Tuesday, April 25, 2017

Buongiorno Milano

CiAo Milano
12 Dec 2016
Selamat pagi Milan.... arggh jom siap2 lps tu kita p breakfast then kita p ronda2 kota Milan... PENTING YA!!! CITY MAP ambik la yg kt hotel..biasanya hotel akan provide guess with city map.. klu rasa terror dah tak payah la ambik map...dan kalau rasa duit tu ada lebih boleh la p beli city map kat mana2 toko tepi jalan tu... pilihan di tangan anda :-) 

Alright Mak Iti plan nak p Duomo( yg femes tu) ,then nk ke istana lama, cari statue Leonardo Da Vinci dan galleria Vittorio Emanuale II. 

Breakfast kat hotel ni ok ja..semua berasaskan pastry, croissant, buah-buahan dan yougurt. Tapiiiiii paling best the original of Cappuccino laaa. Kalau nak Cappuccino boleh order dekat awek yg dok jaga breakfast tu. 

Meh layan gmbq breakfast kami 


Dah sudah makan moh kita ronda2 sekitar Milan... mak datok punya la sejuk time tu...walaupun belum salji tp cuaca dia sgt sejuk... mujur Mak Iti  pi dgn En Suami so dia mmg cekap membaca map...kalau harap Mak Iti nanti jadi nak p Skopje dulu hahahaha. 

Destinasi pertama, kami berjaya jumpa Duomo. Duomo tu sebenarnya Cathedral  Church of Milan. Bertema kan Gothic building mengambil masa selama hampir 6 Centuries utk di siapkan . Bukan la gereja itu yg Mak Iti nak agungkan.. Mak Iti cuma nak tengok hasil seni bina pada zaman dahulu.. Binaannya sangat kukuh sampai ke hari ini. Memandangkan waktu tu ialah musim menjelang Krismas..makanya Krismas Market di buka di sekitar kawasan Duomo. Meriah sangat dgn lampu2, pelbagai pastries dan macam2. Meh tgk gambaq Duomo dan sekitarnya ok.. 














OK dah selesai tangkap gambaq kt Duomo ni, kami gerak ke Sforza Castle. Mengikut sejarah istana ini di bina pada kurun ke 15 oleh Francesco Sforza, Duke of Milan. Ianya kemudian telah di besarkan pada kurun ke 16 dan 17 dan telah menjadi Citadels terbesar di Europe. Sekarang ia telah di jadikan muzium utk org awam. Free Entrance YES!Jom tengok sekitar Istana ni..kawasan dia luas sangat. 








Bunga kering ni dh penghujung istana dimana terdapat satu taman luas tapi sunyi (maybe sbb awal sgt kot) tp kami jalan jugak nk tengok apa yg ada di sana.. di hujung sana terdapat Arco della pace ataupun Arch of Peace. X ada gambar.. google ja la ya :-) 

Next.. kami patah balik ke area Duomo tadi sbb Mak Iti nak masuk tgk galeri si eman tu hahaha (Vittorio Emanuale II) Situ Syorga Shopping tapi Mak Iti bukan la spesis nk shopping so Mak Iti jamu mata jaa... rasanya kalau nak beli maybe berbaloi utk kaki shopping sbb kalau kat tmpt kita mmg mahai baq hang! 





 Galeri ni terdapat dihujung galeri si eman tadi. haha tak dak org beratoq nk masuk pun ?? 
 Jalan terjah ja... sbb mmg x dak dlm map statue ni.. Alhamdulillah rezeki nk jumpa jugak.. masa ni depa tgh buat renovate kt kawasan sekitar dia..so ambil dari jauh ja gambaq ni. 
OK time to go back to hotel..nk rest sat sbb ptg nnt nk kluaq p beli tiket pulak.. eh bukan nak balik dah ... sbb esk kami satu hari suntuk akan ikut tour ke Swiss Alps yes!!! so next destination kami ialah Verona so kena la beli tiket siap2 kan :-) Dan buat sekian kalinya kami singgah mkn kt restoren smlm haha try nasi laaa.. dh siang baru nampak ada deretan kedai muslim sekitar situ.. so amat la gembira sbb boleh beli jajan utk bekalan esk ke Swiss Alps yahooo. 
Jom balik bilik dulu.. ptg satgi nk kluaq p beli tiket pulak. 
 Ni lah kedai runcit tu..betoi2 depan restoren kashmir yg kami mkn tadi.
 Kami beli roti,biskut,croissant coklat..dan mineral. 
Hotel x sediakan air dlm bilik, kalau nak kena beli ye 

Dan time to go and buy the ticket! 
Kami pun pi la Milano Centrale railway stazione..dgn confidentnya kami ke kaunter Trenitalia... tapi nasib kami tak baik bila mendapat layanan buruk dari pakcik yg jaga tiket tu.. maybe dia tgk kami ni muslim kot.. Bila Mak Iti habaq nk p Verona date sekian2..terus dia kata NO KABIN ( dalam hati Mak Iti punya dok carut...harja punya pakcik!) Takpa Mak Iti x putus asa.. kami ronda2 dlm railway station tu.. actually banyak ja kiosk2 mesin kt luar tu cuma ye la 1st time kan x penah guna so x berani la skit. Then Mak Iti teringat masa mula2 masuk tadi ada kaunter jual semua tiket train (agent la lebih kurang) . 
Kami pun beratoq dan bila tiba giliran kami.. pakcik tu layan kami elok jaa.. siap bagi option nk naik waktu bila dan dia book kami second class train. 
Alhamdulillah legaaa dh beli tiket train ke Verona. 
Moral of the story jangan kerana sekoq dua malaun ... kita buat keputusan kata semua depa racist. Sama ja mcm org kita kt Mesia ni... bukan semua racist kan? Pikiaq sendiri laaa.. 

Ni la tiket kami... x perlu validate dah esk kat mesin sbb kami beli yg booking confirm with seat number. Kalau beli yg dekat machine tu perlu validate kt mesin sebelum naik train ya... kalau dak nnt hgpa kena denda.. dia x kira kita ni pelancong ka apa.. rules is rules... hehe tegas oooh depa ( Mak Iti tgk sendiri dlm train kt Pisa.. nnt story kt page Pisa naa) 

Done everything so ..mlm ni tidoq awal pasai esk pagi nk kena ada kt Zani Viaggi tu pukul 7 pagi. Don't worry kami dh p check dh tang mana ofis agent tu tadi..hehe 

Ciao! --->> Swiss Alps Day Trip


No comments:

Post a Comment