Thursday, April 26, 2018

SEHARIAN DI LEMBANG PART 1


~seharian di lembang bandung- Part 1 ~

  11 April 2018 

   Alhamdulillah selesai solat subuh (pinjam telekung Kak Shila) haha tq kak! Kami pun siap2 untuk explore daerah Lembang hari ini. Bandung ni besaq jugak banyak daerah2 dia so nak cover dalam percutian singkat ni memang laaa tak sempat.. so kami memilih utk ke daerah Lembang saja kerana ada beberapa tarikan menarik yg baru di situ.

   Janji pukul 8 hehe tapi biasalah dah ramai2 ni kan dengan letih sampai lewat semalam jadi lah pukul 8.30..Breakfast di hotel dulu dan kemudian kami pun memulakan pergerakan.. 




Kami dok ingat Ilham x mai lagi rupanya dia dari pukul 7 dah sampai..sbb masa Mak Iti keluar p cari van tu tengok2 dia dh ada… tanya pukul berapa dia sampai dia kata "pukul 7 udah sampei" haih laa awat la hang tak mai jengok kami kt dalam tu hehe..

  Jom kita mulakan perjalanan kita hari ini… Mak Iti memilih utk ke Farm House dan Maribaya. Apabila kami suarakan pada Ilham then dia kata boleh sebab satu jalan.. Makanya kami akan ke Farm House Lembang dulu dan kemudian ke The Lodge Maribaya. Apa ada di sana???? Jom kita terjah.

Video di awal perjalanan untuk hari ini

~farm house susu lembang ~


   Wah teruja nya sesampainya di sini bila ternampak alam kehijauan milik Allah..sangat lapang dan tenang. Kami membayar untuk tiket masuk dan tambang parking utk van. Oh ya satu yg bagus Mak Iti perhatikan di sini… tiket yg kita beli tu boleh kita redeem dgn barang yg di tawarkan di setiap theme park yg di sediakan. Contohnya utk Farm House ni tiket masuk kami boleh di tukarkan dengan susu fresh dari sini sama ada perisa asli , coklat atau strawberi. 
Simpan tiket ni supaya nanti boleh kita tukar dengan susu pelbagai perisa😉

Kami memilih utk menukar semasa keluar nanti sbb waktu masuk n ink tangkap gambar kan hehe.. benda pertama yg menarik perhatian Mak Iti utk masuk ke sini ialah set Hobbiton Adventure.. cantik sangat…

                            Jom tengok gambar





            Pintu rumah Hobbit berwarna hijau yg pertama kami jumpa.






    Di sini juga terdapat petting zoo, Mak Iti lebih tertarik dengan arnab sebab arnab adalah binatang kesukaan Mak Iti. Geng2 Mak Iti yg lain p tengok kambing biri2 sempat jugak depa dok main2 dgn biri2 yg comel2 tu..Mak Iti saja yg berlama-lama di Kelinci Farm ni hehe Kelinci a.k.a Arnab (smile) .
Jom la tgk arnab2 yg comel2 ni.. Dan paling Mak Iti teruja bila lensa camera di halakan utk berselfie.. arnab2 ni pun mai la sua muka depa dekat dengan HP ..cerdikkan! Mak Iti is happy weh…







  Bunga2 yang berwarna warni jugak menarik perhatian Mak Iti..terasa muda gitew hahaha.. Layan selfie sorang2 maklumla kali ni Encik Suami tak ikut kan so terpaksa la gunakan Encik Monopod hahaha.. so gambar tu tak la berapa elok sbb Mak Iti tak reti pun nak setting semua maik Klik Klik jaa
                         
            Aaa jom la klik klik bunga2 ni















  Selepas tu kami ternampak pintu rumah Hobbit warna kuning. Apa lagi Klik 
Klik laa lagi hahaha







  Kami mengabdikan kenangan potret beramai2 dengan bayaran Rp46,000 lebih kurang RM12-13 dalam set Hobit House ni.. Katanya gambarnya kena collect dekat depan sana.. so jom la kami pun jalan2 lagi utk ke Dutch area. Di sini kita boleh menyewa baju2 Dutch dan bergambar sekitar Kawasan sini … ala2 Inggris gitew. Tapi kami tak la menyewa baju2 tu hehe.. Kami melawat sekitar Kawasan sini ..memang berbaloi dengan hanya bayaran Rp20,000 @ RM6-7 kita masuk ke tempat secantik ini. Tempatnya cantik nyaman, bersih dan tak ada pula Mak Iti Nampak anak2 muda nak bercengkerama kat sini.. Di sini lebih kepada family moment.



















   Selain bangunan ala-ala Ingeris di sini jugak terdapat Kawasan love lock,Mak Iti tak ambik pun gambar di sini just lalu tengok jer.. So meh kita layan kawasan ala2 Inggeris pulak ye.. 


























   Selesai semua kami tercari2 di mana sebenarnya Hobitton Adventure tu.. dah keluar dan redeem susu coklat Mak Iti terlihat satu tulisan besar di sebelah kanan sana.. 




   Mak Iti jalan lagi dan baru la ternampak di situ pintu masuk ke Hobbiton Adventure di kenakan bayaran Rp20,000 untuk masuk kesini… Mak Iti, Teha dan Ibunya masuk ke sini..yg lagi 3 dah terpisah entah kemana hahaha.
Wah!!! Cantiknya apa lagi siap sediakan kamera hp untuk Klik Klik…

Jom layan.



























  Masa nak keluar dari sini kami di sapa penjaga Kawasan sini, dia bertanya sudah redeem tiket masuk? Fuh boleh redeem lagi ..kami mendapat biskut Hobbit sorang satu (biskut tu macam tart nenas ja ) Mak Iti simpan biskut tu bawak balik bagi kt awang kenit di rumah.





  Okay dah selesai tawaf Kawasan Farm House Susu Lembang ,yuh kita ke Maribaya pulak.

Maribaya in the next Entry !