Tuesday, April 25, 2017

Buongiorno Milano

CiAo Milano
12 Dec 2016
Selamat pagi Milan.... arggh jom siap2 lps tu kita p breakfast then kita p ronda2 kota Milan... PENTING YA!!! CITY MAP ambik la yg kt hotel..biasanya hotel akan provide guess with city map.. klu rasa terror dah tak payah la ambik map...dan kalau rasa duit tu ada lebih boleh la p beli city map kat mana2 toko tepi jalan tu... pilihan di tangan anda :-) 

Alright Mak Iti plan nak p Duomo( yg femes tu) ,then nk ke istana lama, cari statue Leonardo Da Vinci dan galleria Vittorio Emanuale II. 

Breakfast kat hotel ni ok ja..semua berasaskan pastry, croissant, buah-buahan dan yougurt. Tapiiiiii paling best the original of Cappuccino laaa. Kalau nak Cappuccino boleh order dekat awek yg dok jaga breakfast tu. 

Meh layan gmbq breakfast kami 


Dah sudah makan moh kita ronda2 sekitar Milan... mak datok punya la sejuk time tu...walaupun belum salji tp cuaca dia sgt sejuk... mujur Mak Iti  pi dgn En Suami so dia mmg cekap membaca map...kalau harap Mak Iti nanti jadi nak p Skopje dulu hahahaha. 

Destinasi pertama, kami berjaya jumpa Duomo. Duomo tu sebenarnya Cathedral  Church of Milan. Bertema kan Gothic building mengambil masa selama hampir 6 Centuries utk di siapkan . Bukan la gereja itu yg Mak Iti nak agungkan.. Mak Iti cuma nak tengok hasil seni bina pada zaman dahulu.. Binaannya sangat kukuh sampai ke hari ini. Memandangkan waktu tu ialah musim menjelang Krismas..makanya Krismas Market di buka di sekitar kawasan Duomo. Meriah sangat dgn lampu2, pelbagai pastries dan macam2. Meh tgk gambaq Duomo dan sekitarnya ok.. 














OK dah selesai tangkap gambaq kt Duomo ni, kami gerak ke Sforza Castle. Mengikut sejarah istana ini di bina pada kurun ke 15 oleh Francesco Sforza, Duke of Milan. Ianya kemudian telah di besarkan pada kurun ke 16 dan 17 dan telah menjadi Citadels terbesar di Europe. Sekarang ia telah di jadikan muzium utk org awam. Free Entrance YES!Jom tengok sekitar Istana ni..kawasan dia luas sangat. 








Bunga kering ni dh penghujung istana dimana terdapat satu taman luas tapi sunyi (maybe sbb awal sgt kot) tp kami jalan jugak nk tengok apa yg ada di sana.. di hujung sana terdapat Arco della pace ataupun Arch of Peace. X ada gambar.. google ja la ya :-) 

Next.. kami patah balik ke area Duomo tadi sbb Mak Iti nak masuk tgk galeri si eman tu hahaha (Vittorio Emanuale II) Situ Syorga Shopping tapi Mak Iti bukan la spesis nk shopping so Mak Iti jamu mata jaa... rasanya kalau nak beli maybe berbaloi utk kaki shopping sbb kalau kat tmpt kita mmg mahai baq hang! 





 Galeri ni terdapat dihujung galeri si eman tadi. haha tak dak org beratoq nk masuk pun ?? 
 Jalan terjah ja... sbb mmg x dak dlm map statue ni.. Alhamdulillah rezeki nk jumpa jugak.. masa ni depa tgh buat renovate kt kawasan sekitar dia..so ambil dari jauh ja gambaq ni. 
OK time to go back to hotel..nk rest sat sbb ptg nnt nk kluaq p beli tiket pulak.. eh bukan nak balik dah ... sbb esk kami satu hari suntuk akan ikut tour ke Swiss Alps yes!!! so next destination kami ialah Verona so kena la beli tiket siap2 kan :-) Dan buat sekian kalinya kami singgah mkn kt restoren smlm haha try nasi laaa.. dh siang baru nampak ada deretan kedai muslim sekitar situ.. so amat la gembira sbb boleh beli jajan utk bekalan esk ke Swiss Alps yahooo. 
Jom balik bilik dulu.. ptg satgi nk kluaq p beli tiket pulak. 
 Ni lah kedai runcit tu..betoi2 depan restoren kashmir yg kami mkn tadi.
 Kami beli roti,biskut,croissant coklat..dan mineral. 
Hotel x sediakan air dlm bilik, kalau nak kena beli ye 

