Monday, May 8, 2017

VERONA.. I LOVE U

                              💌 Verona ~ Kota Cinta  
Romeo & Juliet 💌
Mak Iti_Prop

Destinasi Cinta kami seterusnya adalah Verona... Jarang sgt org kita ke Verona kerana destinasi ini tak sepopular Venice.. bilamana org sebut Italy..automatic org akan igt Venice kota romantis..tapi tidak bagi Mak Iti.. Mak Iti secara peribadi mmg merasakan Verona lebih romantis dan tenang.. mungkin kerana Mak Iti seorang pencinta karya pujangga... Wah wah tiba2 bahasa Mak Iti bertukar bilamana hendak menulis tentang Kota Romeo & Juliet ini... chewah

Selamat Tinggal Milan... pada tanggal 14 Dec Mak Iti dan En Suami check out awal dari hotel.. sekitar 6.30 pagi kami berjalan di keheningan pagi menyelusuri lorong2 sunyi untuk ke Milano Railway Stazione. Kami menggunakan khidmat Treinitalia (1st time guna dari Milan ke Verona). Kami mencari platform dan di tiket telah tertera no seat dan gerabak yg mana.. hehe thrill bermula bila kami kena membaca no train dan cari sendiri di mana platform kami yg sebenarnya.. Tapi Alhamdulillah segala yg baik datangnya dari Ilham Allah... segalanya di permudahkan .. dan tiba masa train kami sampai dan kami pun berlari2 mencari gerabak kami yg di panggil  " Carrozza". Actually boleh ja nk beli tiket online siap2.. tapi utk trip kali ini.. Mak Iti memilih utk membeli bila tiba di destinasi. Kalau nk beli online boleh ke sini ya --TRENITALIA .
Ada bermacam train yg boleh di pilih dan kami telah merasa ketiga2 train tersebut haha. Anda boleh cuba menaiki Frecciarossa, Frecciargento dan Frecciabianca. Jom tgk gambar Mak Iti naik train hehe.
@ MILANO CENTRALE STAZIONE

Dlm "Rossa" a.k.a Frecciarossa

Perjalanan di teruskan selama satu jam 30 minit dari Milan ke Verona.. perasaan yg teruja kerana mahu melihat rumah Juliet hehe nak melihat balkony Romeo dan Juliet..Pada masa ni hanya itu yg terbayang2 di fikiran Mak Iti. Tiket kami di periksa di pertengahan perjalanan.. tak ada apa yg nak di risaukan kerana tiket kami tak perlu di validate lagi.. kalau anda beli dari mesin ingat ya anda perlu ke mesin validate di station keretapi sebelum menaiki train ya! 

Alhamdulillah sampai jugak kami di bumi Verona.. di sambut dgn cuaca yg sangat sejuk... berkabus.. kami terus mencari taxi untuk ke hotel. Di sini Mak Iti puji cara org Itali mencari rezeki. Mak Iti terus ke satu taxi ni di mana Mak Iti igt dia free dan boleh ambik penumpang.. setelah menujukkan nama hotel dan alamat dia senyum dan menunjukkan sebuah lagi taxi di hadapan dan berkata turn taxi di sana ya.. ya allah bagusnya.. tak dak istilah caras rezeki kawan.. mereka sgt2 prihatin dan mengikut giliran utk mengambil penumpang. Kami di bawa ke hotel dlm 15 minit perjalanan.. rasa mcm dekat tapi memandangkan tak tahu selok belok lagi lebih baik naik taxi. 

Bahagia rasa hati bila dah sampai hotel Giulietta E Romeo . Mak Iti book dari booking.com. Hotel ni terletak di celah2 lorong (memang begini kebanyakkan concept hotel2 di sini). Kami di sambut baik oleh front desk people..sangat peramah bila Mak Iti menunjukkan kertas booking.. dia meminta passport dan memberitahu bahawa bilik telah tersedia tapi bertanya mahukah kami upgrade ke bilik lebih besar dgn menambah Euro15?Ok saja bagi Mak Iti. (Bayangkan time tu masih pagi..belum boleh check in sepatutnya) Alhamdulillah syukur rezeki namanya tu! Kami pun naik ke bilik dan mcm biasa EN Suami akan semak city map yg telah tersedia dlm bilik. Mak Iti pun keluarkan list2 tempat yg Mak Iti nak melawat dan En Suami pun buat la plan dia nk kemana dulu hehe. Oleh kerana kami hanya 1 malam di Verona maka kami kena mulakan perjalanan secepat mungkin ( sbb pada musim winter siang hanya sampai jam 4.30 ptg.. matahari akan terbenam pada jam seawal 4.45ptg)

