Monday, December 23, 2019

TUNISIA ~ Negara paling utara di Afrika


        ๐Ÿ’–TUNISIA๐Ÿ’–


Alhamdulillah Mak Iti dan keluarga baru sahaja selamat sampai dari Negara Tunisia. Trip kami bermula pada 11 Dec 2019 dan berakhir pada 21 Dec 2019. 

Apa ada di Tunisia ?
Kenapa pilih Tunisia ?
Selamatkah melawat Tunisia?

Ini adalah beberapa soalan yg Mak Iti dapat sebelum dan selepas balik dari Tunisia. Ok jom kita belajar serba sedikit tentang negara Tunisia ni.

 Tentang Tunisia ๐“€›

1.Tunisia berada di dalam Continent Africa Utara di mana ia bersempadan dengan Algeria dan Libya.
Sumber dari Internet

2. Bahasa rasmi 

Penduduk Tunisia menggunakan Bahasa Arab di ikuti dengan Bahasa Perancis. Ini kerana menurut sejarah negara ini pernah di jajah oleh Kuasa Perancis pada tahun 1881. Pada zaman kuno dahulu, penduduk asal Tunisia adalah dari suku kaum Berber. Kemudiannya pada abad ke 12 bangsa Fenisia mula memasuki negara ini. Bangsa Fenisia ini ada lah bangsa yg berdagang berfahaman Yunani. Di kalahkan oleh bangsa Roman seterusnya ( yg juga meninggal byk kesan sejarah di Tunisia antaranya Amfiteater El Djem) Kemudian ditaklukkan oleh orang Arab pada abad pertama Hijriah dan diikuti oleh Kesultanan Usmaniyah antara tahun 1534 (Kesultanan Usmaniyah tersebut menguasai Tunisia selama lebih dari tiga ratus tahun~ sumber wiki) sebelum di ambil alih oleh Kuasa Perancis. Tunisia merdeka pada tahun 1957 sebagai negara republik yang didirikan oleh Habib Burquibah.

3. Matawang Tunisia ~Tunisian Dinar. 

Sila tukar wang anda di Malaysia dalam Euro / USD. 
Sampai ja di Tunis Carthage International Airport sila la tukar siap2 matawang Dinar di money changer di aras bawah airport. 

Tipssssss : Sila sila sila SIMPAN resit money exchange yang hangpa buat awal2 dekat kaunter naaa.. sebab resit tu akan depa minta balik masa hangpa nak tukar balik duit Dinar p USD/Euro. 

Alhamdulillah Mak Iti simpan ja resit tu dlm pourch beg Mak Iti. Lagi satu kalau masa mai hgpa tukar dekat Bank A contohnya, masa balik pun sila p cari Bank A utk tukar balik, jangan dok gatai nak p bank B , C , D dan sewaktu dengannya. Depa akan suruh hgpa p balik bank asal yg hgpa mula-mula tukar dulu. Untuk pengetahuan semua untuk tukaran mata wang Dinar hanya di lakukan di aras bawah airport (arrival hall) dan tukaran ke international exchange hanya di lakukan di aras kedua airport (departure hall). 



4. VISA ~ Tak Perlu

Untuk warganegara Malaysia kita tidak memerlukan visa utk memasuki negara ini . Cuma kita hanya perlu mengisi white card on arrival dan perlu di simpan sampai kita nk keluar dari negara ini. Dan kalau anda menginap di Hotel anda akan di minta utk mengisi detail di white card Hotel pulak ( dia nak tau destinasi mai dari mana dan destinasi seterusnya selain dari maklumat diri ) Mak Iti isi utk 2 hotel , satu di El Jem dan satu di Kairouan.



