Thursday, July 14, 2016

MEMANG BENAR... MANISNYA CINTA DI CAPPADOKIA

TURKI PART 3

OH CAPPADOKIA

30.4.2015

Masih berada di dlm bas...bas depa mcm naik kapal terbang oooo... siap ada org serves air panas dan biskut, ada wifi , ada entertainment dlm bas dan yg penting boleh charge hp dlm bas hehehe. Pemandu dan pelayan berpakaian kemas , bertali leher, kasut kilat! Mmg kemas. 

Ok lps dpt ayaq panas dan biskut.. makan sikit utk lapik perut dan sambung tidoq lagi... Waktu tu jam 5 pagi , bas berenti di 1 R&R ( agak Mak Iti la ye) dlm masa 1/2 jam utk ke toilet, refreshment dan lain. Masa ni mulut berasap2 ..jakun la sat sebab sejuk sgt2. 

 Pemandangan dari tingkap bas

 Wah! dah nampak belon panas punya replika... kiranya nak sampai dh la ni. 
Muka mangkit tidoq hahaha ( spek tu Mak Iti beli di R&R tadi.. TR25) kikiki

Alright bas pun menurunkan kami di stationnya.. rasa mcm dok ada di zaman koboi pulak  masa tu..Hehehe Ada yg pihak hotel pick up guest dia tp kami x arrange dgn pihak hotel.. kami nk p cari sendiri... nk cari sendiri sgt kan... hahaha sat2 satgi Mak Iti cerita. Jom layan view lps kami turun dari bas dulu. 
 Bus stop tempat kami di turunkan ..sempoi kan?

 Teruja nampak belon panas

Carpet carpet carpet... handmade ok! Siap duit la nk beli 

OK misi mencari hotel bermula ngeh2... Ika book Panoramic Cave Hotel !
Chewah2 mula la dok p tanya local people.. ada yg tunjuk kiri , ada yg tunjuk kanan hahaha.. mmg best arr... lg best jalan dia semua mendaki so bayangkan dgn lapaq, x mandi, letih, luggage lagi hahaha mmg sempoi la habaq hang! 
Tp kami masih steady boleh dok selfie dan dok gelak2 lagi hahahaha 

 Muka sememeh lepas dah daki kena turun balik sbb salah hotel!
Ini betul2 bukan cobaan hahaha...

Alhamdulillah setelah mendaki bukit yg tinggi.. smpi la kami ke hotel panoramic tu... dh nama pun panoramic kan so kena la mendaki kikikiki... 
 Lobby hotel yg simple dan sempoi! Owner ada terangkan kawasan sekeliling yg patut kami lawati dan ada bertanya jika kami ada plan nak naik belon panas. Sbb katanya kena booked awai kalau nak naik.. kami sepakat utk say NO this time. Next time maybe!
 Breakfast utk guest

Halaman hotel syoknyaa... rindu Cappadokia pada saat Mak Iti menulis entry ni!
 Posing dulu sebelum masuk bilik... belakang Mak Iti tu la bilik kami... Best dok dlm gua hehe
 Hotel2 sekitar sini dan rumah penduduk tempatan.

OKlah dah2 la posing jom check in bilik, mandi n keluar jalan2 & cari soru 
 Bilik Mak Iti dgn Kak Ein..sempoi bilik x ada kipas, x ada aircond, lampu pun x ada suis.. bertemankan lampu minyak tanah heheh
Lepas check in semua kami mandi dan rehat sambil menunggu kereta sewa sampai. 
Dah siap utk expolore Gerome ni! 

Kami ke Gerome Open Air Museum dulu sbb dekat dgn tempat kami stay... Tapiiiiiiiiii.... walau pun dekat kami naik kereta sbb jln di sini semua berbukit makna kata semua nya perlukan pendakian ngeh2..  Orait jom kita tgk Open Air Museum ni yg mana dulu2 ia adalah sebuah gereja.. dan masih kekal segala ukiran dan lukisan di dinding2 gua ni. Kalau x salah Mak Iti filem Ghost Rider2 ada buat shooting kt sini.
 Nampak x sayup kt bawah tu parking kereta.. kami park keta kt situ laaa
 Kat sini agak mahal maybe sbb tumpuan pelancong!

