Sunday, July 3, 2016

ROAD TRIP FROM IZMIR TURKI

Jatuh Cinta dengan Turki ( part 2) 

29.4.2015 ( Izmir->Selcuk->Pammukale->Denizli)

Selamat pagi Izmir... tidoq lena smlm hehehe... so harini nak kena check out dah.. sementara tunggu kereta sewa sampai kami pun p breakfast dulu and ambik gmbr sekitar kawasan hotel. 


 View dr tingkap bilik 




 Hotel ni sesuai di jadikan transit hotel, breakfast pun not bad.. macam2 jenis cheese dok ada.. hahah teh pun mcm2 jenis teh.. balun ja laaaaaa

Kereta sewa 1st kami.. kereta sewa ni kami kena hantar di Denizli nanti sebelum meneruskan perjalanan ke Cappadokia. Yess!! 

Bismillah... perjalanan pertama dimulakan... mencari stesen minyak dan ikut GPS nak p Ephesus,  di Ephesus kami akan singgah tgk Library of Celcus. Road trip kami pun bermula jeng2x haha... jom layan gmbr sepanjang perjalanan kami ker Epehsus. 

 Eh2 kebetulan ada model kt bus stop ni hahahaha
 Kedudukan kawasan penempatan yg cukup padat.



        Dah nk hampir sampai masa ni... highway dia best.. 
 Tepi jalan ja kedai ni.. berenti tangkap gambar ja pun hehehe
 Menunjukkan telah 74km kami drive dari Izmir menuju ke Selcuk
 Kami sampai ke emporium ni dulu... bangunan dia mcm unik..mula2 kami igt apa ka.. dok ambik2 gambaq sekali tuan kedai panggil masuk daaaaaaaaa


 Sila oh sila... masuk la ke kedai depa ... rupanya ada kedai bawah tanah.. exclusive gila kot kedai dia... mana x nya.. di sini depa buat coat dgn kulit yg asli dan di import ker negara eropah yg lain. Depa kata.. bila depa export p eropah lain.. baru akan ada branding mcm Burberry dll. Haaa tudia pahtu depa dok kecek la suruh kami angkut sorang satu... Ya Allah kalau Mak Iti ikut hati.. mmg angkut dah... elok kot quality terbaik.. tp mai tang rega tu x berapa nk terbaik laaaa hahahaha 
 Pilih2 jangan tak pilih hehe
 Tudia Mak Iti try dah... mmg mcm nak ambik tp pikiaq2 rega dia letak balik weh .. tp quality mmg the best
 Ni pulak kat luar kawasan dia sebelum kami di bawak ke tempat jual manisan pulak... haaa manisan kami beli laa kikikiki...dan fridge magnet :-)
 Betoi ka ni kt Turki??? Betoiiiiii awat rasa mcm kt Greece hehehe ya sbb depa berjiran dan kalau nk ke Greece naik ferry pun boleh dr  Bodrum, Marmaris, Kuşadası and Çeşme. Kiranya kalau dari Izmir ni boleh dh p cari port depa nk ke Greece. Eh apa cerita pasal Greece pulak??? Mak Iti x sampai Greece lagi pun. Hehehe tp berada di Ephesus umpama berada di zaman silam . 
Rumah siapa di situ??? Ermmm... nnt kita cari rumah sapa tu ya. Dah sampai di Ephesus..lepas park kereta kami tercari2 arah mana nak di tuju.. dan penjaga parking tu mai bg advise kt kami suruh naik kereta kuda ni dulu pusing smpi belakang , then baru jalan kaki turun... kalau tak mau 2 kali round la nnt... so kami pun menurut saja advice dari org tempatan :-)
 Pakcik ni bawak kami naik kereta kuda dia utk ke Seven Sleepers Cave. Dalam bahasa kita Gua Asshabul Shafi yg mana di percayai mereka ini tertidur utk beberapa lama

Terik tapi sejuk 
1st stop dari kereta kuda tu kami ke Yedi Uyuyanlar 
 Inilah kawasan dia yg bawah tu siap berpagar lagi 






Tiba2 rasa mcm kt Mesir pulak...Haaa itulah Turki yg telah melewati beberapa zaman pemerintahan ~ Emapayar Rom/Byzantine ~ Ottoman dll.
Semasa on da way ke Cave ni ..kami nmpk la signboard ke Rumah Maryam ( yg di jadikan Gereja sekarang) tp tak p pun ... sbb kami nak ker Library of Celcus.
Nak masuk sini free ja tp kalau nk guna khidmat tourguide kena la bayar kan. 
OK jom layan gmbr2 dlm ni..mmg Mak Iti rasa mcm dok ada di Greece atau Rome saja!





















