Tunisia Road Trip Bermula (Part 2)
(El Jem ) الجمّ
Di hadapan El Jem bersama Unta... jika di Rome tiada Unta ya 😀 |
El Djem atau pun El Jem adalah sebuah bandar di daerah Mahdia. Dimana tinggalan sejarah Roman paling agong di sini ialah Amphitheater El Jem . Ia telah di wartakan sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 1979.
Day 4 ~ 13 Dec 2019
Fuh pagi tu buka2 tingkap bilik
tersergam pemandangan indah
Colosseum di depan mata.
Colosseum di depan mata.
Dari tingkap bilik |
Ish tak sabar rasanya nak tengok
dalam tu. Nak bawak anak-anak pi Italy tak tahu bila, so alang2 dah sampai
Tunisia ni moh ler bawak anak2 melihat salah satu Colosseum yang ada di dunia
ni. Paling excited si kecik tu laaa.. Si Kakak macam tak percaya yg bangunan ni
dah berabad lamanya dia sini.
Okay..kami seperti biasa breakfast
dulu sebelum jalan-jalan.
Simple breakfast variety di sini.. Healthy breakfast 😊
Simple breakfast variety di sini.. Healthy breakfast 😊
Sedap Kurma dan buah oren di sini |
Pak Bidin bersama chef Omelet kami hahaha |
Lepas breakfast kami hanya berjalan kaki sejauh 650 meter dari hotel utk ke Colosseum ni.
Sambil jalan tu kami
melewati pasar pagi dan deretan kedai di sini.. dalam hati dok kata ish balik
ni nak kena singgah sini ni hehehe.
Ok sebelum kita sembang pasal
Colosseum ni jom tengok gambar sekitar Kawasan Hotel Julius ni.
Jom Posing dekat signboard ni 😍
Sun kiss katanya hahaha |
Ni la pasar pagi depa dan deretan
kedai sepanjang jalan nak ke Colosseum tu.
Sesampainya kami di pintu masuk
Colosseum ( tak ada pun ramai pelancong ka apa ka) yang ada hanya pekerja di situ.
Harga tiket masuk 12 Dinar untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun boleh
masuk secara PERCUMA… paling best lepas Pak Bidin kecek ( kecek = nego) dekat si
penjaga masuk tu.. anak-anak Mak Iti dapat FREE hehe Alhamdulillah rezeki. Opening
time waktu Winter ni pada jam 7.30 pagi sampai la 5.30 petang , manakala pada
waktu Summer buka pada jam 7.30 pagi sehingga jam 6.30 petang. Pada bulan
Ramadhan muzium ini di buka pada jam 8 pagi dan tutup pada jam 5 petang.
Dah jom masuk sini 😊
Anak-anak Mak Iti dengan penuh
excited dok belek-belek senibina Colosseum ni. Rasa Bahagia bila tengok keterujaan
depa dua beradik.
Selain dari depa dapat melihat
sejarah masa silam depa jugak dapat melihat hasil seni bina masyarakat terdahulu.
Belek apa tu Mak Iti??? Hahaha |
Yg ini candid sebenarnya... dok call en Boss yg dh p mana melilau dalam ni haha |
Pening ka Mak Iti?? |
Travel Buddy of mine |
Team Terjah Tunisia 😍😍😍 |
Sampai tertidoq la Cik Bidin ni |
Lama kami di sini… menikmati senibina
tinggalan zaman kegemilangan kerajaan Roman. Akhirnya kami keluar jugak dari
sini hahaha kunon nk mai sat ja sebab kami nak check out p tempat lain pulak.
Video last sebelum kami keluar dari sini
Sebelum keluaq dari sini dan lagi depa
singgah p beli barang-barang souvinier dekat kedai dalam ni.
Kat sini ada 1 insiden yg tak akan
Mak Iti lupa sampai bila2.
Anak Mak Iti yg kecik tu dia tu
excited sangat nak membeli ..padahal Mak Iti dah pesan hati2 sebab barang dlm
ni byk seramik dan takut pecah . Haih dalam dok pesan tu camna tak tau dia
boleh p terberetuh satu pinggan seramik tu … apa lagi prangggggggggggg la
berderai. Mak Iti punya marah la dekat dia dalam kedai tu.
Lepas tu kami ke kaunter pembayaran.
Tau dak owner kedai tu tak mau ambik duit. Ish Mak Iti rasa serba salah, dok
berkeras dengan dia… No my son fault, I’ll pay for it. Dia pun dengan serius
menjawap … No , “HARAM” ! Aduh maksudnya dia x boleh ambik duit dari Mak Iti
sebab yg pecah tu tidak sengaja. So jual beli untuk brg yg pecah itu di kira
haram oleh tuan kedai. Ya Allah Mak Iti rasa terharu sangat… cara depa berniaga
di sini. Sebelum keluar kedai Mak Iti suruh Al Qaish minta maaf dekat tuan
kedai.
Done kisah dalam kedai.
Jom kita keluar dari sini… adoi laaa
tadi masa nak masuk tak dak unta lagi ..sekali time keluar ada unta la pulak…. Apa
lagi depa ambik peluang naik unta pulak!
Yang sebenarnya kami ni kejar masa… Time
tu dah dekat pukul 11 pagi, kami ni nak check out pukul 12. OK lah jom kita
jalan balik
Dah sudah depa singgah kedai runcit
pulak… haha takpalah depa kata nk beli bekalan makan dlm keta satgi. Ok Mak
Iti, En Boss dan Al Qaish teruskan jalan … sampai la Al Qaish pulak nak singgah
beli seluaq… igtkan mahai…rupanya murah saja ish…. Jalan lagi… hah ni Mak Iti
pulak nk menyinggah beli buah oren hahaha.
Layan video ja lah.
Kami sampai ja di bilik… terus
siapkan apa yg patut ( nasib baik dah kemas siap2 masa pagi sebelum keluar tadi
) . So ni Cuma clear sikit2, p toilet dulu then baru check out.
Masa kami di EL Jem telah sampai ke
penghujungnya…. Terima kasih tuan hotel yg baik hati, penduduk setempat yg
baik-baik dan kecantikkan El Jem Amphitheater
Kami nak teruskan perjalanan kami ke destinasi
seterusnya iaitu Matmata.
Sebuah perkampungan di satu daerah sunyi.
Daaaaaaaaaaaaaaa jumpa di next entry
ya !
No comments:
Post a Comment