 Cer tgk...kalau jln kaki dari bawah tu... haha mendaki dari parking pun dh sempot kikiki
Kaunter tiket.. masuk sini berbayar... tp Mak Iti x igt brp dh .. tp rasanya semua muzium yg kami masuk dlm TR25 masa tu.







Hah..selesai ronda2 tgk hasil ukiran org zaman dahulu di dlm gua ni kami pun nk gerak ke tempat lain... tup2 ternampak kedai souvenir dlm ni.. so masuk je la.. lps tu dok tgk org ambik gmbr pakai baju style Turkish apa lagi kami pun menerai laa.. join tp berbayar ye... boleh pilih gambar bercetak dan CD utk softcopy. 

Yg ini sessi pembikinan.. yg sebenarnya dia x bg kita tangkap gmbr guna camera kita...takut tak beli hat depa hehe.. tp yg ni bos Azwar la curi2 ambil.

Ok dah jom cari makan lapaq dh tgh hari dh pun !


Kami pun balik ke area hotel dan cari restaurant sekitar sini... nasi x ada ye.. tp kami tanya ada x nasi depa kata ada.. last2 dpt nasi pulut tu lagi oklah tu janji rupa nasi kan... zasssss!



Mari kita makan kebab hehehe!

Next destination, kami plan nak ke Underground City. Di mana masa zaman dulu2 org2 dulu tinggal di bawah tanah dan Derinkuyu ni boleh memuatkan lebih kurang 20,000 orang beserta dgn stock makanan dan keperluan asas lain yg di bawa bersama. Ada 36 underground city di sini dan kami hanya pergi ke Derinkuyu ( the deepest underground city). More info tentang underground city boleh rujuk sini  ---> Derinkuyu-underground city . Kaymakli Underground city pulak adalah the widest underground city di sini. Pilih la nak kemana ya.




 Jom masuk tiket dah beli. Tp kt luar tu dia dh tulis siapa yg ada darah tinggi,sakit jantung dan masalah kesihatan lain x di galakan masuk. Errk masa tu Mak Iti dah cuak.. sbb Mak Iti ada mild darah tinggi! Tp masuk jugak la sbb nk tgk apa ada kan! Tgk tu muka Mak Iti dh cuak/pucat masa baru masuk nk turun ke bawah tanah.. maklum la the deepest city kan huhuhu

 Posing jaa..wpun masa tu rasa sesak nafas dh.. 
At the end Mak Iti x habiskan tour di sini.. Mak Iti surrender awai..ikut 1 family dari Turki ni keluar .. Ya Allah nk keluar pun punya seksa.. kena jln sambil terbongkok2.. mmg lenguh kaki +sesak nafas semua ada lah! Tp cantik di sini ada bekas2 tinggalan kawasan dapur, bilik tidur dan macam2 lagi.  Lepas keluar dari gua bawah tanah ni tercungap2 Mak Iti huhu.. tunggu la sampai depa 3 org keluar mai.. kami p minum ayaq sat then sempat pulak bergambaq dgn budak2 dari Turki ni :-) 

Berikut adalah senarai tempat2 sekitar Cappadokia utk di lawati : 
  1. Goreme Open Air Museum: cave churches with frescoes - Visited
  2. Zelve Open Air Museum: an empty cave town with churches
  3. Kaymakli Underground City: the largest underground city
  4. Derinkuyu Underground City: the deepest underground city - Visited
  5. Ihlara Valley: the deepest gorge of Anatolia - Visited
  6. Uchisar: Roman rock-cut castle - Visited
  7. Ortahisar: Roman rock-cut castle
  8. Avanos: center of pottery since the Hittites
  9. Pasabag: mushroom-shaped fairy chimneys, monks valley - Visited
  10. Devrent: animal-shaped fairy chimneys, imagination valley - Visited
  11. Hacibektas: center of Bektasi sect of Islam
  12. Gulsehir: first settlements in Cappadocia
  13. Forgotten Cave Churches: churches located in the valleys
  14. Caravanserais: 13th century hotels on the silk road


