan dh smpi Horlicks
la tlg bwk brg2 kami semua… ala Mak Iti lupa ambik gambaq Horlicks. So x leh nk menempek kt sini laa muka dia.
Bila dah ramai2 ni tau2 laa.. ada yg
lambat ada yg cepat, ada yg hilang p tang mana pun tak tau hahaha.. ni la
cabaran dia travel dgn peniaga online hehehe
Kami Cuma sempat beli air jus (macam
air buble tu) utk bekalan di dlm van. Masa nak naik van tu..pengamen2 jalanan
terlalu la ramai… ada yg mengendong anak sambil meminta2, ada yg menyanyi2
sambil merayu..tolong kak untuk anak dan isteri makan (sedih weih) semua
terpaksa di tolak cara baik sbb agak bahaya di situ. Mak Iti cepat2 naik ke atas van dan
ambil tempat duduk di belakang dgn Kak Shila.
OK dah jom mulakan perjalanan ke Kawah
Putih… Goodbye Bandung.. kalau di tanya mau lagi ke sini..Of course Mak Iti mau
kesini lagi… maybe nak bawak anak2 pulak.. sbb sini best selain shopping ya..
Bye Bandung Sampei Ketemu lagi ya
Let’s explore Kawah Putih.
Perjalanan ke kawah putih mengambil
masa dlm 2 jam lebih jugak masuk jalan berbukit2 macam nak p balik pulau nun…
pastu mmg jalan tak rata laa.. ala2 batu feringgi kona sana kona sini. Boleh
muntah pada yg tak tahan..
Ni ada la video Mak Iti ambik masa dekat nak sampai sana
Berlokasi di Ciwidey, Jawa Barat, lebih
kurang 50 KM arah selatan kota Bandung, Kawah Putih adalah sebuah danau yang
terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha. Sesuai dengan namanya, tanah yang
ada di kawasan ini berwarna putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Air di
kawasan Kawah Putih ini juga akan berubah warna sesuai dengan kadar belerang
yang terkandung mengikut suhu, dan cuaca.
Pemandangan cantik sekitar Ciwidey
ini.. ada ladang , ada kolam air panas , penjualan buah-buahan segar tempatan
byk di tepi2 jalan.. Sejuk jugak area sini sbb dia berada di kawasan pegunungan
yang mempunyai ketinggian lebih dari 2.400 meter di atas permukaan laut. Dengan
ketinggian tersebut, suhu udara di kawasan Kawah Putih agak dingin dengan suhu
dari 8 darjah Celsius hingga 22 darjah Celsius.
Kami membeli tiket awai di
pertengahan jalan…rupanya2 tiket2 hendaklah di beli awal bukan di pintu masuk
Kawah Putih.. ( pembacaan Mak Iti di blog : http://anekatempatwisata.com/wisata-bandung-kawah-putih-ciwidey/#
)
Dah udah… jom tgk Klik Klik Mak Iti
and the geng di sini…
On the way nak ke tanah putih kena la menapak sikit ye....
Punya la lama kami dok posing di
sini..
Haaa di sini jugak terdapat beberapa
photographer mencari makan ya… depa akan ambik gambar kita guna DSLR dan
menjual gmbr2 tersebut.. Mak Iti x beli pun.. cukup la guna HP OPPO ni hehe..
tp kasihan la kt depa ni.. mencari rezeki dengan pelbagai cara… Ada gak kwn2
Mak Iti yg beli beberapa keeping gambar dari photographer sini.
Ok done posing tak hengat dunia… jom
ke Jakarta… baru ingat lapaq nak makan… rupanya dh skip lunch… hahaha lani dh
dinner ooi..
Dekat2 sini ada restaurant so Ilham
bawak kami mai makan nasi dekat sini… pulun mau tak mau… tak hingat dunia punya
makan weh hahahaha
Tau pun lapaq…
Ikan kaloi terbang |
Selesai makan , kami bergerak ke
Jakarta..masa ni dah gelap. Apa lagi bila perut dh kenyang…. Pakat nak lena …
ada yg kona baring ada yg melunjoq haha Mak Iti sbb dok sorang2 belah tengah
..apa lagi… tempat tu Ana yg punya laa haha tp lena pun x jerap… sat2 saja
habuan letih badan ..
Sampai di Jakarta dah..fuh ngeri aih
tgk Hotel kt Kak Ein booking tu… dah la dia kata klu x mau boleh cancel.. Mak
Iti naik p tgk bilik huhuh menakutkan dgn awang hitam pun dok ada dlm hotel tu,
pintu bilik mcm nak pecah ish… tak berani aku.
Mak Iti bincang dgn Kak Ein nk p
tukaq hotel since dia tak charge lagi kt kad.
So tadi ada ternampak Hotel Juno
dekat depan sikit.. kami pun decide nak jalan p ke depan sikit nk tanya kot2
ada kosong. Alhamdulillah ada kosong…. Hah lega la sikit dpt dok hotel Juno ni
hotel pun Nampak elok, baru dan bersih.
Kami bergambar kenang-kenagan dgn
Ilham dan kawan dia tu.. Kak Ein ada bagi tips buat depa berdua… Bye… Panjang
umor jumpa lagi…
Terima kasih Ilham dan Ari |
Macet lagi ya malam2 pun |
Bilik di Hotel Juno |
Van yg bawak kami masa di sana |
Selesai la urusan check in kami malam ni… jom tidoqqqqqqq
No comments:
Post a Comment