5. Penduduk Tunisia rata-ratanya amat ramah dan baik hati. Mak Iti sampai harini dok ber “whatsapp” dengan Owner Dar Kenza Tunis tu… 

6. Ni Hao ??? We are from Maleyzia 

Awas kita di kenali sebagai bangsa Cina atau Korea bila berada di Tunisia (haiz… ada ka patut.. kulit dgn muka macam ni depa kata bangsa Cina ish2 depa ni ) masa ni Mak Iti terus tanya mamat yg dok jual Bambalouni di Sidi Bou Said sbb tak tahan dah setiap kali selisih dgn org Tunisia depa dok kata “Ni Hao”. Hahaha… Mak Iti pun tanya laa awat hgpa dok kata Ni Hao dekat kami ni? Haha Kami orang Maleyzia tau, Mr Bambalouni tu pun jawab laa dia kata sebab muka kami putih haha itu ja jawapan dia. 
Sama macam mamat di Hard Rock Cafรฉ Port El Kantaoui , dia tanya hgpa ni Chinese ka? Ish Mak Iti jawab la dak… kami org Maleyzia… awat hg dok kata kami ni org Cina??? Dia jawab laa sebab hangpa cakap cepat ..laju macam ayaq! Hahahaha
Tunisian Bambalouni

7. Pemanduan di Tunisia

Driving di Tunisia juga mudah, cumanya kalau masuk pekan-pekan kecil tu hati-hati la sebab depa ikut suka nk lintas ka, nak dok tepi jalan ka dan macam2 lah hahaha. Anda memerlukan International Driving Licence ( sila p buat dekat JPJ)  dan sila pastikan anda simpan segala document sewa kereta di dalam kereta sebab kalau kena tahan dengan polis depa surat tu depa nk tengok dulu. ( Kami kena tahan sebab tu la tau) hehehe. Tapi jangan bimbang tak da apa2 pun Cuma make sure semua dokumen sewa kereta dan lesen memandu antarabangsa anda ada Bersama ya! Pssttt driver belah kiri naaa sama macam Eropah ๐Ÿ˜Š Kami pick up dan drop off kereta sewa di airport saja senang cerita (Sewa dengan Europecar)

Tips lagi :  Sila pastikan Kad kredit adalah hak milik driver sebabnya hanya kad kredit driver yg diterima pakai, co-driver tak di terima. Kalau tak cukup satu kad, 2-3 pun tak apa asalkan nama driver. 



8. GPS perlukah? 

Untuk pemanduan kami hanya menggunakan Google Maps. Maps offline ni hendaklah di download semasa anda berada di negara tersebut. Boleh ja nk download masa dekat Malaysia cumanya takut nanti tak up to date laaaaa…Kalau nk sewa GPS pun boleh tapi sebab dah kena byk kali kan sewa GPS tapi tak berfungsi pulak.. haiz rugi duit ja so kami mmg pakai google maps ja weh.

9. Apa kau nak makan di Tunisia? 

Makanan pulak depa ni banyak makan roti , salad dan kambing biri-biri la weh… so kalau perut melayu ni sila lah bawak sendiri makanan segera dari pak berahim atau mak saripah na… tapi ada ja depa juai nasi cumanya susah sikit la nak dapat kan..pandai2 lah hgpa cari kekekeke. Mak Iti ok ja nk mkn roti-roti ni Cuma anak2 ja depa tak besa lagi jenuh nak ajaq hahaha.
Breakfast dekat Dar Ayed Matmata

Makan apa tu cheq ? ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† 

Tuan Tanah Dar Ayed sedang menghidangkan makan malam kami Biri Biri masak kurma
(hahaha tak lah ntah dia masak apa tapi sedap laaaa) 

Variety di Continental Hotel Kairouan

Variety di Continental Hotel Kairouan

My Breakfast di Continental Hotel Kairouan
10. Cuaca di Tunisia ~ Dec 2019

Masa kami p tu dalam suasana Winter. Tapi Winter yang tak ada salji la… sejuk nyaman jaaaa. Tapi sila beringat jangan ingat jika anda ke Sahara anda akan panas… ya itulah yg terjadi pada kami hahaha dengan bersangkakan panas di Sahara akhirnya kami tertipu hahaha ..sejuk baq ang! Walaupun Nampak matahari terik tapi angin dia sejuk amattt… Kalau nak berkunjung ke Tunisia boleh la melawat pada bulan Oct~ Mar. Jika anda ke sana pada musim panas takut tak dapat nk hadap summer dia yang panas melampau. Terpulang pada minat masing2 suka musim apa ya.
Pak Aji-pak aji yg kesejukkan dok pekena kopi di Chebika Oasis ~ Daerah Tozeur


