Wednesday, May 2, 2018

LEMBANG BANDUNG ~Part 3 ~


lembang bandung- Part 3

Kami ke Floating Market Lembang pulak...

Hahaha nak cerita ni.. Ilham ada bertanyakan berapa lama kami akan ambil masa di sini.. ada yg menjawab ½ jam saja hahaha.. Terus Ilham ketawakan kami.. Haha sah2 dia tau dah bukan ½ jam dah depa ni. Dia hanya ketawa saja tanpa berkata apa2.. sama jugak di Floating Market ini… tiket entrance boleh kita tukar dengan air minuman.. kalini Mak Iti memilih utk menukar dgn air panas pulak.. 

Meh kita tengok apa yg di ketawakan Ilham bila kami kata setengah jam ja… Apa yg ada disini … Jom!!!



~Floating market lembang ~

   Beralamat di lokasi berikut : Jalan Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia. Floating Market Lembang menyajikan kepelbagaian Wahana di dalam nya …tidak hanya Floating Market semata-mata.  Apa yg menariknya di sini selain dari Floating Market juga terdapat beberapa Wahana yg sesuai dijadikan tempat liburan keluarga.

   Antaranya ialah Kota Mini, Taman Kelinci, Rainbow Garden, Miniatur Kereta Api, Adventure Park/ Outbond , Kyotoku ,Restoran ,Mushala ,Toilet,dll.
Mak Iti hanya ronda2 sekitar Floating Market, lalu tengok Kelinci & Kyotoku. Tak sempat masuk ke Kota Mini dan Rainbow Garden. Haih kalau masuk ntah berapa lama pulak dok ada kt situ… keraih la si Ilham tu menunggu kami hahahah.

   Mai nak kongsikan moment-moment Mak Iti di sini.. Di awal perjalanan masuk semua masih berenam.. ntah masa bila dah terpecah jadi 3:3 hahaha…

Gambar awai wajib la di pintu masuk sini hehehe…



Ni lah Ilham, pak supir kami



Kemudian kami mengabdikan foto beramai2 di  landmark utama sini yg bertulis Floating Market Lembang.



   Kami menyusuri Kawasan pasar terapung ni sambil melihat gerai2 yg menjual barang kraft dan souvnier. Mak Iti tak beli apa pun seronok berjalan saja.






Ni ja video yg sempat Mak Iti rakam.

   Masa lalu kt sini Nampak la signboard – Kota Mini.. kalau bawak anak2 syok la masuk kota mini ni… dalam kota mini dari pembacaan Mak Iti ada bentuk2 bangunan yg cantik2 mmg sesuai la utk yg suka bergambar tu. Tak kurang jugak pelbagai aktiviti utk anak2 untuk dicuba di sini. In Shaa Allah kalau ada rezeki nak bawak anak2 mai sini pulak.


   Seterusnya kami melalui Taman Kelinci dan Miniatur keretapi. Riang ria muka kanak2 ni. Hah masa ni dh terpecah 3:3 masa bila berpecah pun x sedar. Tau2 Mak Iti dgn Kak Ta dan Kak Shila. Kami melewati taman herba di sini… bagusnya ada bermacam2 pokok herba dan ulam2 di tanam di sini…bagus utk anak2 yg tak mengenali tanaman ini.




   Mak Iti ke tandas sat.. dan lepas tu Nampak Kak Ta dan Kak Shila menunggu Mak Iti di beranda rehat menghadap tasik ni.. Cantiknya!!!
Klik Klik! Dan la Kak Shila bagi makan mak kaloi hahahaha…Elok dok bersila kt pankin tu.






   Haih mana la depa ni tunggu2 tak lalu pun xpalah kami pun terus la p jalan lagi ke depan tu nk tengok area floating market depa. Macam2 makanan dijual dan satu pun Mak Iti tak beli hehehe… pening tgk byk sangat. Tempat nya elok, bersih dan teratur. Hanya penjual yg menjual di atas sampan, manakala utk pembeli di sediakan meja makan di ruang sebelah.








