Monday, March 2, 2020

Dari El Jem ke Matmata ~ Tunisia Road Trip Part 3


Jom ke Matmata 

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties


Day 4 ~ 13 Dec 2019


Masih lagi di hari ke 4 ya , sambungan dari entry yg lalu.
Kami meneruskan perjalanan kami dari El Jem ke Matmata. Anggaran perjalanan lebih kurang 284km per google map. Tapi sedia maklumla kan kami berenti isi minyak la… ntah betul ntah silap Lorong yg kami masuk laa dan macam-macam hal lagi … dari 284km boleh jadi 300km oooo hahahaha .

Duniaku Diariku Properties
Anggaran jarak perjalanan kami untuk harini

Jom layan view atas highway dulu na…

        Dengar lagu arab sambil drive kawasan ni ish..best sungguh

Sepanjang highway ni kami tak jumpa satu pun R&R hahaha… nasib baik la semua dah makan dan kereta pun dah kami isi minyak siap2..kalau dak ka pakai laaaa jenuh semua nak bebai hahaha.




Duniaku Diariku Properties
Deretan pokok zaitun cantik dan tersusun indah

Duniaku Diariku Properties
Muka masing-masing hahaha

Duniaku Diariku Properties
Melalui Gafsa utk ke Matmata

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
Tudia nampak dah signboard Matmata

Duniaku Diariku Properties

Perjalanan kami makin lama makin jauh ke selatan ( ingat kot dah nak sampai hahaha rupanya belom wei) …. 

Semasa di belah utara… kami tak berjumpa lagi la dengan penduduk yg berkulit gelap… erm.. mungkin jugak mereka ini dari Libya. Ya sebab selatan Tunisia bersempadan dengan Libya ( I just guess ) Paling lawak Al Qaish Mak Iti buat soalan… kita sampai Afrika dah ka? hahaha lepas tu tanya lagi Negro memang rambut kerinting ka? adoi laaa anak oooi layankan aja sikap ingin tahu dia. Walaupun kami semua dok gelak kt dia… sambil dok kata kat dia… “habis tu kalau rambut adik kerinting, adik ni negro laa??” hahaha dia terdiam berfikir barangkali. Ini la manisnya travel dengan anak-anak yg belum mengenali dunia ini dengan arif. Sedikit sebanyak kita membuka minda mereka untuk mereka lihat Maha Pencipta kita yg menciptakan kita dari pelbagai jenis kaum dan bangsa. Nampak keterujaan depa bila depa tengok secara live benda-benda ni depan mata sendiri.

Perjalanan kami dah nak hampir sampai..memandang kan kami dh kelaparan ..dan Nampak gayanya tak dak pun kedai runcit tepi jalan ( maklumla dah masuk Kawasan berbukit ni mana nak ada kedai…. ) Mak Iti pun whatsapp dekat Onwer Dar Ayed (penginapan kami di Matmata) bagitau kata nak sampai dalam pukul brp dan minta tlg dia sediakan dinner. (Dinner berbayar tau) Actually depa dinner pukul 8 malam tapi kami minta depa buat awai dalam pukul 4.30 petang macam tu lapaq baq ang hahaha.
Duniaku Diariku Properties
35dt tau bukan 35 det hahaha

Tapiiiiiiiii dalam dok lapaq tu dan lagi kami stop kat satu area ni ..masa tu jakun tgk rumah2 depa macam dalam batu , macam bawah bukit… ish rasa macam tak percaya wey ada lagi rumah macam tu zaman lani. Ni la orang kata Jauh berjalan Luas Pemandangan. Sungguhhhhhh kami semua jakun. 

