Friday, May 3, 2019

Graz Austria


PART 8: TEAM TERJAH AUSTRIA

~ GRAZ ~

25 January 2019 – Langkah di teruskan ke negeri Graz

Bendera Graz


Pagi you all… buat sandwiched je harini ( Tuna shopping dekat mart depa semalam) Sediakan bekal habuan perjalanan ke Graz nanti.

Actually masa nk menulis ni Mak Iti dah hilang ingatan dah sebenarnya sbb dah lama kot balik dari sana, jenuh renung gambaq2 balik nk tengok kejadian2 yg berlaku sepanjang perjalanan hehe..

Maka nya Meh la kita bercerita tentang negeri Graz ini.
Graz adalah bandar kedua terbesar di Austria, dengan penduduk kira-kira 300,000. Sekitar 50,000 penduduk ini terdiri daripada pelajar, kerana Graz adalah rumah kepada tidak kurang dari enam universiti (tiga universiti "standard", dua khusus untuk sains pakai, dan satu khusus untuk muzik dan kesenian)

                   The landmark of Graz: The clock tower


Nama "Graz" berasal dari bahasa Slovenia gradec, yang bermaksud istana kecil. Graz mula-mula disebut dengan nama Jerman pada tahun 1128 apabila para dukes Babenberg menjadikan tempat itu sebagai pusat komersial. Semasa abad ke-15 Graz menjadi ibu kota Inner Austria (merujuk kepada Styria, Carinthia dan Carniola) di bawah Habsburgs. Jangan tak tau Graz adalah tempat kelahiran pelakon Arnold Schwarzenegger.

                                                        Map of Austria

Alhamdulillah kami telah ke Feldkirch -> Innsbruck -> Salzburg -> Hallstatt       ->Villach -> Graz  dan Vienna


OKlah jom sambung kisah perjalanan kami dari Villach ke Graz. Kami sebenarnya mengejar masa sebab nak pulangkan kereta sewa kami di Downtown Graz.
(Psst nanti Mak Iti akan buat entry cerita pasal kereta sewa, hotel, flight dan makanan na.. sbb ada org tanya cemana Mak Iti plan trip ni semua)

Gambar-gambar before check out dekat Villach.








kumpulan ais di cermin kereta
Bye Villach

Jarak perjalanan dari Villach ke Graz adalah 170km seperti dalam map di bawah.







Memandangkan masih awal kami pun berenti sekejap di R&R depa utk secangkir kopi panas (chewah). Baq ang lawa gila R&R depa, walaupun berbentuk klasik tapi menarik.







Cuma yang tak bestnya depa boleh bwk masuk “PET” depa dok lepak sekali dlm restaurant kt situ..hah sudah Mak Iti dah la alergik dgn binatang tu adoi laaa

Sempat jugak la klik2 dekat R&R ni jom layan.




Dah cukup rehat semua jom kita gerak ke Graz… View masih lagi Kawasan berbukit sepanjang perjalanan.


Tibalah kami di kota Graz.. dah sudah, tak jumpa pulak Lorong nk masuk ke hotel sbb hotel dok tengah2 bangunan2 lain Punggah la pulak. 

Last punya solution Mak Iti suruh park keta kt tepi dan Mak Iti jalan kaki p cari hotel. ( Ingat ya adik2 di sebalik gambar yang cantik ada secebis kisah suka duka di setiap sudut jalan ceritanya) Begitulah jalan cerita travel Mak Iti dan kawan2. Time ni semua dah gelabah ada lah mula nak pening , nak marah nak bebai hah semua ada lah keke. But let’s make it simple, Mak Iti volunteer nak keluar kereta jalan kaki cari hotel dan Berjaya jumpa yeay! 


Then kami pun bawak kereta p dekat hotel utk loading barang. Dah pulak time tu polis mai mula tu nak saman dah sebab situ tak boleh parking, tapi atas budi bicara kami bgtau dia yg kami nak loading beg ja dan akan p sekarang jugak. Dia pun lepas kan kami . Hanya Mak Iti, En Suami & Alec yg pergi selesaikan urusan menghantar kereta. Manakala Erin & Bidin stay di lobby hotel saja (tak boleh check in lagi)

