|
Manisan yg di jual di kawasan taman Dar Ayed |
|
Cik Erin and Me |
|
En Driver yg dah ready nk meneroka 284km 😎😎😎 |
Enjin bergerak sekarang!
|
Ni la view on the way nak ke tempat pertama kami, stop sat ambik gambar buat kenangan. |
Tempat pertama yg kami stop ialah
Hotel Sidi Idriss, sbb menurut pembacaan Mak Iti di sini tempat apa Walker tu
watak dia dalam Star Wars buat penggambaran dekat sini.
Tapi masa kami sampai tu kami dah di
sambut oleh seorang lelaki tempatan , dia kata dia boleh kami tgk dgn lebih byk
rumah2 kaum berber yg di bawah tanah ni… mula2 tu kami takut jugak SCAM, satgi
dok mengena kami pulak sbb dia mati2 dok nafi , dia kata kami tak boleh masuk
dlm hotel tu kecuali guess.. haih tak palah kami pun setuju nk ikut dia bawak kami
jalan2 area situ, dia kata tak apalah bagi la 30 Dinar cukup la utk charged
satu family kami.
Ok jom tengok tempat apa dia bawak
kami p hehe…
Tudia tour guide tak rasmi kami
Hah tudia jom jalan tengok kampung penduduk Berber
Masa dok jalan tu Mak Iti Nampak satu
makcik ni tgh sapu laman rumah dia.. so Mak Iti dgn Mak Chaq Einn pun p la
dekat dia tanya kata nak ambik gambaq boleh? Dia kata OK ja… kami pun tanya
nama dia apa …dan unfortunately Mak Iti dah lupa apa nama dia adessssssssss (
Entry ni Mak Iti tulis hujung bulan April time PKP hahaha ) .
|
Makcik dan kawasan rumah dia |
Lepas ja habis
ambik gambar tu Mak Iti sedekah dia sedikit wang, gembira ja depa sbb depa sana
susah lgpun tempat Matmata tu susah benar nk Nampak pelancong mai. Lagi pulak
kami bukan p tourist area kami p ikut mamat tadi tu dia bawak p pusing kampung
mana pun tak tau hehe… tapi bagus jugak lah kami rasa at least Nampak lagi
dekat dengan penduduk tempatan.
|
Reban ayam depa ~ Comel kan ? |
|
Tourist guide kami menunjukan telaga tempat penduduk tempat mengambil air, telaga ini menampung sebanyak 20 keluarga di sini ( kalau tak silap... sbb rasa mcm ingat-ingat lupa ) |
|
Ni la dia interior Hotel Sidi Idriss tu tempat pengambaran star wars~ tgk dari atas jer FREE beb hahaha |
|
Lagi Interior Hotel Sidi Idriss |
|
Lobi agaknya ni hehe |
|
Bilik-bilik tetamu |
|
Star War actor yg kami bawak dari Malaysia hehe |
|
Toujane... cantik tau tempat tu kalau ada rezeki lagi nak p dok dekat Toujane pulak nanti |
Lepas round kampung-kampung ni, kami kembali ke kereta dekat Hotel Sidi Idriss ni so tak lepas peluang la untuk tangkap gambar depan Hotel ni kan.
Jom layan.
|
Serius benor muka hg dikmat ooi haha |
|
Dengan burung Falcon ni tak habis-habis hehe kasi chance laaa |
Tempek sini video awang ni buat kenangan ... dah nama pun duniaku diariku kan so tepek ja dalam diari ni.
Then kami naik kereta pulak ikut mamat tadi
dia bawak kami ke........
KSAR Matmata.
Wah sini lagi sempoi.
|
Jom tengok Ksar Matmata |
Tapi lagi sempoi bila
kami buka bendera Malaysia dari atas, budak2 sekolah di bawah dah terjerit-jerit
“Maleyzia! Maleyzia!”
