Thursday, October 22, 2020

MOS ESPA , Lokasi Penggambaran Star Wars Seterusnya ~ Tunisia Road Trip Episod 6

   MOS ESPA Lembah sahara yang tidak ku jangka 


Entry ni Mak Iti akan menceritakan tentang pengalaman kami ketika di Mos Espa, kadang tu kita hanya melihat kecantikkan tanpa mengetahui keperitan di sebalik sesuatu kecantikkan. 

Nak tahu kenapa? Jom ikuti kisah kami semasa di Mos Espa. 
Siapa yg bekerja di sini? Bagaimana keadaan kawasan ini ? Selamatkah di sini? 

Tadaaaaaaaaa.... 

Sambungan dari last entry... sebenarnya kami tak sampai lagi pun tempat menginap kami di Tozeur. Kalau anda baca entry Mak Iti sebelum ni, selepas kami melepasi Tasik Garam @ Chott el Djerid , kami mula memasuki kawasan perumahan di sini. Jauh weh perjalanan kami sebenarnya dari Dar Ayed tu nak mai sini. Kalau hgpa nak mai sini , Mak Iti sarankan dari Dar Ayed atau Matmata hgpa p la bermalam di Douz dulu. Lepas tu baru hgpa bertolak mai sini. 

Dah jom tengok video masa mula-mula kami masuk kawasan sini. 

Masa baru lalu kawasan ni ok lagi... boleh dok tgk manusia , signboard segala mak nenek bagai. Hangpa tunggu sat... bila tengok balik video2 melalui kawasan sunyi sepi lagu tu oooi seram aih... Alhamdulillah Allah lindung dah la bawak budak2 bawah 18thn. Syukur.



Meh tengok 2 video ni. 
Apa hangpa rasa kalau hangpa yang lalu kawasan ni ooiii??? 


Sebuah jalan yang tiada penghujung. Kau qhase???? hahaha. Memang cuak tau masa tu. Bila ada dok selisih dengan kereta pak arab..hatini mmg dok pikiaq benda bukan-bukan laa... muhong la kalau Mak Iti ni positif mind 24 jam. Aku pun manusia biasa jugak macam hgpa semua hahaha. Lepas ke dalam sikit... mula la nampak signboard unta. Yakni Awas Unta Liar melintas la tu.

Akhirnyaaaaaaa sampai jugak kami ke sini, bilamana ternampak akan satu kawasan di mana terdapat 4x4 , unta dan manusia di situ. Tahulah kami bahawasanya kami telah sampai ke tujuan kami iaitu Mos Espa. 

Dok tunggu siap dah





Posing wajib dengan papan utama is done. Dah jom masuk sini... kalau hangpa nak tau, tempat ni dia cover dengan benda alah tu la keliling Mos Espa ni. Masuk adalah percuma tapi awasssssssssss.... 

1. Jangan coba-coba nak ambil gambaq unta ka apa yang ada tuan dok jaga.
2. Sekali hang snap gambar tu sila la bayaq dekat tuan dia naaaaa
3. P mana pun jagalah barang peribadi anda terutama beg duit.
4. Depa akan main tarik ja hangpa paksa suruh naik unta atau ambik gambaq dgn 
  unta depa. Style paksa weh... tak mau ambik kita pulak kena marah. Cisss
5.Kalau nak naik jugak atau tangkap gambaq jugak make sure ada peneman kita, 
  bukan kita dok buat best nak berani tak ketahuan. ( Mak Iti punya pegang hero 
  kecik tau pasai pa ...pasai depa dok tarik dia paksa naik unta, Ya rabbi hgpa tak 
 tau punya la kuat dia pegang seropa aku bergelut dengan penculik nak tarik 
 anak aku) 
6. Lain-lain kalau hangpa p.. hangpa punya experience la, yang Mak Iti cerita ni 
  based on Mak Iti punya experience.

Ok dah jom masuk dalam ni.. tapi bukan nak kata laaa memang best , walaupun sini tempat tinggalan penggambaran Star Wars tahun 1992. Tapi dengan ada nya tempat ni dapat la depa rakyat tempatan cari duit lebih untuk hidup. Sadis wei! 

Selendang bukan sebarang selendang, selendang ni akan membezakan depa dari kaum puak apa.



Rangka Kepala Unta atas bunga gurun sahara

Macam ni la keadaan dalam Mos Espa, nampak tak depa yg kat belakang tu dok tunggu siap dah.






