⭐⭐⭐KISAH KAMI DI TUNISIA ⭐⭐⭐
Alhamdulillah kali ini Mak Iti dapat menjejakkan
kaki ke sebuah benua baru iaitu Benua Afrika . Kali ni trip kami akan
menjelajah ke Tunisia. Boleh refer sini ** TENTANG TUNISIA (kupasan tentang Tunisia)
Trip kami bermula pada 11 Dec 2019
dan berakhir pada 21 Dec 2019. Anak-anak Mak Iti turut serta utk trip kali ini.
Kita yg merancang Allah yg tentukan,
sebenarnya tak terfikir pun nak bawak anak-anak ke Tunisia. Apa yg Mak Iti dan
En Boss rancang setahun yg lalu ialah utk membawa anak2 kami samada ke
Amsterdam, Mesir atau Kashmir. Tapi Amsterdam tiket dia ya ampunnnn terlalu
mahai nak p utk 4 kepala, Mesir pulak macam tak terpanggil nk beli tiket
walaupun Mak Iti dan anak sulung Mak Iti teringin sangat nak p. Kashmir pulak
plan punya plan sekali tu ada kacau bilau dekat sana pulak dan En Boss tak mau
ambik risiko sebab kami nak bawak anak2.
Tup-tup ada satu haritu Mak Iti
tengah search tiket flight tiba2 ternampak KL-Tunisia harga RM1900++ utk return
tiket, Mak Iti bgtau En Boss, dia pun kata terus “ON”! Hah apa lagi beli tiket
malam tu jugak. Mak Iti khabarkan dekat travel buddy Mak Iti , dia pun ON jugak
… haha makanya terjadilah trip Tunisia ni.
Sebenarnya agak mencabar utk mencari
detail tentang negara ini di laman web. Mungkin kerana tak ramai orang Asia (
Melayu ) yg pergi dan kalau ada yg pergi pun tak di update di mana2 blog atau
laman social. Akhirnya berguru la Mak Iti dgn Mr Google Map, Mr Pinterest dan 2
website ni (1 mat saleh , 1 melayu) . Boleh di katakan trip ni , trip redah
kasi pecah laaaa hehehe.
Persediaan utk ke Tunisia ni Mak Iti
buat ala kadar ja, tak sama macam trip Mak Iti ke Austria dulu. Dari segi
Routes, Ittn dan bajet.. semua nya Mak Iti buat gitu-gitu jer. Selebihnya
tawakal dan redah ja lah.
Ok jom terbang Bersama cerita Mak
Iti.
Day 1 ~ 10 Dec 2019🌘
Di sebabkan tiket yg kami beli start
dari KL ~ Tunisia , so kami kena beli extra tiket dari Penang ke KL .
Tiba di KL kami terpaksa menjadi gelandangan
sebab next flight kami esok pagi jam 9 hahaha. Tidoq la kami dekat airport
berjemaah.
Dok tunggu Train ke KLIA 1 |
Pekena time 3 pagi hahaha |
sambil dok charged HP |
Day 2 ~ 11 Dec 2019
Bangun pagi2 p bersihkan diri, dan
siap sedia utk check in. Tudiaaaaaaaa punya Panjang orang beratoq nak naik Air
Arabia…. Ohh rupanya ada flight nk ke India & Bangladesh, utk ke Sharjah penuh
muka pak Arab ja. Flight kami akan transit di Sharjah. Oh ye sebelum lupa Air
Arabia adalah penerbangan tambang murah dari negara UAE. Biasa org naik berenti
Dubai atau Abu Dhabi kan, tapi flight ni akan bawak kami berenti di Sharjah.
(Psstt google sendiri la na Sharjah tu ada apa semua)
Alhamdulillah flight kami selamat
mendarat di bumi Sharjah dan kami terpaksa bergegas utk ke next flight sebab
waktu transit hanya sejam lebih. Sesampai nya kami dah ada ground staff airport
yg menunggu dan menghalakan haluan flight utk ke TUNIS di gate mana.
Bismillah perjalanan ke Tunis
bermula, ok dlm flight ni tak da dah muka melayu, hanya kami berenam.
Perjalanan terasa lama sungguh nak sampai ke Tunis, kami di beri white card utk
di isi (Arrival card). Kami tiba di Airport Carthage pada jam 7.35 malam.
Syukur beg kami semua selamat sampai bersama2. Hahaha
Kami ke kaunter Simcard dan di beri
Orange Tunis prepaid simcard. Mak Iti dan En Boss mmg bawak hp extra utk
masukkan simkad baru ni. Kami dah tak sewa pocket wifi sebab rasa lagi mahai
laaa. Kali ni kami decide nk beli simkad ja, tapi tak sangka pulak simkad tu di
beri secara percuma!!! Wahhh , kami hanya perlu keluar dari arrival hall utk
membeli topup utk line masing2.
Seterusnya kami ke kaunter money
changer utk menukar wang Euro ke Tunisian Dinar. Kemudian Mak Iti dan En Boss
ke kaunter EuropeCar utk bertanya tentang booking kereta kami utk esk hari.
Selesai semuanya kami ke luar mencari taxi besar utk memuatkan kami sekeluarga.
Waktu ni dah sejuk dan gelap.
Alhamdulillah selamat tiba di Dar Kenza.
Kami di sambut oleh suami tuan rumah dan membawa kami masuk di celah2 lorong
sebelum sampai ke rumah beliau. Fuh
jenuh jugak wei dgn penat, sejuk dan beg berat hahaha.
Ewah-ewah sedap depa melanding... Mak Iti dok kalut uruskan rumah dgn tuan tanah time ni. |
Baiknya tuan rumah dia offer kan diri utk p beli roti dan pizza utk kami yg kelaparan tapi tak free la kan hahaha.
Ini Tuan Rumah punya suami... Wife dia x sempat mai tapi bagus sampai harini masih dok ber whatsapp dgn Mak Iti. |
Katanya esok pagi breakfast di rooftop jam 9 pagi. OK
tuan tanah, kami nk tidoq la letih…😴😴😴
Sambung next entry... daaa
No comments:
Post a Comment