~Jakarta dan
shopping berpisah tiada ~
13 April 2018
Maka pagi ini bermulalah kisah shopping
sampai lebam makcik2 peniaga online sekalian..
Pagi ni kami bangun awai2 breakfast
di Hotel sebelum menggerakkan kaki melangkah ke Tanah Abang. Mak Iti actually
tak la teruja mana pun … just follow the flow kan depa nak shopping kita ikut
saja laaa… Makan dulu… sarapan nasi goreng dulu dgn just buah naga sedap jugak
Yeah ayuh mari kita ayunkan gerak
langkah kaki…jarak dari Hotel ke Tanah Abang tak la jauh mana… so 10 minit dah
sampai di situ ..
Tempat pertama depa tuju ialah tempat kain lace. Tegar sungguh Mak Iti tengok depa berniaga… mmg sakan.
Tanah Abang ada beberapa block, dan
bertingkat2 ( dah lupa berapa tingkat dia ada) hahaha Haih naik lenguh jugak
kaki melangkah dan berpeluh jugak laaa
Hahaha ambik hang.. ni la 1st
time Mak Iti ikut geng peniaga online shopping sakan.. tak terdaya Mak Iti nak
ikut depa .. Mak Iti Cuma ronda2 mencari tas tangan untuk Mama Mak Iti, Kasut
bola utk Awang kenit Mak Iti , Jubah utk anak dara dan Beg duit kulit utk En
Suami di rumah. Done… Utk Mak Iti ada lah selai blouse, dan rohsia laaa mana
leh habaq beli apa hahahahaha
Dah letih tak sangga.. kami naik ke
foodcourt utk lunch .. dan ini jugak pertama kali Mak Iti makan Nasi Ayam
Penyet… eh sedap pulak rasa dia hahahaha yg sebetulnya yg sedap itu sambal ijo
nya… aym goreng itu sama saja rasanya.
Setelah selesai makan Mak Iti
bersuara nak balik ke bilik utk mandi dan rehat sbb dah tak terdaya… dan Kak Ta
pun cakap dia nak balik legaaaa… so lepas kami makan kami turun ke tingkat 2
ronda sat tengok blouse then kami balik ..hahaha balik pakai Map utk tunjuk
jalan haha sbb Mak Iti dah pening tak tau jalan balik
Haaa..utk roaming Mak Iti ada beli
DIGI 3 day internet RM25 tu.. jadilah utk Mak Iti gunakan internet waktu
kecemasan dan utk wassap dgn kawan2 semua… depa hat lain beli simkad Indon..
tapi Mak Iti tak hehehe
Lega bila sampai blik… mandi dan
lepak2 dalam bilik… depa nun balik petang dah hahaha malam pulak depa ajak
kluaq lagi ronda2 ..hahaha Mak Iti tolak laaa tak mau p sbb rasa tak larat gila
dgn esk pagi nak gerak balik dah.
Depa kluaq jugak… depa beli K.teow
goreng utk Mak Iti punya la belambak satu bekas tu.. hahaha Dah makan …
tidoqqqqqq
~Ayuh pulang ke
sarang ~
14 April 2018
Lega rasa bila pagi dok teringat nak
balik.. Mak Iti tak berapa selesa di Jakarta… keadaannya sangat macet …fuh dari
tingkap bilik dh boleh tengok dan dgr hon sana sini… Ok pagi ni bfast siap2 lps
tu depa p jugak shopping lagi sekali… dan Mak Iti hanya balik ke bilik lepas
bfast.
Kami check out dalam pkl 1, sebab
depa balik pun dah 12.30…terlajak shopping la tu. Dan lagi berselfie sakan dekat lift hotel hahaha
Kami try guna Grab car… malangnya 3
kali kena reject alasanya… terlalu macet… keta tak boleh lalu jalan tu… kami
panik dah … Fatihah yg booked grab awai dh dapat.. tp dia pun menunggu dekat
sejam jugak baru keta sampai.
Last choice kami terpaksa minta
khidmat hotel utk arrange airport transfer.
Muka masing2 yg gelisah menunggu transport datang huhuhuhu
Malangnya perkhidmatan hotel jugak
tergendala kerana macet banget!!!! Arrrggg tension dah Mak Iti…huhuhu macamna
nak smpi airport ni… flight pukul 6.
Kalau nak ikut tu jarak antara Hotel
dan Airport tak la jauh mana tapi di sebabkan jem yg teramat teruk dalam seumur hidup Mak Iti tengok membuatkan jalan
sampai di tutup dan keta tak boleh lalu…huhuhu..
Kami di minta bersabar dan menunggu
pak supir hotel datang.. katanya sejam … tapi dah lewat dari sejam ni tak
sampai2 lagi huhuhu ..
Beli ayaq kotak bg hilang gelabah |
Pak supir kata jarak dia dgn hotel dah dekat tapi sebab
jem keta tak boleh gerak. Maka kami ambil keputusan utk berjalan p dekat dia…
hahaha mujoq beg tak banyak hahaha
Dah selamat dok dlm keta..hahaha
ingatkan boleh gerak rupanya x gerak jugak… sampai la pak supir tu buat german…
dia naik atas divider nak p hala belah sana hahaha ngeri kot …
Di sini Mak Iti belajar sesuatu.. sbb
penduduk nya yg miskin mereka sanggup melakukan apa saja pekerja utk
mendapatkan duit. 3 kali kami di minta oleh pak supir duit utk di beri kepada
penjaga haluan jalan raya… mereka bukan polis… tpi mereka ada rakyat tempatan
yg sengaja menutup jalan.. dan hanya akan membuka jalan jika anda membayar mereka
hahaha sempoi nooo …
Alhamdulillah setelah bermacam
rintagan kami lalu akhirnya kami Berjaya meloloskan diri dari kesesakkan yg
amat sangat… fuhhhhhhhh legaaaaaaa
Akhirnya kami sampai di Airport…
check in dan makan dulu sebelum berangkat balik…
Begini lah kisahnya perjalanan Mak
Iti di bumi Bandung dan Jakarta.
Flight kami sampai di Penang jam
11.30 malam.. Mak Iti lepas tapi rakan peniaga online Mak Iti kena tahan laaa
sbb beg lebih muatan. So dia kena la bayar sejumlah wang untuk kastam
clearance.
Sekian lah kisah Mak Iti untuk trip ini…
Next trip Mak Iti lambat lagi January
2019 nun… tungguuuuuuuuuuuuuuuu
No comments:
Post a Comment