Pinjam Video ByT laaa video Mak Iti x leh nk upload pulak 


    Dekat sini dh ternampak lalang2 seakan2 berada di Jepun. Wah cantik sungguh! 

Dalam sehari Mak Iti bukan sahaja berada di Bandung, tapi Mak Iti dah sampai New Zealand (Hobbiton Adventure) , Floating Market bukan di Hatyai tapi di Lembang dan sekarang Mak Iti berada di Kyoto pulak hahahaha…
OK lah sebelum nak p lalu kt Kyoto tu Kak Shila dan Kak Ta berenti membeli Singkong goreng… Aku suka singkong kau suka keju ♫♫♬♪




   Ok Mak Iti p beli air mineral 3 botol utk kami Rp15,000.  Dah jom berkelah makan ubi goreng..boleh pulak boh perisa pedas la black pepper la haih tapi sedap hehehe

   Dok call depa kata nak mai dah tapi tak mai2 lagi hahaha mana la depa 3 tu p.. xpalah jom la kita pun.

   Kami pun meneruskan rondaan kami.. uih ada kat Jepun pulak hahaha
Masuk la Kyoto tu .. posing la sat.. tp ada satu tempat tu depa tutup… situ hanya khas utk yg menyewa costume Japan saja boleh masuk utk bergambar… Kita tgk dari jauh aja ya…










   Masih tak Nampak kelibat depa bertiga… kami putuskan utk terus berjalan keluar sbb dah maghrib time tu. Kami pun p la kt van di mana Ilham dah tersengih2 memandang kami. Finally depa tu pun mai dah dgn penuh makanan yg depa borong masa kt market tu. Ni ha antara makanan yg depa beli


Ni x la beli laaaa hahahaa



  Fateha bgtau Ilham nak cari cokelat CINTA??? Haaa cokelat CINTA oklah Ilham berentikan kami dekat jalan apa ntah Mak Iti lupa dah... seakan2 area Jalan TAR suasana di sini.. atau lebih kepada UPTOWN di negeri2 lain. Jalan punya jalan...jumpalah kami dgn Cokelat CINTA tu.. ada jugak jumpa kek yg pelakon terkenal tu juai ... tp x rasa dan x beli pun hehe. 


Abaikan muka yg dh berminyak tu hahaha seharian kot di Lembang 



    Habis beli cokelat CINTA , Ilham nk bawak kami ke tempat makan, Mak Iti tak mau makan dah sbb Mak Iti nak rasa Muratabak San Francisco. Tgk kazen Mak Iti p baru ni dok promote sgt kata sedap sampai 2 kali ulang… so Mak Iti bgtau kt Ilham nak singgah beli Murtabak tu time balik nnt.

   Ok depa berenti makan kt satu restoren ni.. Mak Iti dan ByT hanya order air. Sambil kami bersembang2 depa yg lain makan la kan..


   Masa yg di tunggu2 telah tiba… sampai jugak Mak Iti kt Murtabak San Francisco ni. Ilham p hantaq depa hat lain balik.. Mak Iti dan ByT turun beli murtabak ni..Sempoi gak restoren ni...ingat gerai tepi jalan jaa...Siap ada live band lagi kot!




Senarai harga Murtabak




Mai tgk video dan jenis2 murtabak yg di jual.



ByT beli Murtabak 10 rasa! Haa apa tu 10 rasa??Hahaha murtabak ni sebenarnya sejenis apam balik laaa kalau kt tempat kita cumanya dia letak pelbagai perisa.



Jom tgk video yg ByT rakam ni. 

   Perghhhhhhhhh sedap baq ang rasa dia dgn tebal fuh berbaloi la harga dia..
Erm.. ByT ada belikan jugak murtabak ni dekat Ilham sbb masa kami bertanya tu dia kata dia x pernah makan sbb mahal..Allah kesian pulak… kami belikan dia murtabak tu dan bagi masa last sebelum balik.. kami pesan kt dia makan tau.. dia hanya ucapakan terima kasih yg tak terhingga kat kami.. terharu aih

    Okay balik bilik apa lagi …mandi laaa berlengaih kot seharian di Lembang.. lps mandi kami makan beramai2 murtabak yg kami beli tadi..
Ni lah Murtabak tu fuh... hat ni Mak Iti beli hat medium tau gedabak baq ang!