Jom ronda Verona....
Di celah lorong2 kehidupan hehe

Nampak tak KIKO?? igt brand baju ropa2nya brand make up you 

Berlatar belakang awek2 Verona 😍

Yeay dah sampai... tu la Balkoni Juliet

Inilah Giulietta @Juliet (sepatutnya kena pegang dada dia tapi Mak Iti malu 😉)
Jika anda berkesempatan ke sini.. dan nak tgk view balkoni dari jarak dekat, anda boleh masuk ke kedai cenderahati ni.. di kedai ni di sediakan satu ruang utk kita bergambar... FREE ja tau tapi jika anda nak masuk ke rumah Juliet tu pun boleh ..tp Mak Iti x masuk laaa hahaha. Masa mula2 masuk kedai ni pekerja dia greet dan approach kami.. dia minta Mak Iti tulis nama dan dia jahit atas kertas nama Mak Iti tu.. FREE tau! Kononnya mcm sample laa.. tp sebelum kami keluar tu En Suami berkenan hendak membeli tuala yg di jahit nama utk anak2 Mak Iti. As you wish my dear!
Nampak tu dia tgk tulis nama Mak Iti..Nice Work!

Berlatar belakangkan balkoni Juliet..Ku pahatkan kenangan namaku di situ 

Masuk dlm kedai ni lah utk dptkan view cantik kalau nak  bergambar dgn balkoni tu
FREE hokay!

Tengah menjahit nama Qistina, x dan ambik gambar
masa nama Qaish sbb time tu Mak Iti ambik Video 

Balkoni Juliet

Belakang tu X'mas Market Verona

Hang nak p mana hang nak p mana.... ikut jaaa signboard 😁

Comel ja... utk sesiapa yg nak ronda kota Verona..bayaran unsure sbb Mak Iti on foot ja

Salah satu gereja lama di sini
 Kami meneruskan lagi perjalanan dan sampai di Ponte di Pietra a.k.a Stone Bridge. Ponte Pietra adalaha Jambatan tertua di Verona, dimana it was completed build in 100BC!!! Ya Allah sangat la tenang... mungkin kerana bandar Verona tidak di banjiri oleh ramai pelancong.. Mak Iti rasa sungguh relax berjalan kaki di sini. En Suami la jurufoto professional Mak Iti.. sbb tu lah penuh dgn gambar Mak Iti jaa.. 




Tenangnya... tak perlu tunggu kosong utk bergambar sbb mmg tak ada org pun

Dapat gak berselfie bersama 😍😍😍






 Dari Ponte Pietra kami berjalan lagi mencari  Castelvecchio dan Castelvecchio Bridge pulak. Castelvecchio atau Istana lama adalah sebuah istana yg di bina berciri senibina Gothic Architecture. Dan Jambatannya pulak hanya lah bersebelahan dgn istana. Jambatan ini pulak di bina pada tahun 1354-1356 oleh Cangrade II della Scala. Utk bacaan lanjut sila ke wikipedia ya.. hehe Jom tgk Istana dan jambatan Vecchio pulak. 





Adige River ialah sungai kedua terpanjang di Italy selepas Po

Pemandangan indah dari belakang Istana

Pakcik comel mencari rezeki sambil menghiburkan pengunjung

Istana yg kelihatan seperti penjara 

Bersandar di batu bata merah jambatan... nak kata awal tak lah awal sgt tapi
byk gerai2 kecil yg tutup waktu ini

Cinta kami bersaksikan Sungai Adige ( ala kasi chance laa noo)

Chak ...kosong sepanjang jambatan

Istana dari seberang jalan
Berakhirlah ronda2 kami di Istana ini.. jom balik ke bilik kaki pun letih ni..perut pun x isi lagi... seingat Mak Iti kami tak sempat merasa makanan di Verona sbb kedai kebab halal tu tutup.. tp kami masih ada bekalan yg di bawa dari Milan.. makan jelah apa yg ada kan. Sepanjang perjalanan balik kami ke hotel sempat jugak kami bergambar di tepi2 jalan.. Hah Mak Iti x sempat naik ker Torre dei Lamberti.. tp ambik gambar dari bawah jer.. uih kalau nk mendaki tangga menara jam tu jenuh gak laaa. 


Penat berjalan duduk sat dulu




Torre dei Lamberti


Geram tgk brg2 kt sini..lebih murah dari tempat2 lain
Seterusnya kami jalan2 lagi ker Verona di Arena. Bentuknya seakan Colleseum di Roma tapi di sini adalah tempat pertunjukkan Opera, ianya telah berusia lebih dari 2000 tahun. Hotel kami hanya 5 minit berjalan kaki kalau nak ker Arena ni. Dekat Arena ni ada Piazza Bra. Hey sini bukan tempat jual bra tau! Piazza Bra adalah piazza yg terbesar di Verona. Hah nak membeli belah boleh sangat kt sini.. tapi Mak Iti tak beli apa pun laa jalan2 ja hehehe.

Besaq gila anjing2 kat sini... tp tak ganas cuma Mak Iti mmg fobia dgn anjing

Belakang tu Verona Arena..nampak tak dua makhluk halus berbaju tentera roman tu??