                        Jom layan gambaq kami. 
Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
My Jurufoto kat area sini

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
Sempat Al Qaish duduk tengah jalan sebelum kena marah dgn abah dia hahahaha

Laaa ingat dah dekat..rupanya jauh lagi pulak dah haha.. kami menyusuri Kawasan berbukit bukau tiba-tiba ternampak ukiran besar MATMATA ..wahhhhhh apa lagi berenti laaa


Sejuk time ni berangin kuat.. dekat sini ada unta dan burung falcon ,kiranya kalau kita naik atau pegang kena bayar la kat depa… pikiaq2 bayaq p laa kesian kot depa cari makan …sapa nak naik kt Kawasan berbukit ni… pelancong luar memang tak ramai, pelancong tempatan ada la selisih dengan 1 kereta ni..last2 depa pun sembang siap ambik gambaq sekali buat kenangan… yang pasti beruntungnya kita jadi rakyat Malaysia… memang depa suka dan kenal Malaysia.
Sapa lagi la nak balun naik unta selain Al Qaish ni hahaha

                                                        Sambungan video di atas haha


Jom layan klik klik atas bukit.

 Tu dia rombongan Mak Iti tengah dok cari port nak photoshoot hahaha

Duniaku Diariku Properties
Ni la family dari Tunisia tu yg nak sangat bergambar dengan bendera Malaysia

Duniaku Diariku Properties
Amboi Pakcik Bidin oooi... hgpa tau dak cerun depan tu....

Duniaku Diariku Properties
Al Qaish , Pakcik Bidin dan si penjaga burung Falcon

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
Senyum ja dia... happy dapat pengalaman baru

Duniaku Diariku Properties
Adoi anak ibu hahaha

Duniaku Diariku Properties
En Boss pun nak la jugak kan hehehe
Duniaku Diariku Properties
Because memory last forever
Ok dah ... habis photoshoot di sini jom ke tujuan asal cari Dar Ayed Tamezret. Haih yang lapaq tergedik-gedik tadi hilang macam tu saja hahahaha.
Si penjaga Falcon tu ada bagi no hp..katanya kalau nak tour Matmata boleh contact dia esok..aduh kesian pulak.. kami plan nak jalan sendiri ja kan.. tapi nak bg sedap hati dia kami ambik ja no hp dia …


Ajommm kita menuju ke tempat penginapan kita untuk 3 hari dua malam di Matmata. 

تامزرط

        Yang sebenarnya kami bermalam di daerah Tamezret 
Sumber dari google map.

Tamezret atau Tamazrat adalah sebuah perkampungan Berber Tunisian yang terletak di selatan-timur negara ini, kira-kira sepuluh kilometer dari Matmata..so makna kata kami dok ada 10km lagi dari tempat kami dok photoshoot tadi hahaha... 

Duniaku Diariku Properties

Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke pekan Temezret ni.. Ya Allah seronoknya tengok Kawasan perumahan dia atas bukit ni tau.


Yeay Nampak dah Dar Ayed ni …park kereta terus ke Reception. Dari hari mula sampai …hingga ke hari check out, brother nil ah yang layan kami sekeluarga. Syukran!
Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
Dapat teh percuma..sejuk gedi dah time ni weh...sementara dok tunggu dinner kami siap kami di jamu dengan teh panas

Duniaku Diariku Properties
Gambar oleh my jurufoto Al Qaish 

Duniaku Diariku Properties
Tudia jurufoto ku yg dah kelaparan haha tak tahuan dah dia

Duniaku Diariku Properties
Aiseh pakcik Bidin dan lagi nooo posing sunset 

Duniaku Diariku Properties
Tuan punya HP pun nak jugak pose dengan sunset..ala ala sat la hahaha

Duniaku Diariku Properties
Nun di sana kandang kambing biri-biri yg di miliki oleh tuan tanah Dar Ayed ni.

Duniaku Diariku Properties
Matahari sudah melabuhkan tirainya....

Duniaku Diariku Properties
Lawa bekas sup dia

Apabila sang mentari sudah melabuhkan tirainya…maka bermula la episode dinner kami 😊 Haha jenuh wei depa makan roti kan ..so anak-anak2 telan saja lah hahahaha

Dah kenyang , balik bilik bersihkan diri …jom tidoq esok satu hari nak p cari Star Wars pulak hahaha …

Daaaaaaaaaaaaa

Nak tengok Star Wars punya tempat penggambaran? See you in my next entry ya. 



No comments:

Post a Comment