11. Hotel / BnB

Bab Hotel pulak, semua Mak Iti guna Booking.com dan 1 dari Expedia. Actually ada ja dari Hotel.com Cuma agak susah sikit la nk cari dan confirm secara online ni. Tapi kalau pandai dan rajin mencari in shaa Allah ada ja hotel2 atau BnB. Untuk trip ni hanya 2 hotel dan 4 BnB yg kami booked. Sebab Kawasan El Jem dan Kairouan tu macam susah nk dapat BnB so kami ambik 2 bilik utk Kawasan situ. 

Duniaku Diariku Properties
Dar Ayed Temezret~ Booking.com
Duniaku Diariku Properties
Dar Kenza ~ Booking.com
Duniaku Diariku Properties
Hotel Julius ~ Expedia


Duniaku Diariku Properties
Dar Ezzahra ~ Booking.com

Duniaku Diariku Properties
Continental Kairouan ~ Booking.com
Duniaku Diariku Properties
Villa Landalaucia ~ Booking.com

12. Paling Mak Iti suka cara depa berniaga, betul2 ikut syariat. 

Ada la satu kejadian di El Jem tu.. Al Qaish Mak Iti laa dalam kedai souvenir tu entah macam mana dia terberetuh pinggan seramik tu prangggggg la berderai apa lagi… Mak Iti punya bising dalam kedai tu, tapi tuan kedai tu mati-matian tak mau ambik duit ganti rugi. Bila Mak Iti nak bagi dan dok habaq salah anak Mak Iti , tuan kedai tu jawab “ No HARAM” dia tak mau ambik duit tu sebab kata nya haram sbb anak mak iti bagi jatuh secara tidak sengaja… kagum sat dekat situ. Lagi satu masa kami dok beli belah di Sidi Bou Said, boleh si penjual tu bawak kami ke kedai kawan dia sbb barang yang anak Mak Iti mau tak ada di kedai dia. Betapa depa percaya Rezeki tu Allah dah aturkan. 

Duniaku Diariku Properties

Duniaku Diariku Properties
Kedai seramik ni la Al Qaish ibu bagi pecah pinggan ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Duniaku Diariku Properties

13. Apa ada di Tunisia???

Tunisia banyak kesan sejarah, monument tinggalan Roman, Fossil siput di Chebika Oasis ( di mana satu ketika dulu Kawasan bukit tersebut adalah lautan luas) , Gurun Sahara , Ladang Kurma , Sidi Bou Said -perkampungan Andalusia zaman dahulu ( ala-ala Santorini) , lokasi penggambaran Star Wars, Rumah Kaum Berber di bawah tanah dan macam-macam lagi … Istimewanya Tunisia ini hanya akan anda perolehi setelah anda melawat negara dia. Sangat limited penceritaan tentang negara ini di laman social atau di laman sesawang. Mak Iti peroleh info dari web bangsa asing dan jugak sedikit info dari Pintarest. 
Duniaku Diariku Properties
El Jem


Duniaku Diariku Properties
El Jem

Duniaku Diariku Properties
El Jem
Duniaku Diariku Properties
Matmata

Duniaku Diariku Properties
Matmata

Duniaku Diariku Properties
Matmata

Duniaku Diariku Properties
Matmata

Duniaku Diariku Properties
Douz ~ On the way to Sahara

Duniaku Diariku Properties
Ladang Kurma murah 1kg = 7 Dinar

Duniaku Diariku Properties
Ladang Kurma
Duniaku Diariku Properties
Mos Espa ~ Tozeur

Duniaku Diariku Properties
Mos Espa

Duniaku Diariku Properties
Mos Espa ~ Star Wars film location
Duniaku Diariku Properties
Sahara ~ sebelah Mos Espa jaaaa