Kau dan aku di Verona

Excuse me.. 5 is good 10 is better
haha itulah yg dia mintak lepas ambik gambar dgn kami,
layan je lah kan alang2 nak bergambo 
Ni ha sekeping lagi.. semuanya total 6 keping kot gambar kami dgn depa 2 ni..
xpalah depa cari rezeki bukan mencuri kan



I love Verona

Selesai ronda2 di Arena ni kami pun balik la ke bilik.. bersihkan mandi.. sedaq2 rupanya kami berdua dah terlena hahah letih berjalan kot. Jam dah pukul 6 petang tapi almaklum lah dh gelap kan.. kami keluar lagi nak cari makanan tp mcm Mak Iti bgtau tadi laa kedai kebab tu tutup.. xpalah jalan2 ja tgk suasana lampu malam pulak . 



Tak tahan dh dgn sejuk.. kami pun balik la kebilik. Siap2 utk check out esk pagi..dan destinasi seterusnya ialah Venice.Wahhh Mak Iti mcm tak percaya yg Mak Iti akan ke Venice.. Syukur Ya Allah memberi rezeki dan peluang yg tak pernah Mak Iti bayangkan dalam hidup Mak Iti. Jom la tidoq esk pagi nak bangun awai nak breakfast kat hotel dulu then baru check out. 

Pagi 15 Dec kami keluar awai pagi pkl 6.30am ke ATM mesin dulu nk keluarkan cash. Smlm kami  boleh maybe sebab timezone yg berbeza so kami x boleh kelarkan duit lepas jam 12am waktu Malaysia ( 6-7ptg time Italy) . Alhamdulillah kami berjaya keluarkan duit pagi ni.. sempat jugak Mak Iti beli fridge magnet dr gerai yg baru nak bukak tu hehe.. walau pun awal pagi dan sunyi tp Mak Iti tak rasa takut pun mungkin sbb crime rate depa rendah...tgk kaum hawa depa keluar pagi2 jalan sorang2 dgn beg tangan besaq2 relax jaa.. klu tempat kita rasanya dh lama kena samun. Sempat jugak kami bergambar dgn suasana awal pagi di Verona. 
Sunyi jaa..waktu pagi di sini


Ni kalau bawak anak2 ni pengsan hahahaha
Selesai berposing kami pun balik ke hotel menunggu jam 7am utk bersarapan. En Suami apa lagi mintak Cappucino laa sama la Mak  Iti pun.. Di Hotel ni pilihan utk breakfast agak banyak.. mewah jugak laa.. dan sedapppp. Kami mintak pihak hotel arrangekan taxi utk ke station keretapi. Tiket utk ke Venice kami dah beli masa kami mula2 sampai di Verona. Beli terus di kaunter Trenitalia  x ada masalah kali ini Alhamdulillah... walaupun terkesan dgn pakcik biadap di Milan haritu.. Mak Iti tetap positif.. dgn ucapan Buongiorno sebelum memulakan  setiap urusan jual beli semuanya berjalan lancar. Jom sarapan! 
Cappucino Italia

Walaupun hanya roti tp sedapnya tak terkata, actually byk lagi pilihan tp
Mak Iti rasa sedap ja roti tu...
Selesai breakfast kami pun menuggu turn utk di hantar ke train station. Tak banyak masalah sebab dh tahu selok belok cara mencari train hehehe.Tapi teringat Mak Iti kat seorang awek ni tak tahu dari mana sbb dari wajah terang2 orang asia, maybe China,Thailand atau org Malaysia barangkali. Mak Iti tgk dia tercangak2 cari tempat, terus ja Mak Iti tanya nak ke Venice ka.. dia pun berkata Ya (in english ya!) Then Mak Iti tgk beg dia bapak banyak gila! Dia bawak luggage ntah 3,4 berat2. Tiba time train sampai En Suami pun tolong la dia sbb tgk terkial2 angkat beg.. Punya la berat En Husband kata haha..last2 kami pulak silap gerabak... aduhhhhhh mujur la kami ni ber begpack ja.. jalan la pulak ke gerabak kami yg kat depan tu hahaha sempat jugak la nampak org2 Malaysia dlm train tu... hanya sempat bertukar senyuman. Apa2 pun semua kenangan kini terpahat dalam ingatan kami.. pahit dan manis tetap menjadi manis bila di kenangkan.

Bye Verona.. both of us loves you soo much... rasa mcm nak ja lagi ke Verona jika di beri kesempatan. In shaa Allah 

Tiket train kami..again tak perlu di validate sbb kami beli yg seat confirm.

Semasa menunggu train di sediakan bilik menunggu sbb di luar cuaca sgttttttt sejuk.

Selfie selfie

Bye Verona.... Welcome Venice
JOM BERCINTA DI VENICE PULAK 😍😍😍

No comments:

Post a Comment