Dan time to go and buy the ticket! 
Kami pun pi la Milano Centrale railway stazione..dgn confidentnya kami ke kaunter Trenitalia... tapi nasib kami tak baik bila mendapat layanan buruk dari pakcik yg jaga tiket tu.. maybe dia tgk kami ni muslim kot.. Bila Mak Iti habaq nk p Verona date sekian2..terus dia kata NO KABIN ( dalam hati Mak Iti punya dok carut...harja punya pakcik!) Takpa Mak Iti x putus asa.. kami ronda2 dlm railway station tu.. actually banyak ja kiosk2 mesin kt luar tu cuma ye la 1st time kan x penah guna so x berani la skit. Then Mak Iti teringat masa mula2 masuk tadi ada kaunter jual semua tiket train (agent la lebih kurang) . 
Kami pun beratoq dan bila tiba giliran kami.. pakcik tu layan kami elok jaa.. siap bagi option nk naik waktu bila dan dia book kami second class train. 
Alhamdulillah legaaa dh beli tiket train ke Verona. 
Moral of the story jangan kerana sekoq dua malaun ... kita buat keputusan kata semua depa racist. Sama ja mcm org kita kt Mesia ni... bukan semua racist kan? Pikiaq sendiri laaa.. 

Ni la tiket kami... x perlu validate dah esk kat mesin sbb kami beli yg booking confirm with seat number. Kalau beli yg dekat machine tu perlu validate kt mesin sebelum naik train ya... kalau dak nnt hgpa kena denda.. dia x kira kita ni pelancong ka apa.. rules is rules... hehe tegas oooh depa ( Mak Iti tgk sendiri dlm train kt Pisa.. nnt story kt page Pisa naa) 

Done everything so ..mlm ni tidoq awal pasai esk pagi nk kena ada kt Zani Viaggi tu pukul 7 pagi. Don't worry kami dh p check dh tang mana ofis agent tu tadi..hehe 

Ciao! --->> Swiss Alps Day Trip


PERJALANAN DARI IST KE MILAN ~ 11 DEC 2016

ISTANBUL-ATHENS-MILANO 

11 Dec 2016 ~ Alhamdulillah kami bersiap2 check out dari Han Hostel Istanbul dan ke airport seawal 7.30 pagi..as expected taxi charged hanya TR20 hehe.. so sesampainya di airport kami ke kaunter Aegean Airlines untuk membeli luggage ( Tiket kami x ter masuk luggage) 


Oh ya dari Istanbul kami menaiki Aegean Airlines untuk ke Milan so bermakna akan transit di Athens Greece selama 4 jam. Selesai pembelian utk luggage kami mencari kaunter check in..jeng jeng jeng..... nah kami di soal siasat oleh pegawai Aegean Airlines dgn bermacam2 soalan... mujur la Mak Iti ada membaca beberapa tips sebelum ni kan... so alhamdulillah semua information dh tersedia dlm beg kami

Antara soalan2 yg di tanya (Mak Iti translate bahasa kita la noooo) Dengan muka yg tak friendly langsung dia pun tanya: 
  • Q : Berapa lama nak stay kat Greece? 
  • A: Kami cuma transit 
  • Q: Boleh tengok tiket penerbangan balik ke negara asal kamu?
  • A: Nah tgk laa hahaha (sambil tunjukkan tiket kami berdua) 
  • Q: P Milan nak buat apa? (hg bayangkan kalau dia cakap loghat utara hahaha) 
  • A: Kami p saja jalan2 nak honeymoon (pastu Mak Iti tunjuk Ittinery yg Mak Iti dah karang berhelai2) 
  • Q: Boleh tengok hotel apa yg hangpa booking?
  • A: Nah ambik tgk laaaa
  • Q: Dalam hati ..ok aku puah hati dgn budak berdua ni... lalu dia ambik passport kami p kt member dia.. dia mai balik sambil berkata " Your passport Mem, you may check in now " 
  • A: Thank you... ( legaaaaaaa , tgk belakang passport dia lekat sticker .."security check = pass" )
Selesai semua urusan di kaunter check in kami pun p la terminal... sejujurnya ketaq jugak masa dia tanya macam2 soalan tadi.. tp Mak Iti buat muka confident jaaa... 