Haa hat kaler2 tu hat ByT beli Murtabak 10 rasa tu ambik hg makan apam balik 10 rasa

Dah jom tidoq… esk pagi nk kena check out awai .. sbb nk ke Pasar Baru, then Kawah Putih langsung balik ke Jakarta. Fuh… another long day tomorrow. 

Phewwwww!!!!

Nite Sweet Dream… Kenyang makan Murtabak Alhamdulillah hahaha





Tuesday, May 1, 2018

SEHARIAN DI LEMBANG ~ PART 2


lembang bandung- Part 2 ~

  Selesai berposing sakan di Farm House Susu Lembang ,kami meneruskan perjalanan ke The Lodge Maribaya pulak. Jaraknya tak berapa jauh anggaran dalam 13km-14km. Jalannya tak ubah macam jalan dari Tapah menghala ke Cameron Highland. Pemandangan mata sangat tenang, kita di sajikan dengan alam semula jadi berwarna hijau dan cuaca yang nyaman.

   Daerah Lembang mempunyai banyak tempat2 menarik.. tapi macam Mak Iti kata di awal penulisan setakat 3 hari 2 malam memang tak cukup untuk kita terokai alam hijau Lembang ni.







Map dari sumber google ni Mak Iti kongsikan untuk panduan.








~the lodge maribaya ~

  Akhirnya sampai la kami ke The Lodge Maribaya. Kami tidak di peruntukkan masa.. maknanya suka hati kami laa nk dok berapa jam di sini … sabaq na Ilham hahaha.

  Perkara pertama adalah beratoq utk membeli tiket masuk.. harga Rp30,000 kalau tak silap Mak Iti. Tp as usual tiket tu jangan di buang kerna kita boleh redeemkan dengan air milo atau susu anytime dan Mak Iti and the geng memilih utk redeem waktu keluar nanti.

                         Entrance untuk membeli tiket


Entrance point

   Kalau nak info lebih tentang Maribaya Lodge ni boleh klik sini ye à The Lodge Maribaya website

   Tak banyak yg Mak Iti dpt nak ceritakan disini…Cuma di sini terdapat banyak “Wahana” yg boleh kita cuba dan setiap Wahana ni perlu kita bayar Rp20,000. Untuk koleksi gambar yg di ambil oleh jurufoto mereka kita perlu membayar Rp10,00 setiap keping dan gambar2 berkenan boleh kita ambil di pintu keluar.

Jom tengok gambar2 Mak Iti di sini… The Lodge Maribaya Woodland














    Wahana pertama yg geng rombongan Mak Iti cuba ialah Gantole (IDR 25.000)
Gambar ni gambar depa ja la… Mak Iti x buat benda alah ni sbb takut tak muat nak duduk hahaha. Masa ni pulak kepala Mak Iti berdenyut2 sakit (panas barangkali)
Ini Mak Iti pinjam gambar Cik Tehah naa... hihi Mak Iti tak buat benda ni so x dak gambar.
Tiket utk setiap Wahana

  Wahana kedua mereka cuba dan Wahana pertama bagi Mak Iti ialah Sky Tree (IDR 20.000)


Hehe yg ini Mak Iti cuba pun dalam keadaan takut2 hahaha.. tp teringin! Paling best waktu dia suruh Mak Iti letakkan kaki di bawah tu! Ya Allah mengesot kot nk p situ hahaha walaupun Nampak mcm tak takut tapi sebenarnya takutttttttt.