Out of 14, hanya 6 yg kami lawati. OKlah now kami terus redah ronda2 sekitar valley2 di atas sebelum kami ke Uchisar. Nak cari Rose Valley pun tanya merata.. igt kan ladang bunga rose... rupanya pasir warna ala2 rose hehehe. Kat situ ada aktiviti naik ATV tp kami tak buat sbb $$$ hehehe jadilah janji kami smpi sana sudah :-) . 
Jom layan gambar2 sekitar valley ni!





Next kami gerak ke Uchisar pulak. Layan jer gmbr2 kt bawah ni masa di Uchisar :-) 



 Yg tinggi tu dulu ialah sebuat Istana... this is the highest point in Gerome!Boleh masuk.. tp kami x ler sbb dh lewat ptg time tu.
 We are ladies... hehe tgk pulak handmade shawl yg cantik2.. apa lagi pakat beli laaa murah2 ja sini. xtau la ada pelancong ka tak sbb masa kami mai x nmpk pun org luar... maybe sbb dh petang kot
 Bersama si penjual.. 
 Melaram sorang satu kekeke!
 Ni la Uchisar Castle tu... kalau sapa2 berkesempatan ke sana.. try la masuk..
Kat luar castle ni byk org jual2 buahan2 kering... sedap2 beli laa apa lagi! Mak Iti beli limau kering dan ada lah beberapa jenis asam2

Deretan kedai2 yg byk dh tutup.

Sempat lagi berenti posing ntah di mana ni x igt sudah haha

Kami pun terus jln2 lagi... smpi ke pekan Urgup!
Di pekan  Urgup.. saja jalan2 p supermarket dia borong nescafe, biskut dan sedikit bekalan . Kat sini murah2... tgk byk org borong barang keperluan asas. 

Haaa tu dia model cabai hijau dan cabai merah hahah besaq gedabak !


Kami borong nescafe bermacam perisa kt sini maklumla jakun x penah jumpa kt Malaysia hahaha... beli bekalan apa yg patut . 

Femes ni kalau kt Turki... tp x sempat nk merasa sbb cikpeod mai melawat cik puan2 sekalian hahahaha


Keluar dari Urgup hari sudah pun beransur gelap. Moh kita pulang ke sarang
Mlm tu Mak Iti dan Kak Ein berdinner kan maggie cup lagi ..selesai segala hemat kami pun ZZZzzzzzzZZZZ 


1.5.2015

Kedengaran azan subuh berkumandang di bumi Cappadokia ini..Syahdu terasa. Merenung ke luar jendela kecil bilik kami ...suasana masih lagi gelap. Teringat kata2 owner hotel ni.. belon panas mula beroperasi pukul 5.30 pagi sini. Apa lagi Mak Iti bergegas mandi dan siap2 sikit terus keluar kt lobby nk tgk belon panas... hampa x dak lagi pun ..cheh! Lps tu balik bilik p siap2 sbb nk check out dh kan harini... keluar balik baru laa nmpk byk2 belon panas... terujaaaaaa gila masa tu. Lensa kamera pun dok klik2 laaa x habih2 .. Jom tgk gmbr belon panas!
 Di awal pelepasan belon2 panas ini...suasana masih gelap 
 Mentari baru nk menyinar

Keadaan semakin cerah..mentari mula menyinari bumi cappadokia ini.








 Belon2 dah mula nak mendarat..matahari makin terik

Done! Puas hati dpt tgk belon2 panas ni berterbangan..walau pun tak merasa naik belon panas hehe.. ( takut jugak sebenarnya naik ni hehe) . Oklah selesai posing dgn belon panas ... kami pun check out dan meneruskan road trip kami ke next destination iaitu Ankara! 

Sampai di sini entry Cappadokia.. I really missed the place, hope to be here again someday In Shaa Allah ... Moga2 Allah menjemput ku lagi ke sini :-) 

No comments:

Post a Comment