Sunday, June 12, 2016

KENANGAN MANIS DI BOSNIA HERZEGOVINA

Sarajevo->Travnik-> Jajce ->Konjic-> Mostar-> Blagaj -> Počitelj

Alhamdulillah dh selamat landing di Sarajevo pada 29 Apr 2016 . Timezone Bosnia lari sejam dari Istanbul get ready utk jetleg hahaha


Sedikit tentang Bosnia Herzegovina ( sumber dari Wikipedia) :

Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara di semenanjung Balkan di selatan Eropah dengan keluasan sebesar 51,129 km² (19,741 batu persegi) dengan jumlah sekitar empat juta penduduk. Negara Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina dalam huruf Latin dan Босна и Херцеговина dalam huruf Cyrillic; namun biasanya, ia dipendekkan kepada Bosnia, BiH atau БиХ .

Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama: kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagai Bosnians dalam bahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Pemerintahan negara ini dilakukan secara terpencar dan negara Bosnia sebenarnya terdiri daripada persekutuan dua buah wilayah yang utama, iaitu, Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republika Srpska.

Disempadani oleh Croatia di utara, barat dan selatan, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan, Bosnia dan Herzegovina adalah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali bagi sebuah persisiran pantai Laut Adriatic yang sepanjang 20 km yang berpusat di bandar Neum. Pendalaman negara ini penuh dengan gunung-ganang dan juga sungai yang kebanyakan tidak boleh ditempuhi. Ibu negara dan bandar terbesar ialah Sarajevo

Masa dlm penerbangan tadi Mak Iti rasa syahdu sangat... sbb x tercapai dek akal yg Mak Iti akan menjejakkan kaki ke bumi Bosnia.. salah satu wishlist Mak Iti .Syukur Ya Allah.
Sambil melihat kepulan2 awan biru hati ini rasa sayu sgt... terharu dgn kebesaran Allah ( mmg menitik ayaq mata dlm flight )

Ciptaan Allah tiada bandingan nya :-)

Sampai di sana lewat sejam dr jadual. Mak Iti dh sms si Neven ni ( owner Airbnb) tp x reply pulak... Adeh xpalah tawakal ja lah ( sbb dia dh janji nk pick up kami kt Airport nnt) . Mak Iti dok nmpk dh ada 1 mamat ni dok pusing p pusing mai.. Last dia mai approach kami " Which one Fazliana?" haaa dia dah ni la si Neven. dan seterusnya sessi pengenalan antara kami berempat dgn si tuan tanah. Dlm kereta byk yg kami sembang.. dr segi budaya, cara hidup, perang yg lepas . Tiba2 kereta kami di tahan oleh kereta polis... berderbar2 kami bila tgk si Neven ni x tentu hala..agak lama jugak dia di soal siasat. Lepas Neven masuk kereta ja dia bgtau yg tu Polis Serb!!! Haa kami ni heran la mai kot mana..rupa2nya depa pun ada polis Serb & polis Bosnia ( dh sudah) di pendekkan cerita polis Serb ni kira nk cari pasal ja lah ..dia mintak duit kopi sbb kebetulan si Neven ni pun terlupa bwk driving lesen dia . Dari raut wajah dia kami nmpk dia mmg stress dgn kes tadi. Walau pun perang dh berlalu 20 thn sudah tp parut luka tu masih kekal berdarah... dan kemarahan tu masih ada di dlm jiwa org Bosnia.

Ok lah mai kita layan gmbr rumah di Neven ni ( Apartment berkonsep Austrian Hungarian )

Ruang depan bilik utama ( attached sekali dgn bilik utama)


Ruang tamu Utama - Besar sgt.. klu nk tidoq sini pun boleh

Bilik tidoq Utama


Dapur tmpt aku memasak nasi goreng hehe
Ruang dapur


Bilik Aku & Kak Ein -sempoi kan hehe

Kami tidoq di sini selama 2 hari dgn kos RM506 ( 506/4 = sorang RM 126 ) kiranya klu 2 mlm jatuh dlm RM65 seorang sahaja hehe murahkan ? Booking dari Airbnb ni dia charged siap2 kat credit card kita.. so smpi sana x payah bayar apa dah.

