Tuesday, May 1, 2018

SEHARIAN DI LEMBANG ~ PART 2


lembang bandung- Part 2 ~

  Selesai berposing sakan di Farm House Susu Lembang ,kami meneruskan perjalanan ke The Lodge Maribaya pulak. Jaraknya tak berapa jauh anggaran dalam 13km-14km. Jalannya tak ubah macam jalan dari Tapah menghala ke Cameron Highland. Pemandangan mata sangat tenang, kita di sajikan dengan alam semula jadi berwarna hijau dan cuaca yang nyaman.

   Daerah Lembang mempunyai banyak tempat2 menarik.. tapi macam Mak Iti kata di awal penulisan setakat 3 hari 2 malam memang tak cukup untuk kita terokai alam hijau Lembang ni.







Map dari sumber google ni Mak Iti kongsikan untuk panduan.








~the lodge maribaya ~

  Akhirnya sampai la kami ke The Lodge Maribaya. Kami tidak di peruntukkan masa.. maknanya suka hati kami laa nk dok berapa jam di sini … sabaq na Ilham hahaha.

  Perkara pertama adalah beratoq utk membeli tiket masuk.. harga Rp30,000 kalau tak silap Mak Iti. Tp as usual tiket tu jangan di buang kerna kita boleh redeemkan dengan air milo atau susu anytime dan Mak Iti and the geng memilih utk redeem waktu keluar nanti.

                         Entrance untuk membeli tiket


Entrance point

   Kalau nak info lebih tentang Maribaya Lodge ni boleh klik sini ye à The Lodge Maribaya website

   Tak banyak yg Mak Iti dpt nak ceritakan disini…Cuma di sini terdapat banyak “Wahana” yg boleh kita cuba dan setiap Wahana ni perlu kita bayar Rp20,000. Untuk koleksi gambar yg di ambil oleh jurufoto mereka kita perlu membayar Rp10,00 setiap keping dan gambar2 berkenan boleh kita ambil di pintu keluar.

Jom tengok gambar2 Mak Iti di sini… The Lodge Maribaya Woodland














    Wahana pertama yg geng rombongan Mak Iti cuba ialah Gantole (IDR 25.000)
Gambar ni gambar depa ja la… Mak Iti x buat benda alah ni sbb takut tak muat nak duduk hahaha. Masa ni pulak kepala Mak Iti berdenyut2 sakit (panas barangkali)
Ini Mak Iti pinjam gambar Cik Tehah naa... hihi Mak Iti tak buat benda ni so x dak gambar.
Tiket utk setiap Wahana

  Wahana kedua mereka cuba dan Wahana pertama bagi Mak Iti ialah Sky Tree (IDR 20.000)


Hehe yg ini Mak Iti cuba pun dalam keadaan takut2 hahaha.. tp teringin! Paling best waktu dia suruh Mak Iti letakkan kaki di bawah tu! Ya Allah mengesot kot nk p situ hahaha walaupun Nampak mcm tak takut tapi sebenarnya takutttttttt.





Wahana kedua Mak Iti ialah Zip Bike (IDR 20.000). Ya Ampun yg ini Mak Iti dipaksa oleh mereka2 ahli rombongan.. Mak Iti mmg tak mau naik zip bike ni gila kot… kayuh atas wayer haluih tu haih…serem nak ooi tapi kugagahi jua mood masa ni 50:50 sbb dok pikiaq betoi ka apa aku buat ni hahaha.. Tetapiiiii Berjaya jua Mak Iti naik Zip Bike ini hahaha walaupun kayuhan tu tak seberapa hahaha tapi masa nak undoq tu laju baq ang hahaha


Muka ada senyum...hatiku ketaq tak siapa yg tahu hahaha Cik Ein, Mak Iti & Kak Shila

Yg ini lagi 3 org geng Mak Iti... Tehah, ByT and Kak Ta.


  Seterusnya Wahana yg Mak Iti cuba ialah Mountain Swing (IDR 20.000). 

Laju-laju buai ku laju hahaha ..dan dalam banyak2 Mak Iti rasa mcm puteri raja saja di sini hahaha syok oooiii walaupun Mak Iti rasa baju Mak Iti nak meloroih dah masa tu Kikiki.. baca Bismillah tok sah dok kira laaa berkali2 Mak Iti baca hahaha




  Next… depa x mau naik Bamboo Sky dan Sky Plane (IDR 25.000). Cik Ein ada ajak Mak Iti naik Sky Plane tu tapi Mak Iti x berani laaa hahahaha
Gambar dari sumber google jer

Gambar dari website Maribaya Lodge

   Selesai beraksi di atas ni .. kami turun utk naik wahana seterusnya iaitu Hot Air Balloon (IDR 20.000) .Utk yg ini kami decide utk naik beramai2.




  Selesai semua depa kata nk makan kt foodcourt depan ni ja.. masing2 memilih bakso utk makan tengah hari tetapi tidak pada Mak Iti. Mak Iti mmg tak reti makan bakso.. jadinya Mak Iti hanya memilih utk beli jagung cup rebus dan air kotak utk penghilang dahaga. Hehe..



Selesai semua dah jom kita cari jalan pulang.



 Di sini jugak disediakan tempat utk berkhemah tp Mak Iti tak pasti bayarannya sebab dah letih.. kira nak jalan keluar jaa hahaha

  Sepanjang jalan nk keluar tu Mak Iti Nampak laa beberapa spot cantik utk bergambar..tp waktu dah letih amat dengan kena memanjat lagi aduh… mmg semput la Mak Iti bab panjat2 ni hahaha.

   Haa perlu di ingatkan … pada sesiapa yg nak datang sini.. silalah pakai pakaian yg sesuai .. kasut biaq la kasut sukan atau apa2 kasut yg bertapak rata. Pakaian pulak biar la yg bersesuaian bukan baju nak p party tu hahahaha.. tp kalau rasa nk gambaq cantik pakai p la baju ikut suka hgpa jangan salahkan Mak Iti naaaa haha.

  Sesampai nya di pintu keluar Allah …. Kami Nampak punya la ramai manusia beratoq untuk claim gambar2 yg telah di ambil tadi… huhuhu beratoq tu saja utk pilih gambar mau dekat 45 minit… dok berdiri…bercerau jugak peluh ni hahaha
                     Video ni Mak Iti ambil lepas habis claim gambar 

  Setelah memilih gambar dari tab yg mereka pinjam kan.. aka nada staff depa mai dan transfer ke hp kita melalui applikasi “SHARE IT”. Setelah kita membuat pembayaran mereka akan transferkan gmbr yg kita mahu tadi melalui apps ini.
Dan selesai sudah …fuhhh sementara menunggu yg lain membuat pilihan gambar Mak Iti pergi buat penukaran tiket masuk Mak Iti dgn air milo.

 Selesai lah sudah sini ..kami semua naik ke van dan keletihan hahaha… Ilham bertanya mau ke Floating market tak? Sbb kalau nak ke Pasar Baru mmg tak sempat dah. So kami semua ok saja.
Pemandangan dari luar Maribaya Lodge

Meh ikuti kisah kami di Floating Market Lembang di the next entry.

Adios ……




No comments:

Post a Comment