 Kesan runtuhan  Theater. Kat Turki banyak terdapat binaan Theater mcm ni.
 Sampai la kami ke pintu keluar...dan perut pun minta di isi sbb dh tgh hari kan. OKlah jom lunch dulu sebelum kita explore lagi.
 Fresh delima juice habaq hang!
 Hadap la menu yg x ada nasi yer.. hihihi

Haa ni la lunch Mak Iti.. ada jugak nasi secotet setelah kami mintak haha.. ayam grill atas tu sos tomato dia ..eemm masam sgt , salad & fries tu ja... 
Ngeh2.. ok selesai makan jln lagi ..kami ke tapak rumah Nabi Yahya a.s. Di sini depa pakai nama omputih, John la Mary la hish... jenuh Mak Iti nak hadam.



Now bergerak ke Pammukale pulak! Yahoo... Mak Iti mmg teringin sgt nk ke situ selepas research about Turki 3 months before mai sini.. 
Lihatlah gambar2 sepanjang road trip kami!
 Salji masih tersisa di atas gunung



 Berenti tepi highway nk ambik gambar - Kerja GILA haha
 Pose mcm2 suka hati ja kan!
 NI pun sebenarnya tepi jalan penuh lalang..tp di sebabkan cantik maka kami pun berenti utk ambik gmbr!
Yg ni pulak saggup lintas jln nak ambil gambar atas divider ni haha another Kerja GILA hehe
Dan akhirnya sampai la kami ke Pammukale atau pun di panggil Traventine atau pun Cotton Castle haaaaaaaaa .. mcm2 nama.. Mulanya kami tercari2 jugak mana dia yg kolam2 ayaq tu.. rupanya nun kena mendaki bukit! Alamakkk.. erk.. alang2 dh mai kan.. jom p beli tiket masuk.. Sini kena bayar ye adik2.. dlm TR25 mcm tu.. so lps byr tiket depa suruh bukak kasut & stokin        (tidak dibenarkan memakai kasut ya semasa berjalan mendaki ker Cotton Castle ni!) Haa tercungap2 jugak la nak kerabat bukit garam ni! Dh jom tgk gmbr.

 Park kereta sini dulu... tgk air yg mengalir pun jernih sgt!
Masih di kawasan bawah  

 Yg putih itu bukan salji ya!
 Tasik yg tenang
 Haaaaaa nampak tak manusia2 tu dok mendaki... disitu  la kami kena mendaki tau!


Posing dulu sebelum mendaki hehe



 Lenguh dh time ni haha

 Nampak tak makhluk warna biru kt belakang tu hahaha

 View dari atas selepas mendaki


Dan bergambar kenangan dgn pengantin Turki.. 
Mixed with local.. bila travel mcm ni.. satu yg Mak Iti rasa best bila kita mixed with local, rasa seronok bila depa pun suka melayan org asing mcm kita. 
Sudah beransur petang ... lepas kami lepak minum air kat atas ni kami terus meneroka di belakang bila ternampak signboard.. Oh Hierapolis namanya. 

Hierapolis adalah ancient city di sini dan di kategorikan sebagai UNESCO World Heritage Site. Tp sebab waktu kami sampai ni dh petang sgt ... Kawasan tu dh di tutup... so ambil gambar di luar jer lah.. .

 Antara kesan2 runtuhan bangunan yg ada di sini
 Posing serah kt depa hahaha
 Tengoklah cuaca yg dah semakin gelap 


Acara menurun dari traventine tu... haha dah naik kena la turun kan ... guna laluan yg sama.. Dekat atas tu ada Cleopatra pool.. tp kami x p laa tgk dari jauh jer dan lps balik setahun dari sini baru tahu dekat sini pun ada belon panas.. tpi di mana ya? Nanti kena research lagi !
 Suasana di bawah apabila menjelang senja.. sunyi ja.. kat sini pun ada hotel2 kecil utk sesiapa yg nak menginap.
 Dah sunyi... x dak org naik dah...  
Aktiviti org Turki... suka berkelah bersama keluarga. 

So sekarang kami bergerak nk ke station bas Denizli sbb nak kena hantar kereta di sana dan ambil bas utk ke Cappadokia. Ya Allah cuaca masa ni sejuk sgt2.. smpi berdarah hidung Kak Ein. 

Sejuk sgt time ni... terpaksa tutup hidung...masa ni tak beli tiket bas lagi nak ke Cappadokia. Ermm setelah selesai menghantar kereta kami masuk ke dlm dan mencari tiket bas. OK dpt bas mlm dan harga tiket TR50 sorang. Estimate sampai sana pukul 7am keesokkan harinya ( dlm 10 jam perjalanan hehehe) Keras la kau dlm bas nnt ngeh ngeh. Well sementara menunggu, kami yg dh kelaparan ni lapaq maggie hehe.. maggie dan malaysian x boleh di pisahkan. Kami singgah kt satu kedai dlm station bas ni.. order air teh panas, then mintah dia letakkan air panas dlm maggie cup kami masing2... fuhhhhhh sedap gila kot maggie time ni hehehe.
Well maggie kari dan teh apple panas mmg sedap time2 sejuk mcm ni hehe.. 

Masa yg di tunggu dah tiba, so kami pun naik la bas utk ke Cappadokia. Bersambung di next entry ya. 


Jumpa di Cappadokia...... Manisnya Cinta Di Cappadokia 

No comments:

Post a Comment