30 Apr 2016 ( Masa utk explore Bosnia)

Kami breakfast nasi goreng kampung dulu. Sejuk2 ni mkn apa pun sedap kan tambah2 dpt nasi pulak hehehe layannnn


                                          Tudia stock yg dr luggage tertinggai tu hehehe


                                                    Nasi goreng kampung di Sarajevo

Boh pulak serunding daging + secawan Vico fuh mmg tidoq lena hahaha

 Kami menggunakan khidmat Offline Map ya kwn2.. sila download siap2 ..di nasihat supaya kita x tergagau bila x dak internet .. Wifi free hanya ada di restaurant atau kedai kopi.. so dh masuk ceruk hutan ceruk highway mana nak ada dah..
Sessi mendownload apa yg patut..study route sebelum kita keluar jalan2 ye kwn2

OK jom gerak ke lokasi pertama. Kami plan nak p Jajce nk tgk rumah yg mcm kincir air tu.. pastu Mak Iti pulak bgtau nk p Plava Voda yg Remy Ishak berlakon dgn Sara Ali tuuu..Drama bertajuk "Satu Hari" so memandangkan semua 1 jln proceed ja.

Kami singgah p cari tempat nk tukaq duit dulu... org kedai minyak kata p kt Penny Supermarket.. tp mcm pelik tmpt ni..tanya budak dlm supermarket tu dia kata kt luar tu boleh tukaq duit... x jumpa jugak..last2 kami pun p tekan duit kt ATM mesin dia ja lah.. So klau rasa x mau bwk cash byk2 boleh la activate kan kad ATM kita di Mesia siap2 naaa.. tp charge dia mau tau  laa hehe x kisah la janji convenience

Dah tekan duit n beli bekalan makan dekat supermarket ni kami pun gerak ke lokasi pertama iaitu Travnik. Gambar2 sepanjang perjalanan... di snap sewaktu kereta bergerak laju :-)


 Sekitar Sarajevo 







TRAVNIK

Travnik yg dulunya kawasan tragis masa zaman peperangan..Masih terasa kesan nya sehingga sekarang bila kita berjln menyusuri Plava Voda atau Blue Water di sana. Travnik terletak 90km dr West Sarajevo. Semasa kami sampai Elci Ibrahim  Pasina Medresa tutup lagi so kami pun terus berjalan ker Plava Voda. Kami kat sana dlm sejam ja sebelum meneruskan perjalanan ke Jajce.
Eh... Remy Ishak hehe aku ke sini sbb tgk dlm drama yg Remy berlakon laaa masa depa berlakon tu musim sejuk.. masa kami p musim bunga pun masih terasa kesejukkan nya.
Di Jambatan yg sama dgn Remy Ishak :-p
Cantikkan view dari sini...
Kawasan perkuburan Muslim Bosniak
Air sungai yg sejuk..jernih menawan hati


Masing2 dgn selfie stick aku tumpang dok tgh2 hehe


Travnik Castle.. x sempat naik tinggi sgt

 Nenek tua yg memerlukan ehsan .. mmg byk kat sana

Anak ini jugak akan mengikuti anda sampai anda sedekahkan wang kepada mereka.. kesian sedih tgk

JAJCE

Kami meneruskan perjalanan ker Pliva Lake..sepanjang perjalanan berbukit ke sana menyusuri anak2 sungai dan kawasan perumahan di atas bukit sangat mendamaikan .


Kereta sewa kami masa kt Bosnia
Highway On the way from Travnik to Jajce
Air dari Pliva Lake
Kesan peluru masih bersisa di situ .. di biarkan sebagai iktibar di masa hadapan.

Pliva Waterfall @ Voda Pod yg bermaksud air terjun .. cantik sgt

Terpukau dgn kecantikkan Pliva Waterfall tapi misi mencari rumah kincir air tu masih x kesampaian.. Jenuh bertanya sana sini.. masalah bahasa masalah wifi hehe tp itu semua pengalaman.. Seronok bila terkenang. Akhirnya kami guna gambar la sebagai rujukan.. Kami tunjuk gambar tempat yg kami nk p tu baru la dpt direction yg betoi .. hahaha so smpi la kami ke Rumah Kincir Air tu .. Jeng3x
Ni la rumah kincir air yg kami gedik2 nk p tu
Apalagi posing laaa

Dah lapaq laa seharian berlajan.. ptg dh pun perut pun mintak di isi.. makanya kami teruskan ke depan sikit dan terjumpa Pliva Lake ..SubhanaAllah tenang amat damai dan sejuk dia Ya Allah sampai ke tulang ooiii.. sejuk
 Ni la Pliva lake tu ... tenang aman damai
Ada pelancong Arab kt situ.
 Posing dulu buat kenang kenangan

Lunch+Dinner kami di restaurant ni milik Hotel kt situ.
Sbb lapaq nasi kan...Risoto pun risoto laa hahaha

Roti kat sana mcm free jaa.. depa akan letak sementara menunggu menu kita sampai
Muka mak-mak yg kelaparan

Selesai mkn kami pun siap2 nk gerak balik ke Sarajevo.. hari semakin gelap ni moh le kita pulang sbb esk pagi2 nk check out dh nk p Mostar pulak .




