Thursday, March 1, 2018

PART 2 : TURKI TRIP WITH FAMILIA



~RONDA-RONDA KOTA ISTANBUL ~
21 JANUARY 2018

     Alhamdulillah setelah selamat mendarat perkara pertama kami semua buat bila sampai ialahhhhhhhhhhhhh… mencari tandas di dalam airport hahaha.. Setelah selesai semua hajat.. basuh muka lebih kurang, tepek bedak secalit YES we are ready to Jelajah Kota Istanbul.
     Jom kita p kaunter nk stamp passport.. kali ni Pak Khalil punya passport lepas pulak tak dak masalah Alhamdulillah …tpi Adik Mat punya passport pulak… tak boleh baca pulak dah cip tu haiz… tpi takpa sat saja semua berjalan lancar… settle jom kita p ambik luggage pulak… lagi sekali Alhamdulillah bila beg semua sampai dgn selamatnya… Legaaaaaaaa
     Ok now jom cari nama Mak Iti di luar sbb Mak Iti arrange airport transfer memandang bwk anak2 kan.. so depa pun mesti penat dgn long journey depa tu ..kita kasi depa relax and enjoy dulu..

Sementara menunggu kereta sewa..selfie sat di IST Airport

          Nama dh jumpa.. kita tunggu sat utk kereta lagi satu.. ( Kali ni Kak Ein ikut jugak dgn family dia tpi dia hanya Bersama kami smpi Cappadokia nnt ja.. lps tu depa sekeluarga p Amsterdam pulak) Airport transfer dalam 40 minit perjalanan dan kami selamat sampai di Hotel faveret Mak Iti iaitu Beyazit Hans Suites . Thank you Azamat sebab arrange airport transfer dan memudahkan perjalanan kami.
Tu.. yg dekat keta putih tu Azamat laaa dia dok sambut kami sampai 
       Haaa nah tengok video Mak Iti termengah2 kerabat jalan batu2 depa haha lama tak mai tudia..dengan beg galas besaq naik bukit fuhhhhh memang mabeles laa

Macam biasa kami tak boleh check in lagi..so kena tunggu laa.. Azamat kata lagi sejam atau dua jam mcm tu baru bilik ready… maklum la kami sampai waktu pagi kali ni ..so bilik depa baru nak kemas laaa tak apa jom kita ronda2 area sini dulu.
       Masa ni Adik Mat dah start buat perangai dia ..letih gamak kot..last2 Pak Khalil jalan dulu dgn Kakak.. dan Mak Iti terkedek2 dok tunggu Adik Mat ni haih.. mujoq lepas beberapa taktik pujukan dia dh cool … kami berjalan dari Beyazit ke Sultanahmet. Jumpa la Pak Khalil dan Kakak di sini…bila semua dah hokey maka selpiaq dan video session bermula laaaaa




Dikmat yg tlg ambikkan gmbr ni...haa kat sini jugak la jumpa Pak Khalil dan Kak Qis.






Untuk hari ini kami ronda2 saja bg anak2 warm up dulu… tiba2 Adik Mat kata nak hot chocholate pulak sbb tak tahan sejuk..jom la kita singgah minum dulu. Memang sejuk sungguh pun walaupun x dak salji.



Habis minum kopi kita selfie lagi…hahaha jangan muntah tengok gambaq2 Mak Iti sekeluarga naaa… kat sini Mak Iti anggap sebagai diari utk diri Mak Iti…esk2 tua2 nyanyok dh hilang ingatan… at least boleh jugak baca cerita di blog ( tu pun kalau wujud lagi hahaha)











Kami pusing-pusing sampai depan Topkapi Palace ,lepas tu kami jalan lagi sampai ke Gulhane Park. Sebelum sampai Gulhane Park tu sempat lagi anak2 Mak Iti beli aiskrim yg acilok at at tu hahaha ..layan ja laaa bagi depa happy dan rasa aiskrim depa macam mana. Mari teruskan perjalanan sampai ke tempat tujuan.

