PART 9: TEAM TERJAH
AUSTRIA ~ VIENNA ~
26
January 2019 – Vienna si ibu kota yg tak sempat di terokai
Pagi
chuolls, pagi ni sarapan di Mariahilf Hotel dulu sebab kami ambik bus pukul 11
macam tu, so sempat la kami bersarapan dulu. Macam biasa roti dan jem la jadi sasaran
plus kat sini ada teloq rebuih yeayyyyyy hahaha (teloq rebuih tu hgpa set time
sendiri laaa nk rendam dia berapa lama dlm ayaq panas)
Posing
sat lepas makan ni…
Di sebalik tabir sesuatu gambar hahaha |
Dan
la kami naik bilik dulu lps makan semua, p toilet serba semua paham2 la kan
lepas makan hahaha
Ok
ikut direction yg reception bagi dekat kami, katanya ada FREE tram yg boleh
kami naik utk ke Kawasan flixbus tu. So kami ni 50:50 ja nk naik tram free tu
maklum la satgi kena tanya mana tiket mau kena denda dah sebab naik tanpa
tiket.
Jeng2
muka2 cuak tunggu tram hehe
Cik Bidin tu acah tu hahaha paham ka tu ? hehehe |
Sampai
dah tram kami pun naik dgn beg besaq semua ... dah sampai ke situ sepasai pulak
nak cari tang mana bas ni duduk pulak... ikut la google map p cari nama jalan. Allah
time ni pun ada dh macam2 gaya nak bebai nak apa2 la semua time ni … Warna
Warni travel mcm ni la
Alhamdulillah
jumpa jugak nama jalan tu setelah Mak Iti Nampak Flixbus tu.. p tanya kt driver
tu dia kata kena tunggu time yg kami booking sbb bas dia nk jalan dh .. Ok apa
lagi sejuk gedi wei p cari kopi la buat pemanas badan.
Habis
minum Mak Iti dgn Pak Khalil keluar dulu p lepak dekat bus stop depa lagi 3 dok
dlm tu lagi.
Time kami untuk meninggalkan daerah Graz dah sampai.. kami beratur
sambil menunjukkan QRR Code utk discan oleh driver bas ni.. luggage ka beg ka
boleh di simpan di bawah perut bas.. bas kami 2 tingkat ,kami dpt seat di atas
( seat kami booking siap2 masa beli tiket tapi boleh ja nk open tiket pun) Bas
pun bergerak la… ok bye2 Graz.
Perjalanan
tanpa henti ini mengambil masa selama 2 jam 25 minit dari Graz (Girardigasse)
ke Vienna Felberstrasse. Bas gerak pukul 11 pagi dan di jangka sampai pada 1.25
petang.
Tips: Kalau anda nak beli apa2 tiket pun la sekalipun
sila check dulu na jarak lokasi station tu dengan hotel anda menginap… sebab
mcm kami ni kena menapak kan so sila survey dulu. Kami pilih Girardigasse sbb
yg ini paling terdekat dgn hotel dalam erti kata still kena naik tram dan
menapak utk sampai ke situ.
Kami pilih station yg dekat Jalan Girardigasse |
Mujoq x pilih dekat Murpark ni dah naik bas dlm 15min baru lalu dekat sini hahaha jenuh |
OK
sampai dah kami di ibu kota Austria iaitu Vienna. Sedikit terkilan sebab kami
tak punya banyak masa di sini..kerana sampai dah agak lewat ( ya walaupun jam
baru 1.25ptg tapi pukul 3-4 dah gelap la kan musim winter ni.
Kedatangan
kami di sambut dengan hujan yang mencurah2 makanya bertambah2 la sejuk ni ya
Allah. Kami mengambil taxi dari HBF station. Terpaksa buat 2 teksi sbb 5 org
kan. Rupanya driver taxi kami seorang MUSLIM … Mak Iti tersangat la happy (tak
tau nk habaq perasaan bila jumpa sesama Muslim di luar negara tambah2 bukan
negara Islam) Selesai memberi salam kami pun beredar untuk check in.
Di
sini kami mengambil 2 bilik asing (Erin & Bidin manakal Mak Iti, En Boss
dan Alec satu bilik)
Katil utk org dah yg kawin la kan |
Ni tempat Alec yg bujang yo lo tu hehehe |
Usai
check in kami pun rehat sat, makan Maggie apa yg patut haha, then kami decide
nk cari jugak souviner sbb kalau nk jalan2 mmg x sempat dah cuaca tak mengizinkan
(hujan kan time tu)
Kami
decide nk keluar petang sikit (tapi dah gelap la time tu).
Misi
mencari Hard Rock Vienna
Mai
ikut map ni tgk jarak tulis mmg la 27 min tapi hgpa imagine kami jalan dlm
hujan (semua buat hero x pakai paying) haha lepas tu harap ikut google map saja
hehe so 27min tu boleh jadi 40min ooo hahaha
Map
camni haaaaa
Ok
misi di teruskan mencari HRC Vienna & Starbuck Vienna dan Alhamdulillah kedua2
kedai ni berada di jalan yg sama Cuma berbeda bangunan (alah bertentangan ja
pun haha)
See map below π
Kami
masuk ke situ apa lagi En Boss yg lebih2 menyopingnya…haiz Mak Iti sempat paw
FM jer pun dari En Boss hahaha jadi lah.
Masuk
Starbuck pulak nk cari tumbler utk adik angkat Mak Iti ( dh org pesan kan, kita
p cari ja lah)
Alec
pulak dok pilih souviner dekat kedai sebelah2 tu saja... puas dh kami menyoping
kami pun balik ke sarang.
Tak
larat dah nk menapak baq ang… kami pun naik taxi ja lah hehe. Tapi Taxi pun HRC
hokey kena lah Euro 6 utk satu trip.
Sekian
jom balik bilik kemas beg , esk pagi kui 5 pagi nk kena check out dah p balik
kampung halaman Mak Iti di Istanbul laaa mana lagi hehehe Adios !
Tq samurai wifi berjasa utk kami di austria |
27
January 2019 – Bye Vienna, Bye Austria
Seawal
5 Pagi kami dah berada di Airport, kami minta reception hotel utk booking taxi.
Terima kasih membantu kami yg bermusafir di bumi Austria.
Kami
terus ke wrapping beg department utk balutkan beg kami. Flight kami ke Istanbul
via Turkish Airlines dijangka berlepas jam 7.20am.
Setakat
ini sahaja jodoh kami Bersama Bumi Austria. Moga ketemu kembali di musim yg
lain.
Bye Vienna , Bye Austria πππ |
No comments:
Post a Comment