Next entry plak la ye kita sambung Konjic-> Mostar-> Blagaj ->Počitelj , panjang dh rasanya entry ni.  Part 2

Wednesday, June 8, 2016

ISTANBUL KAMI MAI LAGI ..HeHeHe

28 Apr 2016 - Alhamdulillah safely landed kt Istanbul Sabiha Airport ( Sabiha di sebelah Asia Turki) 

Nak jd cerita .. smpi2 jaa di sambut oleh staff airport dgn signboard nama Mr Azwar haih.. rupa2nya ada salah satu luggage kami tak naik sekali dgn penerbangan kami..Panic seketika . Member Mak Iti tu pun p lah office depa nk settle semua urusan ( bg nama hotel , no fon semua) kami pun x tau beg mana yg tertinggai ni... sambil tunggu beg sampai dan lagi kami posing hehehe biasa lah kami..


Lepak sat kt Burger King sementara nk bg clear time jem depa...minum ja pun tu pun share2 sbb dh penat sgt . Masa mencari taxi... Taxi Taxi.. dpt la 1 taxi ni dia charge TR150. Hebat driver ni dia bawak kami pusing celah mana pun x tau nk elak jem... erk separuh perjalanan.. salah seorang sahabatku telah termuntah hehehe... stop la taxi ni tepi jln smpi semua ok baru gerak balik.. 
Sultanahmed as usual susah nk cari hotel. Kebetulan yg aku book dr Agoda tu x bg full address dgn fon number... ha mengagau cari..last2 kami give up minta tlg driver taxi cari hotel lain utk kami sbb kami dh smpi alamat yg dlm agoda tu tp x dak org.. pusing2..tiba2 org kami tanya tu rupanya owner yg sama dgn apartment yg aku book. Dia pun cakap dok tunggu kami x sampai2..rupa2 ada misscommunication via Agoda yg x letak no fon owner ni.Time nk byr kt driver taxi dia minta TR200, Ya la dia kata dia tunggu lama lagipun balik p Sabiha taxi kosong... Oklah sbb kesian dia pun baguih tlg kami maka xyah la nk berkira sgt kan.. lagipun semua koshare-koshare hehehe..
Kami dok di Nour Apartment (better book dr Booking.com la ye Nour Apartment. ) Nak cerita mai Owner dia punya baik hati.. dia tau kami letih smpi dh lewat so dia bg kami late check out  Wahhhh sesuatu yg bermakna buat kami..duit rental pun dia kata byr esk masa nk check out pastu dia kata nnt dia tlg arrange taxi nk p Attarturk Airport.. Baikkan depa ..Syukur Alhamdulillah di pertemukan dgn org yg baik2 sepanjang perjlanan. Kami booked apartment 2 bilik.. Pn Ika & En Azwar (The Boss) 1 bilik, aku dgn Kak Ein 1 bilik. Punya la sejuk ya amat time tu smpi terketaq laa x leh pijak lantai oooi sejuk smpi ke tulang. 
Abaikan ruang yg dh berselerak tu haha penat kot kui 9 mlm Turki kui 2 pagi M'sia ooi 

haha tempat aku dgn kak ein mlm tu 

29 Apr 2016

Alhamdulillah bgn menunaikan solat subuh... hoi ayaq sinki dia punya la sejuk. Kami breakfast dgn ayaq Vico dan roti yg bawak dr M'sia ja pg tu. 

Alright jom kluaq pagi ni.. plan nk p Hagia Sofia last year x sempat nk p pasai kena beratoq punya la panjang tak tercapai dek akal panjang dia. 


So pagi2 mari kita marathon dr Apartment ke Hagia Sofia. Smpi terus beli tiket mak aii dh naik rega ka? TR40 sorang hentam saja la labu... bukan mai selalu kan..  
Mujoq kali ni beratoq x panjang mcm haritu

Psstt... Mak Iti Wiki ja ni x larat nk karang "Aya Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Aya Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun. 

Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha"

Nah Mak Iti belanja gmbq2 kt Hagia Sofia berserta dgn kucing Gili yg femes dok dlm tu.


  


Tgk dan nilaikan sendiri senibina zaman dulu dan kesan2 diatas penaklukan Sultan Muhammad Al Fateh. 