Gulahane Park
Gulhane Park ni terletak di daerah Eminonu, Istanbul. ( Bunyi macam jauh Eminonu tu.. tp kalau jalan kaki pusing p pusing mai tengok2 dah sampai hah.. so kalau rasa penat boleh la naik tram depa x dan seminit dah sampai stesen berikutnya Kikiki ) Kalau datang Istanbul pada bulan Apr ~ May sila lah ke sini… Syurga Tulip sangat. Sebab kat sini depa buat taman bunga dgn air pancuran memang cantic sangat la.. tambah lagi waktu musing bunga..haih.. so Mak Iti just jalan2 laa kt area sini harini ..dok habaq la kt anak2 kalau mai sini musim bunga memang cantik sangat. Ni gambar dari sumber pakcik google boleh la banding dengan gambar Mak Iti tangkap pada musim winter ni.. Layan gambaq jommmmmmm
Sumber dari google, cantikkan kalau musim bunga.... 














      Sebab cuaca sejuk sangat.. anak2 request balik hotel.. hehe baru hgpa tau naaa sejuk winter macam na.. ni belom salji selju lagi . On the way nak balik ke hotel tu sambil jalan kaki ..anak2 dok cuci mata tengok kedai2 juai lokum, souvenier dan macam2 lagi lah.. meh tengok video jalan kaki dari Gulhane Park ni naaa…
***nnt Mak Iti upload sbb ada masalah teknikal x boleh upload lani


    Boleh tahan jugak sebenarnya nak jalan kaki dari situ nak balik p Beyazit.. hehe tambah pulak musim sejuk dan jalan yang mendaki..sangat2 menguji ketahanan fizikal..oleh itu pilih la kasut dan baju yg sesuai.. lain lah kalau ikut tour kan.. nak bergaya ala2 Che Ta tu tak dak hal punya haha.. Alright.. Adik Mat nak jus delima pulak dah singgah la beli pulak.. Adik Mat ni dia sejenis yg suka teramat dengan buah-buahan ni.. so apa lagi Nampak buah delima ..dia mau sangat laaa.. secawan kena TL15 weh.. kena katok ka apa?

       Hahaha tapi apa nak kata mmg fresh pun x masuk gula langsung.. pastu bukan sebijik naaa dia perah smpi penuh cawan ..ada kot dlm 3-4 bijik. Dan kebetulan dalam kedai tu ada juai Kumpir pulakkkkkkkkk ( Bukan Mak Lampir naaa ) Oh my favourite food , apa lagi Mak Iti ajak la si Kakak pulak jom kita p beli utk makan lunch satgi.. kami pun bungkus la satu utk makan satgi… Mai nak lanjer video Kumpir ni… psssst makan hangat2 sedap baq ang!


        Done beli bekai semua kami pun jalan balik ke hotel… alaaaaa x leh check in lagi ..duduk p la sat.. buat payment utk airport transfer , payment bilik.. tup2 Azamat bgtau bilik dah nak ready… dia kata kami boleh p simpan beg dalam bilik tapi bagi depa masa lagi dlm 30 minit utk cuci apa yg patut… fuhhh legaaa jom p letak barang sat dlm bilik .Nah ni lah bilik kami sekeluarga utk 2 malam di Istanbul. Sampai bilik letak barang semua lps tu kami decide nak p makan nasi sementara tunggu bilik siap.