Next -> Cabaran seterusnya ( haha) mencari ofis keta sewa . Mana lah hg wei kami guna google map /waze utk cari alamat ni rupanya kedai tu dok belah kiri, tapi map tunjuk belah kanan hahaha. Nasib baik semua alert dok tgk kiri kanan sementara En Khalil memandu. Dah nak hantaq dah kereta , terlupa pulak yang polisi Minyak yg kami ambik adalah Full to Full haha , maka kena pulak keluar p cari stesyen minyak ( bunyi macam senang alah p isi minyak ja pun ) tapiiiiiiiiiii cabaran dia kat mana stesen minyak depa ( ingattttt kita bukan org sana) hehe direction yg kami dapat dr staff rental car lagu lain , p cari lagu lain hahaha , guna google map dia bawak p ntah Kawasan perumahan mana kekeke ..mmg stress time tu. Last sekali jumpa jugak kedai minyak hahaha.. Style isi minyak dekat sana : Isi dulu nanti baru bayaq ( fuh kalau kat tempat kita ka mau rugi tokei stesen minyak ) – Done isi minyak
Jom hantar keta balik p tempat asal dia. Alhamdulillah selesai la sudah sessi penghantaran kereta sewa kami .

Masa nak hantar ni kami Nampak station keretapi dan bas depa so kami p survey la jalan kaki dekat situ, sempat jugak beli pisang dan bekalan sikit dalam pasaraya BILLA dlm tu. Nampak signboard Flixbus di situ tapi tak dak yang nak p Vienna (alamak sudahhhhh) Berapa byk cabaran daaaaaa
Kami pun decide nak balik ke hotel sajalah (letih dah kot) haih berjalan kaki mau sedap jugak ni tara nak sampai ke hotel.

Dah boleh check in Yeay! Ok jom naik bilik tapi sebelum tu kami ada tanya dekat reception macam na kami nak p naik Flixbus ke Vienna. Dia pun bagi map Graz dekat kami dan explain tram mana kami boleh naik utk sampai ke situ.

Naik ke bilik (kami ambik bilik yg boleh muat utk 5 org di hotel ni. Consider as Family Room.) Bilik air 1 ja kiki tu pun cermin pintu dia transparent habaq ang  (mampoih) hahah tak kesudah kami pakat2 ambik kain tutup habuan nak mandi satgi . Asalkan boleh ..benda boleh tutup buat apa nak kecoh hahahaha.
Katil Mak Iti & Mr Boss

Bilik Erin & Bidin ( Tgh2 - bilik mandi kt bilik depa ni laa)
Katil Erin & Bidin.... nampak ruang pintu tu situ la bilik Alec


And the single man bed is here hehe
Ptg tu Mak Iti, Erin & Alec sahaja yg keluar explore the city. En Khalil & Bidin dah kepenatan plus Bidin demam. Sebelum kami keluar kami dah beli siap2 tiket bus secara online dari applikasi Flixbus.




Kami hanya meronda2 sekitar Kawasan sini, mencari fridge magnet dan makanan utk mlm nnt. Jangan tak tahu banyak ja penduduk Muslim di sini. Restaurant halal jugak banyak dimana majoriti oleh masyarakat Turki, Syiria dan tanah arab yang lain. Tekak Mak Iti ok ja nk telan makanan depa ni.
Dah la jom ja layan klik-klik kami di sini. Kami tak sempat nak naik the Clock Tower sbb masa kami sampai di kaki Menara tu dah gelap. Huhuhu dan Graz juga sebenarnya ada bahagian country side yg cantik tapi musim sejuk kebanyakkan tempat tutup atau memang tak boleh nak pergi situ sbb salji tebal.




 1st kami masuk Kunsthaus Graz art museum – Hotel kami sebelah benda alah ni ja dan la kami masuk sat p belek2 segala art yg ada. Gambar atas tu

gambar dari tingkap bilik
























Selesai klik2 kami pun stop sat beli nasi dekat kedai Turki ni. Ada jugak mini market yg menjual pelbagai jenis buah dan bahan2 mentah utk memasak.

Sapa cakap hidup susah di perantauan… asalkan kita tak cerewet in shaa Allah boleh saja.







Dah selesai beli makanan kami menapak semula ke hotel. Masa ni kami melintasi sungai yang di atas nya adalah Murinsel.









   Gambar waktu siang vs kami yg p waktu malam.


                                   Murinsel di waktu siang ( Sumber dari Google)

                                               Murinsel di waktu malam

Sampai sudah di hotel, letih sudah lepas makan dan hemah diri semua kami pun berehat utk destinasi seterusnya esok.

Esok kami akan check out untuk ke Vienna pulak. ( Last destinastion in Austria)
Daaaaa see you in my next entry.