Wah apa kau rasa??? Tentunya bangga
bilamana budak2 sekolah Tunisia kenal akan bendera Malaysia. Kami pun turun utk
masuk ke Kawasan bawah tanah tu.
|
Pintu masuk rumah yg tadi kita tgk dari atas tu |
|
Hero2 Tunisia |
|
Laluan pertama sebelum kita sampai ke ruang terbuka yg kita nampak dari atas tadi |
|
Dapur~ Makcik ni tgh sediakan teh utk kami minum satgi |
|
Bakaq dalam tanah ka tu??? |
Di situ kami di perlihatkan ruang dapur di
mana kami akan di beri minum TEH
sebentar lagi. Mamat tadi berbisik… bagi la 20 dinar kat makcik buat
ayaq ni sbb ni rumah dia, so xpalah kita anggap sedekah.
Kami di kerumuni oleh anak2 Tunisia
tadi… yg perempuan punya comel2 , yg lelaki pun ish comel2 jugak. Mak Iti tak
lepaskan kesempatan ambik gambar dengan anak2 ini. Tadaaaaaaaaaaa
Comel kan ???
Anak-anak ini datang dari daerah SFAX.
Jika ikut kilometer kira jauh jugak nak mai dari SFAX ke Matmata ni. Budak2 ni
dalam lawatan sambil belajar la kiranya. Depa sendiri nak tengok sejarah kaum
berber di negara depa.
|
We are proud to be Malaysian |
|
En Boss pun tak lepas peluang selfie dengan anak-anak Tunisia |
|
Tudia jenuh senyum haha |
|
Adik ni siap habaq kt cikgu dia kata nak ambik gambaq dgn Mak Iti... kita layan saja hahaha |
Mai nak cerita tentang rekabentuk
rumah-rumah kaum berber ni.
Yang sebenarnya semua gambar2 kami ni
adalah semasa kami berada di bawah tanah! Yes bawah tanah tau… Jom tengok interior dalaman rumah ni.
|
Bilik tidur dewasa |
|
Zoom sikit ..cer tengok selimut dia ori ooo kulit kambing biri-biri |
|
Stor simpanan makanan |
|
Carpet bulu kambing original |
|
Kotak hijau belakang dikmat tu tempat simpan baju macam kita dok tgk filem zaman dulu-dulu tu |
|
Segala mak nenek alatan |
Hah penat dah dok layan budak-budak tadi.. depa pun dah balik naik bas sekolah depa, tinggal lah kami sahaja di sini, masa untuk minum teh yahoo...
Tapi sebelum minum jom klik-klik sat tadi penuh sampai tak nampak apa kan...
Jom
|
Hat ni pun hahaha |
|
Nampak tak atas tu tadi masa mula2 kami jalan atas tu laa... Dikmat tak mau ambik gambaq dah time ni |
Minum teh pulak dalam bilik special... jugak bilik bawah tanah, luas ruang dia memang khas untuk tetamu... lama sungguh kami luang masa dekat rumah ni.
|
Tudia luas kan ruang dia |
|
Abaikan dikmat tu saja ja dia mmg suka bagi gambar family "lawa" hahaha |
|
My Travel Family |
|
Tgk la dikmat buat apa haih hahaha |
|
Sedap Mint Tea depa..makan dengan roti cheese cicah madu |
|
Tq Makcik dan pakcik layan kami baik sangat |
|
Alaa awat makcik tidoq hehe |
Tamatlah sudah episode di Ksar Matmata ni next destination pulak
|
Family Portrait here |
|
Depa hat lain pakat naik kereta dah hahaha sat-sat kami dua mai |
Kunon nak p Tataouine dengan Ksar Hadada, tapi memandangkan kilometer yg jauh dan winter time maka kami terpaksa scrap dua-dua dan hanya ke Ksar Medinine saja.
|
Tengoklah keadaan muka bumi sini.. 200km boleh ambik masa 3-4 jam untuk sampai.. So plan well kalau hgpa nak mai sini |
|
En Boss.. dok pikiaq laa macam mana la aku nak drive nak bawak depa ni semua ... Apa-apa pun terima kasih sbb jadi pemandu yg hebat utk kami semua 😍 |
Perjalanan ke Medinine memakan masa dalam 2.5 jam, plus kami berenti makan dan cari nasi sebab semua orang dah kelaparan ya amat.
|
Yeay dapat nasi jugak akhirnya |
|
Tuan kedai baju kelabu, tukang kira baju merah, Ya Allah murah sgt apa yg kami bayar berbanding yg kami makan.. |
Nak kembara bersama Mak Iti lagi??? Jom sambung tengok.