Wahana kedua Mak Iti ialah Zip Bike (IDR 20.000). Ya Ampun yg ini Mak Iti dipaksa oleh mereka2 ahli rombongan.. Mak Iti mmg tak mau naik zip bike ni gila kot… kayuh atas wayer haluih tu haih…serem nak ooi tapi kugagahi jua mood masa ni 50:50 sbb dok pikiaq betoi ka apa aku buat ni hahaha.. Tetapiiiii Berjaya jua Mak Iti naik Zip Bike ini hahaha walaupun kayuhan tu tak seberapa hahaha tapi masa nak undoq tu laju baq ang hahaha


Muka ada senyum...hatiku ketaq tak siapa yg tahu hahaha Cik Ein, Mak Iti & Kak Shila

Yg ini lagi 3 org geng Mak Iti... Tehah, ByT and Kak Ta.


  Seterusnya Wahana yg Mak Iti cuba ialah Mountain Swing (IDR 20.000). 

Laju-laju buai ku laju hahaha ..dan dalam banyak2 Mak Iti rasa mcm puteri raja saja di sini hahaha syok oooiii walaupun Mak Iti rasa baju Mak Iti nak meloroih dah masa tu Kikiki.. baca Bismillah tok sah dok kira laaa berkali2 Mak Iti baca hahaha




  Next… depa x mau naik Bamboo Sky dan Sky Plane (IDR 25.000). Cik Ein ada ajak Mak Iti naik Sky Plane tu tapi Mak Iti x berani laaa hahahaha
Gambar dari sumber google jer

Gambar dari website Maribaya Lodge

   Selesai beraksi di atas ni .. kami turun utk naik wahana seterusnya iaitu Hot Air Balloon (IDR 20.000) .Utk yg ini kami decide utk naik beramai2.




  Selesai semua depa kata nk makan kt foodcourt depan ni ja.. masing2 memilih bakso utk makan tengah hari tetapi tidak pada Mak Iti. Mak Iti mmg tak reti makan bakso.. jadinya Mak Iti hanya memilih utk beli jagung cup rebus dan air kotak utk penghilang dahaga. Hehe..



Selesai semua dah jom kita cari jalan pulang.



 Di sini jugak disediakan tempat utk berkhemah tp Mak Iti tak pasti bayarannya sebab dah letih.. kira nak jalan keluar jaa hahaha

  Sepanjang jalan nk keluar tu Mak Iti Nampak laa beberapa spot cantik utk bergambar..tp waktu dah letih amat dengan kena memanjat lagi aduh… mmg semput la Mak Iti bab panjat2 ni hahaha.

   Haa perlu di ingatkan … pada sesiapa yg nak datang sini.. silalah pakai pakaian yg sesuai .. kasut biaq la kasut sukan atau apa2 kasut yg bertapak rata. Pakaian pulak biar la yg bersesuaian bukan baju nak p party tu hahahaha.. tp kalau rasa nk gambaq cantik pakai p la baju ikut suka hgpa jangan salahkan Mak Iti naaaa haha.

  Sesampai nya di pintu keluar Allah …. Kami Nampak punya la ramai manusia beratoq untuk claim gambar2 yg telah di ambil tadi… huhuhu beratoq tu saja utk pilih gambar mau dekat 45 minit… dok berdiri…bercerau jugak peluh ni hahaha
                     Video ni Mak Iti ambil lepas habis claim gambar 

  Setelah memilih gambar dari tab yg mereka pinjam kan.. aka nada staff depa mai dan transfer ke hp kita melalui applikasi “SHARE IT”. Setelah kita membuat pembayaran mereka akan transferkan gmbr yg kita mahu tadi melalui apps ini.
Dan selesai sudah …fuhhh sementara menunggu yg lain membuat pilihan gambar Mak Iti pergi buat penukaran tiket masuk Mak Iti dgn air milo.

 Selesai lah sudah sini ..kami semua naik ke van dan keletihan hahaha… Ilham bertanya mau ke Floating market tak? Sbb kalau nak ke Pasar Baru mmg tak sempat dah. So kami semua ok saja.
Pemandangan dari luar Maribaya Lodge

Meh ikuti kisah kami di Floating Market Lembang di the next entry.

Adios ……