OK jom naik flight Aegean Airlines..ketaq tetap ada maklumlah hanya kami berdua org Asia dan lain dari yg lain tp tawakal kepada Allah dan yakin semuanya berjalan dgn baik. Seawal perjalanan kami di beri gula2 oleh crew yg comel2.. dan makan time pun tiba... kami di beri HALAL food as per requested during booking. Comel ja pasta seafood yg kami dapat..sedappp.



Tiba di Athens..Waahhh cempera sat la tapi mula2 turun tu macam bermasalah sbb depa tanya VISA..Mak Iti pun explained laa buku merah kami tak payah VISA lagipun kami transit saja.. lps tu dia verify apa tak tau.. dia bg blk passport dia kata ok boleh p kt platform dah...legaa.... passport kami stamp di Athens. Jgn tak tau airport Athens pun ada prayer room naa.. so jgn risau Islam di mana2..syukur. 







OK time for the next flight...MILANO here we come...sambung perjalanan lagi dalam 2-3 jam dan seterusnya kami pun tiba di Kota Milan... wahhhhhhhh tak terbayang Mak Iti nak mai Honeymoon kt Italy ni #SyukurAllah :-) 

Sesampainya kami di Malpensa Milan Airport dan ambik luggage, kami tercangak2 "eh kat mana nk stamp passport ni?" sekali jalan2 terus keluar pintu Arrival dah sudah mati la nakkkkkk. Kami terus cari pegawai yg dok ada di airport tu dan tanya kat mana kami nk kena stamp passport ni? Dia tanya kami mai dari mana.. Kami kata dari Athina so dia kata "Ohh..it's ok this is Europe so your passport already stamp at Athina, no need to stamp here" . Lps ucap terima kasih ...kami berdialog berdua.. betoi ka ni satgi x pasai2 kita jadi pelarian kt Italy ni pasai x stamp passport . Again Tawakal ja sbb dah dia kata lagu tu.. 

Mak Iti terus ke kaunter jual tiket shuttle bas dari Airport ke city center ( yg ni pun hasil dari bacaan di blog walking ya,terima kasih pada insan2 yg telah berkongsi ilmu/tips travel di blog2) . So beli la 2 tiket ke city center dgn harga Euro 8 seorang. Jom naik bas! Kami keluar dari airport dgn cuaca yg sejuk yg amat dan suasana pun dh nk gelap. Tunjuk tiket bas kt driver lepas dia verify kt machine dia kami pun naik bas... En Suami senyum jaaa hehehe macam tak caya oooh sampai Milan kekeke. Perjalanan mengambil masa selama sejam lebih utk sampai ke city center. 



 Sesampainya di city center.. masalah pun tiba hahaha ya lah offline map x jalan! Aduh!!!! berbekalkan kata hati kami jalan straight jaa smpi station ketapi. Tanya orang sana sini laa haha .. masuk station tanya polis (bahasa ayam itik as usual hehehe) last2 Mak Iti kata jom la naik taxi mahal pun mahal laa.. tp yg ini Mak Iti puji driver taxi tu tak mau bawak kami sebaliknya dia kata Hotel kami x jauh pun dari sini ... jalan kaki 10 min ja sampai..dia pun bagi direction dan kami pun tawakal dan jalan mencari THE BEST HOTEL . Mak Iti book via booking.com ja semua hotel kali ni.
Misi mencari Hotel hahaha
Yeay dah jumpa!


Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kami di hotel ni... check in dan masuk bilik. Mak Iti lapaq dah sbb hanya makan dlm flight tadi ja.. dan kebetulan tadi masa OTW nak p hotel ternampak satu restorente nasi hahaha apa lagi cargas la ajak En Suami p makan.. dalam kesejukan malam kami keluar pi mencari sesuap nasi eceh eceh hahaha. Nah layan gambaq nasi original dari India di Milano hahahaha....
Jom p cari makan... time ni baru pukul 6.30petang dh gelap wei.