Kami singgah makan nasi dekat dgn hotel saja..tak larat nak p jauh2 dah..
Order nasi dgn lauk, depa mai hidang… fuh semua makan dgn berseleranyaaa hahaha legaaaaaaaa



Selesai makan kami pun balik ke hotel dan dpt la masuk ke bilik utk mandi rehat semua… mana nak p tau anak2 Mak Iti tidoq terus ( depa tidoq ikut time Malaysia daaaaaaaa) hahaha masa tu baru 3 petang waktu Istanbul dan Malaysia time tu dh 9 malam hehe patut la depa ni tidoq dah kekeke

    Tup tup dpt whatsapp dari Cik Ein ajak keluar mlm hahaha ( pkl 6 petang time tu tapiiiiiiii dah gelap laaaa ) So Mak Iti decide nak p jugak laa , Mak Iti gerak si Kakak ajak ikut Mak Iti.. Pak Khalil pun sama time tu ZZzzzzZZZ so Mak Iti just bagitau dia  laa nak keluar dgn Cik Ein dan Teha. Kami pun siap dan jumpa di lobby… Depa nk p LC WAIKIKI habaq hang … hahaha apa lagi si Kakak ni dh jadi rambang mata dia dok nampak kasut sempoi punya dia dok pening pilih warna… hahaha dia beli jugak kasut tu ringan dan sangat selesa. Kakak Qis jugak belikan Mak Iti sehelai blouse winter labuh paras lutut tu…TQ Kakak… 

       Lepas habis ronda LC Waikiki, depa p masuk beberapa deretan kedai dekat situ pulak… ni la bila keluaq dengan Cik Ein hahaha… Mak Iti dh tak larat tu bayangkan la time tu Malaysia dh pkl 1-2 pagi kami dok masuk keluar kedai lagi hahaha. Sementara menunggu Cik Ein dan Cik Teha bershopping sakan Mak Iti dan Kak Qis pun berselfie la lagi… hahaha habis depa ronda2 kami pun gerak balik ke bilik..

Cik Ein dan Mak Iti






Teringat akan esoknya kami nak ronda Istanbul lagi… so Mak Iti bgtau Cik Ein nak beli “ISTANBULKART”.

Apa itu istanbulkart & kegunaannya


Multi Fungsi  ~ Boleh digunakan di semua pengangkutan awam seperti bus, metro, feri dan tram, termasuk tram antik yang beroperasi di daerah Istiklal Caddesi. Lebih praktik daripada membeli token atau tiket setiap kali mahu naik pengangkutan awam
Prabayar dan boleh topup ~ Harga Kad sahaja TL 7 , dan boleh topup di minimart atau mana2 kedai yg bertulis “Akbil Dolum Noktasi” atau lebih senang topup sahaja di mesin2 yg ada di setiap tram station. Untuk sekali naik metro/ferry/bus adalah 2.30 TL seorang.
Satu Kad Boleh Digunakan utk Beberapa Orang ~ Minumum utk menggunakan kad ini ialah 5 orang. Jadi tak perlu lah kita nak beli kad tu sampai 5. Macam Family Mak Iti 4 org so kalau sehala TL2.30x4. So pandai2 la nak topup siap2 berapa dalam tu sbb kami 4 org kan .. so kalau dah naik ferry ulang alik, bus dua hala , tram dua hala ..makanya at least topup laaa TL50 dalam tu kan …. Tak payah pening2 dah .
Mudah Digunakan & ada Diskaun ~ Kita boleh check baki dekat mesin kad reader tu.. so kalau dah agak2 baki berkurangan pergi la topup cepat2.
Kalau kita bayar cash atau beli tiket masa nk naik kenderaan awam depa .. harga tiket tu berbeza naaa tak sama dgn tiap kali anda touch Istanbulkart ni. So kalau nak jimat dan anda stay kat Istanbul dalam masa 3-4 hari elok lah beli Istanbulkart ni.

     Ok meh sambung balik cerita lepas beli Istanbulkart tadi… hehe Mak Iti beli 1 kad dan topup TL20 ( haha ngok tak tau lagi yg TL20 tu tak cukup hahaha) Beli sekali dgn air mineral dekat took tepi jalan tu . Kami bersurai di situ sbb Cik Ein nak p beli makan malam.. Mak Iti pulak nak balik tidoq dah pasai esok pagi kami ada aktiviti redah Istanbul dgn Istanbulkart ni.
Hehe.. sampai bilik… sucikan diri dan ZzzZZzzz…
      Psstt.. kumpir yg beli siang tadi tu Kak Qis makan sikit ja masa awai2 tu… selebihnya tak makan pun cheh… alamatnya Mak Iti buat tu breakfast utk esk pagi je laaa….