Dh selesai tawaf dlm Hagia Sofia kami beli roti simit yg di jual di tepi2 jln sekitar Turki..harga berbeza2 ikut tempat.. sedap boleh mintak boh Nuttella dlm tu.  GÜNAYDIN  aku ucapkan kt pakcik yg juai roti ni... pastu cakap ayam itik la nak itu ini hahaha
Dh xtau nk p mana pasai area situ semua dh p..Topkapi, Masjid Biru cuma terkilan p kali ni x jumpa Tulip mungkin dh habis kot.. Pusing2 mkn aiskrim turki yg sedap tu .. kami decide nk try bus HOHO tu.. sorang TR50 oklah nk habiskan masa sementara nk check out sbb flight kami ke Sarajevo jam 7.30 mlm. 
Layan gmbr Mak Iti atas bas tu naaa. Info lanjut refer sini yer Big Bus Istanbul. Ikut suka hgpa la nk pilih route yg mana.. tiket valid 24jam .
Full family photo :-) 

Byk bas so org x la crowded sgt

Angin kuat ooi..melayang2 baju sejuk Mak Iti jadi Purdah :-p

Singgah di Dolmabache Palace



Dok di pintu gerbang jaa.. Cantik Istana Moden ni



Mak aii jam dh kui 1 lebih ni lapaq dh.. masa utk mencari makan ... kami cari kedai mkn yg dekat2 dgn apartment sbb senang nk check out satgi. Mak Iti punya teringin nk mkn ikan Hamsi so carilah kedai yg juai ikan tp jgn risau di Istanbul belambak2 kedai juai ikan hahah sbb depa kt sana mmg terkenal dgn ikan . So a must try la ikan kalau p sana. Kami pilih nk mkn kt sini jer ..

haaa tgk tu rega nasi depa sepinggan TL8 ..

Mak Iti pilih Hamsi Tava TL25 


Nindia ikan Mak Iti..sedap nya Ya Allah rasa mcm kepok leko habaq hang 

Nasi dia ala2 pulut tp sedap dh lapaq kan 

Posing wajib sebelum makan.. Cer tgk order Peach tea dlm tin tp depa bg gelas tudia hehehe .. Apa2 pun Alhamdulillah sedapppppp & kenyang. Wokey jom get ready nk check out. Bye Istanbul.. kami p Bosnia dulu nnt 8 May kami balik la mai Istanbul hehehe...
Owner apartment Mr Yusoff dah sediakan taxi utk bawak kami ke Airport... Alhamdulillah selesai byr duit rental kami pun p gerak la nk p Airport. Yakpur salam punya agent ( luggage yg tertinggai tu ) depa x mai hntq kt blk pun, sebaliknya suruh kami p collect kt Sabiha Airport ( gilo ka hapo jauh kot ).. Kami nk naik ikut Attartuk Airport p Bosnia nih.. Pn Ika dh hangin ya lah dlm tu beg bekalan makanan kami dgn rice cooker bagai. Lepas dok nego dgn depa kami tunggu ja kt mana jln ntah depa pun mai la hntr beg kami tu..sooo beg dh cukup .. lets go to airport. Yeah.. Check in settle,then kena jln p platform depa lps tu naik shuttle bas utk p kt kapai terbang. Kali ni kami try Turkish Airlines pulak.. Istanbul - Sarajevo RM500++. Flight delay lagi.. pasai luggage lagi. Kalini aku punya dok berdoa mudah2an tiada lagi kes luggage tertinggai. Hehe
dh bording ooi cepat2 jln

menapak nk p terminal.. eh2 ada org sibuk join gmbq kami plk 


Dpt seat last skali dgn Kak Ein..

Dlm hati Allah ja tau ..sedih+gembira+takut dok terbayang2 Bosnia waktu zaman perang dulu.. Nawaitu kena betul.. Aku berjln nak melihat bumi Allah Semoga Allah berkati perjalanan kita Aminnnn


Dlm shuttle bus nk ker Kapai

Kenang-kenangan di kaunter Turkish Airlines

Ok stop sini entry ni.. Sambung nanti di Sarajevo.... 





AKU KE BALKAN ???



Sesungguhnya aku tidak pernah percaya akan dpt menjejakkan kaki ke sana.... Bermimpi lah ... In shaa Allah mcm yg pernah aku baca Bermimpi akan membuatkan kita berusaha utk mencapai nya... Alhamdulillah dgn izin Allah aku dan 3 sahabatku di beri kekuatan dan kemudahan utk menjejakkan kaki ke Bumi Balkan ini. 