Chicken Briyani cost Euro 6 per plate. Banyak gila dan sedap gila 
Lega dapat menjamah nasi di Italy ni hahaha. Kami pun balik ke bilik dgn hati yg gumbira. Usai segala urusan kami pun tidoq laa letih gila long journey harini.. Sebab esk pagi nk bangun awal nak jelajah kota milan by foot yeah! 
Till then CIAO! 

*** Mak Iti dok di Italy 4 Hari 3 malam sbb Mak Iti gedik nk naik Bernina Expres p Swiss Alps kot hehe tunggu nnt Mak Iti sambung kat next entry naaa


Monday, April 24, 2017

JELAJAH ITALY

ITALIA in Memory

Akhirnya masa yg di nanti-nanti telah tiba... setelah berhempas pulas planning selama lebih dari 1 tahun akhirnya Mak Iti dan En Suami buat pertama kalinya bercuti berdua a.k.a Honeymoon yg pertama selepas 12 tahun berkahwin( haa walaupun dh 12 tahun kawin tapi ni lah honeymoon kami yg pertama) 😉😉😉😉

Perjalanan kami bermula dari 10 Dec 2016 ~ 21 Dec 2016. En suami berkenan nak jelajah Italy sahaja kali ni.. katanya nk teroka sesebuah negara tu habis-habisan (tu pun byk tempat kami x p ... tak dan habaq hang mau cuti sebulan kalau nk jelajah semua kekeke) Tinggal la anak2 Mak Iti as usual..hehe si kecik tu apa lagi buat2 macho tp dlm keta teriak jugak .. si Kakak relax ja dia x kisah pun. 

Psssst sori ambik masa nk tulis sbb dh berbulan balik dari Italy baru nk tulis.. mood x mai oooi camno nk nulih. Ada jugak info yg tertinggai nanti ni :-p

10 Dec 2016 

Dari Penang kami menaiki MAS ke KLIA dan sesampainya di KLIA kami terus ke terminal seterusnya utk ke penerbangan antarabangsa. Kami menaiki Qatar Airways di mana kali ni Mak Iti dpt harga RM1700 (returned flight Penang to Istanbul). No flight delay this round Alhamdulillah... Mak Iti happy sangat sbb kali ni terbang bersama kekanda terchenta hahahaha. Kami tiba di DOHA setelah 6 jam perjalanan , transit tak lama kemudian terus ker ISTANBUL. Yeah my fav pitt stop ngeh ngeh. Untuk 1st stay Mak Iti pilih Hostel dekat dengan Airport sebabnya kami punya next flight ke Milan pada 11 Dec waktu pagi. Alhamdulillah setelah landing dan collect luggage kami terus mencari kereta utk ke Hans Hostel. Aiseh... Mak Iti sepatutnya ambik ja taxi kat luar tapi di sebabkan dh terlalu letih Mak Iti hentam saja ambik Hotel transit car dlm airport hahaha mau tau laa kena charged berapa kan...klu tak silap dlm TR70 ( ambik hang... kalau naik taxi baru TR20 jaa ) . Airport dan Hostel tak jauh mana pun dalam 15 min ja sampai... then sesampainya kami kt sana kami pun check in dan selesaikan segala urusan... Psstttt ingat tak peristiwa Istanbul kena BOM??? Ha hari Mak Iti sampai tu la Istanbul kena BOM... Alhamdulilllah kami tak apa2.. kejadian tu di Istanbul dan kami jauh sana (walaupun mcmtu cuak jugak tau). Tak banyak yg Mak Iti nak cerita masa awal perjalanan....so Mak Iti share gambaq ja laa nooo. Besok kita mulakan dengan cerita dan pengalaman baru Mak Iti ke Milan Italy. 

Gambaq sepanjang perjalanan dari Penang ke Istanbul utk hari pertama :
 KLIA
 KLIA
 MAS - PEN to KLIA
 QATAR with LOVE
 Dah sampai Istanbul...menunggu kereta utk ke Hostel
 HAN HOSTEL ISTANBUL nak breakfast
 




Pagi yg sejuk...menunggu Taxi utk ke airport for our main Destination ... Italia here we come ❤❤❤