Dah la jom tidoq.. sambung esok pagi naaaaa, nak bangun awai… kui 7 nak keluaq jalan dah .

Next Entry... 
               Kenangan manis naik Istanbul public transport hihi

Monday, February 26, 2018

PART 1 : TURKI TRIP WITH FAMILIA

~TRAVELLING DAY FROM PENANG TO ISTANBUL ~
  20 JANUARY 2018

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you

Dah lama Mak Iti berenti menulis ni… nak start engine balik ni mau tau la kan rasa macam mana kan 😊 . Sebelum Mak Iti terlupa semua sweet memory Mak Iti dan family tersayang baik lah Mak Iti meneruskan coretan kembara kami sekeluarga ke bumi bertuah Turki pada 20 Jan 2018 ~ 31 Jan 2018.

20 Jan 2018

Perjalanan kami bermula dari Penang Airport ke Changi Airport Singapore melalui SILK AIR. Trip kali ini Mak Iti tidak lagi ke KLIA seperti selalu tetapi menukar route dari Penang- Singapore- Istanbul. Kali ini kami mendapat harga tiket pergi dan balik penerbangan terus dari Penang – Istanbul dengan harga lebih kurang RM1700 seorang menerusi Singapore Airlines... Macam biasa tiket akan di beli seawal 6 hingga 7 bulan sebelum travel. Harap2 tahun depan ada lagi laa harga macam ni ye…. Nak trip Honeymoon 2.0 pulak dengan Encik Suami hehehe..
Seawal 11 pagi kami dah bertolak dari Bertam ke Bayan Baru… rehat,mandi, solat semua di sini sebelum ke airport lepas asar nanti.
Posing dulu sebelum bertolak dari Bertam😀

Kami ke P.I.A (wah… signboard baru pasang kot hahaha sebab sebelum ni tak dak pun) jam 5 petang sementara flight kami ke Singapore pukul 9.15 malam.




Kali ini Encik Bos a.k.a Pak Khalil nak wrapping beg..gara2 kenangan beg hilang dulu hahaha dia tak mau pisang berbuah dua kali la kata kan… tapi bagus jugak sebenarnya kita wrapping beg ni.. memang la kos nk wrap beg ni pun sepasai jugak kan … tapi sekurang-kurangnya kita dpt selamatkan beg kita daripada koyak atau benda2 asing yg tak sepatutnya masuk dlm beg kita..bahaya tuuuuuuuuu….Kami wrap 3 beg besaq.. beg yang Adik Mat bawak kami buat hand carry.. sbb apa??? Sbb dalam tu ada baju kami 4 org sorang sepasang hehe in case kot 3 beg besaq tu tak sampai .. Belajar dari pengalaman kan 😎
Yeay dah balut beg 
OK.. jom tengok gambar2 Mak Iti dan Family dari Penang nak ke Singapore. Alkisahnya dua beradik tu mcm biasa laaa berebut nak dok tepi tingkap kan.. sabo ja lah kakak kena mengalah dengan adik kan… Deal waktu pi ni adik duduk tepi tingkap… balik nanti kakak punya turn pulak hokey.
Happy la tu dah lama depa tak naik flight haha

Ramai jugak manusia naik SILK AIR ni 

Ni Masa tak ramai lagi... time ni baru sampai , cantik baju pramugari dia



Sedikit review tentang SILK AIR. SilkAir adalah anak syarikat dari Singapore Airlines dan merupakan syarikat penerbangan yang berpusat di Singapura. SilkAir terbang dari Singapura ke destinasi-destinasi "eksotik" di Asia Tenggara, India dan Republik Rakyat China.



Flight Silk Air sangat selesa untuk jarak sejam lebih perjalanan kami. Penerbangan kami di iringi dengan hujan renyai di bumi Penang. 