Tak ada perancangan tapi di sebabkan harga tiket waktu tu offer gila2.. Dari Penang ke Istanbul cuma $1300 menerusi Qatar Airways... apa lagi sahabatku Ika terus booking .. katanya nk ke Balkan .. Aku yg terkebil2 memikirkan $$$ hahaha... (mana nk carik ni). Sahabatku yg sorang lagi Kak Ein terus meracun aku "Jom la CT... jom laa " lalu terjadilah Booking tanpa terduga kikiki 

Selama sebulan aku menambah ilmu bacaan dari blog ke blog . Study tempat2 yg menarik utk di ziarah. ( Aku actually dah ada Balkan X-file yg aku buat sebelum ni) So aku cuma tambah2 info utk trip kali ni. TQ kepada TMPL ( Travel More Pay Less) kerana menjadi sumber inspirasi ku.. gambaq2 depa yg awesome seperti menarik2 aku ke sana hahaha... 

Mcm2 route di rancang oleh Ika .. Route A, B & C semua nk p terjah tp masa mencemburui kami ( Chewah.... padahal cuti ada lagi ka woi? Bos x marah ka cuti lama2 hahahah) 

Perjalanan yg di rancang : Penang->KL -> Istanbul-> Bosnia Herzegovina ->Croatia -> Montenegro ->Albania-> Kosovo ->Macedonia ->Bulgaria->Istanbul->KL->Penang. 
Menerusi Qatar Airways makanya kami akan transit di Doha. 
Ini kali kedua kami menggunakan Qatar Airways dan transit di Doha. 


Aku x beli apa2 yg baru.. aku hanya bawak apa yg ada memandangkan waktu kami nak p tu musim bunga.. herm.. berdasarkan pengalaman thn lepas ke Turki musim bunga dia masih between 12 - 18 Degree.. so dgn confidentnya hakak dok bayangkan oklah kan sejuk2 camtu... Tp Kak Ein kata better bawak long john sbb kot2 la tersejuk x susah dh nk cari. 

Kami plan nk dok apartment supaya boleh masak kali ni. Mcm biasa Booking.com dan Agoda la jawabnya... tp utk di Sarajevo Mak Iti teringin nk cuba Airbnb memandangkan review pun cakap bagus book dari situ. 

Mak Iti urus penginapan di Istanbul (masa pi) & Sarajevo, Kak Ein & Ika di Dubrovnik , Croatia & seterusnya. 

Berdebar2 guna Airbnb maklumlah 1st time... next entry Mak Iti cerita pasal Apartment kami di Sarajevo... & Host yg super Awesome di Istanbul . 

Masa yg ditunggu pun tiba... hari berlepas dr suami & anak2.. Anak Mak Iti yg kecik tu menangis laa nak ikut ..adeh la hati Mak Iti masa tu mcm nk terbelah sbb dok teringat kt dia. TQ to my Encik Husben yg bg keizinan utk Mak Iti bercuti seketika . TQ jugak sbb tlg jaga anak2 selama 2 minggu tu. 
Mak Iti bawak 1 bagpack, 1 small luggage & 1 beg kecik habuan letak kamera En Husben yg Mak Iti pinjam :-) 

Kui 6.30am camtu sampai la di Airport Penang . Selesai segala urusan check in kami p isi perut dulu. Alhamdulillah flight dari Penang to KL berjln lancar. Dari KL ada sedikit masalah yg buat flight delay hampir 2 jam ( Ada org sakit.. so mcm yg dok tgk dlm TV tu bila ada org sakit dlm pesawat, tunggu medic depa mai verify tu ni.. punggah luggage (Next entry Mak Iti story pasal luggage kami yg ada kaitan dgn punggah luggage ni :-( )
Gedubuk gedebaq.. dari pkl 9 terus jadi kui 11 am flight bertolak dr KL - Doha. Sampai Doha , Airport staff dh sedia tunggu utk bawak kami ke nxt terminal sbb flight delay... Alhamdulillah Flight dari Doha ke Istanbul Sabiha Gocken Airport selamat mendarat ptg tu waktu Turki. 

Bersambung sini : Istanbul 

Mak Iti belanja gambaq dr KL-Doha-Istanbul SAW. 


Sedapnya Cheese yg mebeles

Langit Biru dari kaca Qatar Airways... Waktu ni hati Mak Iti dok terkenang2 kan anak2 & en husben di Penang huhuhuhu

Mak Iti & Kak Ein

MAS dari Penang ke KL 

Lunch Mak Iti dlm Flight Qatar... Nasi & Lamb sedap kot