Sessi paksaan bermula.... jeng jeng tapi xdak video laa pasai dia dok mintak hp Dikmat, dia kata dikmat ada tangkap unta dia sebelum ni... Ya allah ngeri 

Cobaan untuk memanggil dikmat

Tak dapat nak menolak sebab comel... hat belakon cerita Zootopia tu 


Nak jugak laaaa


Bayar berapa pun Mak Iti tak ingat dah ( sorry hahaha) pasai dok ketaq depa punya dok ikut rapat. Janji dpt bergambar dengan Fennex Fox ni. Sejenis haiwan di sahara. Lepas pada tu kami dok pusing-pusing kot kawasan ni, bila En Bos dan Pak Bidin buat muka garang dan cakap tak mau depa tak mai ikut dah laa legaaaa. Masa ni kami boleh la bergambar dengan aman. 

Berbalik pada persoalan siapakah yang bekerja di sini? 
Jawapan dia : Remaja dan anak-anak muda sekitar 10-18 tahun. 
Kesian kan, rupa-rupanya depa berlumba nak dapatkan customer sebab kalau depa tak dapat customer depa tak dpt duit. 

OK dah jom tengok gambar dulu satgi kita sambung cerita lain.























Habis posing kat depan ni kami ke kawasan belakang pulak. Masa kami dok lepak santai tangkap kt sini, mai ATV pulak... awang si kenit tu nak naik pulak... huish takkan nak biaq dia naik sorang, naik la dia dgn En Boss. Tp tu la Mak Iti memang teringin sangat nak naik p sampai atas padang pasiaq sana ...huhu tapi memandang kan kena naik dengan depa tu hish tak jadi la... biaq la dikmat dgn abah dia ja naik benda tu. Depa naik benda alah tu kami pun posing la kat sini dengan sedikit accessories yang Mak Iti bawak. Cheq mai jauh2 tau bagi chance sat la nak posing lagu tu naaaaa ..hangpa jangan dok kecam pulak 😅😅😅


Enjoy explorerku


Best depa kata masa naik atas bukit pasiaq tu.. 















Hahaha settle posing merapu..depa nak p toilet pulak... ha xpalah kena bayaq tau masuk toilet situ.. tapi Mak Iti tak ingat atau pura-pura lupa keadaan toilet tu hahaha. Masa ni kira matahari pun nk terbenam dah walaupun masih jam 4 petang lebih kurang. Sempat la jugak ambik gambar sikit2 sebelum keluar dari sini. 

Kami sebenarnya bertagak nak naik tak 4x4 tu atau naik unta, separuh kata nak , separuh kata tak mau.. last-last ambik kata putus semua tak payah la.. lagipun masa dah suntuk time tu. In shaa Allah next time maybe. 


Belakang tu toilet laaa hahaha


Captured by little explorer of mine






Depa dok try shoot product haha


Kami terserempak dengan 1 keluarga berbangsa cina dari Malaysia. Wah agak impressed jugak sebab depa jugak on road trip seperti kami cumanya route depa terbalik dengan kami. Baik family ni tak sombong.. macam ni la orang Malaysia. 
Bangga sat! Depa dari N.9 mai ke Tunisia. 1 keluarga dengan 1 anak kecik sebaya Dikmat rasanya. Sempat la kami bergambar kenangan di sini.






Mos Espa, kenangan di sini tak akan Mak Iti lupa kan in shaa Allah.

Usai sudah di dalam, kami pun berjalan keluar ..tudiaaaaaaa padang pasir terbentang luas , seluas -luasnya... kalau macam ni la keadaannya, padang mashyar nanti macam mana pulak ya 😩😩😩











Kami dah selesai di sini, tapi masa kami tengah bersiap-siap masuk dalam keta, anak-anak tadi mai kat cermin kereta masih tak putus asa mengajak kami naik unta depa. Chaq Erin kata sorry lantas mengambil beberapa manisan yang kami ada lalu di berikan pada anak itu. Ya Allah tak sangka depa punya gembira dapat manisan tu. Tak tahulah sama ada depa lapar tak makan atau tak di beri makan. Kesian tengok. Apa lagi lepas dia bagitau kawan-kawan dia yang lain, meneru la depa mai tala dekat keta. Dok gosok perut kata lapaq, kesiannya... kami pun bagi ja lah apa yg ada dalam kereta ni untuk depa. Semoga murah rezeki anak-anak ini di sana dengan pengunjung lain Ya Allah. 

Kereta sewa kami di sana

Berakhir sudah kisah kami di MOS ESPA.
Dah jom cari jalan untuk ke Tozeur pulak. Kami menginap di Dar Azzahra nanti. Rasanya Mak Iti sambung di next entry laa untuk misi mencari Dar Azzahra ni hahaha. 

Tak sangka cepat pulak entry ni haha (tengah semangat menulis)

#COVID-19dalamkenangan
#cepatlahberlalupergi
#akumahukembaralagi



Salam sayang,
Mak Iti 
22 October 2020