Video ni telah di kecilkan utk blog size haha abaikan apa2 yg buruk naaaa 😎



Seperti yg di janjikan..dia duduk tepi tingkap lena habaq hang hahaha 


Kami sampai di Terminal 2 Singapura pada jam 10.40 malam. Kami terus ke terminal 3 pulak melalui sky train untuk connecting flight kami yg seterusnya.




Menuggu Sky train


Sky Train to Terminal 3


Semasa di Changi Airport kami sempat bergambar sebab cantic sangat airport Changi ni.. kami melalui section alam flora dan fauna … rasa macam dalam duni a fantasi  hihi…








Flight kami seterusnya menerusi Singapore Airlines akan berlepas pada pukul 1.50 pagi waktu Singapura dan di jangka sampai di Istanbul jam 8.25 pagi waktu Istanbul. Bererti untuk direct flight kali ini..keras kaku ataih flight selama 11 jam 30 minit hahaha ambik hang…
Sementara menunngu flight kui 2 pagi... sempat la budak2 ni lena se-round.



Boarding dah... Istanbul... Mak Iti dan Pak Khalil  mai bawak anak2 ni haha


Tips untuk long journey flight yg Mak Iti praktikkan:

  1.      Pakai baju yg longgar dan selesa ( nk hentam baju tidoq pun boleh aih)  - Mak Iti haritu pakai baju ala2 kelawaq , seluar track , tudung dua muka dan kasut sport
    2-     Tudung tu biar la yg sarung terus atau yg dua muka ka yg tak payah berpin-pin pun ( kalau rasa nk style dlm 12 jam tu lps turun flight nanti tukaq la tudung kamu yeaaa ) Ikut la cita rasa keselasaan masing2. Tak berdosa pun kalau tak ikut hahaha
    3-     Seluar pun kalau boleh pakai la yg selesa , yg tak ketat… selalu kan tengok Mat Saleh ni travel relax ja pakai tshirt dgn seluaq track … ni rupanya tips utk keselesaan semasa atas flight. Kalau nak pakai jeans pun tak berdosa aih… pakai la selagi selesa.
    4-     Agak2 takut pening atas flight dgn bau bauan passenger lain tu.. .semboq siap2 minyak wangi tak pun sapu siap2 minyak wangi kt tudung, kat hidung, baju hgpa atau kat mana2 lah yg satgi kot2 hgpa pening hgpa boleh bau 😊
    5-     Bawalah neck pillow kot2 rasa nk lentok2 tak payah lentok kat atas bahu org sebelah… kalau mai dgn pasangan sekali pun agak2 laaa dia nk kena tanggung berat kt bahu dia… tak kesian kt depa ka ? Kikiki psssttt tapi Mak Iti tak bawak pun hehehe
    6-     Byk lagi benda tapi ikut la keselesaaan masing2 kan .. nk bwk kain nk tutup muka pun boleh
Flight Singapore Airline ni bagi Mak Iti oklah … selesa utk perjalanan jauh..Cuma bosan laa duduk lama2 atas flight… keraih habis kaki2 haha. Makanan atas flight semua ok sedap memang puas hati tapiiiiiiii tak leh la lawan Qatar Airways Mak Iti… kau tetap di hati ku..  Tapi anak2 Mak Iti cukup syok sebab lepas dinner depa di jamu dgn eskrim Magnum habaq hang… pherak tak kira la depa hahaha dgn Mak Iti sekali pherak hahaha. Untuk malam ni semua tidoq lena atas flight sampai la waktu nak dekat sampai… lega Mak Iti dua beradik tak buat perangai untuk 1st time long haul depa atas flight..fuhhh

Pilih ..jangan tak pilih 

Alhamdulillah akhirnya kami selamat mendarat di bumi Istanbul pada jam 8.25 pagi Istanbul bersamaan 1.25 tgh hari waktu Malaysia..


Bersambung di Next entry pulak