Apa tu Tataouine ?
Tataouine adalah sebuah bandar di
selatan Tunisia. Ia adalah ibu kota Gabenor Tataouine. "Tempat tinggal
gua" di bawah tanah penduduk Berber asli, yang dirancang untuk kesejukan
dan perlindungan, menjadikan bandar dan kawasan di sekitarnya sebagai tarikan
pelancong dan pembuat filem ~ Sumber Wikipedia
Sebenarnya sebelum nak sampai ke Medinine ~ Tataouine, kami kena melintasi kawasan pergunungan Toujane. SubhanaAllah punya cantik kampung Toujane, kawasan lereng bukit dan rumah berbatu-batu, rasa macam balik zaman silam, tapi rumah-rumah di situ bukan lah rumah terbiar, memang ada penduduk lagi di situ. Tengok video ja lah.. kami tak singgah sini.. tapi Mak Iti sempat rakam video saja.
Setelah pusing pi pusing mai dekat pekan ni, kami decide nak isi minyak dulu.. sebabnya GPS maps kata kami sampai dah ..tapi dok pusing-pusing tak nampak pun rupa pintu Star Wars tu, dok nampak pekan jaaa... tak kesudah kami tanya orang awam ja la ... kan senang! Pakcik tu kata belakang ni ja laaaaaaa rupanya kena park kereta dan jalan kaki p situ.
Tapi agak mengecewakan setelah perjalanan yg jauh tempat ni rupanya tak ada org jaga .. depa biaq camtu ja... tapi tak apa lah dah sampai kan kita klik-klik jugak hahaha...
|
Ini lah Ksar Medinine tu sebenarnya cantik kalau di jaga elok dan promote utk tourism |
Dah sampai kan so apa lagi klik-klik
saja lah... kami dok sini tak lama dalam setengah jam saja.. lps tu gerak balik
dah sebab takut nnt dah gelap bahaya nak lalu lereng-lereng bukit situ.
Haaaaa puas berposing dah ...jom balik!
Masa on the way balik ramai dah tumbang kat belakang tu hahaha.. tinggai Mak Iti kena teman Boss Driver kami ni... tapi bila lalu balik dekat Toujane ...ish dalam hati dok kata cantik nya.. lepas sikit dari perkampungan Toujane ni ada macam Panorama View atau kat sini depa panggil BELLE VIEW .. so kami pun stop la utk abadikan kenangan kami di bumi Matmata, Tunisia ni.
|
Belakang tu sikit ialah perkampungan Toujane... |
Ok teruskan perjalanan balik anda hahaha tak sampai-sampai lagi ni kerja dok stop ambik gambar ja hahaha...
Last stop sebelum kami balik Dar Ayed, kami stop dekat kawasan rumah dalam batu di sini... dapat tengok sunset cantik ya Allah. Terima kasih bagi kami peluang nikmat dunia macam ni Ya Allah.
Hero dan Pakcik Bidin ~ Satu kepala depa ni
Akhirnya sampai jugak kami ke rumah sementara kami "Dar Ayed" haha tudia ambik hang berjalan satu hari. Balik ni kami mandi2 lepas tu kami p dinner dekat sini walaupun dah penat tapi kena makan jugak ... portion dia Ya rabbi punya la besaq untuk seorang makan.
Dinner kami malam ni, kambing biri-biri dan risoto (ala-ala nasi) ..lapar kan makan ja lah.. Syukur apa yang ada.
Ok dah ... rasanya Mak Iti banyak share gambar dari share cerita ...maaf la ya..
Biar gambar berbicara kali ni... so untuk entry kali ni banyak nya gambar untuk di kongsi sbb Mak Iti rasa gambar-gambar ni unik dan moment yang berharga untuk Mak Iti kenang bila anak-anak dah besar nanti.
Luv 😍,
Mak Iti menulis di musim PKP
***Doa-doa la bagi rajin nak post next entry sbb nk share gambar di Fadang Fasirun pulak dengan Oasis Chebika ... can't wait but tak tahu ada semangat ke tak nak tulis hehehe...
Jumpa lagi ... bye
No comments:
Post a Comment