Duniaku Diariku Properties
Tasik Garam Chott El Djerid
Duniaku Diariku Properties
Chebika Oasis

Duniaku Diariku Properties
Chebika Oasis ~ dahulu kawasan ini adalah lautan

Duniaku Diariku Properties
Chebika Oasis
14. Airlines

Kami menggunakan khidmat Air Arabia sebuah penerbangan tambang murah yang baru sahaja beroperasi di Malaysia ( Jun /July 2019) . Sebagai penerbangan tambang murah Mak Iti rasakan airlines ni sangat baik. Dari segi inflight entertainment ( ya tak ada TV tapi kita boleh gunakan device sendiri utk log in masuk ke web yg mereka sediakan) Ada movie, lagu , games, berita dan lain2. Untuk makanan pulak mmg sedap laaa boleh pre-booked atau beli saja masa atas flight. Leg room yg sangat luas dan selesa untuk 7 hours journey. 

Duniaku Diariku Properties
Air Arabia Kul ~ Sharjah ~ Tunis

Duniaku Diariku Properties
Air Arabia Kul ~ Sharjah ~ Tunis

Duniaku Diariku Properties
Air Arabia Pre-booked Meals

Duniaku Diariku Properties
Air Arabia Pre-booked Meals
Duniaku Diariku Properties
Haa tu dia seat dia
15. OK berbalik pada Selamatkah melawat Tunisia?

Alhamdulillah Mak Iti rasakan negara ini selamat utk kita lawati. Apatah lagi trip kali ini Mak Iti bawa bersama 2 anak Mak Iti. Tapi sila lah maklum pada pihak kedutaan akan kedatangan anda ke sini. Sebenarnya tak kira la negara mana , yang pasti Mak Iti akan menghantar email kepada pihak kedutaan Malaysia di Wisma Putra dan jugak pihak kedutaan Malaysia di negara yang ingin di lawati. Biasanya Mak Iti hanya maklumkan maklumat diri Mak Iti dan seluruh ahli trip, tempat penginapan, airlines yg di gunakan , Tarikh berlepas dan Tarikh kembali ke Malaysia serta contact number ahli keluarga di Malaysia jika berlaku sebarang kecemasan. Jangan la pulak tunggu pihak kedutaan reply baru nak pii trip , tak payah tunggu pun…biasanya pihak kedutaan akan reply balik email kita dan adakalanya tidak.

16. Overall

Secara keseluruhannya memang seronok trip ke Tunisia. Suatu pengalaman baru utk Mak Iti dan keluarga. Biasa ke Eropah kan … so kali ini kami tukar angin ke Africa pulak.

Salam sayang dari Mak Iti… nanti free lagi Mak Iti update cerita tentang setiap negeri yg Mak Iti lawati.

Pssttt..cerita last trip pun update tak habis lagi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

***Entry ini hanyalah untuk rumusan dan rujukan. 

Di tulis pada 24 Dec 2019 ๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—

3 comments:

  1. Betradar.Bet: Betradar.Bet - Online Betting and Gaming dafabet link dafabet link starvegad starvegad 188bet 188bet ์šฐ๋ฆฌ์นด์ง€๋…ธ ์ฟ ํฐ ์šฐ๋ฆฌ์นด์ง€๋…ธ ์ฟ ํฐ ์นด์ง€๋…ธ ์นด์ง€๋…ธ bk8 bk8 1xbet korean 1xbet korean 19 BETBET: NIGHTER SPORT BETTING TIPS & SURE - Vntopbet.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih byk atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Saya bercadang untuk mengembara ke negara ini Mar2023. Harap dapat share sedikit tip dan itinerari yang baik. Terima kasih Ikhlas dari Rashid Trekker 0139334580

    ReplyDelete
  3. Thank info, dtg mekah ni tertawan hati dgn org turnisia yg baik dan sopan santun..tu rasa nk p turnisia

    ReplyDelete