Monday, August 26, 2019

Austria dalam kenangan ~ Trip Overview


Austria dalam kenangan

Kesimpulan trip kali ini

Kesimpulannya Mak Iti nak nyatakan bahawa Islam itu ada di mana-mana, mengembara lah, anda akan ketemu dan ketahui rahsia Allah ini. Ya memang bahan rujukan untuk study tentang bumi Austria ini sangat limited (in term of Islamic point of view) kebanyakkannya lebih kepada travelers dari bangsa asing dan bukan penulisan dari umat Islam. Jadi sedikit sebanyak Mak Iti just follow the flow, yang pasti tak pernah Mak Iti lupa utk titipkan doa supaya Allah memudahkan perjalanan kami, temukan kami dengan orang2 yg baik sepanjang perjalanan pergi dan balik kami. Ya Alhamdulillah Yang Maha Agung telah memudahkan segala urusan kami di bumi asing ini.

Buat pengetahuan semua, Umat Islam ada di mana-mana, kembaralah keluarlah dari zon selesa, contohnya semasa kami di bumi Villach, tak sangka ramai jugak umat islam di sana.. pusing sini ada ja berhijab, pusing sana ada ja berhijab ..
Ya Allah yg maha Agung, sesungguhnya aku bersyukur atas nikmatmu ini,  di beri kesempatan kembara jelajah di bumi mu yg serba indah ini. Merasai nikmatmu adalah pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. Sesungguhnya penginapan kami di Villach adalah penginapan paling best sepanjang trip ini.
Semoga engkau memberi peluang lagi kepada hambamu ini untuk terus kembara di bumi mu ya Allah.

                        Terima kasih ahli Jemaah utk trip Redah Austria kali ini.

Bidin , Alec,  Khalil , CT dan Erin

Dalam kenangan Setiba nya di Bumi Turki ~Flight dari Vienna ke Istabul 27 Jan 2019 


Anda hebat, saudara yg hebat, susah senang trip ni akan kita kenang sampai akhir hayat kita. Kenangan berjalan kaki mencari Hotel di Innsbruck paling best (haha) walaupun ada yg dah tarik muka masam sebab kena jalan jauh dalam keadaan sejuk, lapar dan tercangak-cangak di tempat baru. Di tambah pula menanggung beg 11-12 kg di belakang badan kita hehe mencabar kan! Tapi apa2 pun itu la kenangan abadi kita utk di kenangi. Akan menjadi memori terindah dalam hidup kita.

Di Salzburg pulak kita sewa di rumah makcik Monica haha..igt kan rumah dia guys? Dan situ lah kita menyopping beras, telur, garam , Meggie , serbuk kari , serbuk sambai tomeh hahaha sapa kata susah mencari yg halal di bumi minority nya umat islam? Itu bukan alasan! Dan perlu di ingatkan tak semua bila travel ni indah dan happy saja, teringat Mak Iti waktu kami di Salzburg anak bujang Mak Iti demam, sampai berdarah hingus huhuhu..hati ibu mana tak bimbang anak yg di sayang jauh di mata hanya mampu mendoakan ketika itu. Nak posing pun x syok sbb hati dok teringat dekat anak

Di Graz juga terdapat byk rakyat Turki, Syria dan negara timur tengah yg lain membuka kedai makan , kedai runcit dan lain2, mudah bukan beli sahaja dari mereka, bantu ekonomi mereka yg bermusafir di bumi asing. Seronok Mak Iti tgk komuniti rakyat Turki di Graz, mereka menjaga satu sama lain. Ya Allah Ya Rahman sesungguhnya Rahmat itu cukup besar buat kami.

Feldkirch, walau pun sekadar gerbang transit sebelum kami ke Innsbruck, dapat jugak Mak Iti rasakan aura2 umat islam di situ , tak banyak tapi tetap ada . Sama juga seperti Vienna, siapa sangka driver taxi kami Muslim dan betapa gembiranya beliau apabila en Boss Mak Iti beri ucapan salam kepada beliau sebelum turun dari taxi. Ya walau kita dari bangsa yg berlainan tetapi kita tetap umat Nabi Muhammad yg bernaung di bawah satu agama besar dunia iaitu Islam.
Sekian sudah penulisan Mak Iti utk bumi Austria ini, next Entry akan Mak Iti ceritakan kembara kami di bumi Konya di mana Mak Iti bertemu janji dengan adik angkat berbangsa Turki yg di kenali dari laman Instagram 2 tahun yg lalu.
Selamat Tinggal Austria, di izinkan Allah akan ku kembali melewati bumi mu yg cukup indah. In shaa Allah .

Wassalam

Psssssssssstt…. Catatan ini di coret pada tanggal 26th Aug 2019 bersamaan dengan 8 bulan setelah tamatnya Trip Redah Austria ini.. sebab tu kesimpulan dia feeling lain macam sikit hehehe.

***Kena segera habiskan cerita Redah Austria ni sebab “Al Fadang Fasirun”🐫🐪 menanti hamba tiba pulak … Doa-doakan next trip Mak Iti berjalan lancar ya 

Aaammiiiiiiinnn ..

Salam Sayang,

Mak Iti bukan Mok Cun   💁💁💁


No comments:

Post a Comment